Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Tuesday, 28 July 2015

Raya 2015 Part 2

Assalamualaikum...
Mari kita sambung part 2. Aku rasa entry kali ni akan ada banyak gambar. Bukan aku yg tangkap gambar. Tapi banyak orang, aku pula hanya mengambil. Kihkih.

Pada hari Isnin, 20/7/2015, raya keempat.
Hari ni, kami tidak beraya ke mana-mana tapi kami sibuk melayan tetamu. Siapakah tetamu tersebut? Adik-beradik ayah aku la.
Inilah situasinya, ramai kan.

Pada hari Selasa, 21/7/2015, raya kelima
Pada pukul 5 petang, kawan cina aku iaitu Tee Yi Wei dan Wong Li Yan datang beraya. Aku hidangkan mereka makanan melayu yg popular iaitu nasi dagang dan rendang ayam sebabnya, Tee Yi Wei cakap dia sangat suka makanan melayu especially rendang. Aku pun dah bagi tahu awal-awal pada mak aku supaya masak rendang.

Pada hari Khamis, 23/7/2015, raya ketujuh.
Setelah 2 tahun menyimpan wang, akhirnya impian aku tercapai untuk memiliki handphone 1st hand. Hahaha, aku ni asyik pakai 2nd hand atau 3rd hand. Kali ni, 100% 1st hand dan guna duit sendiri. Disebabkan aku ni peminat Asus, maka aku beli jenama Asus Zenfone C. Nasib baik ada warna merah hitam. Sudah banyak kedai aku dan Azim pergi tapi cuma ada 2 jawapan saja iaitu, tak ada Zenfone C atau tak ada warna merah. Tapi ada satu kedai ni, kita orang pergi pada hari Rabu, katanya nak order, bila dah sampai akan call. Tapi tak call pun. Around pukul 6.30 petang, kita orang ke sana. Bila Azim tanya ada tak warna merah, dalam fikiran aku masa tu, putih pun putih lah, da give up punya pasal. Tapi nasib baik abang kedai tu cakap ada. Oh yes, Alhamdulillah! Nasib baik ada warna merah hitam, kalau tak kempunan aku. Abang kedai tu kata warna merah baru sampai sebab tu tak call lagi.


Pada hari Jumaat, 24/7/2015, raya kelapan.
Pelajar Islam Tingkatan 6 (upper & lower) membantu guru tingkatan 6 untuk potong itu ini untuk masak rendang untuk hari Sabtu iaitu jamuan hari raya. Menangis aku masa potong bawang. Rasanya nilah first time aku menangis di tempat public. Masa kecil tak dikira okay. Nasib baiklah bawang punya pasal. Itupun member-member aku dah gelakkan aku sebab aku nangis. Lepas balik sekolah, singgah kedai handphone sekejap sebab nak beli monopod. Melayankan sangat adik-beradik aku berselfie, aku pun tak terjebak dalam gejala selfie ni. Ish ish ish.

Around pukul 2.30 petang, aku, Meera dan Elvy melepak di Starmall. Kita orang tengok wayang cerita Ant Man. Lawak lah cerita ni. 2 bulan akan datang, aku akan download. Then kita orang pergi jalan sana jalan sini. Around pukul 6, kita orang lepak dekat kedai Chat Time untuk berchit-chat sambil minum air. Well, kedai tu aku yg pilih, pandaikan aku pilih tempat. Tapikan kita orang bukannya borak sangat, kita orang lebih kepada selfie. Entah berapa keping gambar kita orang ambil. Letih da tangan aku pegang monopod, tapi bergambar punya pasal, tak ada hal. Kihkih.



Oh yeah, TLB !!!

Pada hari Sabtu, 25/7/2015, raya kesembilan.
Semua pelajar diarakan berkumpul di dewan terbuka sebab cikgu-cikgu + beberapa orang pelajar bernyanyi. Kita layankan. 4 orang cikgu lelaki main musik iaitu 2 guitar, bass dan drum. Yang menyanyi pula cikgu-cikgu dan pelajar. Tapi sepanjang persembahan yang bolehlah menarik tu, telinga aku hanyalah untuk drum. Hebatlah cikgu yg main drum tu. Boleh tak kalau aku tak menuntut ilmu drum dengan beliau. Aku punya idola drum ialah Senri Kawaguchi iaitu perempuan Jepun, dia muda aku setahun kut. Siapakah beliau? Pergi buka youtube, tengok dia main drum, sangat gempak. Kihkih. Around pukul 10 pagi, barulah kami dapat makan. Sedap juga rendang yang dimasak oleh guru-guru tingkatan 6. Ambil makanan kemudian makan di kelas kemudian selfie lagi. Ahh, sudahlah, gila selfie betul aku ni.





 Start dari aku, Lim Hua Xin, Alia, Goh Kai Ying, Fairuz dan Fazira.
Dari kiri ialah Lim Hua Xin, aku, Elvy, Alia, Thivya, Fazira, Fairuz dan Goh Kai Ying.

Dari kiri ialah aku, Alia, Fazira dan Fairuz.

Baiklah, sampai di sini saja kisah raya aku. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dengan entry kali ini. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Semoga kisah raya korang pun seronok. Sekian.
Assalamualaikum...