Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Wednesday, 4 March 2015

Hari Sukan 2015 part 2

Assalamualaikum...
Mari kita sambung kisah sukan yang tergantung hari tu. Malas nak buat intro panjang-panjang, so, let continue.

Pada hari Rabu, 4/3/2015
Aku kena tolong pakaikan costume untuk budak perbarisan yg terdiri dari budak form 1 dan form 2. Innocent betul dia orang. Ikut je arahan tapi masa suruh beratur betul-betul payah sikit la. Aku pun banyak kali jerit beratur elok-elok tapi aku tak marah cuma jerit. Malas lah nak menunjukkan kemarahan. Lagi pun nak buat apa marah, dia orang bukannya tak dengar arahan atau pergi lari sana sini. Aku jerit pun sebab bising. Anyway, kita orang punya theme ialah Paradise of Beauty and the Beast. Budak cakap ni cerita tadika tapi aku tak pernah dengar pun atau mungkin ada cuma aku dah lupa. Then ada juga yg cakap ada filem beauty and the beast tapi aku tak berminatlah nak tengok sebab beast tu banyak bulu, eeiiiii geli. By the way theme tahun ini ialah fantasi. Then, Ayu yang merupakan budak form 6 juga yg menjadi beauty bagi aku kamera DSLR D90 dia sebab dia suruh tolong ambil gambar. Nampaknya dia minta tolong pada orang yg betul. Nasib baiklah ada DSLR, baru feeling sikit nak ambil gambar. Actually aku pun bawa kamera juga tapi yg biasa punya.
Inilah dia Beauty and The Beast iaitu Ayu dari kelas 6AA4 iaitu kelas seni dan Sam Jia Jun betul ke aku eja dari kelas 6AA1 iaitu kelas Akaun.

Then kita orang bergerak ke padang untuk perarakan. Jom layan gambar, anyway, yang ni Elvy yg ambil. Walaupun aku ada gambar dari Ayu tapi dia nak masa perarakan ambil video. So, aku guna kamera dia ambil video dan Elvy guna kamera aku untuk ambil gambar. Tapi ada juga beberapa gambar yg aku ambil guna kamera aku.



Sebelum perarakan, ada persembahan silat. Aku kenal budak perempuan yg tengah terbaring tu, namanya Misha. Macam mana aku boleh kenal? Sila baca entry bertajuk Kem 3 Hari 2 Malam.
 Ni ialah Lee Chei Gee iaitu ketua Majlis Perwakilan pelajar (MPP). Beliau pun dari sekolah Hwa Lian.

 Ini rumah biru dan merah.
 Rumah kuning dan hijau. Anyway lelaki rumah kuning yg pegang bendera tu ialah Nasri iaitu Pengerusi rumah kuning dan dibelakangnya ialah Goh Kai Ying iaitu Setiausaha.
 Ini ialah PKBM, Bomba dan Pengakap.
 Puteri Islam dan Pandu Puteri.
 Ini rumah kuning punya khemah. Apa macam? Smart tak? Tapi aku & Elvy tolong sikit je sebab kita orang sibuk dengan sukan.
 Yang ni pula rumah hijau.
 Yang ini ialah rumah biru. Ada pula Doraemon
Dan ini pula merah.
Saja nak share gambar dia orang. Dari kiri ialah Elvyianah, Roha (hijau), Chun Pei Yun (biru) dan Wan Afiqah (kuning).
 Ni ialah upacara menaikkan bendera.
 Markah rumah sukan tapi belum final lagi.
 Tengah syok-syok ambil gambar tetiba cikgu Khalid cakap, eh, awak tak ambil lagi gambar saya. Ahh, layan, ambil je lah gambar dia. Anyway dia ni cikgu Pengajian Am.
 Rumah kuning lagi. Ni masa keluar barisan.
Ini lah dia Goh Kai Ying. Saja nak bergambar dengan budak 4 Flat. Aku nampak pendek sebab dia pakai kasut tinggi. Opps, terpecah rahsia. Kihkih.

