Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Tuesday, 13 May 2014

Melancong Part 1

Assalamualaikum...
Biasanya kalau ada part 2, perkataan part 1 aku tak tulis pada tajuk, tapi kali ini ada. Kenapa? Sebab sebelum ni aku tak yakin akan ada part 2. Tapi kali ini aku yakin, maka wujudlah perkataan part 1 tu. Aku harap kali ni dapat sampai part 4. Dah banyak kali aku cuba untuk buat part 4 tapi tak ada lagi entry yg sesuai jadi part 4. Disebabkan kisah pasal melancong ni panjang maka aku akan cuba buat sampai part 4 tapi depend pada panjang entry la. Okay, baiklah, apa kisahnya pasal melancong. Sekarang ni aku nak jawab persoalan apa yg aku buat di Temerloh dulu dalam entry Macam-Macam.

Pada hari Selasa, 22/4/2014.
Aku telah pergi ke Temerloh bersama ayah dan mak untuk buat sesuatu urusan. Apakah urusan tersebut. Untuk buat passport la. Nak buat apa dgn passport. Hehehe, mestilah aku nak melarikan diri. Ek eh, apa aku merepek ni. Maksud aku nak pergi melanconglah. Ada ke patut aku cakap nak lari. Tapi aku memang teringin nak lari pun tapi tunggu dah kerja nanti lah. Kenapa aku nak lari. Hehehe, sebab aku teringin nak berada di tempat yg tak ada seorang pun kenal aku bukannya tempat yg tak ada orang langsung macam di pulau atau hutan. Gila ke apa. Jadi aku pergi melancong kemana? Di Padang dan Bukit Tinggi di Indonesia. Aku tak kisah kemana saja asalkan dapat terbang. I love to fly. Aku harap sangat dapat masuk ke tempat pilot. Aku teringin sangat nak duduk di kerusi pilot, pakai earphone, pegang stereng kapal terbang dan pakai cermin mata hitam.

Pada hari Ahad, 4/5/2014.
Sehari sebelum aku, ayah dan mak terbang ke Indonesia. Around pukul 12 tengahari, Ayah Long, Mak Long, nek dan Farah Hana datang ke rumah kami. FYI, mereka ni keluarga belah mak. Mereka datang sebab nak hantar nek sebab nak minta tolong jagakan dua orang lelaki yg tinggal di rumah. Siapakah? Abang Hanis dan Azim. Kalau dua orang lelaki di rumah tanpa pengawasan perempuan alamat hancurlah rumah tu. Bila dia orang datang tu, kita orang iaitu aku dan semua adik-beradik lelaki kecuali Abang De sebab beliau tak ada, tengah syok melayan cerita Ultraman Saga. Tak pernah dengar nama Ultraman Saga? Meh sini aku bagi tahu siapa ultraman ni. Ultraman Saga ni ialah 3 ultraman yg bergabung menjadi satu maka dapatlah nama Ultraman Saga. Siapakah 3 ultraman tu? Ultraman Zero, Kosmos dan Dyna. Kenapa kita orang layan ultraman? Sebab anak saudara aku iaitu Auni yg nak tengok. Aku nak pasang cerita Upin Ipin tapi dia tak nak, sibuk nak ultraman tapi dia bukan tengok pun, orang besar yg tengok adalah. Then, lepas habis ultraman, aku minta Along ajar guna kamera beliau. Along pun ajarlah cara nak ambil video, nak set timer dan benda-benda penting yg aku perlu tahu bukannya cara nak ambil gambar yg cantik. Yang tu biar aku belajar sendiri lah. Lepas lunch, boleh pulak aku dgn Hana bermain whatsapp padahal kita orang duduk sebelah je beria nak berwhatsapp. Gedik tak? Sangat gedik kan? Lepas Ayah Long, Mak Long dan Hana balik around pukul 4 petang, Teh dan Hakim balik semula ke tempat mereka sebab esok Isnin kan. Amir pun sudah balik ke Muadzam dihantar oleh ayah selepas lunch. Dekat-dekat dgn maghrib, Along, kak Wany, Auni dan baby kecil tu ke Melaka iaitu rumah ayah kak Wany. Malam tu, barulah nak kemas beg. Aku pula beria-beria nak bawa syampu rambut sebab tak lengkap tanpa syampu rambut. Biasanya aku syampu rambut selang dua hari. My mom cakap tak payah beria nak bersyampu tapi aku degil nak juga bawa, nantikan apa yg akan berlaku pada keesokan harinya.

