Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Saturday, 24 May 2014

Melancong part 3

Assalamualaikum...
Jom kita sambung apa yg berlaku seterusnya. Nampak gayanya berjayalah aku buat part 4. Adakah berjaya? Hurmm, tak tahulah. Kita tunggu dan lihat sajalah. Aku pun nak sangat tahu, berjaya ke tak.

Hari Rabu, 7/5/2014.
Aku bangun lambat sebab aku fikir my mom akan kejut awal tapi my mom kejut lambat. Bila aku bangun tu, mak Putri dan Putri telah pergi ke sekolah. Then aku nak mandi di bilik mak Putri tapi beliau kunci pintu. Terpaksalah aku bawa barang-barang nak mandi ke rumah mak cik Is. Nasib baik rumah mak cik Is pun ada air panas, kalau tak kena sediakan tisulah jawabnya nak lap hidung aku yg menangis. Then, kami sarapan dan bersiap-siap untuk berjalan lagi. Kali ni, mak cik Is pun ikut sekali. Mak beliau yg sakit tu? Adik perempuan beliau balik, jadi beliaulah yg akan jaga. Anyway, adik perempuan mak cik Is tu bukannya mak cik Rahmi.

Mula-mula kami ke Lembah Echo, kemudian kami membeli belah di Jam Gadang. Dekat tempat kami shopping, kami makan sate, then solat di masjid berdekatan. Jom layan gambar.
 Di Lembah Echo. Anyway, pak cik bersongkok tu lah driver kita orang iaitu Pak Shamiza.

 Air terjun.
 Tempat makan.

 Banyak betul kereta kuda.
 Ni lah suasana tempat kami shopping.
 Di sinilah kami bershopping.
 Jam Gadang.
 Nama kedai sate.
 Sate dia ni boleh tahan sedap. Nasi impit dia pun banyak, kiranya boleh kenyanglah.
Singgah solat jap.

Sampai di rumah around pukul 6 petang. Malam tu, aku tak tidur di rumah Putri. Kenapa? Sebab nak dekat pukul 10, baru aku nak pergi ke rumah Putri. Time aku nak pergi tu, aku ikut belakang rumah, memang biasa ikut belakang rumah pun. Pintu belakang rumah mak cik Is dikunci. Jadi tak dapatlah nak ke rumah Putri. Mak cik Is entah menghilang kemana. Jadi tidur jelah dengan parents. Tapi baju tidur aku di rumah Putri. Terpaksalah pakai baju merah hitam yg ada gambar Jam Gadang, beli masa shopping tadi. Sokmolah macam tu aku ni. Hari tu masa ayah, mak, abang De, kak Aya, Husna, Teh dan Amir ke Bandung, Indonesia pun aku terpaksa pakai baju yg my mom beli dari Bandung. Sebab baju tidur yg aku bawa sudah habis di pakai. Anyway, time tu aku dan Azim tinggal di rumah Angah. Nanti ada lagi satu kisah, aku terpaksa juga pakai baju yg baru dibeli. Nanti aku akan buat entry.