Nasib baiklah acara tarik tali ni aku & Elvy backup je. Itu pun sebab boleh bergabung dengan budak form 5 kalau tak memang aku dengan Elvy kena tarik tali juga lah.
 Yang depan ni ialah Tee Chai Xiu. Sebelum angkat tali tu, aku panggil Tee Chai Xiu then aku cakap cool, kononnya nak relaks kan dia tapi dia tak bagi reaction pun. Mesti dia tengah berdebar dan stress. Kalau perhatikan betul-betul budak melayu yg pakai tudung hitam tu lah yg mencadangkan aku jadi naib pengerusi. Siapa namanya aku tak tahu, yang aku tahu dia form 4. Masa dia mencadangkan aku, dia sebut 'Akak Tu'. Sejak tu lah nama Akak Tu melekat dengan aku. Bila jumpa dia je, mesti cakap, "hi akak tu'. Tapi best juga nama Akak Tu. Aku punya whatsapp status pun aku buat Akak Tu.
TARIK KUNING !!! KUNING BOLEH !!!

Masa ni kuning lawan dengan rumah hijau. Pusingan pertama, kuning menang, pusingan ke-2 hijau menang dan pusingan terakhir, hijau menang. Apa boleh buat, dah ditakdirkan untuk kalah. Terima sajalah walaupun pahit. By the way, tarik tali ni boleh bergabung dgn form 5 sebab form 6 cuma ada upper 6 je. Lower 6 belum masuk lagi. Maknanya pelajar form 6 tak ramai sebab tu sampai seorang peserta boleh masuk lebih dari 3 acara. Kesian budak lower 6 nanti, dapat masuk sukan pada tahun 2016. Sebab kenapa sukan diadakan awal, aku pun tak tahu.

Lepas tu kita orang dibenarkan untuk rehat, makan untuk dapatkan tenaga sebab masih ada acara yg belum habis. Yang inilah yg aku paling risau. Aku disuruh lari 4x400m pula. Kalau boleh inilah acara yang paling aku tak mahu masuk. Yang sepatutnya masuk acara 4x400m ni ialah Tee Chai Xiu, Sho Yun Fong, Elvy dan Puvanesway tapi Sho Yun Fong diganti dengan Chong Zhen Zhen kemudian disaat-saat akhir ditukar kepada Ayu. Tee Chai Xiu pula diganti dengan Aw Phui Wan kemudian diganti dengan aku. Seriously, aku tak nak masuk acara ni tapi aaahhh, terpaksa, I'm speechless. Tapi selepas acara tarik tali, Tee Chai Xiu tanya aku, "awak nak saya lari ke?" Aku pun berfikir, kalau dia lari, aku tak payahlah lari tapi dia mesti penat tarik tali, tengok muka pun dah cukup untuk menggambarkan keletihan dia. Then dia cakap bagi dia fikir dulu. Tak lama sebelum acara 4x400m, dia cakap dia tak mahu. Alamak, terpaksalah aku lari juga.

Hari Selasa petang aku minta beberapa tips dari Anati. Aku faham semua tips yang Anati bagi dan aku ingat semuanya tapi nasib tak menyebelahi aku. Aku rasa aku dengan jarak jauh ni memang tak boleh bersama. Aku dah cuba buat semua yang Anati suruh tapi tapi aku tak larat nak lari. Untuk pecut 100m terakhir tu lagilah tak larat. By the way, aku pelari pertama, Ayu ke-2, Puvaneswary ke-3 dan Elvy ke-4. Sebelum acara bermula Elvy tanya nak tukar kedudukan tak, aku jawab aku tak kisah tapi Elvy pula aku tak benarkan dia tukar, dia mesti kena ke-4. Tapi kita orang tak ubah pun kedudukan. Masa aku on the way nak pergi kat tempat permulaan, cikgu Emy cakap mesti menang tahu dan dia tanya juga siapa pelari ke-4. Then aku jawab, cikgu jgn terlalu berharap pada saya dan pelari ke-4 ialah Elvy. Aku rasa mesti ramai orang mengharapkan aku sebab masa lari 4x100m aku berjaya potong 2 orang, mesti dia orang harap aku dapat buat benda yg sama. Maaf lah ek, terpaksa mengecewakan ramai orang. Aku tak kisah kalau semua orang nak letakkan harapan tinggi pada aku masa acara 100m atau 4x100m tapi kalau lebih dari 100m ni, please jangan letakkan harapan tinggi pada aku. Masa aku lari aku yang terakhir, bila dah pass baton pada Puva, aku berpaut pada tiang khemah tempat pendaftaran peserta, then ternampak budak cina pakai baju hitam, ahh, dia ni budak PBSM, rumah kuning, dia pun ada masuk acara, aku pernah bercakap 2-3 kali dengan budak tu tapi tak tahu nama dan tingkatan, mungkin form 4 atau form 5. Then aku pun sentuh badan belakang dia sebab masa tu dia tengah membongkok ambil air dalam kotak. Aku pun cakap dengan dia, tolong aku dalam bahasa cina. Then dia hulurkan aku air mineral, tanya aku kat mana sakit dan dia pimpin aku, aku peluk bahu dia, dia peluk pinggang aku, alamak romantik lah pula, tak suka betul peluk-peluk tapi kalau tak peluk dia nanti susah pula nak jalan.

