Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, 26 June 2014

Hari Sukan 2014

Assalamualaikum...
Seingat aku, minggu pertama aku masuk sekolah SMK Mentakab, Azim pernah cakap hari sukan sekolah dah lepas, atau sebenarnya aku yg salah dengar. Mungkin Azim bukannya cakap sukan sekolah tapi merentas desa. Hurmm, entahlah. Kepada Anati, sorrylah yekk, aku tersilap maklumat. Baiklah, mari kita back to the story.

Sukan diadakan selama 4 hari iaitu dari hari Isnin 23/6/2014 hingga Khamis 26/6/2014. Jadi adakah aku buat betul-betul? Mestilah aku buat betul-betul. Jadi aku berjaya menang ke? Hehehe, mestilah. Jadi acara apa aku masuk? Aku masuk 5 acara. Tapi 5 acara ni pada hari lain-lain, maknanya setiap harilah aku ada acara. Pada hari Isnin, aku ada acara 200 meter dan lompat jauh. Aku sebenarnya tak mahu lari 200 meter, aku mahu 100 meter. Kalau aku lari 200 meter gerenti kalah. Tapi cikgu Shuhaida cakap 100 meter dah penuh, 200 meter pula tak ada atlet. Cikgu suruh juga aku masuk. Jadi terpaksalah aku lari 200 meter. Tapi maaflah yek cikgu seandainya aku kalah. Kalau kena lari 200 meter dan ke atas memang aku fail lah. Masa sekolah rendah dulu pun memang aku selalu lari 100 meter je. 200 meter dan selebihnya ada juga tapi cikgu tak tekankan sangat. Cikgu cuma tekankan aku lari 100 meter je. Jadi apa kesudahannya? Menang atau kalah? Hahaha, mestilah kalah, dapat nombor 5 daripada 8. Sudah ku jangkakan kekalahan ini. Lompat jauh pula, aku pergi lari tempat lain. Sepatutnya lepas habis lari 200 meter kena terus ke tempat lompat jauh sebab sudah mahu mula tapi aku pergi tempat lain. Kenapa? Sebab aku tak larat nak lompat. Seriously aku cakap, lepas lari tu, aku rasa macam nak pengsan tapi aku tetap bertahan. Aku ajak Elvyianah teman beli air 100 plus. Lepas beli tu, cepat-cepat aku minum, then tunggu Elvy siap membeli. Masa tunggu Elvy tu aku dah duduk bercangkung, masa tu rasa macam nak pitam dah tapi aku tetap tahan. Then kita orang balik ke kelas. Masa on the way, aku rasa betul-betul dah tak tahan, jalan pun dah terhuyung-hayang. Rasa macam nak pengsan 3 hari 3 malam je. Elvy pula tak tahu pasal keadaan aku sebab dia jalan kat depan aku dan aku pun tak bagi tahu dia sebab tak nak dia risau. Sampai kat kelas, nampak member melayu, cina dan india iaitu Thivya, Lee Xiao Peng, Lim Hua Xin, Fazira atau lebih dikenali sebagai AJ, Fairuz dan Alia tengah borak. 1 Malaysia betullah korang ni. Masa tu aku rasa macam tak ada mood sangat nak borak dengan dia orang. Aku pun tidur sekejap. Tidur ke pengsan? Entahlah aku pun tak tahu. Dah bangun tu barulah lega sikit.

Keesokan harinya iaitu hari Selasa, sepatutnya aku tak ada acara. Actually aku masuk 2 acara je iaitu pada hari Isnin. Habis tu kenapa Selasa pun aku ada acara? Ni sebab aku kena jadi penggantilah. Acara yg aku masuk adalah 100 meter dan 4x100 meter. Oh yeah, 100 meter. This is what I want. Aku menggantikan seorang perempuan cina iaitu Chia Wei Wei atau lebih dikenali sebagai Kelly. Kemana perginya Kelly ni? Haishhh, lambat datang sekolah. Untuk pengetahuan korang, Kelly ni atlet dan beliau dari sekolah sukan. Dalam acara 200 meter dan lompat jauh pada hari Isnin, beliaulah juaranya. Anyway, acara 100 meter aku berjaya dapat tempat kedua. Puan Kalsom iaitu cikgu yg mengajar aku Akaun cakap, aku ni cuma boleh lari 100 meter je, masa lari 200 meter semalam cikgu nampak kamu dah letih, kamu ni tak boleh lari jauh-jauh, boleh lari dekat je.. Aku pula kat dalam hati cakap, sebab tu saya tak pernah menang merentas desa sejak sekolah rendah lagi. 4x100 meter, aku geng dgn Kelly dan 2 orang budak cina. Kelly pelari pertama, aku pula pelari keempat. Jadi apakah resultnya? All thanks to Kelly, sebabkan dia, kita orang berjaya dapat nombor 1. Laju betul Kelly ni, orang lain baru nak start lari, tapi dia sudah sampai separuh. Untuk pengetahuan lagi, Kelly juga berjaya dapat johan dalam acara lari 800 meter. Sebelum lari 4x100 meter ni, Kelly adalah cakap-cakap sikit cara nak pegang dan bagi baton. Aku memang dah tahu benda tu semua tapi dengar jelah dan bagi beberapa tips lagi. Nasib baik aku tak rasa nak pengsan 3 hari 3 malam. Mungkin sebab 100 meter je kut, lagi pun 100 meter kan memang kepakaran aku. Hari Rabu pula tak ada acara sebab raptai je lagi pun aku tak ada kat sekolah. Ponteng sekolah kah? Eeii, tak lah. Ada seminar mencegah dadah kat sekolah Abu Bakar Temerloh. Budak melayu perempuan cuma 4 orang termasuk aku. Jadi aku lepak dengan dia orang jelah. Siapakah? Amylia, Alia dan AJ. Tiga-tiga ni pun budak kelas aku. FYI, Alia ni bolehlah juga di katakan kembar aku. Kenapa? Kita orang lahir pada hari yg sama dan beliau juga pandai cakap cina. Dia pernah sama sekolah dengan aku masa sekolah rendah tapi kalau tak silap aku dia masuk pertengahan tahun 6.

