Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, 26 June 2014

Hari Sukan 2014

Assalamualaikum...
Seingat aku, minggu pertama aku masuk sekolah SMK Mentakab, Azim pernah cakap hari sukan sekolah dah lepas, atau sebenarnya aku yg salah dengar. Mungkin Azim bukannya cakap sukan sekolah tapi merentas desa. Hurmm, entahlah. Kepada Anati, sorrylah yekk, aku tersilap maklumat. Baiklah, mari kita back to the story.

Sukan diadakan selama 4 hari iaitu dari hari Isnin 23/6/2014 hingga Khamis 26/6/2014. Jadi adakah aku buat betul-betul? Mestilah aku buat betul-betul. Jadi aku berjaya menang ke? Hehehe, mestilah. Jadi acara apa aku masuk? Aku masuk 5 acara. Tapi 5 acara ni pada hari lain-lain, maknanya setiap harilah aku ada acara. Pada hari Isnin, aku ada acara 200 meter dan lompat jauh. Aku sebenarnya tak mahu lari 200 meter, aku mahu 100 meter. Kalau aku lari 200 meter gerenti kalah. Tapi cikgu Shuhaida cakap 100 meter dah penuh, 200 meter pula tak ada atlet. Cikgu suruh juga aku masuk. Jadi terpaksalah aku lari 200 meter. Tapi maaflah yek cikgu seandainya aku kalah. Kalau kena lari 200 meter dan ke atas memang aku fail lah. Masa sekolah rendah dulu pun memang aku selalu lari 100 meter je. 200 meter dan selebihnya ada juga tapi cikgu tak tekankan sangat. Cikgu cuma tekankan aku lari 100 meter je. Jadi apa kesudahannya? Menang atau kalah? Hahaha, mestilah kalah, dapat nombor 5 daripada 8. Sudah ku jangkakan kekalahan ini. Lompat jauh pula, aku pergi lari tempat lain. Sepatutnya lepas habis lari 200 meter kena terus ke tempat lompat jauh sebab sudah mahu mula tapi aku pergi tempat lain. Kenapa? Sebab aku tak larat nak lompat. Seriously aku cakap, lepas lari tu, aku rasa macam nak pengsan tapi aku tetap bertahan. Aku ajak Elvyianah teman beli air 100 plus. Lepas beli tu, cepat-cepat aku minum, then tunggu Elvy siap membeli. Masa tunggu Elvy tu aku dah duduk bercangkung, masa tu rasa macam nak pitam dah tapi aku tetap tahan. Then kita orang balik ke kelas. Masa on the way, aku rasa betul-betul dah tak tahan, jalan pun dah terhuyung-hayang. Rasa macam nak pengsan 3 hari 3 malam je. Elvy pula tak tahu pasal keadaan aku sebab dia jalan kat depan aku dan aku pun tak bagi tahu dia sebab tak nak dia risau. Sampai kat kelas, nampak member melayu, cina dan india iaitu Thivya, Lee Xiao Peng, Lim Hua Xin, Fazira atau lebih dikenali sebagai AJ, Fairuz dan Alia tengah borak. 1 Malaysia betullah korang ni. Masa tu aku rasa macam tak ada mood sangat nak borak dengan dia orang. Aku pun tidur sekejap. Tidur ke pengsan? Entahlah aku pun tak tahu. Dah bangun tu barulah lega sikit.

Keesokan harinya iaitu hari Selasa, sepatutnya aku tak ada acara. Actually aku masuk 2 acara je iaitu pada hari Isnin. Habis tu kenapa Selasa pun aku ada acara? Ni sebab aku kena jadi penggantilah. Acara yg aku masuk adalah 100 meter dan 4x100 meter. Oh yeah, 100 meter. This is what I want. Aku menggantikan seorang perempuan cina iaitu Chia Wei Wei atau lebih dikenali sebagai Kelly. Kemana perginya Kelly ni? Haishhh, lambat datang sekolah. Untuk pengetahuan korang, Kelly ni atlet dan beliau dari sekolah sukan. Dalam acara 200 meter dan lompat jauh pada hari Isnin, beliaulah juaranya. Anyway, acara 100 meter aku berjaya dapat tempat kedua. Puan Kalsom iaitu cikgu yg mengajar aku Akaun cakap, aku ni cuma boleh lari 100 meter je, masa lari 200 meter semalam cikgu nampak kamu dah letih, kamu ni tak boleh lari jauh-jauh, boleh lari dekat je.. Aku pula kat dalam hati cakap, sebab tu saya tak pernah menang merentas desa sejak sekolah rendah lagi. 4x100 meter, aku geng dgn Kelly dan 2 orang budak cina. Kelly pelari pertama, aku pula pelari keempat. Jadi apakah resultnya? All thanks to Kelly, sebabkan dia, kita orang berjaya dapat nombor 1. Laju betul Kelly ni, orang lain baru nak start lari, tapi dia sudah sampai separuh. Untuk pengetahuan lagi, Kelly juga berjaya dapat johan dalam acara lari 800 meter. Sebelum lari 4x100 meter ni, Kelly adalah cakap-cakap sikit cara nak pegang dan bagi baton. Aku memang dah tahu benda tu semua tapi dengar jelah dan bagi beberapa tips lagi. Nasib baik aku tak rasa nak pengsan 3 hari 3 malam. Mungkin sebab 100 meter je kut, lagi pun 100 meter kan memang kepakaran aku. Hari Rabu pula tak ada acara sebab raptai je lagi pun aku tak ada kat sekolah. Ponteng sekolah kah? Eeii, tak lah. Ada seminar mencegah dadah kat sekolah Abu Bakar Temerloh. Budak melayu perempuan cuma 4 orang termasuk aku. Jadi aku lepak dengan dia orang jelah. Siapakah? Amylia, Alia dan AJ. Tiga-tiga ni pun budak kelas aku. FYI, Alia ni bolehlah juga di katakan kembar aku. Kenapa? Kita orang lahir pada hari yg sama dan beliau juga pandai cakap cina. Dia pernah sama sekolah dengan aku masa sekolah rendah tapi kalau tak silap aku dia masuk pertengahan tahun 6.