Then dia bawa aku ke bawah pokok iaitu tempat PBSM menjalankan tugas. Sekali lagi macam tahun lepas, kaki aku kena spray tapi kan apasal spray tu lambat sangat berkesan, dah expired ke atau kaki aku lebih sakit dari tahun lepas? Lambat betul nak hilang rasa sakit tu. Rasa nak nangis pun ada tapi aku tak akan menangis depan orang ramai. Aku tahan jelah air mata aku tu. Tengah-tengah sakit tu, ternampak ada 2 orang budak PBSM angkat Thivya (rumah merah) iaitu budak sekelas aku. Masa tu memang aku terlupa terus pasal geng-geng aku yang tengah lari. Bila kaki aku dah tak rasa sakit sangat, aku ternampak Fairuz (merah, masuk acara 4x400m) dan Fazira (merah) tengah angkat Rebecca. Aik? Dah habis lari ke tapi apasal dia orang datang dari arah bertentangan dari garisan penamat? Bila Fairuz dan Fazira baringkan Rebecca, aku ternampak belakang baju dia kotor. Jatuh ke Rebecca ni? Masa tu barulah aku pandang padang, aku nampak A Kong (rumah hijau) di depan dan Elvy di belakang. So sekarang ni Elvy yang keberapa? Apa yang dah terjadi sebenarnya ni? Bila acara 4x400m lelaki tingakatan 6 habis, barulah Elvy datang kat aku. Then aku pun tanyalah dia apa yang berlaku. Elvy cakap sebenarnya Rebecca yg depan sekali then, lepas A Kong potong Elvy, Rebecca jatuh, masa tu lah peluang Elvy untuk potong. Maka berakhirlah peluang untuk rumah merah menang dalam acara 4x400m perempuan tingkatan 6.

Elvy cakap lagi, Puvaneswary dapat potong budak. Nasib baiklah, ada Puvaneswary dan nasib baiklah aku sempat minta Ayu ganti budak cina tu. Aku nak Ayu yg lari pun sebab nak menang, nak membantu rumah kuning supaya bukan no. 4 lagi. Kalau aku kekalkan budak cina tu tak tahu macam mana agaknya. Kenapa aku pilih Ayu? Sebab dia dapat no. 2 dalam acara 800m. Tempat pertama ialah A Kong dan ke-3 ialah Fairuz. Tapi aku sebenarnya risau juga masa nak suruh Ayu ganti sebab dia masuk perbarisan, dia mesti letih, tapi dia cakap dia okay. Nampaknya antara 4 orang tu aku lah black hole nya. Geramnya, kenapa perkara ni terjadi lagi. Aku cuba untuk tak mengulangi kesilapan tahun lepas tapi apakan daya, aku ni laju je tapi stamina kurang. I want stamina, I need stamina. Sebelum keluar dari tempat PBSM, aku tanya Elvy dah minum air ke, sebab sebelum lari, air aku dan Elvy sudah mahu habis dan kita orang mintak Tee Yi Wei sediakan air lepas kita orang lari. Elvy cakap dia pun dah minum air yg macam aku punya dan dah habis diminum. Then aku tengok jenama air yg aku minum. Patutlah sedap semacam, air Gau rupanya. Apalah aku ni, aku dah minum sampai tinggal 1/4 je lagi, baru nak perasan yg tu ialah air Gau. Lepas tu aku & Elvy pergi jalan sana sini tapi aku perasan kali ni aku tak ada pula rasa macam nak pengsan 3 hari 3 malam. Rasa macam biasa je. Alhamdulillah, kalau tak entah macam manalah nak teruskan kehidupan.