Pada hari Khamis adalah hari sukan terakhir. Sepatutnya hari ini pun aku tak ada acara tapi di sebabkan tak cukup orang jadi aku jadi mangsanya. Acara apakah? 4x400 meter. Aku dah cakap kat cikgu yg aku memang tak boleh 400 meter tapi cikgu suruh aku juga sebab tak ada orang nak lari. Kelly pun beria-ia pujuk aku suruh lari juga. Dia cakap jangan risau, awak lari pertama lari slow-slow je nanti saya lari keempat saya akan potong semua orang. Manis betul ayat kau ek Kelly. Aku tahu kau laju tapi tak yah sampai cakap macam tu sekali semata-mata nak pujuk aku. Jadi kesudahannya terpaksalah aku lari juga 400 meter. Geng aku kali ini sama dgn 4x100 meter tapi seorang ditukar sebab penat sangat masuk perbarisan. Sebelum lari 4x400 meter, Kelly ajak kita orang warm up dgn dia, ikutlah apa dia buat. Mula-mula empat orang je lepas tu tetiba rumah hijau kalau tak silap aku pun join juga kita orang warm up. Semuanya budak cina, aku seorang saja budak melayu. Masa tengah lari keliling bola keranjang, aku terdengar budak cina dari rumah hijau cakap, ikut jelah apa coach cakap. Coach mana pula ni? Siapa lagi kalau bukan Kelly a.k.a ketua buat warm up masa tu. Lepas warm up tu kita orang duduk dulu sebab lambat lagi, kalau tak silap aku masa tu acara 4x400 meter bawah 14 tahun. Sepanjang acara 4x400 meter sebelum kategori tingkatan 6, memang aku dah cuak. Apasal? Rumah kuning kat belakang sekali. Hampir semua kategori 4x400 meter, kuning terakhir. Huhh, cuak betul. Masa kategori lelaki 18 tahun, Kelly suruh warm up semula sebab badan dah sejuk. Rumah hijau sekali lagi join kita orang warm up. Lepas warm up tu, Kelly bisik dgn kita orang 3, nombor 1 ke, nombor 2 ke, nombor 3 ke, tak kisah, yg penting buat yg terbaik. Lepas tu dia ajar cara bernafas. Kelly cakap jangan ikut mulut tapi ikut hidung tapi kena ada rentak dia. Lepas tu dia cakap lagi, awal-awal jangan speed, jogging je, dah sampai masa baru speed.

Bila dah sampai masa untuk kita orang lari tu, aku dengar cikgu lelaki a.k.a MC pada hari itu cakap, kuning dijangka menang bagi kategori perempuan tingkatan 6 sebab ada seorang yg lari laju. Heh, tahu-tahu sajalah siapa yg dimaksudkan tu. Mestilah Kelly. Then, tiba waktunya untuk berlari. Aku lari slow je lah macam apa yg Kelly cakap tapi aku terlupa pasal cara bernafas yg dia ajar tu, aku ikut mulut juga. Aku slow sampai dah separuh pusingan then aku speed, aku dapat potong dia orang tapi sekejap je, mungkin tak sampai 10 saat. Bila sudah 1 1/4 pusingan, aku dah start rasa nak pengsan 3 hari 3 malam. Haishh, aku ni, tak habis-habis lagi dengan aku punya pengsan 3 hari 3 malam ni. 1 2/4, aku jalan, seriously, aku memang tak larat tapi jalan sekejap je then lari semula tapi sangat slow. 1 3/4, Kelly bagi semangat kat aku, tapi aku gelengkan kepala, dalam hati aku cakap 'tak boleh' dalam 4 bahasa iaitu melayu, english, cina dan korea. Amboi, sampai 4 bahasa. Tapi Kelly jerit BOLEH!!!, then aku dengar dia cakap, jom saya lari dengan awak dalam bahasa cina. Sampai garisan penamat, nasib baik aku tak jatuh tergolek, terbaring atau terduduk macam budak-budak yg lari sebelum ni. Mungkin sebab aku dah cakap dengan diri sendiri nanti sampai garisan penamat aku tak boleh jatuh, mesti kena berdiri.

