Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 30 October 2015

Aku dan Mereka Part 1

Assalamualaikum...
Dah 3 bulan tak update blog dan rasanya sangatlah rindu dengan blog a.k.a bestfriend aku. Cerita aku kali ini ialah aku dan mereka. Siapakah? Kawan-kawan sekelas aku, 6AA2 di SMK Mentakab. Anyway, hari ni iaitu 30/102015 ialah hari terakhir persekolahan bagi tingkatan 5 & 6 sebab pada hari Isnin 2/11/2015 bermula lah periksa besar, and then goodbye forever school. Tetibe rasa macam nak menangis pula. Aishh, budak bajet cool (Nabilah) tak nangis lah.

Ni lah gambar kelas aku. Ada 20 orang + Cikgu Shuhaida (Pengajian Am)

Boleh tak kalau aku nak cerita serba sedikit tentang 19 orang ni? Kenapa, panjang kut? Sebab aku takut nanti bila dah bertahun-tahun berlalunya, aku lupa dia orang ni macam mana. Sekurang-kurang ada blog untuk ingatkan aku balik pada mereka. Sebab tu lah blog ni bestfriend aku. Bermula dari yang berdiri pakai tudung.

Alia - Orang yg lahir pada tarikh yg sama dengan aku iaitu 7/1/1996 tapi lebih tua dari aku. Juga pandai cakap bahasa cina. Pernah sama sekolah masa darjah 6. Masa first time jumpa dia di SMKM, aku tak berani nak tegur dia, sebab takut salah orang nanti kena gelak. Suka kacau orang secara tiba-tiba.

Fazira - Budak melayu pertama yg aku tahu namanya. Masa mengajar dia Akaun, masa tu lah paling best nak buli + marah dia. Aku bukan marah sebenarnya, aku pura-pura marah sebab aku suka tengok muka dia bila aku marah.

Tan Sok Hun - Budak Jerantut + seorang yg pendiam

Tee Yi Wei - Orang yg banyak ajar aku bahasa cina, bercerita macam-macam

Ng Ivy - Pernah sama kelas masa form 1. Masa form 1 aku rasa dia ni seorang yg susah untuk didekati, tapi sebenarnya okay je dia ni.

Nagharani - Seorang budak yg pandai + rambut paling panjang. Aku tak tahu sangatlah karakter dia ni macam mana sebab kurang lepak dengan dia ni. 

Puvaneswary - Juga seorang yg pandai dan aku kurang tahu karakter dia.

Fan Rui Qi - Sangat-sangat pendiam. Aku pernah duduk sebelah dia masa sem 2, rasanya sangat best untuk tidur sebab dia tak sibuk ajak aku berborak + bosan sebab dia terlalu senyap.

Thivya - Sama sekolah rendah, sama bas sekolah tapi tak sama kelas. Seorang yg sangat banyak cerita untuk dikongsi. Aku memang paling suka buli budak ni.

Start dari budak cina yang pakai baju kurung warna purple

Wong Li Yan - Seorang yang rajin tolong kawan-kawannya dalam pelajaran. Aku pun memang selalu tanya dia.

Lee Seow Peng - Bendahari kelas. Tanyalah dia apa-apa pasal Korea & Jepun, comfirm dapat jawab dgn tepat. 

Peng Yen Jie - Juga dari Jerantut. Aku selalu tanya dia pasal Akaun dan dia selalu tanya aku pasal Pengajian Am.

Aw Phui Wan - Merupakan penolong ketua kelas yg sangat suka makan. Dalam laci meja dia selalu ada biskut atau roti atau apa-apa yg boleh dimakan. Antara watak penting yg membuatkan kelas 6AA2 sangat best. Anyway, dia juga dari Jerantut atau senang cerita budak-budak Jerantut ni sewa rumah yg sama.

Lim Hua Xin - Merupakan ketua kelas yang suka marah + bising

Tay Jia Hong - Satu-satunya lebah dalam taman bunga. Kadang-kadang bercakap dengan dia rasa macam bercakap dengan orang matang. Dia juga dari Jerantut

Goh Kai Ying - Merupakan pelajar harapan sekolah untuk mendapatkan 4 Flat. Sama sekolah menengah tapi tak sama kelas. Tapi masa Hwa Lian aku kurang jumpa dia & aku tak tahu pun nama dia, yg aku tahu muka dan kelas. Bak kata beliau, dia tak famous macam kawan-kawan dia yg lain. Tak apalah, kita sama-sama tak famous. Tapi di SMKM dia sangat famous.

Sathuneswary - Kalau dia ni lagi lah kurang tahu karakternya. Tapi kita orang panggil dia cik no.1 dalam bahasa cina iaitu 一号小姐 yi hao xiao jie.

Fairuz - Kadang-kadang aku panggil dia Virus, gedik, budak pink dan nenek. Kenapa aku panggil dia nenek? Hehe, adalah kisahnya, tak nak lah cerita, malu dia nanti. Seorang budak yg perasan comel tapi memang comel pun

Koh Sin Yi - Atas meja dia selalu ada latihan-latihan Akaun, tak letih ke menghadap benda yg sama sokmo. Bila waktu rehat, dia duduk dalam kelas makan roti dan buat Akaun lagi. Selalu cakap orang bodoh. Dia selalu cakap aku gelojoh, bila masa pula aku makan gelojoh ni.

Ini ialah cikgu-cikgu tingkatan 6 bersama Pengetua.

Baiklah, sampai di sini saja entry kali ini. Nantikan kisah yg seterusnya dalam Aku dan Mereka Part 2 mengenai hari-hari terakhir kami di SMKM. Terima kasih kepada yg sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...