By the way, perasan tak aku tak sebut nama Kelly langsung. Kenapa? Sebab beliau sudah tiada. Lepas sukan tahun lepas, dia pindah kolej swasta kalau tak silap. Tak sempat aku nak jumpa dia untuk ucapkan terima kasih atas kemenangan tahun lepas sebab semuanya berpunca dari dia. Tapi tahun ni, semua pingat yg aku menang berpunca dari diri aku sendiri kecuali 4x400m. Lepas tu ada acara untuk guru then majlis penyampaian hadiah. Masa 4x100m, aku yang ambil dan masa 4x400m Elvy yang ambil. Kiranya macam orang paling kuat dalam pasukan pergi ambil. Tapi masa Elvy bagi aku pingat tu kan, aku pandang je pingat tu dengan fikiran kosong. Kalau tahun lepas aku rasa bersalah dan nak pulangkan pada cikgu semula tapi tahun ni ada juga rasa yg sama tapi kurang sikit. Rasa bersalah pada Kelly terasa besar ditambah pula aku tak berpeluang jumpa dia kali terakhir. Seriously aku nak sangat cakap terima kasih kat Kelly. Masa Kelly masih ada, aku tak terasa pun kewujudan A Kong mungkin sebab aura Kelly besar. Tahun lepas, olahragawati jatuh pada Kelly tapi tahun ni A Kong pula dapat. Tapi hebat juga A Kong ni maitain speed, aku rasa kalau ada graf yg menunjukkan kelajuan dia, mesti graf nya mendatar je. Then, Elvy ada cakap, masa 4x100m, A Kong lari laju. Terkejut juga aku dengar Elvy cakap macam tu. Aku ingat A Kong tu tahu lari jarak jauh je, tapi tak sangka pecut pun dia tahu. Kihkih. Anyway, A Kong pun berjaya dapat johan dalam acara terbuka 3000m perempuan.


Ni lah dia pingat yang berjaya aku kumpul. Semua acara aku masuk semua dapat pingat. 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Yang paling aku gembira ialah emas iaitu 100m.
Ini adalah aku punya nombor peserta. Tapi lepas habis acara kena pulangkan. Warna biru ialah B100, hijau H200 dan merah M300.

Untuk perbarisan rumah sukan, rumah hijau dapat pertama dan kuning dapat tempat ke-2. Untuk hiasan khemah pula rumah kuning berjaya dapat tempat pertama, hasil gabungan idea dari Loh Chun Hong dan cikgu Shuhaida. Dan akhir sekali iaitu markah keseluruhan ialah, tempat pertama dimenangi oleh rumah hijau, tempat ke-2 ialah rumah kuning dengan markah yg sangat cantik iaitu 888, tempat ketiga ialah rumah biru dan merah tempat ke-4. Mana yang aku tak cakap tu maknanya aku tak tahu. Maka dengan itu, acara tamat dan pelajar dibenarkan pulang ke rumah. Anyway, aku rasa kan, mungkin batch 96 ni ada tuah kut. Maksudnya? Sebelum aku masuk sekolah Hwa Lian dulu, setahu aku tempat pertama bukan rumah kuning tapi bila aku form 1 sampai form 5, kuning tempat pertama berturut-turut, then bila batch 96 habis SPM, sukan tahun lepas, rumah kuning di Hwa Lian jatuh ke tempat ke-3. Then, bila masuk SMKM, kuning selalu terakhir (ada budak lelaki form 5 cakap), tahun lepas pun terakhir, ni mungkin sebab batch 96 masuk pertengahan tahun. Tapi sukan tahun ni, alhamdulillah, kuning dapat no.2. Mungkin juga batch 96 ni bawa tuah pada rumah kuning. Ishh, aku ni merepek je. Percaya sangat dengan tuah tu. Ishh, tak lah percaya sangat, aku cuma cakap je. Itu semua Allah yg tentukan. Aku harap sukan tahun depan kuning bukan lagi terakhir. Adik-adik rumah kuning sekalian, sila jaga rumah kuning elok-elok, kami batch 96 dah buat yg terbaik untuk menaikkan kedudukan rumah kuning dari tempat terakhir hingga ke-2. Harap tahun depan tempat pertama.