Pada hari Khamis, 8/5/2014.
Dah selesai melancong di Bukit Tinggi, sekarang masa untuk ke Padang. Pagi tu, aku kemas barang-barang aku di rumah Putri dan bawa ke rumah mak cik Is dan mandi di rumah mak cik Is. Sepanjang perjalanan ke Padang, aku buat tahi mata je. Seriously mengantuk. Nak cakap tak cukup tidur, tak juga. Sangat cukup tidur tapi masih mengantuk. Memang sleepyhead betul lah Nabilah ZF ni. Dah sampai Padang barulah aku terjaga dan lepas tu langsung tak ada mood nak tidur. Kenapa? Hah, ni yg best ni. Sepanjang perjalanan ke Padang, pak Shamiza yang bawa, sampai di satu tempat, pemandu telah bertukar. Jadi siapa yg memandu? Anak lelaki pak Shamiza yg bernama Andy, umurnya mungkin 20-an. Handsome sungguh Andi tu. Alamak, apasal aku ni? Dah tangkap chintan ke apa? Oh hoo, no way. I won't easily fall in love and I just want malay people. Tapi tak salahkan nak tengok muka Andy yg kacak ni. Sementara ada peluang, lebih aku memanfaatkannya. Betul tak? Nak ambil gambar di ni bukannya senang tahu. Asyik dapat badan belakang je. Tapi Andy ni memang seorang yang peramahlah. Mak ayah aku buat lawak dia pun gelak sama. Banyak bagi cadangan, dan banyak tanya macam-macam, banyak buat lawak juga. Dia pun banyak lah cerita kan kita orang pasal itu ini. Aku pula, sepanjang hari tu, tak banyak cakap. Lagi pun aku memang tak banyak cakap pun. Berborak dengan Andy? Tak, aku tak pernah berborak dgn dia tapi cakap-cakap tu adalah sikit. Anyway, dia pun selalu juga bawa pelancong pergi melancong.

Kami ke pantai untuk melihat Batu Malin Kundang. Kata Andy, batu tu memang betul-betul bukannya di cipta oleh manusia. Masa di pantai ni memang ada satu benda yg memang aku tersangatlah tak suka. Apakah? Toilet dia. Aku pun tak tahulah kenapa aku tak tahan masa tu. Biasanya kalau berjalan aku memang tak minum air banyak sebab aku tak nak guna toilet awam, dan aku mana ada minum banyak air hari tu. Masa kat sekolah pun memang aku tak minum banyak. Mubshira lah yg selalu bising cakap kau tak minum air ke, tak haus ke dan macam-macamlah. Aku sangat tak sukakan toilet awam. Kenapa dengan toilet awam kat situ. Seriously, kalau korang tengok mungkin terus tak jadi, tapi aku terpaksa masa tu. Lepas ni, kalau aku jumpa lagi toilet yg macam tu, sebaiknya aku tahan. Then, kami lalu di Jambatan Siti Nurbaya. Then pergi beli baju lagi sebab masih tak cukup untuk ahli keluarga yg lain di Pasar Raya Square. Lepas tu kami pergi cari hotel untuk bermalam di Padang. Hotel kami ialah Hotel Siti Nurbaya. Lepas solat di hotel, kami keluar semula, masa tu around pukul 4 kut. Then kami ke kedai roti sebab di situ ada jual baju juga. Aku pun apa lagi, beli lah roti. 50000 rupiah dalam poket masih belum di gunakan. Aku pun tak tahu nak beli apa sebab tak ada sangat benda yg menarik perhatian aku. Beli roti untuk aku dan ayah, dan sebahagian dari duit tu bagi jelah my mom guna untuk beli baju. Bagi aku duit baki pun aku nak buat apa. Tak tahu apa nak beli jadi baik bagi mak je guna. Then kami pergi makan di tempat yg Andy selalu makan. Bagus sikit kat tempat tu. Sebab lauk boleh di pilih dan air pula air teh O bukan air kosong seperti selalu. Lepas tu kami pergi ke kedai Christine Hakim. Di situ ada jual macam cerepek-cerepek lah. Banyak juga my mom borong. Angah lah beria sangat nak pisang salay. Aku pula cari apa yg berminat dan terjumpa ketang keju, bentuknya panjang-panjang. Aku memang minat makan benda-benda yg panjang ni, macam coklat Rocky tu atau Pepero. Lepas tu balik semula ke hotel. Maka, tamatlah kisah aku dan Andy. Isshh, apa aku merepek ni. Apasal pula kisah aku dan Andy. Merepek betul aku ni. Dah jangan layan aku punya merepek tu.