Pada hari Khamis adalah hari sukan terakhir. Sepatutnya hari ini pun aku tak ada acara tapi di sebabkan tak cukup orang jadi aku jadi mangsanya. Acara apakah? 4x400 meter. Aku dah cakap kat cikgu yg aku memang tak boleh 400 meter tapi cikgu suruh aku juga sebab tak ada orang nak lari. Kelly pun beria-ia pujuk aku suruh lari juga. Dia cakap jangan risau, awak lari pertama lari slow-slow je nanti saya lari keempat saya akan potong semua orang. Manis betul ayat kau ek Kelly. Aku tahu kau laju tapi tak yah sampai cakap macam tu sekali semata-mata nak pujuk aku. Jadi kesudahannya terpaksalah aku lari juga 400 meter. Geng aku kali ini sama dgn 4x100 meter tapi seorang ditukar sebab penat sangat masuk perbarisan. Sebelum lari 4x400 meter, Kelly ajak kita orang warm up dgn dia, ikutlah apa dia buat. Mula-mula empat orang je lepas tu tetiba rumah hijau kalau tak silap aku pun join juga kita orang warm up. Semuanya budak cina, aku seorang saja budak melayu. Masa tengah lari keliling bola keranjang, aku terdengar budak cina dari rumah hijau cakap, ikut jelah apa coach cakap. Coach mana pula ni? Siapa lagi kalau bukan Kelly a.k.a ketua buat warm up masa tu. Lepas warm up tu kita orang duduk dulu sebab lambat lagi, kalau tak silap aku masa tu acara 4x400 meter bawah 14 tahun. Sepanjang acara 4x400 meter sebelum kategori tingkatan 6, memang aku dah cuak. Apasal? Rumah kuning kat belakang sekali. Hampir semua kategori 4x400 meter, kuning terakhir. Huhh, cuak betul. Masa kategori lelaki 18 tahun, Kelly suruh warm up semula sebab badan dah sejuk. Rumah hijau sekali lagi join kita orang warm up. Lepas warm up tu, Kelly bisik dgn kita orang 3, nombor 1 ke, nombor 2 ke, nombor 3 ke, tak kisah, yg penting buat yg terbaik. Lepas tu dia ajar cara bernafas. Kelly cakap jangan ikut mulut tapi ikut hidung tapi kena ada rentak dia. Lepas tu dia cakap lagi, awal-awal jangan speed, jogging je, dah sampai masa baru speed.

Bila dah sampai masa untuk kita orang lari tu, aku dengar cikgu lelaki a.k.a MC pada hari itu cakap, kuning dijangka menang bagi kategori perempuan tingkatan 6 sebab ada seorang yg lari laju. Heh, tahu-tahu sajalah siapa yg dimaksudkan tu. Mestilah Kelly. Then, tiba waktunya untuk berlari. Aku lari slow je lah macam apa yg Kelly cakap tapi aku terlupa pasal cara bernafas yg dia ajar tu, aku ikut mulut juga. Aku slow sampai dah separuh pusingan then aku speed, aku dapat potong dia orang tapi sekejap je, mungkin tak sampai 10 saat. Bila sudah 1 1/4 pusingan, aku dah start rasa nak pengsan 3 hari 3 malam. Haishh, aku ni, tak habis-habis lagi dengan aku punya pengsan 3 hari 3 malam ni. 1 2/4, aku jalan, seriously, aku memang tak larat tapi jalan sekejap je then lari semula tapi sangat slow. 1 3/4, Kelly bagi semangat kat aku, tapi aku gelengkan kepala, dalam hati aku cakap 'tak boleh' dalam 4 bahasa iaitu melayu, english, cina dan korea. Amboi, sampai 4 bahasa. Tapi Kelly jerit BOLEH!!!, then aku dengar dia cakap, jom saya lari dengan awak dalam bahasa cina. Sampai garisan penamat, nasib baik aku tak jatuh tergolek, terbaring atau terduduk macam budak-budak yg lari sebelum ni. Mungkin sebab aku dah cakap dengan diri sendiri nanti sampai garisan penamat aku tak boleh jatuh, mesti kena berdiri.