Memandangkan hari aku post entry ni ialah hari Jumaat 6/3/2015, maka aku nak ucapkan Happy Birthday yang ke-19 kepada Nur Anati Zafirah binti Azmi. Thanks sebab bagi aku tips, kenangan kita selama ni, susah senang bersama, aku akan ingat kau jatuh kerusi bila aku sentuh bahu kau dan masa kau bersin kat luar kelas, ada sesuatu telah tercabut, sorry sebab selalu buli kau, aku harap kau tak terasa hati dengan kata-kata aku, semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa ingat Allah dan ingat kakak kau yg suka bajet cool dan bajet matang ni dan juga TLB, aku harap kau akan jadi paramedik yg berjaya dan aku akan doakan kejayaan kau. Kau mesti rindukan nak bersukan. Aku faham sangat perasaan kau tu. Tapi kau baru 2 tahun, aku ni dah 5 tahun tak terlibat dgn sukan. Tipulah kalau aku cakap aku tak rindu. Aku rindu rasa debaran jantung tu, kemenangan, sorakan dan macam-macam pasal sukan. By the way, jaga kesihatan, exercise selalu, makan jangan gelojoh sangat, ubah tabiat makan tu ekk, nanti tercekik. Dan terima kasih sebab sudi dengar kisah imaginasi aku yg merepek tu yang mana cuma kau sahaja dalam dunia ni yg tahu, jadi sila rasa bangga. Kih kih.
Saja nak share gambar kita berdua. Kih kih...

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dengan entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Hari Sukan 2015 part 1

Assalamualaikum...
Entry kali ini berkisahkan hari sukan-45 tahun di SMK Mentakab. Rumah sukan aku ialah Kuning sama dengan Elvyianah. Pada tahun lepas, rumah kuning berada di tempat terakhir then masa merentas desa pada hujung bulan Januari lupa tarikh Alhamdulillah kuning berjaya dapat tempat ke-3 dan sukan kali ini agaknya tempat keberapanya? Akan diberitahu di hujung entry part 2, jadi sila bersabar dan layan story. Anyway sukan kali ini dijalankan selama 3 hari iaitu pada hari Isnin 2/3/2015 hingga hari Rabu 4/3/2015. By the way, aku ni Naib Pengerusi  rumah kuning tapi kan naib pengerusi ni relaks padahal ahli-ahli lain sibuk dengan hiasan khemah. Opps, sorrylah yek, naib pengerusi sibuk dengan acara sukan.

Pada hari Isnin, 2/3/2015
Acara sukan diadakan pada waktu pagi pukul 7.30 am hingga 12.30 pm dan juga pada waktu petang iaitu pukul 4 pm hingga 6.30 pm. Nasib baik acara aku pagi tapi kesian Elvy sebab acara dia pada waktu petang. Acara apa kita orang masuk? Aku masuk acara lompat jauh manakala Elvy masuk acara 400m dan 1500m. Alhamdulillah aku berjaya dapat tempat ke-3 dalam lompat jauh tapi sepatutnya aku nombor 2. So apa kes boleh jatuh ke tempat ke-3 ni. Kisahnya, acara lompat jauh ni ada 8 orang peserta dan ada top 4 iaitu Tee Chai Xiu, aku, Sia Chi Xuen dan Rebecca (budak Sarawak) dan boleh melompat sebanyak 6 kali dan akan pilih lompatan yg paling terbaik. Tee Chai Xiu tak payah pandanglah sebab johan comfirm dia tapi ni masalah antara aku dan Sia Chi Xuen. Actually, lompatan pertama aku 2.6m something, then ke-2, 2.8m something then lompatan ke-3,4,5 pula 2.9 something, tapi lompatan terakhir, 2.66m, ni letih punya pasalah lah. So apa masalah dengan Sia Chi Xuen? Masalahnya, kebanyakan lompatan aku melebihi lompatan Sia Chi Xuen tapi di sebabkan ada satu lompatan dia dapat 3m, maka aku jatuh di tempat ke-3. Tak apalah, yang penting menang juga. Anyway Tee Chai Xiu memang terbaiklah, lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh semua dia dapat johan. Nasib baik dia rumah kuning.

