Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Wednesday, 10 June 2015

Sem 3

Assalamualaikum...
Dah lebih 3 bulan tak update blog. Sibuk sangat dgn study sampai tak sempat nak update blog. Dapat buat entry kali ni pun sebab sekarang cuti sekolah + exam sem 2 dah habis. Buka sekolah nanti sem 3 pula iaitu sem terakhir, lepas tu around bulan 9 tahun 2016, barulah masuk universiti itu pun kalau dapat.

Sepanjang cuti 2 minggu ni aku sibuk dgn melayan drama korea dan We Got Married dan adalah study sikit. Cikgu cakap sem 3 memang mencabar sebab ada banyak kerja kursus + perlu fokus untuk sem 3 + fokus untuk ulangan sem 1 dan sem 2 itu pun kalau kena ambil exam ulanganlah. Bunyinya macam mencabarkan? Tapi mencabar ke? Tak tahulah. Kena tunggu buka sekolah dulu baru aku tahu mencabar ke tak. Dan macam biasa, style aku, relax, jangan terkejar-kejar. Take it slow, walaupun mencabar.

Pada hari Sabtu, 13/6/2015, adik aku iaitu Azim akan meninggalkan rumah kerana dapat melanjutkan pelajarannya di Politeknik Merlimau, Melaka, dalam jurusan kejuruteraan elektrik. Lepas tu nanti aku jadi anak tunggal. Tapi belum lagi. Kenapa? Abang aku iaitu Hanis sudah habis belajar, so sekarang tengah tunggu result dan tak tahulah akan ke mana pula. Macam mana agaknya bila jadi anak tunggal nanti? Rumah comfirm sunyi. Daripada 10 orang tinggal seorang.

Bila buka sekolah nanti, dua orang yg aku sayang akan pergi. Siapakah? Seorang kawan dan seorang adik ipar. Kawan aku tu budak cina, namanya Ang Jia Heng, dia akan menyambung pelajaran di MARA untuk menjadi guru english. Mesti aku akan rindu dengan budak tu terutama bila main bola jaring sebab aku selalu panggil dia troublemaker bila main sebab dia memang selalu jatuh dan buat silap. Nak tangkap bola pun jerit. Bila main bola jaring dia memang nampak cute, kah kah. Adik ipar aku pula ialah girlfriend Azim iaitu Nabila. Dia pun masuk form 6 juga tapi sekejap je sebab dia akan masuk Politeknik di Negeri Sembilan, jurusan apa aku tak ingat. Aku harap sangat dia stay je di form 6, boleh kacau dia. Dan aku baru je tahu yang dia pandai cakap cina itupun cikgu yang bagi tahu sebab cikgu adalah interview dia sikit.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibir dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...