Tapi adalah seorang budak cina bawa aku masuk khemah PBSM untuk berehat kat situ. PBSM ni lambat betul bagi bantuan kat aku. Aku kat situ macam nak patah kaki dah, rasa macam kaki aku nak kena potong, aku dah tak boleh nak rasa kaki aku. Beberapa minit lepas tu, ada seorang budak cina datang kat aku, tanya mana sakit, aku pun cakap kaki, then dia suruh angkat seluar sebab dia nak spray. Aku pun fikir dalam hati, alamak nak kena angkat seluar ke, dalam khemah ni ada lelaki pula. Terpaksalah aku angkat juga seluar. Aku tak tahu apa gunanya spray tu tapi aku selalu nampak orang guna untuk sukan. Lepas dah spray tu, budak cina tu suruh rehat dulu. Ramai juga budak kat dalam khemah ni yg perlukan bantuan. Tak lama lepas tu, aku rasa kaki aku dah okay. Ohh, tu ke gunanya spray tu. Tapi aku tetap kena duduk lama sikit kat khemah tu sebab takut nanti, aku pergi jalan-jalan tetiba pengsan. Kalau 200 meter pun aku rasa nak pengsan 3 hari 3 malam ni kan pula 400 meter, huh, lagi lah teruk. Jadi apa kesudahannya? Menang atau kalah? Alhmadulillah dapat nombor 2. Nasib baik ada Kelly, I know you can do it girl. Sepanjang hari tu, otak aku ni dipenuhi dengan Kelly je. Kenapa? Mungkin sebab rasa bersalah dan bangga pada dia. Lepas tu Elvy datang, bawa beg dan botol air aku. Dalam botol air aku tu ada air 100 plus. Nasib baik aku beli sebelum lari. Lega sikit bila dah minum 100 plus. Then ada acara tarik tali. Lepas tu cikgu suruh semua murid pergi astaka untuk penyampaian hadiah.

Nak tahu markah keseluruhan? Maaflah yek, aku tak ada gambar untuk tu, gambar lain aku adalah. Yang pasti pemenangnya ialah rumah hijau, diikuti dgn merah, biru dan kuning. Hiasan khemah pula kuning dapat nombor 3. Nampaknya, di SMKM ni aku dapat merasa kekalahan lah yek. Maksudnya? Masa sekolah rendah dan menengah, rumah kuning selalu menang tapi kat sini kalah. Jadi daripada 5 acara, aku cuma dapat 1 emas dan 2 perak. Sekurang-kurangnya aku dapat. 3 kali sekolah, 3 kali pingat aku dapat. Maksudnya? Sekolah rendah aku dapat pingat, sekolah menengah pun dapat tapi 1 je tu pun acara lompat tinggi dan form 6 aku dapat juga. Alhamdulillah. Lompat tinggi tu pun aku tak tahulah macam mana aku boleh dapat. Aku lebih hebat lompat jauh dari lompat tinggi. FYI, Kelly adalah olahragawati bagi kategori perempuan tingkatan 6. Kalau tak silap aku Kelly dapat 4 emas dan 1 gangsa. Apakah gangsa tu? Lompat tinggi lah. Tempat pertama Tee Chai Xiu dapat, nasib baik beliau rumah kuning, tempat kedua ialah Roha dari rumah hijau. Untuk tahu lebih lanjut siapa Kelly ni boleh tengok facebook beliau namanya Kelly Chia. Anyway, punca aku dapat 3 pingat ni adalah dari punca yg sama. Apakah? Bukan apakah tapi siapakah. Jadi siapakah? Siapa lagi kalau bukan Kelly. Kalau tak sebab Kelly datang lambat ke sekolah, aku mungkin tak dapat masuk acara 100 meter, kalau bukan sebab aku geng dgn Kelly dalam acara 4x100 meter dan 4x400 meter mungkin aku akan kalah. Thanks a lot Kelly. Kau buat aku merasai semula kemenangan tu setelah 5 tahun tak rasa kemenangan. Hakhak, tetiba Kelly jadi idola aku pula. Okay, okay, abaikan. Tapi masa dapat pingat 4x400 meter aku rasa macam nak pulangkan semula pada cikgu sebab aku rasa macam aku tak layak dapat pingat tu.

Okay, jom layan gambar perbarisan. Tu je yg sempat aku ambil gambar. Yang lain tak sempat. Maaf yek.

 Moto rumah biru ialah 'Luaskan Empayarmu' dan merah pula 'Sehangat Merah Sehangat Api'
 Moto kuning pula 'Kuning Masih Berbisa' dan hijau pula 'Hijau Gagah Perkasa'. Aku sakit hati betul dgn cikgu yg jadi MC tu sebab asyik kutuk rumah kuning. Karang ada juga yg kena aku punya serangan api ni.



Okay, baiklah, sampai di sini sajalah entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dengan entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Sunday, 8 June 2014

Aki & Tok Family Day part 2

Assalamualaikum...
Apa yg berlaku pada keesokan harinya? Jom ikuti kisah selanjutnya.

