Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Saturday, 17 January 2015

5 Hari

Assalamualaikum...
Hari ni aku nak story pasal kisah yg berlaku selama 5 hari persekolahan. Nasib baik sekolah aku tak kena banjir cuma jalan di depan sekolah je yg banjir sikit. Anyway, Bukan aku dan Amir saja yg masih bersekolah tapi ada lagi seorang. Siapakah? Beliau ialah anak saudara aku yg bernama Nur Safiyyah Aqilah berumur 7 tahun. Aku sekarang dah tingkatan 6 atas, Amir pula tingkatan 4 & Safiyyah darjah 1. Jom ikuti kisah aku yg tak seberapa di sekolah.

Isnin 12/1/2015
Pagi tu,  macam biasa, cikgu dan pengetua cakap itu ini. Then cikgu suruh budak upper 6 masuk kelas masing-masing dulu manakala arus perdana stay kat tapak perhimpunan lagi. Anyway kelas aku di tingkat paling bawah, tak payah lah penat lelah naik tangga sampai tingkat paling atas dah. Tak lama kemudian cikgu Shuhaida selaku guru tingkatan 6AA2 ambil kehadiran. Dulu kelas aku ni hampir 30 orang tapi sekarang tinggal 22 orang je. Lepas tu kita orang ambil meja dan kerusi di tingkat atas. Kelas bawah tak ada meja dan kerusi sebab tahun lepas semua meja dan kerusi di bawa ke atas untuk kegunaan exam & sebab takut nanti banjir. Semua pelajar pun sibuk la mencari meja & kerusi yg elok. Pada pukul 1.30 tengahari, pelajar dibenarkan pulang. Aku balik dijemput oleh Azim sebab my dad & mom pergi Muadzam sebab nak hantar Amir balik ke MRSM.

Selasa 13/1/2015
Aku ponteng sekolah sebab demam. Tetiba je demam. Balik sekolah semalam terus ada tanda-tanda nak demam. Mungkin sebab banyak sangat habuk di sekolah. Bukan aku je yg ponteng sekolah sebab demam, Safiyyah pun demam juga.

Rabu 14/1/2015
Bila aku masuk kelas, ketua kelas iaitu Lim Hua Xin tanya aku kenapa aku tak datang. Then, aku duduk kat tempat aku. Masa tu baru aku perasan Fairuz dan Fazira pakai baju kurung biasa bukan baju sekolah. Kenapa tak pakai baju sekolah? Sebab pelajar tingkatan 6 dibenarkan memakai baju biasa tapi tetap ada peraturan pakaian. Bukan boleh main pakai baju apa-apa pun. Contohnya, seluar jeans tak dibenarkan, hanya seluar slack, baju pula kemeja. Kasut tak kisah, nak pakai kasut tumit tinggi pun no hal. Nak pakai baju sekolah pun boleh. Tapi masa tu aku pakai baju sekolah. Aku dah tahu boleh pakai baju biasa sebab Elvyianah dah bagi tahu aku pada hari Selasa malam. Tapi aku tak rajin nak pakai baju kurung biasa. Pakai baju sekolah lagi senang. Lagi pun majoriti pelajar masih lagi memakai baju sekolah.

Khamis 15/1/2015
Hari Khamis aku tak ingat apa yg berlaku sebab excited sangat dengan hari Jumaat punya pasal. Jom skip ke hari Jumaat.

Jumaat 16/1/2015
Kisah di sekolah macam biasa je. Cikgu mengajar kat dalam kelas. Lepas solat Jumaat, kita orang lunch then ayah, mak dan aku ke Kuantan untuk 2 sebab. Yang pertama sebab nak jemput nek bawa ke Mentakab sebab beliau kena menjaga aku. Apasal pula kena jaga aku? Mana parents aku? Dia orang akan ke Vietnam pada hari Ahad 18/1/2015 hingga Rabu 21/1/2015, tapi pada hari Sabtu 17/1/2015 iaitu hari ini, dia orang akan bermalam di rumah Angah di Puchong. Anyway masa aku buat entry ni dia orang sudah gerak ke Puchong tak sampai sejam yg lepas. Siapa yg pergi ke Vietnam? Ayah, Mak, Along, Kak Wani, Auni, Hadif, Teh dan Azim. Jadi, aku tinggal berdua dengan nek tapi hari Isnin 19/1/2015 Hakim akan balik ke rumah. Sebab kedua pula adalah sesuatu yg buat aku excited sangat. Apakah? Jom layan gambar, baru gempak sikit. Kihkih.

Laptop Asus
 Memang aku punya style, hitam merah. Anyway nama laptop ni ialah Nova. Background picture kereta idaman aku iaitu Mercedes.


Al-kisahnya kepada macam mana aku dapat laptop ni ialah, sebab kerja-kerja sekolah aku banyak nak kena pakai laptop. Senior aku dulu hampir setiap hari bawa laptop ke sekolah sebab nak menyiapkan kerja kursus. Laptop ayah kan ada, apasal nak beli laptop baru? Sebab laptop ayah aku tu bateri rosak, so kena charge sokmo. Bila dah sampai kat Kuantan, kita orang terus ke Magamall untuk tengok laptop. Bila masuk kedai tu, laptop pertama yg aku nampak ialah laptop yg aku beli ni lah. Terus love at first sight sebab warnanya hitam merah. Kalau bukan hitam merah memang aku tak pandanglah. Actually yg aku nampak tu 15.6 inch, yg aku beli ni 14 inch tapi adik beradik je. Harga asal RM2099 tapi dapat kurang menjadi RM1940. Nama laptop ni A455l Series Warranty 2 tahun, 4GB RAM dan 1000GB memory. Bila tahu 1000GB memory dia memang syok la. Terus aku cakap boleh la download banyak-banyak cerita korea ni. Kenapa aku beli jenama Asus? Sebab dari dulu lagi aku memang nak Asus tapi masa aku bagi tahu ayah yg aku perlukan laptop, aku cakap aku nak laptop Lenovo. Alamak, apasal pula nama Lenovo yg keluar, macam mana aku boleh lupa pada Asus. Aku teringat balik kat Asus ni pun sebab Azim tanya aku nak beli laptop apa sama ada Asus ke Lenovo. Bila aku dengar Azim sebut Asus, aku terdiam sekejap, then aku jawab Lenovo. Malam tu pun aku berfikir, asalnya aku nak Asus, bukannya Lenovo. Tapi disebabkan sejak dulu lagi aku minat Asus, maka aku beli Asus. Macam mana boleh dapat nama Nova? Daripada imaginasi aku. Imaginasi apa? Biarlah rahsia. Hanya seorang saja yg tahu pasal imaginasi aku tu iaitu pembaca setia yg tak seberapa nak setia iaitu Anati. Kihkih. Tapi aku tak ingatlah aku pernah bagi tahu dia ke tak pasal Nova. Anyway, aku sayang Nova dalam imaginasi dan laptop. Kihkih. Kalau laptop ni bukan warna merah aku mungkin tak akan bagi dia nama Nova sebab Nova sesuai dengan warna merah.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini, terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dengan entry kali. Anyway, ni entry pertama yg aku buat guna Nova. Sekian.
Assalamualaikum...