Jom layan gambar. Klik gambar untuk saiz yg lebih besar.
 Bersama mak cik Is sebelum bergerak.
 Bersama mak cik Is dan ayahnya.
Ni lah pantai Malin Kundang.
 My dad asyik berborak dgn Andy je.
Yang tengah-tengah tu lah Malin Kundang si anak derhaka sedang bersujud. Gambar my dad seorang tu ialah bahagian depan kapal tempat Jack dan Rose dalam cerita Titanic tu.
Jambatan Siti Nurbaya.
 Yang sedang berborak dgn my mom tu lah Andy tapi time tu dia tengah buat muka pelik. Ahh, tak guna betul. Kalau dia tak buat muka pelik tu akan terserlah lah kekacak beliau. Gambar yang ada van merah tu ialah Angkot. Dalam Sinetron kan ada banyak angkot.
 Ni lah roti yg aku beli. Comel kan? Sedap pula tu.
Ni kotak Christine Hakim. Tu ada senarai makanan yg dia jual.

Selepas solat Maghrib, kami bertiga keluar lagi. Tapi kali ni tak ada driver. Kami jalan kaki je. Ke mana? Kami ke shopping mall. Lebih kurang 30 meter je shopping mall ni dari hotel kita orang. Masa kat situ, memang syok betul. Apa yg syok. Kami cuma berada di 2 tempat iaitu di bahagian pakaian dan biskut-biskut. Masa di bahagian pakaian tu yg syok. Bukannya syok tengok baju tapi syok melayan lagu korea. Pasang lagu korea, apa lagi layanlah. Ada antara lagu yg aku tak tahu dan ada yg aku tahu. Tahu ke tak, aku layan je, asalkan korea. Lepas tu aku berjaya membeli baju belang 3 warna iaitu merah, pink+ungu dan putih. Jangan main-main dgn harga baju ni. 75000, hah, kau mampu ke? Opps, pembetulan, 75000 rupiah. Jadi berapa harga Malaysia. Kiralah sendiri. 1000 rupiah lebih kurang 30 sen. Nak balik dari hotel tu kami naik kereta kuda. Saja-saja je nak naik kereta kuda. Tapi ayah cakap aku yg beria-ia nak naik kereta kuda. Actually tak lah. Aku nak naik kuda bukannya kereta kuda. Tapi layan je lah. Tak kisahlah, asalkan kuda. Tapi pak cik yg bawa kereta kuda ni, tak tahu jalan. Kita orang pula dah perasan macam salah jalan, jadi kita orang tegurlah pak cik tu, dah lama sikit barulah jumpa semula hotel tu. Sepatutnya kita orang bayar 30000 seorang tapi disebabkan jauh berjalan, dia kenakan bayaran lebih. Ahhh, pak cik ni. Sekarang ni siapa yg salah. Kau ke kita orang? Kau yg bawa kita orang jalan salah, lepas tu kita orang pula kena bayar lebih. Nak tak nak, terpaksalah bayar lebih.


Pada hari Jumaat, 9/5/2014, around pukul 10.30 pagi.
Lepas siap kemas beg-beg dan pak Shamiza pun dah sampai jadi kami terus bergerak ke lapangan terbang. Maka, akan berakhirlah kisah kami di Sumatera Barat. Masa di airport ni kami singgah di kedai roti. Nama kedai roti ni sama dgn kedai roti yg kami singgah semalam. Kami beli 4. 3 untuk makan dalam kapal terbang dan 1 lagi untuk orang yg akan menjemput kami. Lepas tu, kami ada masalah tak bayar airpost tax. Bukan sengaja tapi kami tak tahu di mana. Tapi nasib baik jumpa itu pun my mom yg pergi seorang. Kenapa aku dan ayah tak ikut. Sebab kami tidak dibenarkan, cuma boleh seorang je sebab kami sudah melepasi tempat untuk cop visa. Lepas tu masalah kapal terbang datang lambat pula. Kapal terbang kami kali ini ialah, AK404. Tempat duduk pula ialah di baris ke 27, hari tu 30. Masa nak scan badan, sekali lagi, aku ada problem. Apakah? Seluar jeans punya tempat nak kamchain tu, berbunyi-bunyi. Pengawal tu pun tanya, pakai tali pingang ke? Eh, tak lah. Pengawal tu tanya lagi, habis tu apa? Aku dah cuak dah, sebersalah nak jawab. Kalau aku tunjuk karang tak pasal-pasal free show kat semua orang. Tapi nasib baik ada ayah aku. Ayah pun cakap dekat pengawal tu yg itu adalah benda nak kamchain seluar tu. Aku pun tak tahu apa nama benda tu. Huh, nasib baik pengawal tu lepaskan aku. Tapi bila aku fikir balik, kenapa semuanya mesti terjadi kat aku. Hari tu kat Malaysia kena rampas minyak rambut, kali ni, seluar jeans pula.