Pada hari Isnin, 5/5/2014.
Kami bergerak ke LCCT around pukul 9 pagi dan dihantar oleh Alang. Masa on the way tu tak sampai 30 minit dalam kereta, tetiba aku rasa macam nak muntah. Aikk? Belum naik kapal terbang dah mabuk. Apa kes lah aku ni. Masa tu memang rasa tak selesa tapi aku nak cakap pun dgn sesiapa pasal aku rasa nak muntah tu. Jadi aku fikir baik aku tidur, mana tahu lepas bangun tidur aku akan okay. Maka, aku tidurlah. Sampai dekat mana entah, aku terbangun, rasa nak muntah tu masih tak hilang. Bila dah beberapa puluh minit berlalu selepas aku terjaga tu, tetiba aku TERsedawa, lepas tu baru aku rasa okay sikit. Hilang dah sikit rasa nak muntah tu. Aikk? Aku ni masuk angin ke apa? Tapi apasal pula aku masuk angin padahal pagi tadi aku dah breakfast and FYI, aku tak pernah skip breakfast. Lepas dah hilang rasa nak muntah tu, aku kembali active semula. Barulah ada mood nak tengok pemandangan kat luar, bolehlah aku cari kereta bukak atap. Bila dah sampai tu, ayah, mak dan aku yg turun dulu bersama bagasi-bagasi. Alang pula pergi cari parking. Then kita orang uruskan beg-beg yg nak masuk cargo dan cabin. Untuk masuk cargo, kita orang beli 40kg manakala untuk masuk cabin, 7kg seorang. Beg yg masuk cargo cuma 2 dan beratnya 28kg, kita orang ingatkan mungkin lebih dari 30kg. Tapi sebelum beg tu masuk cargo, kena scan dulu mana tahu ada barang terlarang ke. Kat sinilah biasanya dadah dikesan. Beg yg lain pula masuk cabin. Setiap seorang ada satu beg. Aku bawa beg kamera, actually, kamera dan beg tu milik Along. Tapi kamera Along ni berat betul tak macam kamera Teh yg ringan tu. Kadang-kadang tangan aku ni lenguh pegang kamera tu lama-lama. Tapi aku tak boleh nak salahkan kamera tu pulak sebab aku yg beria-ia nak pinjam kamera Along padahal aku sudah tahu yg kamera Along lebih berat dari Teh punya kamera. Tapi aku lebih suka guna yg Along punya jadi sebab tulah aku nak pinjam Along punya.