Pada hari Ahad, 1/6/2014.
Pagi tu kami breakfast makan roti canai dan macam-macam lagi makanan yg dihidangkan tapi aku cuma makan roti canai je sebab sedap. Entah berapa banyak roti canai aku sumbat dalam perut. Lepas tu tak sangka ada juga congo bars dan brownies yg di buat oleh Angah. Ramai juga yg cakap sedap dan bertanya siapa yg buat. Lepas tu mulalah tanya Angah macam-macam soalan pasal kek-kek. Wah, wah, kat sini pun nak berbusiness juga. Dah siap breakfast, sudah tiba masanya untuk bersukaneka. Sepatutnya sukaneka ni diadakan pada hari semalam tapi disebabkan hujan, maka di tunda pada hari esok. Sebelum tu kami dipecahkan kepada 4 warna rumah iaitu kuning, hijau, merah dan biru. Jadi aku rumah apa? Adakah kuning lagi? Well, aku sangat berharap aku adalah rumah kuning tapi aku rumah hijau. Tapi tak apa, mari buat yg terbaik untuk rumah sendiri. Dalam rumah hijau yg aku kenal ada abang Hanis, Amir, Husna Humaira, CuNa, Noah dan Fauzi (sepupu, anak Mak Tam). Ketua rumah hijau ialah abang Hanis. Cara abang Hanis dipilih sangat lawak. Ada seorang mak cik mula-mula tanya Amir umur berapa. Amir jawab 15 tahun. Lepas tu mak cik tu tanya pula abang Hanis umur berapa. Bila abang Hanis jawab 21 tahun, terus mak cik tu cakap, hah, awak jadi ketua. Tak pasal-pasal abang Hanis jadi ketua. Lepas tu kami disuruh buat sorakan rumah masing-masing. Sambil bersukaneka tu, pertandingan memakai kain pelikat dan batik juga diadakan. Kiranya, memakai kain pelikat atau batik ketika bersukaneka. Cara memakai kain pelikat atau batik tu kena kreatif sebab akan ada pemenang. First time in my life, aku pakai kain batik, mulut aku pula asyik sebut kain pelikat, padahal dalam otak fikirkan kain batik. Kain batik tu pun my mom yg pakaikan. Okay, sebelum sukaneka bermula, kenalah warm dulu.  Okaylah, jom layan gambar. Klik gambar untuk gambar yg lebih besar.

 Rumah hijau.
 Rumah biru.
 Rumah merah.
Rumah kuning.

Banyak acara sukaneka ni tapi aku cuma tengok 2 acara je. Acara seterusnya aku lari. Acara pertama ialah bowling kelapa, perlukan 9 orang pemain, 3 orang kanak-kanak, 3 remaja dan 3 dewasa. Acara ni aku tak join sebab aku ambil gambar. Acara kedua pula kena basahkan kain then masukkan air dalam botol. Acara ni aku join. Lepas tu aku lari pergi minum. Masa minum tu ternampak ada Angah, 3 orang anak saudara dan abang Helmi. Borak sekejap dgn Angah. Lepas tu aku tanya tak nak buat ke kraf ke? Kraf apa? Actually sebelum sukaneka, aku dan Safiyyah dan pergi buat kraf di tempat yg sama semasa pertandingan mewarna. Mula-mula kraf tu tak buat sebagai pertandingan, cuma buat suka-suka sebab sudah tak cukup masa. Tapi tiba-tiba di jadikan pertandingan pula. Cuma untuk budak je okay. Aku tak buat tapi aku tolong Safiyyah sikit-sikit. Aku nak sangat buat kraf tapi aku tak tahu nak buat kraf apa. Okay lepas tu Angah cakap boleh juga. So, kita orang ke tempat buat kraf. Then, Angah cakap, beliau pun tak tahu nak buat apa. Last-last kita orang tolong Sarah dan Amirah buat kraf. Aku pun buat juga tapi, hahahaha, malaslah cakap. Jom layan gambar.

 Get ready kids !!!
 Oh yeah, abang vs adik iaitu my dad vs Mak Tam.
 Abang macho nak tunjukkan cara sebenar main bowling. Semua orang focus to me okay. Mamat ni selalu lepak kat bowling, mestilah pro kan?
 Menonton je lah.
 Melepak je lah.
 Tuan-tuan dan puan-puan, memperkenalkan inilah pemilik Deruan Damai, Aki Cik dan Tok Cik.
Generasi kedua !!! Yang pakai kain biru di kepala tu lah Tok aku, iaitu ayah aku punya mak. Di sebelahnya ialah Tok Teh dan Tok De.
Acara ni aku masuk. Jurugambar ialah my dad.
Angah membantu Amirah buat kraf bentuk aiskrim.
Yang besar tu Sarah punya, yg kecil tu aku punya. Aku buat pin tudung tapi macam tak seberapa nak jadi je.
Snooker time.
Budak ni asyik menyibuk kat tempat snooker ni, mesti teringin nak main. Maaflah yek Safiyyah, anda masih kecil, tak sesuai lagi main snooker.

Jom tengok gambar sekeliling Deruan Damai. Sudah banyak perubahan.



 Tengok gambar kedua. Azim pun selalu main snooker kat Starmall dan di laptop. Style dia nampak macam pro tapi tak delah pro mana. Biasa-biasa je. Mulut dia je yg berlagak.

