Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Wednesday, 4 March 2015

Hari Sukan 2015 part 2

Assalamualaikum...
Mari kita sambung kisah sukan yang tergantung hari tu. Malas nak buat intro panjang-panjang, so, let continue.

Pada hari Rabu, 4/3/2015
Aku kena tolong pakaikan costume untuk budak perbarisan yg terdiri dari budak form 1 dan form 2. Innocent betul dia orang. Ikut je arahan tapi masa suruh beratur betul-betul payah sikit la. Aku pun banyak kali jerit beratur elok-elok tapi aku tak marah cuma jerit. Malas lah nak menunjukkan kemarahan. Lagi pun nak buat apa marah, dia orang bukannya tak dengar arahan atau pergi lari sana sini. Aku jerit pun sebab bising. Anyway, kita orang punya theme ialah Paradise of Beauty and the Beast. Budak cakap ni cerita tadika tapi aku tak pernah dengar pun atau mungkin ada cuma aku dah lupa. Then ada juga yg cakap ada filem beauty and the beast tapi aku tak berminatlah nak tengok sebab beast tu banyak bulu, eeiiiii geli. By the way theme tahun ini ialah fantasi. Then, Ayu yang merupakan budak form 6 juga yg menjadi beauty bagi aku kamera DSLR D90 dia sebab dia suruh tolong ambil gambar. Nampaknya dia minta tolong pada orang yg betul. Nasib baiklah ada DSLR, baru feeling sikit nak ambil gambar. Actually aku pun bawa kamera juga tapi yg biasa punya.
Inilah dia Beauty and The Beast iaitu Ayu dari kelas 6AA4 iaitu kelas seni dan Sam Jia Jun betul ke aku eja dari kelas 6AA1 iaitu kelas Akaun.

Then kita orang bergerak ke padang untuk perarakan. Jom layan gambar, anyway, yang ni Elvy yg ambil. Walaupun aku ada gambar dari Ayu tapi dia nak masa perarakan ambil video. So, aku guna kamera dia ambil video dan Elvy guna kamera aku untuk ambil gambar. Tapi ada juga beberapa gambar yg aku ambil guna kamera aku.



Sebelum perarakan, ada persembahan silat. Aku kenal budak perempuan yg tengah terbaring tu, namanya Misha. Macam mana aku boleh kenal? Sila baca entry bertajuk Kem 3 Hari 2 Malam.
 Ni ialah Lee Chei Gee iaitu ketua Majlis Perwakilan pelajar (MPP). Beliau pun dari sekolah Hwa Lian.

 Ini rumah biru dan merah.
 Rumah kuning dan hijau. Anyway lelaki rumah kuning yg pegang bendera tu ialah Nasri iaitu Pengerusi rumah kuning dan dibelakangnya ialah Goh Kai Ying iaitu Setiausaha.
 Ini ialah PKBM, Bomba dan Pengakap.
 Puteri Islam dan Pandu Puteri.
 Ini rumah kuning punya khemah. Apa macam? Smart tak? Tapi aku & Elvy tolong sikit je sebab kita orang sibuk dengan sukan.
 Yang ni pula rumah hijau.
 Yang ini ialah rumah biru. Ada pula Doraemon
Dan ini pula merah.
Saja nak share gambar dia orang. Dari kiri ialah Elvyianah, Roha (hijau), Chun Pei Yun (biru) dan Wan Afiqah (kuning).
 Ni ialah upacara menaikkan bendera.
 Markah rumah sukan tapi belum final lagi.
 Tengah syok-syok ambil gambar tetiba cikgu Khalid cakap, eh, awak tak ambil lagi gambar saya. Ahh, layan, ambil je lah gambar dia. Anyway dia ni cikgu Pengajian Am.
 Rumah kuning lagi. Ni masa keluar barisan.
Ini lah dia Goh Kai Ying. Saja nak bergambar dengan budak 4 Flat. Aku nampak pendek sebab dia pakai kasut tinggi. Opps, terpecah rahsia. Kihkih.

Nasib baiklah acara tarik tali ni aku & Elvy backup je. Itu pun sebab boleh bergabung dengan budak form 5 kalau tak memang aku dengan Elvy kena tarik tali juga lah.
 Yang depan ni ialah Tee Chai Xiu. Sebelum angkat tali tu, aku panggil Tee Chai Xiu then aku cakap cool, kononnya nak relaks kan dia tapi dia tak bagi reaction pun. Mesti dia tengah berdebar dan stress. Kalau perhatikan betul-betul budak melayu yg pakai tudung hitam tu lah yg mencadangkan aku jadi naib pengerusi. Siapa namanya aku tak tahu, yang aku tahu dia form 4. Masa dia mencadangkan aku, dia sebut 'Akak Tu'. Sejak tu lah nama Akak Tu melekat dengan aku. Bila jumpa dia je, mesti cakap, "hi akak tu'. Tapi best juga nama Akak Tu. Aku punya whatsapp status pun aku buat Akak Tu.
TARIK KUNING !!! KUNING BOLEH !!!

