Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, 5 February 2015

Nervous

Assalamualaikum...
Hari ini di sekolah ada sesuatu yang membuatkan aku sangat nervous. Apakah? Anyway bukan aku saja yg berasa nervous ni around 73 orang kalau tak silap aku. So, apa yg berlaku?

Pada hari Rabu 4/5/2015 dan Khamis 5/2/2015 bagi pelajar form 6 di sekolah SMK Mentakab telah berlangsungnya MUET speaking. Bagi sekolah lain atau universiti tak tahulah selama berapa hari MUET tu berlangsung. Ianya depend pada berapa pelajar yg menduduki MUET bulan Mac . Anyway MUET ni berlangsung selama 3 kali dalam satu tahun iaitu Mac, June dan November. Malas lah nak story panjang pasal MUET ni. Anyway, MUET ni bermaksud, Malaysian Universiti English Test, yg terdiri daripada 4 komponen iaitu Speaking, Listening, Writing dan Reading.

Aku menduduki MUET pada hari Khamis sesi 2 pada pukul 11 pagi. Sesi 1 pada pukul 7.30. Aku satu group dgn Lim Hua Xin, Ng Ivy dan Pheng Yen Jie dan kita orang merupakan group pertama untuk sesi 2. Nasib baiklah sama group dgn member sekelas dan nasib baiklah semua perempuan.

Sebelum tibanya sesi 2, kami 4 orang practice speaking tapi nasib baik waktu Pengajian Am, cikgu tak mengajar sebab dia nak bagi kita orang ruang untuk berlatih dan cikgu pun sibuk buat keceriaan kelas. Lepas tu masa Akaun pula, cikgu tak masuk, so, kita orang pun practice lagi. Masa practice kita orang risau pasal masa. Kita orang bukannya tak cukup masa tapi lebih masa.  Untuk individual kita orang sepatutnya cakap dalam masa 2 minit tapi kita orang 4 semuanya around 1 minit 30 saat. Masa group discussion pula kita orang sepatutnya bercakap selama 10 minit tapi kita orang dapat around 6 minit. Memang kita orang risaulah pasal masa. Kita orang pun fikirlah cara-cara untuk bazirkan masa then berbincang siapa yg akan buat opening dan ending. Tapi nasib baik lah masa Akaun tu, cikgu Noraini yg merupakan guru MUET kelas kita orang masuk ganti cikgu Akaun. So, kita orang iaitu 2 group untuk sesi 2 tanya itu ini kat cikgu. Then kita orang bagi cikgu dengar kita orang punya practice speaking. Cikgu Noraini cakap dari apa yg dia dengar, InsyaAllah boleh dapat Band 3 untuk Speaking. Harap-haraplah dapat, Amin.

Tapi kan, beberapa hari lepas sebelum aku tahu yg aku ni Candidate C, aku memang berharap sangatlah aku ni Candidate C, sebab bagi aku Candidate C ni oklah sebab masa ada masa untuk fikir idea. Nasib baik aku Candidate C, It's perfect for me, Alhamadulillah. Anyway, dalam kelas aku ada 4 group, 2 group pada sesi 1 dan 2 group pada sesi 2.

Pada pukul 11 pagi, kami 2 group dan bebebapa lagi group lain dari kelas lain bergerak ke Makmal Komputer A iaitu bilik kuarantin. Around pukul 11.45 pagi group aku bergerak ke Makmal Komputer B sebab di situlah berlakunya Speaking. Memang nervous lah masa tu. Masa tu memang berharap sangatlah soalan senang dan apa yg kami 4 orang practice selama ni berbaloi.

So, apakah soalannya? Aku tak berapa nak ingat dan ayat nya macam mana tapi bunyinya lebih kurang faktor-faktor yg mempengaruhi untuk menyewa rumah. Candidate A - The Rental, Candidate B - The condotion of the house, Candidate C - The Location dan Candidate D - The Occupants. Lim Hua Xin ialah Candidate A, Candidate B ialah Ng Ivy, Aku pula Cnadidate C dan Pheng Yen Jie ialah Candidate D. Masa individual, ada di antara kami yg cukup 2 minit dan ada yg tak contohnya aku. Kihkih. Tapi masa group discussion nasib baik lah cukup 10 minit tapi we are unable to make the same conclusion, semuanya sokong point sendiri.

Aku harap lah dapat sekurang-kurangnya Band 3 tapi aku punya target ialah Band 4, so, aku akan cuba untuk ke arah itu. Baiklah, sampai di sini sajalah entry pada kali ini, terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap korang terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...