Lepas habis sukaneka, kini tibalah masa untuk memberi hadiah. Masa bagi hadiah ni yg best. Apasal? Dekat ruang makan tu ada 2 meja besar dan 1 meja kecil. 1 meja besar ada ZaiNurul family, lagi 1 meja besar aku tak ingat sama ada Kerdau clan atau Kelulut clan, dan meja kecil pula bercampur, ada juga ZaiNurul di meja kecil tu. Memang bertuah betul kita orang ZaiNurul ni. Kenapa? Sebelum pemenang macam-macam pertandingan diumumkan, ada teka-teki perkataan Temerloh dan cabutan bertuah. Yang ni lah yg ZaiNurul bertuah. Daripada 4 teka-teki perkataan Temerloh, kita orang dapat 3 hadiah. Yang jawab tu ialah Amir, aku dan Alang. Itu pun di bantu oleh Tok Encik, ayah dan mak. Sampaikan sepupu ayah yg bernama Mak Cik Naei, suruh kita orang bagi peluang pada orang lain untuk jawab perkataan terakhir. Kalau tak ada orang boleh jawab baru ZaiNurul boleh jawab. Orang lain pun macam tak puas hati tapi tak adalah marah-marah. Ayah aku pun cakap, kita orang, orang Temerloh lah, mestilah boleh jawab. Cabutan bertuah pun kita orang bertuah juga. Sepatutnya hadiah cabutan bertuah ni untuk pertandingan memancing tapi tak ada orang pun yg dapat ikan maka jadilah hadiah cabutan bertuah. Ada 5 sampul berisi duit dan di cabut oleh generasi kedua. Ada sebuah balang berisi nama semua orang, nama siapa yg di cabut maka dia lah yg dapat. Daripada 5 sampul tu, ZaiNurul dapat 3. Nama siapakah yg dicabut? Nama my mom dan nama 2 orang anak saudara aku iaitu Husna Aliya dan Amirah Hannani. Orang lain pun macam tak puas hati juga. Bertuah sungguh keluarga ZaiNurul ni kan. Kita orang pun tergelak gembira lah. Tak sangka bertuah sungguh kita orang. Cabutan bertuah belum habis lagi. Ada lagi satu hadiah yg dibalut, dalamnya ada ice cream maker. Siapakah yg dapat? Mestilah keluarga yg bertuah lagi dapat. Nama abang Hanis di cabut. Sekali lagi kita orang tergelak sakan.

Okay, sekarang tiba masanya untuk umumkan pemenang. Untuk acara sukaneka, keseluruhan pemenang ialah rumah hijau tapi tak ada hadiah. Johan pertandingan mewarna pula ialah Safiyyah Aqilah. Kembang hidung anak saudara aku ni. Kita orang pun tak sangka dia menang. Tak sia-sia dia beria-ia dan paling lambat. Good job niece, I know you can do it. Sekali lagi Safiyyah menang pertandingan buat kraf tapi nombor 3. That's good. Bila aku tanya dia siapa yg tolong dia, dia cakap tak tahu. Tak guna betul. Aku yg bersusah payah tolong dia tapi dia boleh pula cakap tak tahu siapa tolong dia. Aisshhh, kurang asam betul. Nasib baik budak kecil kalau tak memang aku belasah. Pertandingan kain batik jatuh pada Cik Zai (mama Nana) dan kain pelikat pula jatuh pada Afif dari Kelulut clan. Juri untuk pertandingan memakai kain pelikat dan batik ni ialah Tok, Tok Teh dan Tok De. Seterusnya, ialah pertandingan slide show. Tempat ketiga aku sudah lupa siapa, tapi tempat kedua pula kalau tak silap aku Damansara clan yg menang iaitu Aki Cik. Jadi siapakah Johan? Hehehehe, mestilah Sentang clan. Siapalah agaknya yg buat slide show untuk Sentang clan yek? Tapi yg ambil hadiah tu kak Am, beliau ke yg buat? Entahlah tak kisahlah, yg penting Sentang clan menang. Then, johan pertandingan ice breaking + musang berjanggut + menara paling tinggi ialah kumpulan Teh iaitu kumpulan keempat. Kedua dan ketiga aku sudah lupa. Sekarang tiba masanya untuk umumkan johan keseluruhan pertandingan. Siapakah? Siapakah? Siapakah? Adakah rumah aku? Tak tapi ianya adalah rumah yg aku nak sangat masuk iaitu rumah kuning. Oh yeah, kumpulan ayah aku menang. Masa sukaneka rumah kuning adalah tercorot tapi Mak Teh Ain (Anak Aki Cik) cakap, rumah kuning ni banyak di bantu oleh kanak-kanak dalam pertandingan mewarna dan kraf. Safiyyah rumah kuning ke? Taklah, Safiyyah rumah biru dan Sarah rumah merah. Aku tak ingatlah rumah lain dapat nombor berapa.

Lepas tu kita orang lunch. Tapi perut aku kenyang lagi. Tak ada mood nak makan nasi. Tetiba aku nampak masih ada lagi roti canai. Hahahaha, apa lagi makan roti canai lagi lah nampaknya. Orang makan nasi, aku pula makan roti canai. Sesat betul. Sambil-sambil makan tu, kita orang melayan slide show dari Kelulut clan. Kelulut clan ni ialah keluarga Aki Teh. Beliau masih hidup tapi tak dapat nak join sebab masalah kesihatan. Oh yeah, actually entry Aki & Tok Family Day part 1, aku ada cakap Mahmud clan, sebenarnya aku salah, ianya adalah Awah clan. Dan lagi satu benda yg aku terlupa. Pada 31/5/2014, adalah hari jadi Aki Cik. Kita orang sambutnya pada waktu malam semalam, selepas dinner sebelum aktiviti beroyat perdana. Lepas lunch, kita orang semua berbincang sama ada nak buat lagi tahun depan pada tarikh yg sama iaitu pada hari jadi Aki Cik. Jadi keputusan yg masih tak comfirm lagi. Lepas tu lantik AJK untuk tahun depan. Siapakah AJK? Bertuah dapat banyak hadiah punya pasal inilah jadinya. Ayah aku dipilih jadi AJK. Peninglah kepala ayah aku nanti. Don't worry ayah, ayah kan ada banyak askar. Askar yg aku maksudkan tu ialah anak-anak ayah. Semua orang pilih ayah aku sebab ZaiNurul dapat paling banyak hadiah. Ahhh, dengki. AJK kedua pula Afif dari Kelulut clan dan kak Am untuk bahagian kanak-kanak. Lepas tu sambut birthday juga tapi aku tak ingat siapa, kalau tak silap aku ada 3 orang. Akhir sekali, ucapan terakhir dari Aki Cik. Then, beliau tanya ada nak tambah apa-apa ke, ada apa-apa yg tak cukup, tak puas pasal Deruan Damai, nak bagi cadangan pun boleh. Tapi tak ada orang pun yg bagi response, last-last ayah yg dipilih suruh bagi cadangan sebab dapat banyak hadiah. Apakah yg ayah aku cakap? Kolam untuk kanak-kanak ada tapi untuk orang besar tak ada, so, please do something about it. Yeah, something like that lah ayah aku cakap. Tok Cik pun ada cakap sikit. Lepas tu bersurai, sudah boleh balik. Family Day untuk tahun ini tamat sudah bah.