Pada waktu petang pula, walaupun aku tak ada acara, aku datang juga untuk bagi semangat pada Elvy. Alhamdulillah Elvy berjaya dapat johan dalam acara 400m. Sementara menunggu masa untuk acara 1500m Elvy tanya aku, patut ke dia lari 1500m. Dia tanya aku ni mesti sebab dia letih dan sebab dia takut pada seorang budak ni. Aku pun suruh dia rehat dulu, minum air banyak-banyak dan fikir masak-masak. Bila dah tiba acara 1500m, Elvy cakap dia nak masuk jelah mencuba nasib. Tapi kita orang risau dengan seorang budak cina dari rumah hijau. Nama penuh dia aku tak pasti macam mana tapi ramai orang panggil dia A Kong, beliau dulu pun sekolah Hwa Lian dan sama kelas dengan Bella. Huh, dengar nama pun dah boleh buat orang cuak. Aku dengan Elvy memang yakin sangat johan memang akan jatuh ke tangan A Kong. Alhamdulillah, Elvy dapat no. 3 manakala no. 2 ialah budak India, kalau tak silap aku nama dia Nithiya, tak tahulah ejaan betul ke tak.

Pada hari Selasa, 3/3/2015
Hari yang aku tunggu-tunggukan telah pun tiba. Memang rasa excited sangat dengan hari Selasa ni. Datang sekolah je bersemangat sebab acara yg aku masuk ialah acara favourite aku iaitu 100m dan 4x100m tapi aku risau sikit dengan acara 4x100m sebab antara 4 orang dalam geng aku tu, cuma aku je yang laju, yang lagi tiga tu lebih kurang je. Dia orang 3 risau juga sebenarnya tapi aku cuba untuk legakan hati dia orang sikit dengan cakap, "jangan risau, saya ada" dalam bahasa cina walaupun masa tu aku tak pasti lagi menang atau kalah. Anyway, dalam acara 100m aku berjaya dapat johan. Dah lama sebenarnya aku nak dapatkan pingat emas dalam acara 100m ni sejak darjah 5 lagi tapi apakan daya, tak ada rezeki. Bila masuk Hwa Lian, aku cakap aku tak mahu berlari jadi impian aku untuk dapatkan emas terpaksa dilupakan sebab tak mahu mewakili sekolah dan seumpamanya. Tapi aku tak sangka yang aku akan sambung belajar di tingkatan 6 jadi inilah masanya untuk hidupkan impian yang aku tanam sejak darjah 5. Aku akan dapatkan pingat emas walau macam mana sekali pun sebab ini tahun terakhir aku. Dan akhirnya, Alhamdulillah, berjaya. By the way, tempat ke-2 ialah Roha dan tempat ke-3 ialah Fairuz. Masa berada di garisan permulaan, aku risau juga dengan Roha dan Fairuz. Geng aku pula iaitu Puvaneswary aku tak anggap dia sebagai saingan walaupun kita orang rumah sama sebab aku pernah lumba dengan dia sebelum ni, jadi aku yakin dia tak akan dapat kalahkan aku tapi aku harap dia dapat potong Roha atau Fairuz tapi tak berjaya. Bila dah hampir garisan penamat tu, aku pun angkat dua-dua tangan aku dan buat peace tanda gembira sebab berjaya mencapai impian yang ditanam sekian lama. Then Cikgu Emy datang dan peluk aku. Heol, cikgu kau peluk aku? Aku memang tak minat betul kena peluk ni. Cikgu ni pun satu, cara dia layan aku ni macam kawan atau adik dia pula. Baik sangat cikgu Emy ni, dah lah comel pula tu. Kan bagus kalau dapat selfie dengan cikgu Emy.