Masa ni kuning lawan dengan rumah hijau. Pusingan pertama, kuning menang, pusingan ke-2 hijau menang dan pusingan terakhir, hijau menang. Apa boleh buat, dah ditakdirkan untuk kalah. Terima sajalah walaupun pahit. By the way, tarik tali ni boleh bergabung dgn form 5 sebab form 6 cuma ada upper 6 je. Lower 6 belum masuk lagi. Maknanya pelajar form 6 tak ramai sebab tu sampai seorang peserta boleh masuk lebih dari 3 acara. Kesian budak lower 6 nanti, dapat masuk sukan pada tahun 2016. Sebab kenapa sukan diadakan awal, aku pun tak tahu.

Lepas tu kita orang dibenarkan untuk rehat, makan untuk dapatkan tenaga sebab masih ada acara yg belum habis. Yang inilah yg aku paling risau. Aku disuruh lari 4x400m pula. Kalau boleh inilah acara yang paling aku tak mahu masuk. Yang sepatutnya masuk acara 4x400m ni ialah Tee Chai Xiu, Sho Yun Fong, Elvy dan Puvanesway tapi Sho Yun Fong diganti dengan Chong Zhen Zhen kemudian disaat-saat akhir ditukar kepada Ayu. Tee Chai Xiu pula diganti dengan Aw Phui Wan kemudian diganti dengan aku. Seriously, aku tak nak masuk acara ni tapi aaahhh, terpaksa, I'm speechless. Tapi selepas acara tarik tali, Tee Chai Xiu tanya aku, "awak nak saya lari ke?" Aku pun berfikir, kalau dia lari, aku tak payahlah lari tapi dia mesti penat tarik tali, tengok muka pun dah cukup untuk menggambarkan keletihan dia. Then dia cakap bagi dia fikir dulu. Tak lama sebelum acara 4x400m, dia cakap dia tak mahu. Alamak, terpaksalah aku lari juga.

Hari Selasa petang aku minta beberapa tips dari Anati. Aku faham semua tips yang Anati bagi dan aku ingat semuanya tapi nasib tak menyebelahi aku. Aku rasa aku dengan jarak jauh ni memang tak boleh bersama. Aku dah cuba buat semua yang Anati suruh tapi tapi aku tak larat nak lari. Untuk pecut 100m terakhir tu lagilah tak larat. By the way, aku pelari pertama, Ayu ke-2, Puvaneswary ke-3 dan Elvy ke-4. Sebelum acara bermula Elvy tanya nak tukar kedudukan tak, aku jawab aku tak kisah tapi Elvy pula aku tak benarkan dia tukar, dia mesti kena ke-4. Tapi kita orang tak ubah pun kedudukan. Masa aku on the way nak pergi kat tempat permulaan, cikgu Emy cakap mesti menang tahu dan dia tanya juga siapa pelari ke-4. Then aku jawab, cikgu jgn terlalu berharap pada saya dan pelari ke-4 ialah Elvy. Aku rasa mesti ramai orang mengharapkan aku sebab masa lari 4x100m aku berjaya potong 2 orang, mesti dia orang harap aku dapat buat benda yg sama. Maaf lah ek, terpaksa mengecewakan ramai orang. Aku tak kisah kalau semua orang nak letakkan harapan tinggi pada aku masa acara 100m atau 4x100m tapi kalau lebih dari 100m ni, please jangan letakkan harapan tinggi pada aku. Masa aku lari aku yang terakhir, bila dah pass baton pada Puva, aku berpaut pada tiang khemah tempat pendaftaran peserta, then ternampak budak cina pakai baju hitam, ahh, dia ni budak PBSM, rumah kuning, dia pun ada masuk acara, aku pernah bercakap 2-3 kali dengan budak tu tapi tak tahu nama dan tingkatan, mungkin form 4 atau form 5. Then aku pun sentuh badan belakang dia sebab masa tu dia tengah membongkok ambil air dalam kotak. Aku pun cakap dengan dia, tolong aku dalam bahasa cina. Then dia hulurkan aku air mineral, tanya aku kat mana sakit dan dia pimpin aku, aku peluk bahu dia, dia peluk pinggang aku, alamak romantik lah pula, tak suka betul peluk-peluk tapi kalau tak peluk dia nanti susah pula nak jalan.