Lepas tu kita orang kemas barang-barang kemudian bersiap untuk ke rumah Along di Semenyih sebab nak tengok anak saudara yg ke-6 yg bernama Zainul Hadif Syahmi bin Zainul Anuar Husni. Panggil beliau Hadif atau Syahmi? Jawapannya Hadif. Masa kat rumah Along tu kita orang borak-borak then ayah pun cerita semula pasal Pak koyot (musang). Sekarang barulah aku faham cerita Pak Koyot tu. Patutlah semua orang gelak je. Ayah cakap tu cerita rekaan arwah aki. Abang De pula cakap, setiap kali arwah aki bercerita mesti akan start dgn perkataan 'Andelah' yg bermaksud adalah dan di akhiri dgn 'jatuh tergolek lalu mati'. Ayah cakap Pak Koyot ni ada 2 versi. Versi pertama Pak Koyot ni mati, versi kedua pula tak mati tapi masuk hospital. Macam mana boleh ada versi kedua ni? Kisahnya, arwah aki bercerita pada adik-beradik ayah semasa kecil dulu. Masa arwah aki sudah habis bercerita sampai jatuh tergolek lalu mati, Cik Zai cakap dia tak mati sebab masuk hospital. Kenapa Cik Zai cakap macam tu? Sebab masa tu kaki Cik Zai patah masuk hospital. Begitu lah kisahnya. Malam tu, kita orang pergi ke Univeristi Malaya untuk jemput Hakim kemudian balik ke Mentakab semula.

Baiklah, sampai di sini sajalah entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca. Harap terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Thursday, 5 June 2014

Aki & Tok Family Day Part 1

Assalamualaikum...
Siapakah Aki dan Tok yg aku maksudkan ni? Iaitu lah moyang sebelah ayah aku iaitu lah Mohd Taib dan Aminah yang berasal dari Sentang. Moyang aku ni dikurniakan 5 orang anak. Ayah aku punya mak adalah anak kedua daripada 5 beradik ni. Aki dan tok aku iaitu Ghazali dan Rahimah pula dikurnaikan 7 orang anak. 2 orang anak lelaki dan 5 orang perempuan. Actually 10 orang anak tapi 2 meninggal dan seorang gugur dalam kandungan maka tinggal lah 7 orang. Setelah 5 generasi, kami telah berjaya membuat family day yg diberi nama Aki & Tok Family Day di Deruan Damai, Janda Baik selama 2 hari. Pemilik Deruan Damai ni adalah adik bongsu daripada 5 adik-beradik tok yg dikenali sebagai Dato' Hilmey bin Mohd Taib, tapi generasi keempat seperti aku panggil beliau sebagai Aki Cik.

Apa itu berado bersama? Maksudnya tidur beramai-ramai.

Kenapa Family Day ni diadakan? Zaman sekarang kan sudah modern, asyik berkepit dgn handphone, ipad dan seumpamanya sampaikan sepupu sendiri pun dah tak kenal. Maka, tujuan family day ni kiranya untuk merapatkan lagi silaturrahim. Pada awalnya family aku tak dapat nak join family day ni disebabkan ramai ahli keluarga aku yg ada urusan, jadi kalau pergi juga tak bestlah sebab bukan semua ahli keluarga ZaiNurul ni dapat join. Tapi beberapa hari sebelum family day ni, tiba-tiba ayah cakap kita dapat join family day tu sebab urusan adik-beradik aku ada yg cancel dan ada yg tak pasti. Bila comform balik, ramai yg dapat join kecuali Along dan Hakim. Disebabkan last minute dapat join, kita orang tak dapat t-shirt official untuk family day ni. Jadi akan nampak agak alien sebab yg lain baju sama tapi keluarga ZaiNurul baju lain. But don't worry, cara untuk kurang nampak alien, kami di suruh memakai baju warna merah. Jom tengok t-shirt official tu.

Entah siapalah yg jadi model ni. Anyway, bukan aku yg ambil gambar ni, ayah aku yg ambil menggunakan DSLR Teh.

Pada hari Jumaat, 30/5/2014.
Kami pergi shopping untuk kali terakhir untuk beli hadiah sebabnya nanti ada pertukaran hadiah. Semua orang mesti kena bawa hadiah termasuk baby. Malam tu kami bungkus dalam paper bag dan menyiapkan sticker untuk ditampal pada paper bag. Sticker apakah? Sebenarnya tak perlu pun sticker ni tapi kami sajalah nak buat sticker ni. Sticker ni direka oleh Teh.