Masa acara 4x100m, Aw Phui Wan merupakan pelari pertama, Pheng Yen Jie ialah pelari ke-2, Goh Kai Ying ialah pelari ke-3 dan aku ialah pelari ke-4. Masa nak tentukan kedudukan pelari 3 orang tu main lattalilat betul ke aku eja? Nasib baiklah kedudukannya seperti yg aku harapkan iaitu seperti yg aku cakap tadi. Aku memang harap sangat kedudukannya macam tu. Masa Aw Phui Wan lari, dia no. 2 then masa Pheng Yen Jie & Goh Kai Ying jatuh ke tempat ke-4. Bila baton dapat kat tangan aku, apa lagi pecutlah. Dah lah masa tu terakhir. Masa aku lari tu aku nampak budak India yg bernama Gayatri (rumah biru), tak tahulah betul ke tak ejaan, aku cuba speed sampai limit tapi apa boleh buat speed aku memang dah sampai limit tapi nasib baik aku masih ada energy untuk lari dan berjaya potong Gayatri. Masa aku potong tu dah hampir garisan penamat then bila dah sampai penamat ada cikgu cina berambut pendek cakap aku ke-2. Chup kejap, bila masa aku potong Rebecca (rumah merah). Mungkin sebab dah terlalu hampir dengan garisan penamat kut sebab tu aku tak perasan aku potong dia dan terlalu fokus pada lari. Anyway, rumah hijau ialah johan, kuning ke-2 dan biru ke-3. Nanti jap, bila masa pula Gayatri potong Rebecca ni? Kan bagus kalau ada orang rakam, boleh tengok ulangan. Aku risau juga bila tahu A Kong juga pelari ke-4 tapi aku rasa aku perlu lupakan tempat pertama. Kesian pula dengan rumah merah. Kenapa? Sebab sebelum tiba acara 4x100m perempuan tingkatan 6, Rebecca suruh aku bagi peluang dia menang sebab dia nak pingat. Aku pun cakap, tengok keadaanlah. Sorrylah yek, aku rasa aku tak boleh nak bagi peluang sebab ni acara berpasukan, kalau aku bagi peluang nanti kesian pula dengan 3 orang member aku tu, dia orang tu bukan ambil bahagian sangat, so kiranya ni adalah hadiah aku untuk 3 orang tu. Dalam acara individu pula, aku pun tak boleh nak bagi peluang sebab aku nak dapatkan untuk diri sendiri. Sorry yek. Then, aku pergi cari geng aku untuk bagi tahu kita dapat no. 2, dan sekali lagi aku dipeluk tapi kali ni oleh Aw Phui Wan. 3 orang ni x habis-habis puji aku. Please jangan puji lebih-lebih nanti aku lupa diri pula.
Then aku pergi jumpa cikgu Shuhaida di khemah rumah sukan yg belum dihias lagi. Cikgu Shuhaida juga rumah kuning. Dia cakap baguslah dapat no.2 dan cantik percaturan kita orang maksudnya kedudukan pelari. Nasib baik aku lari no. 4. Lepas tu kan, cikgu Shuhaida cakap ada budak form 5 nak ngorat aku. Ishh pleaselah, budak muda nak ngorat aku. Budak sebaya dengan aku pun aku tak pandang inikan pula budak form 5 tu. Aku tak tahulah siapa dan mukanya macam mana, cerdik ke handsome ke tapi tak kisahlah, yang pasti orang yg lebih muda dari aku bukan aku punya taste. Please take note.

Dah panjang sangat dah ni, sambung part 2 lah. Anyway gambar untuk hari Isnin dan Selasa tak ada sebab aku tak bawa kamera tapi hari Rabu ada. Jadi nantikan part 2 pada hari Jumaat, InsyaAllah. Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dengan entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...