Then dia bawa aku ke bawah pokok iaitu tempat PBSM menjalankan tugas. Sekali lagi macam tahun lepas, kaki aku kena spray tapi kan apasal spray tu lambat sangat berkesan, dah expired ke atau kaki aku lebih sakit dari tahun lepas? Lambat betul nak hilang rasa sakit tu. Rasa nak nangis pun ada tapi aku tak akan menangis depan orang ramai. Aku tahan jelah air mata aku tu. Tengah-tengah sakit tu, ternampak ada 2 orang budak PBSM angkat Thivya (rumah merah) iaitu budak sekelas aku. Masa tu memang aku terlupa terus pasal geng-geng aku yang tengah lari. Bila kaki aku dah tak rasa sakit sangat, aku ternampak Fairuz (merah, masuk acara 4x400m) dan Fazira (merah) tengah angkat Rebecca. Aik? Dah habis lari ke tapi apasal dia orang datang dari arah bertentangan dari garisan penamat? Bila Fairuz dan Fazira baringkan Rebecca, aku ternampak belakang baju dia kotor. Jatuh ke Rebecca ni? Masa tu barulah aku pandang padang, aku nampak A Kong (rumah hijau) di depan dan Elvy di belakang. So sekarang ni Elvy yang keberapa? Apa yang dah terjadi sebenarnya ni? Bila acara 4x400m lelaki tingakatan 6 habis, barulah Elvy datang kat aku. Then aku pun tanyalah dia apa yang berlaku. Elvy cakap sebenarnya Rebecca yg depan sekali then, lepas A Kong potong Elvy, Rebecca jatuh, masa tu lah peluang Elvy untuk potong. Maka berakhirlah peluang untuk rumah merah menang dalam acara 4x400m perempuan tingkatan 6.

Elvy cakap lagi, Puvaneswary dapat potong budak. Nasib baiklah, ada Puvaneswary dan nasib baiklah aku sempat minta Ayu ganti budak cina tu. Aku nak Ayu yg lari pun sebab nak menang, nak membantu rumah kuning supaya bukan no. 4 lagi. Kalau aku kekalkan budak cina tu tak tahu macam mana agaknya. Kenapa aku pilih Ayu? Sebab dia dapat no. 2 dalam acara 800m. Tempat pertama ialah A Kong dan ke-3 ialah Fairuz. Tapi aku sebenarnya risau juga masa nak suruh Ayu ganti sebab dia masuk perbarisan, dia mesti letih, tapi dia cakap dia okay. Nampaknya antara 4 orang tu aku lah black hole nya. Geramnya, kenapa perkara ni terjadi lagi. Aku cuba untuk tak mengulangi kesilapan tahun lepas tapi apakan daya, aku ni laju je tapi stamina kurang. I want stamina, I need stamina. Sebelum keluar dari tempat PBSM, aku tanya Elvy dah minum air ke, sebab sebelum lari, air aku dan Elvy sudah mahu habis dan kita orang mintak Tee Yi Wei sediakan air lepas kita orang lari. Elvy cakap dia pun dah minum air yg macam aku punya dan dah habis diminum. Then aku tengok jenama air yg aku minum. Patutlah sedap semacam, air Gau rupanya. Apalah aku ni, aku dah minum sampai tinggal 1/4 je lagi, baru nak perasan yg tu ialah air Gau. Lepas tu aku & Elvy pergi jalan sana sini tapi aku perasan kali ni aku tak ada pula rasa macam nak pengsan 3 hari 3 malam. Rasa macam biasa je. Alhamdulillah, kalau tak entah macam manalah nak teruskan kehidupan.

By the way, perasan tak aku tak sebut nama Kelly langsung. Kenapa? Sebab beliau sudah tiada. Lepas sukan tahun lepas, dia pindah kolej swasta kalau tak silap. Tak sempat aku nak jumpa dia untuk ucapkan terima kasih atas kemenangan tahun lepas sebab semuanya berpunca dari dia. Tapi tahun ni, semua pingat yg aku menang berpunca dari diri aku sendiri kecuali 4x400m. Lepas tu ada acara untuk guru then majlis penyampaian hadiah. Masa 4x100m, aku yang ambil dan masa 4x400m Elvy yang ambil. Kiranya macam orang paling kuat dalam pasukan pergi ambil. Tapi masa Elvy bagi aku pingat tu kan, aku pandang je pingat tu dengan fikiran kosong. Kalau tahun lepas aku rasa bersalah dan nak pulangkan pada cikgu semula tapi tahun ni ada juga rasa yg sama tapi kurang sikit. Rasa bersalah pada Kelly terasa besar ditambah pula aku tak berpeluang jumpa dia kali terakhir. Seriously aku nak sangat cakap terima kasih kat Kelly. Masa Kelly masih ada, aku tak terasa pun kewujudan A Kong mungkin sebab aura Kelly besar. Tahun lepas, olahragawati jatuh pada Kelly tapi tahun ni A Kong pula dapat. Tapi hebat juga A Kong ni maitain speed, aku rasa kalau ada graf yg menunjukkan kelajuan dia, mesti graf nya mendatar je. Then, Elvy ada cakap, masa 4x100m, A Kong lari laju. Terkejut juga aku dengar Elvy cakap macam tu. Aku ingat A Kong tu tahu lari jarak jauh je, tapi tak sangka pecut pun dia tahu. Kihkih. Anyway, A Kong pun berjaya dapat johan dalam acara terbuka 3000m perempuan.