 Ni lah lapangan terbang di Padang, Indonesia.
 Yeah, I'm flaying again. Tapi masa terbang di aku ada masalah telinga. Banyak sangat angin masuk. Tapi masa datang ke Indonesia dulu tak ada masalah pula.
Putih sungguh awan ni. Kan bagus kalau awan ni ialah gula-gula kapas. Lagi bagus kalau aku betul-betul boleh terbang macam Superman tu.
 Kami selamat mendarat di KLIA 2. LCCT telah ditutup pada 9/5/2014. Ini adalah hari pertama KLIA 2 di buka. Pening juga kepala kat dalam ni sebab tak tahu nak ke mana. Staff dia pun pening tak tahu nak bawa kita orang kemana.
Jom tengok sikit KLIA 2 ni.
 3 of us.
Orang yg menjemput kami ialah Alang.

Lepas tu kami ke rumah Angah. Tapi Angah masa tu dalam perjalanan ke Temerloh Jaya dari Kelantan. Habis tu macam mana? Don't worry, awal-awal lagi Angah sudah bagi kunci rumah, sebab ke rumah Angah adalah salah satu dari rancangan awal kami. Then, solat Zuhur sekali dgn Asar kira jamak dan qasar. Lepas tu, aku dan Alang ke restoran Sa'ba untuk membeli nasi arab. Tapi malangnya kedai tu tutup. Then, call Angah, tanya di mana lagi ada jual nasi arab. Then kami pun pergilah ke tempat yg Angah cakap tu. Apa nama restoran tu? Opps, terlupa sudah, maaf. Sudah sampai rumah Angah tu, Along pula sampai. Along datang seorang je, yg lain di Melaka. Along pun join kita orang makan nasi arab. Dan kami sengaja beli nasi arab lebih untuk orang di rumah. Awal-awal lagi kami sudah pesan pada nek melalui abang Hanis supaya suruh nek masak untuk tengahari je, untuk malam kita orang akan beli. My mom pula sengaja nak kenakan Angah, kononya ada orang pecah masuk rumah dia, pasang tv dan macam-macamlah. Yang my mom maksudkan tu ialah kita orang. Okay then, settle makan, solat, around pukul 9 malam, kita orang gerak balik rumah. Angah pun sudah sampai di rumah dan akan bermalam di sini selama 2 hari 1 malam, kemudian bermalam di Temerloh Jaya 2 hari 1 malam juga. Tadi aku cakap Angah on the way ke Temerloh Jaya? Memanglah, tapi dia orang singgah sekejap je. Rindu betul aku pada 3 orang anak saudara iaitu Safiyyah a.k.a. Kak Long, Sarah a.k.a. Kak Ngah dan Amirah a.k.a Nom Nom. 

Maka tamatlah kisah kami melancong. Nampaknya, aku masih tak berjaya buat part 4. Tapi nantikan entry seterusnya iaitu keesokan harinya, aku hang out dgn budak comel iaitu Ameera di Starmall. Selepas habis SPM, aku tak pernah jumpa langsung dgn Ameera. Jadi, sebelum dia sambung belajar di Kelana Jaya, lebih baik aku hang out dgn dia.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap korang terhibur dgn entry pada kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...