Then, kita orang bertiga berpisah dgn Alang bila sampai di garisan kuning, hanya penumpang je yg dibenarkan masuk. Bila dah masuk tu, aku cakap dalam hati, kalau betul ini adalah mimpi, aku harap aku akan terjaga bila kapal terbang sudah terbang, janganlah terjaga dari mimpi sekarang. Asyik ayat tulah yg bermain difikiran aku. Sampai kat satu tempat tu, beg-beg yg nak masuk cabin termasuk diri sendiri kena scan, kat sinilah berlaku something kat aku. Apakah? Pekerja tu suruh bukak beg, dalam beg tu ada pakaian tidur aku dan ada satu beg kecil di dalamnya ada beberapa barang aku seperti sikat, minyak rambut, syampu dan seumpamanya. Bila dia suruh bukak beg tu, aku dah cuak dah, apasal ni? Ada dadah ke? Bila dia bukak, dia pun cari barang tu, rupanya benda tu ialah minyak rambut aku. Syampu aku tak kena pula sebab aku isi dalam bekas kecil je. FYI, cecair tak dibenarkan masuk dalam cabin, tapi kalau dalam cargo boleh. Minyak rambut aku tu dah melebihi limit yg dibenarkan jadi kena rampas, syampu pula tak melebihi limit jadi selamatlah. Nasib baik botol air oren kesayangan aku tu selamat kat dalam cargo. Kalau tak, memang tak bersemangatlah aku nak minum air lepas ni. Time tu aku memang bengang dgn diri sendiri sebab tak masukkan beg kecil tu dalam cargo, padahal mak dan ayah aku dah banyak kali pesan pastikan tak bawa cecair masuk dalam cabin tapi aku terlupa minyak rambut aku tu dalam beg tu. Ahhh, bodoh lah aku ni. Apa gunanya ada syampu kalau tak ada minyak rambut. Ehhh, tak gunalah ada syampu tu. Minyak rambut tu yg penting. Kalau tak ada syampu aku tak kisah sangat. Minyak rambut tu lah pelengkap hidup aku. Jadi kesudahannya, selama berada di Indonesia, aku tak pakai langsung syampu. Lantaklah kalau rambut aku hancur, peduli apa, sebab aku pakai tudung, so no hal. Padahal sangatlah sakit hati sebab banyak rambut gugur. Kalau beli minyak rambut kat Indon tu ada ke susuai dgn aku, maklumlah aku ni kan cerewat. Minyak rambut yg sesuai dgn aku cuma ada satu je iaitu jenama Shurah yg berwarna hijau pekat, bukan yg hijau muda yg ni cair sangat, aku tak minat.

Okay then, kita orang masuk dalam kapal terbang. Jom layan gambar. Klik gambar untuk saiz yg lebih besar. Maklumlah aku kan suka bagi gambar saiz kecil. Anyway, kami naik Air Asia AK405. Kapal terbang ni kecil je dan tak selesa sangat tapi tak apa. Bagi aku je yg tak apa sebab asal boleh terbang sudah cukup dan nasib baik perjalanannya cuma 1 jam. Tapi kalau 10 jam, huh, memang no way lah naik kapal terbang kecil dan kurang selesa ni. Tempat duduk pula cuma ada 1A sampai 31F. Maknanya ada 31 baris. Tempat duduk kita orang nun jauh sana di baris ke 30.

 Oh yeah, I'm gonna fly.
 Okay, jurugambar nak memulakan tugas.
 Kapal terbang di sebelah kami.
 Sebelum bergerak, pramugara dan pramugari akan bagi instructions apa yg perlu di buat sekiranya berlaku benda buruk. Handsome dan cantik betul pramugara dan pramugari ni especiallu yg pramugara yg depan ni.
 Oh yeah, kapal terbang dah mula bergerak. Tolonglah jangan terjaga dari mimpi lagi.
 Banyak betul kapal terbang.
Perhatikan kapal terbang ni. Selepas kapal terbang ni dah terbang, barulah tiba giliran kita orang pula terbang.
 Pemandangan dari atas. Anyway, gambar kedua tu ialah tol. Tol apa entah aku tak tahu, aku main ambil je.
 Mari bersedia untuk mendarat. Anyway tu adalah Indonesia bukan Malaysia lagi.
Tak sangka dapat jumpa pelangi. Sudah lama aku tak jumpa pelangi. Cehh, perkataan jumpa pelangi tu macam jumpa kawan lah pula. Aku kan suka terbang, tak salahkan aku cakap pelangi tu member aku.

 Yang putih-putih tu adalah ombak.
Dah mendarat. Tapi aku masih nak terbang. Tak puas lagi. Hei, pilot, kita geng, jom terbang lagi.

Bila kapal terbang sudah mula terbang, ayah aku tanya ada rasa pening tak. Tapi aku tak rasa pula pening tu. Aku pun cakaplah tak. Then ayah cakap, kuat betul awak ni. Aku pun kat dalam hati, hehehe, aku memang kuat. Bila dah lama sikit, barulah aku rasa pening tapi sikit je. Yang aku tak boleh blah, boleh pula tetiba aku rasa mengantuk time terbang. Aishh, mana boleh tidur, aku kena tahan mata. Kalau aku tidur, menangis tak berlagu aku nanti.

Baiklah, sampai di sini saja entry kali ini. Apa yg berlaku selepas mendarat? Nantikannya dalam part 2. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap korang terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...