Tapi adalah seorang budak cina bawa aku masuk khemah PBSM untuk berehat kat situ. PBSM ni lambat betul bagi bantuan kat aku. Aku kat situ macam nak patah kaki dah, rasa macam kaki aku nak kena potong, aku dah tak boleh nak rasa kaki aku. Beberapa minit lepas tu, ada seorang budak cina datang kat aku, tanya mana sakit, aku pun cakap kaki, then dia suruh angkat seluar sebab dia nak spray. Aku pun fikir dalam hati, alamak nak kena angkat seluar ke, dalam khemah ni ada lelaki pula. Terpaksalah aku angkat juga seluar. Aku tak tahu apa gunanya spray tu tapi aku selalu nampak orang guna untuk sukan. Lepas dah spray tu, budak cina tu suruh rehat dulu. Ramai juga budak kat dalam khemah ni yg perlukan bantuan. Tak lama lepas tu, aku rasa kaki aku dah okay. Ohh, tu ke gunanya spray tu. Tapi aku tetap kena duduk lama sikit kat khemah tu sebab takut nanti, aku pergi jalan-jalan tetiba pengsan. Kalau 200 meter pun aku rasa nak pengsan 3 hari 3 malam ni kan pula 400 meter, huh, lagi lah teruk. Jadi apa kesudahannya? Menang atau kalah? Alhmadulillah dapat nombor 2. Nasib baik ada Kelly, I know you can do it girl. Sepanjang hari tu, otak aku ni dipenuhi dengan Kelly je. Kenapa? Mungkin sebab rasa bersalah dan bangga pada dia. Lepas tu Elvy datang, bawa beg dan botol air aku. Dalam botol air aku tu ada air 100 plus. Nasib baik aku beli sebelum lari. Lega sikit bila dah minum 100 plus. Then ada acara tarik tali. Lepas tu cikgu suruh semua murid pergi astaka untuk penyampaian hadiah.

Nak tahu markah keseluruhan? Maaflah yek, aku tak ada gambar untuk tu, gambar lain aku adalah. Yang pasti pemenangnya ialah rumah hijau, diikuti dgn merah, biru dan kuning. Hiasan khemah pula kuning dapat nombor 3. Nampaknya, di SMKM ni aku dapat merasa kekalahan lah yek. Maksudnya? Masa sekolah rendah dan menengah, rumah kuning selalu menang tapi kat sini kalah. Jadi daripada 5 acara, aku cuma dapat 1 emas dan 2 perak. Sekurang-kurangnya aku dapat. 3 kali sekolah, 3 kali pingat aku dapat. Maksudnya? Sekolah rendah aku dapat pingat, sekolah menengah pun dapat tapi 1 je tu pun acara lompat tinggi dan form 6 aku dapat juga. Alhamdulillah. Lompat tinggi tu pun aku tak tahulah macam mana aku boleh dapat. Aku lebih hebat lompat jauh dari lompat tinggi. FYI, Kelly adalah olahragawati bagi kategori perempuan tingkatan 6. Kalau tak silap aku Kelly dapat 4 emas dan 1 gangsa. Apakah gangsa tu? Lompat tinggi lah. Tempat pertama Tee Chai Xiu dapat, nasib baik beliau rumah kuning, tempat kedua ialah Roha dari rumah hijau. Untuk tahu lebih lanjut siapa Kelly ni boleh tengok facebook beliau namanya Kelly Chia. Anyway, punca aku dapat 3 pingat ni adalah dari punca yg sama. Apakah? Bukan apakah tapi siapakah. Jadi siapakah? Siapa lagi kalau bukan Kelly. Kalau tak sebab Kelly datang lambat ke sekolah, aku mungkin tak dapat masuk acara 100 meter, kalau bukan sebab aku geng dgn Kelly dalam acara 4x100 meter dan 4x400 meter mungkin aku akan kalah. Thanks a lot Kelly. Kau buat aku merasai semula kemenangan tu setelah 5 tahun tak rasa kemenangan. Hakhak, tetiba Kelly jadi idola aku pula. Okay, okay, abaikan. Tapi masa dapat pingat 4x400 meter aku rasa macam nak pulangkan semula pada cikgu sebab aku rasa macam aku tak layak dapat pingat tu.

Okay, jom layan gambar perbarisan. Tu je yg sempat aku ambil gambar. Yang lain tak sempat. Maaf yek.

 Moto rumah biru ialah 'Luaskan Empayarmu' dan merah pula 'Sehangat Merah Sehangat Api'
 Moto kuning pula 'Kuning Masih Berbisa' dan hijau pula 'Hijau Gagah Perkasa'. Aku sakit hati betul dgn cikgu yg jadi MC tu sebab asyik kutuk rumah kuning. Karang ada juga yg kena aku punya serangan api ni.



Okay, baiklah, sampai di sini sajalah entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dengan entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...