Ni lah dia pingat yang berjaya aku kumpul. Semua acara aku masuk semua dapat pingat. 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Yang paling aku gembira ialah emas iaitu 100m.
Ini adalah aku punya nombor peserta. Tapi lepas habis acara kena pulangkan. Warna biru ialah B100, hijau H200 dan merah M300.

Untuk perbarisan rumah sukan, rumah hijau dapat pertama dan kuning dapat tempat ke-2. Untuk hiasan khemah pula rumah kuning berjaya dapat tempat pertama, hasil gabungan idea dari Loh Chun Hong dan cikgu Shuhaida. Dan akhir sekali iaitu markah keseluruhan ialah, tempat pertama dimenangi oleh rumah hijau, tempat ke-2 ialah rumah kuning dengan markah yg sangat cantik iaitu 888, tempat ketiga ialah rumah biru dan merah tempat ke-4. Mana yang aku tak cakap tu maknanya aku tak tahu. Maka dengan itu, acara tamat dan pelajar dibenarkan pulang ke rumah. Anyway, aku rasa kan, mungkin batch 96 ni ada tuah kut. Maksudnya? Sebelum aku masuk sekolah Hwa Lian dulu, setahu aku tempat pertama bukan rumah kuning tapi bila aku form 1 sampai form 5, kuning tempat pertama berturut-turut, then bila batch 96 habis SPM, sukan tahun lepas, rumah kuning di Hwa Lian jatuh ke tempat ke-3. Then, bila masuk SMKM, kuning selalu terakhir (ada budak lelaki form 5 cakap), tahun lepas pun terakhir, ni mungkin sebab batch 96 masuk pertengahan tahun. Tapi sukan tahun ni, alhamdulillah, kuning dapat no.2. Mungkin juga batch 96 ni bawa tuah pada rumah kuning. Ishh, aku ni merepek je. Percaya sangat dengan tuah tu. Ishh, tak lah percaya sangat, aku cuma cakap je. Itu semua Allah yg tentukan. Aku harap sukan tahun depan kuning bukan lagi terakhir. Adik-adik rumah kuning sekalian, sila jaga rumah kuning elok-elok, kami batch 96 dah buat yg terbaik untuk menaikkan kedudukan rumah kuning dari tempat terakhir hingga ke-2. Harap tahun depan tempat pertama.

Memandangkan hari aku post entry ni ialah hari Jumaat 6/3/2015, maka aku nak ucapkan Happy Birthday yang ke-19 kepada Nur Anati Zafirah binti Azmi. Thanks sebab bagi aku tips, kenangan kita selama ni, susah senang bersama, aku akan ingat kau jatuh kerusi bila aku sentuh bahu kau dan masa kau bersin kat luar kelas, ada sesuatu telah tercabut, sorry sebab selalu buli kau, aku harap kau tak terasa hati dengan kata-kata aku, semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa ingat Allah dan ingat kakak kau yg suka bajet cool dan bajet matang ni dan juga TLB, aku harap kau akan jadi paramedik yg berjaya dan aku akan doakan kejayaan kau. Kau mesti rindukan nak bersukan. Aku faham sangat perasaan kau tu. Tapi kau baru 2 tahun, aku ni dah 5 tahun tak terlibat dgn sukan. Tipulah kalau aku cakap aku tak rindu. Aku rindu rasa debaran jantung tu, kemenangan, sorakan dan macam-macam pasal sukan. By the way, jaga kesihatan, exercise selalu, makan jangan gelojoh sangat, ubah tabiat makan tu ekk, nanti tercekik. Dan terima kasih sebab sudi dengar kisah imaginasi aku yg merepek tu yang mana cuma kau sahaja dalam dunia ni yg tahu, jadi sila rasa bangga. Kih kih.
Saja nak share gambar kita berdua. Kih kih...

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dengan entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...