Pada hari Sabtu, 31/5/2014.
Selepas breakfast dan bersiap-siap, around pukul 10.30 pagi kami bergerak ke Janda Baik menaiki 3 buah kereta seramai 10 orang, iaitu kereta ayah, Abang De dan Teh. Nak dekat pukul 12 tengahari, kami selamat sampai di Deruan Damai. Bila dah parking kereta, kami nampak ada kereta Angah dan Alang. Maknanya dia orang dah sampai dulu. Kita orang pun patutnya datang awal juga tapi maklumlah, keluarga ramai orang kan. So, agak lambatlah nak bersiap.

Ni lah gate Deruan Damai. Alamak, ada pula model kat situ. Anyway, gambar ni bukan di ambil oleh aku. Selama 2 hari ni, aku tak banyak ambil gambar pun. Ayah aku yg banyak ambil gambar.

Mula-mula sekali bila kami sampai, ada beberapa orang yg berucap bagi tahu aktiviti sepanjang 2 hari ni.

Then, kami pergi daftar, bagi hadiah untuk bertukaran hadiah nanti dan ambil name tag. Lepas tu, kami semua di suruh masuk ke ruang makan sebab nak tengok slide show. Slide show apakah? Slide show pasal keluarga masing-masing lah, tapi ikut clan. Ada 5 clan maka ada 5 slide show. Tapi time ni ada 4 je. Lagi 1 slide show pada hari esok, sebab apa, aku tak pasti. Slide show pertama dari Mahmud clan, iaitu keluarga Aki Long. Yang kedua dari Sentang clan iaitu keluarga adik-beradik ayah aku. Yang ketiga dari Kerdau clan iaitu keluarga Tok De. Dan yg keempat dari Damansara clan iaitu keluarga Aki Cik. Then, sesi fotografi setiap clan, setiap keluarga. Maaf clan lain aku tak ada, kecuali 2 clan ni. Gambar clan lain semuanya pada CuDin (papa Izzana).

 This is ZaiNurul Family from Sentang Clan.
 This is Kerdau Clan.
Inilah kami semua. Lebih dari 100 orang. Itu pun ada yg tak datang lagi.

Aktiviti kedua kami pula ialah ice breaking, musang berjanggut dan membina menara. Ice breaking tu apa? Pecahkan ice ke? Itu lah persoalan yg bermain difikiran aku. Ice breaking tu bukannya pecahkan ice tapi sesi berkenalan. Mula-mula sekali, kami disuruh beratur dalam satu barisan dari umur 3 tahun sampai 28 tahun dari generasi keempat dan kelima.

Tengok gambar pertama, ada budak yg pakai topi tu ialah Safiyyah, baju mereh hitam ialah Husna dan sebelah Husna ialah Sarah. Gambar kedua, aku berdiri di tengah-tengah tu. Anyway tu baju Exo kedua aku. Perempuan di sebelah aku tu ialah Izzana dan yg pakai purdah tudung hitam tu ialah Husna Humaira. Gambar ketiga pula, yg pakai purdah tudung coklat pula ialah Liyana Najwan atau lebih dikenali sebagai Nana, perempuan di sebelahnya Farah Farhana (adik Husna Humaira), dan lelaki di sebelah Nana pula adiknya iaitu Aniq. Nak suruh beratur ni memang susah. Apa yg susah? Budak kecil tak buat masalah, dia orang ikut je apa yg disuruh, yg buat masalah ni ialah orang yg dah besar. Payah benar nak suruh beratur. Masa beratur tu aku rasa macam kat sekolah lah pula.

Kenapa kena berdiri dalam satu barisan? Sebab nak agihkan kepada 5 kumpulan. Aku kumpulan kedua, sama dengan Alang, Azim, Husna, kak Am (sepupu, anak mak Ngah), Noah (adik Izzana) dan beberapa orang lagi yg aku tak berapa nak kenal. Bila sudah agihkan kumpulan, kami diberi satu mangkuk yg berisi macam-macam jenis kacang, ada warna hijau, merah, kuning dan banyak lagi. Kita orang kena asingkan. Memang susahlah tapi nasib baik, kumpulan aku yg pertama siap, tapi pertandingan ni belum tamat lagi. Lepas dah siap tu, kami dibenarkan untuk rehat kejap, pergi makan atau minum dulu sementara nak tunggu kumpulan lain siap. Kumpulan yg terakhir siap ialah kumpulan Teh, aku tak pastilah Teh kumpulan keberapa tapi rasanya keempat. Alang dan Azim pula kutuk kumpulan Teh sebab lambat. Teh pun cakap jangan kutuk, tengoklah nanti siapa menang. Aku cuma gelak je tak cakap apa-apa. Malaslah kutuk-kutuk orang ni.

 Ni kumpulan pertama.
Kumpulan kelima.
 Kumpulan keempat.
 Kumpulan ketiga
Kumpulan kedua. Anyway, Azim sebenarnya kumpulan 3 tapi dia lari masuk kumpulan 2 sebab nak geng dengan Alang.

Pertandingan diteruskan dengan membina menara paling tinggi tapi semasa pertandingan ni dijalankan, hujan lah pula. Kami diberi 7 kertas A4, kertas besar untuk melakar bentuk bangunan, gunting, straw dan selefon tape. Syaratnya, menara tu boleh berdiri tegak selama 3 saat. Kita orang pun buatlah menara yg tinggi. Nasib baik ada Alang, maklumlah beliaukan bakal engineer. Memanglah menara kita orang paling tinggi tapi tak boleh berdiri tegak selama 3 saat. Sudah bagi 3 kali percubaan tapi tak berjaya juga untuk berdiri tegak selama 3 saat. Jadi siapakah pemenangnya? Kumpulan keempat iaitu kumpulan Teh. Alamak, Alang dan Azim tak patut kutuk Teh. Giliran Teh pula kutuk Alang dan Azim. 

