Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Saturday, 25 July 2015

Raya 2015 Part 1

Assalamulaikum...
Sibuk sangat dengan beraya + sekolah sampai tak sempat nak buat entry. Hari ni barulah ada masa free nak buat entry. Okay, jom layan kisah raya aku.

Pada hari Jumaat, 17/72015, raya pertama.
Raya tahun ni, 3 orang adik-beradik aku yg sudah kahwin beraya di rumah mertua mereka, maka kami cuma tinggal 7 bujang saja. Macam mana beraya dgn 7 orang bujang. Menarik juga. Sangat best tapi lagi best kalau ahli keluarga ada. Kami gerak ke Kuantan around pukul 11 pagi kut, then singgah di Maran untuk solat Jumaat. Anyway kami menaiki 2 buah kereta iaitu Honda City dan Myvi. Sementara para lelaki solat Jumaat, aku, mak dan Teh ke Tunas Manja berdekatan untuk shopping sikit-sikit. Banyak juga makanan ringan kita orang beli untuk makan dalam kereta, cehh, mentang-mentanglah sekarang dah boleh makan tak kira waktu.

Bila kami sampai di rumah nek (belah mak), kami berjumpa dgn Mak Long dan 3 orang anak-anaknya. Penat layan tetamu, mari kita lari sekejap dan berselfie.
Dari kiri ialah Amir, Hami (sepupu), Alang, Azim, Hanis, Hakim, aku, Hana (sepupu) dan Hani (sepupu)
Dari kiri anak nombor 5 hingga 10.

Around pukul 5.30 petang tetamu dah tak ada maka kami the bujangs bersiar-siar pula ke Teluk Cempedak. By the way, hanya kami 7 orang. Mak dan ayah tak ikut.
 Malas bawa 2 kereta maka jadi ikan sardin lah dalam kereta. Walaupun sempit dan tak selesa tapi ianya menjadikan memori lebih menarik.
Selfie lagi. Entah berapa banyak dah kami bergambar.

Selepas Teluk Cempedak kami ke Megamall pula sebab nak cari barang yg ayah pesan. Tapi bila masuk Megamall, Alang seorang je yg cari, yg lain bawa haluan masing-masing tapi aku pula ikut Hanis dan Azim sebab aku pakai baju kurung, Kalau aku pakai seluar, memang aku akan jalan-jalan sorang-sorang. Tak jumpa apa yg dicari, kami ke East Coast Mall (ECM) pula. Situasi yg sama macam di Megamall. Around pukul 8 atau 9 malam baru kami balik. Best juga hang out dgn 7 orang bujang. Kihkih.


Pada hari Sabtu, 18/7/2015, raya kedua.
Around pukul 12 tengahari, Angah dan family datang kemudian kami pergi beraya di Tok Teh, tak lama lepas tu Abang De dan family baru sampai dari Kelantan. Around pukul 6 petang, Angah balik semula ke Temerloh Jaya.Kemudian kami beraya di rumah Tok De pula. Kami balik ke Mentakab around pukul 12 malam kut. Apa yg berlaku sebenarnya di raya kedua ni? Aku tak ingatlah. Rasa macam kosong je. Gambar pun tak ada.

Pada hari Ahad, 19/7/2015, raya ketiga
Kami sepatutnya bergerak pada pukul 8 pagi tapi disebabkan ahli keluarga yg ramai + macam-macam kerenah, maka around pukul 9 pagi baru kami bergerak ke Kampung Sentang, Pahang (belah ayah). Kami ke sana dgn menaiki 4 buah kereta iaitu 2 Honda City, Myvi dan Honda Civic. Nasib baik kami sampai tepat pada masanya iaitu waktu untuk melawat kubur kemudian makan.
 Inilah situasi di Kubur. Actually majlis ni melibatkan melibatkan seluruh warga Kampung Sentang. Tengah bertahlil tu tiba-tiba ada pula 3-4 orang mengagihkan duit raya. 
Tak cukup tempat duduk jadi mari kita berdiri.

Untuk menarik perhatian kanak-kanak riang, ada juga diberi belon percuma. Macam-macam bentuk ada, bunga, pedang, anjing, kucing dan banyak lagi. Contohnya, tengok gambar di atas, anak saudara aku iaitu Husna memegang belon pink berbentuk kucing ke anjing ek, entahlah.
Yang duduk dari kiri ialah Tok Encik (adik arwah aki), Tok (ibu kepada my dad), Mak Ngah. Yang berdiri pula dari kiri ialah Ayah De, CuNa, Mak Tam, Mak Lang, Cik Zai dan Ayah Andak (my dad).

Selesai majlis ni, kami ke rumah di mana ayah aku membesar bersama dengan Cik Zai. Pada 2 tahun lepas kami sekeluarga bersama dengan adik-beradik ayah aku beraya di rumah tersebut. Kali ni, kami hanya melawat.
Keluarga ZaiNurul + keluarga Cik Zai.


Lepas tu kami semua turun ke sungai. Aik, mandi sungai ke? Tak lah. Kat sungai kan ada pasir. Kita orang main kat pasir je. Akhirnya impian aku untuk ke sini tercapai. Sebelum ni nak sangat tapi keadaan tak mengizikan. Sebelum ni pasir tu dikelilingi oleh air jadi tak dapatlah nak naik atas pasir tu. Masa nak turun ke pasir ni agak mencabar sebab tanah lembut dan perlu sangat berhati-hati sebab takut jatuh, dah lah pakai kain, kalau aku pakai seluar, selamba je redah. Kihkih.
 Yeah, the girls and the boy. Dari kiri, aku, my mom, Angah, Kak Aya dan Teh.
 With the boys.
Selfie lagi. Layankan. Hahaha, layankan sampai sekarang ni aku dah jadi gila selfie.

Masa kami nak naik semula, satu insiden telah berlaku iaitu abang ipar aku iaitu abang Helmi jatuh semasa mendukung Amirah. Alamak, kesian pula tengok Amirah menangis masa tu, mesti sangat sakitkan. Sedih betul time tu. Keesokkan harinya jalan terhencot-hencot , comel pula aku tengok tapi kesian. Berialah hantar beliau ke tukang urut.

Kemudian kami beraya di rumah Tok De di Kerdau. Kat sini, mendengar si Husna bercerita entah pasal apa pada sepupu-sepupu aku. Aku tak mendengar pula apa yg diceritakan sebab tengah syok melayan tv, cerita apa ek? Entahlah tak ingat da, tapi yg pasti movie english yg gempak. 

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Kita sambung part 2 pula. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dengan enrty pada kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...