Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Sunday, 1 November 2015

Aku dan Mereka Part 2

Assalamualaikum...
Entry kali ni akan ada banyak gambar sebabnya dah hari-hari terakhir sekolah, maka dengan selamba bawa handphone dan berselfie. Kihkih.

Gambar di bawah ialah semasa jamuan kelas pada hari Jumaat 25/10/2015.

 Ini ialah ruang makan untuk guru
Ini pula untuk pelajar
 Ini ialah antara makanan yg dihidangkan. Actually ada banyak lagi.
Hadiah saguhati untuk cikgu-cikgu yang mengajar kelas 6AA2.
Dari gambar pertama ialah ialah cikgu Nik Kamil (Ekonomi) a.k.a GPK tingkatan 6, cikgu Razmi (Pengajian Perniagaan), cikgu Reduan (Muet) dan cikgu Noraini (Muet).

Selfie welfie

Ni ialah gambar semasa dinner form 6 di Bukit Benderra Resort pada hari Sabtu 26/10/2015. Walaupun aku tak pergi dinner ni, aku nak share juga gambar.



Daripada 20 orang pelajar 6AA2, hanya 6 orang sahaja yg pergi.

Ini pula gambar pada hari terakhir persekolahan iaitu Jumaat 30/10/2015.

 Bersama dgn Aw Phui Wan, seorang kuat makan. Tak habis-habis cerita pasal makanan
 With Phen Yen Jie
 Kelas Akaun terakhir with cikgu Kalsom
Selfie welfie di kantin

Setahun setengah berlalu dengan cepat. Sebelum masuk SMKM, aku memang tak berapa nak suka sekolah ni. Masa baru masuk, aku rasa macam what the heck, banyak betul kekurangan sekolah sekolah ni, Hwa Lian lagi best lah. Tapi bila dah lama-lama, aku dah terbiasa dan memahami kenapa SMKM banyak kekurangan kemudahan.

Aku akan rindukan kebun sayurnya yg ada macam-macam jenis sayur dan ulam. Aku juga rindu baca Yasin ramai-ramai di surau pada hari Jumaat. Aku akan rindukan perhimpunan tingkatan 6 pada hari Selasa, di mana cikgu Morgan (Pengajian Perniagaan & guru disiplin) akan menunggu pelajar yg lewat untuk didenda dengan muka yg sangat menakutkan serta ayat-ayat yg ganas beliau. Aku akan rindukan leteran guru kelas iaitu Cikgu Shuhaida. Aku akan rindukan kawan-kawan cina yg selalu mengajar aku bahasa cina, lepas ni ada lagi ke orang yg akan ajar aku? Aku rindukan gelak ketawa bersama rakan-rakan. Aku akan rindukan makanan kantin yg tak seberapa nak sedap + kedekut. Aku akan rindukan semuanya, sekolah, guru-guru dan rakan-rakan.

Aku rasa salah satu sebab aku masuk tingkatan 6 dah tercapai iaitu kurangkan panas baran. Seriously, aku memang tak banyak marah di SMKM, kalau tak silap aku 2 kali je kut. Tapi pernah satu hari tu, aku rasa memang nak meletop, rasa macam nak marah-marah sangat-sangat. Kenapa? Aku tengah syok study, ada beberapa orang budak kelas aku malas nak tulis nama diorang buat bising. Dia orang berborak macam 100 orang berborak. Tak nampak ke aku dan beberapa orang lagi tengah study, tolong hormat lah. Tapi nasib baik aku dapat control hati aku tengah membara mengalahkan matahari dasyatnya ayat. Tapi sebenarnya memang banyak pun benda yang membuatkan aku marah sepanjang berada di SMKM, boleh dikatakan hampir setiap hari ada je benda yg buat aku nak naik angin, bukan hanya bising tapi banyak lagi. Kalau aku ikutkan hati untuk marah, mesti tak ada orang nak dekati aku, tapi nasib baik sabarkan juga hati untuk bertenang dan pura-pura tak kisah.

Baiklah sampai di sini saja enrty pada kali ini. Terima kasih kepada yg sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dengan entry pada kali ini. Untuk update entry seterusnya entah berapa lama pula ye? Sekian.
Assalamualaikum...