Bila hujan sudah berhenti, kanak-kanak mandi sungai pula. Masa anak saudara tengah sibuk mandi, aku pula tembak dia orang dengan pistol air warna pink dan ungu. Pink tu Husna punya, ungu pula aku punya. Sudah lama aku teringin nak beli pistol air. Tu pun kita orang beli di Mr. DIY kat Starmall, masa shopping nak beli hadiah untuk pertukaran hadiah.



Bebudak mandi, kita orang pula berselfie. Baju kita anok-beranok tu ialah abang De.

Bukan 3 orang ni je yg mandi, Amirah pun ada juga tapi dijaga oleh papa beliau. After that, adik-beradik lelaki aku bosan tengok budak je yg mandi, dia orang pun nak mandi juga tapi bukan di sini sebab di sini cetek, tak mencabar dan dipenuhi oleh budak-budak. Jadi dia orang pergi mandi di sungai belakang. Siapakah yg pergi ke sungai belakang tu? Iaitu, ayah, abang Helmi, Angah, abang De, abang Hanis, aku, Azim,, Amir, Safiyyah, Sarah, Husna dan Amirah. Yang tak mandi sungai tu cuma aku, Angah dan Amirah. 3 orang budak kecil tu pun mandi juga tapi dijaga oleh 6 orang lelaki. Maaf lah yek, gambar di sungai belakang tak ada. Tak lama lepas tu, Angah perasan air sungai tu semakin laju. Ni mesti sebab lepas hujan. Aku dan Angah suruh dia orang semua naik. Lepas tu kita orang pergi semula kat tempat budak-budak mandi sungai. 4 orang budak kecil tak puas lagi mandi.

Malam tu, lepas solat Maghrib, aku bawa Safiyyah dan Sarah jalan-jalan sebab dalam bilik kita orang tu ramai orang, bilik pula tak seberapa nak besar, nasiblah datang lambat, so kiranya, tak nak bagi serabut sangatlah. Lepas tu nampak macam ada ramai budak kecil di bahagian dapur. Kita orang pun pergi tengok. Alamak, rupanya pertandingan mewarna untuk budak kecil sudah bermula. Aku pun suruh Safiyyah dan Sarah tunggu kejap then aku berlari ke bilik untuk ambil pensil warna. Lepas tu, aku melayanlah budak 2 orang tu mewarna. Safiyyah lah yg paling bersungguh-sungguh dan dia lah yg paling lambat siap. Yang Amirah pula suka sangat tengok orang main snooker. Sokmolah menangis bila di tinggalkan oleh mama. Untuk tarik perhatian dia, aku bawa dia ke tempat snooker, terus senyap, kalau tak bising, mama, mama. Lepas tu, kita orang semua dinner BBQ, ada ayam, kambing, sosej dan banyak lagi. Memang sedaplah. Aku tak makan kambing, harap maklum. Lepas dinner, ada Beroyat Perdana. Apakah itu beroyat? Beroyat tu maksudnya macam bercerita lah sebelum tidur. Cerita tentang dongeng-dongeng dulu-dulu. Macam yang kita selalu tengok dalam cerita orang putih tu, ibu bapa akan bercerita pada anaknya sebelum tidur. Lebih kurang macam tu lah. Jadi cerita apakah yg di sampaikan? Mak Lang (mama Husna Humaira) bercerita pasal Pak Koyot iaitu musang. Aku tak berapa nak faham sangat cerita Mak Lang tu sebab suara Mak Lang kurang jelas. Orang semua gelak, aku pun gelak je lah. Konon-kononya faham apa yg Mak Lang cerita. Ayah Cik, Tok De dan CuNa (mama Izzana) pun bercerita. Ayah cakap arwah Aki dulu selalu bercerita. Abang De pun pernah dengar Aki bercerita tapi aku tak pernah pun, sedihnya.

Lepas habis bercerita tu, tibalah masa untuk pertukaran hadiah. Setiap hadiah ada nombor dan telah di agihkan untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa, jadi nombor kena cabut. Kalau dapat sendiri punya kena tukarlah. Aku ambil nombor 7, oh yeah, nombor favourite aku. Jadi apa hadiah aku? Hadiah aku ialah frame gambar. Okay that's good. Dah hampir pukul 12 malam, kami bersurai. Masa untuk tidur. Oh yeah, dah lebih dari 2 jam dari waktu tidur aku. Tapi tak apalah, aktiviti family kan, kenalah berkorban. Di bilik kita orang cuma ada 3 katil single tapi kami gabungkan. Angah tidur di dalam khemah bersama suami dan anak-anak sebab kononya nak merasa tidur dalam khemah. Hanis, Azim dan Amir pun tidur dalam khemah lain. Ayah, Mak, abang De, kak Aya, Husna, Teh dan aku pula tidur di dalam bilik. My mom takut sangat tidur di sebelah aku sebab sangka aku tidur lasak. Don't worry mom, aku jenis yg tak tidur lasak. Tapi nasib malang lah, Husna yg tidur di sebelah aku tidur lasak tapi nasib baik aku tidur mati, tak sedar benda.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Nantikan part 2 pula. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dengan entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...