Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 30 May 2014

Sukan

Assalamualaikum...
Entry kali ni, berkaitan dengan sukan. Apa yg korang fikirkan pasal sukan dengan aku agaknya ya? Adakah, sukan sekolah, aku buat main-main atau sukan di taman perumahan aku buat betul-betul. Kali ni, aku nak story pasal sukan tara di sekolah baru aku iaitu SMKM. Jadi, aku buat main-main atau betul-betul? Akan di jawab sebentar lagi.

Semasa aku form 1 di Hwa Lian, aku fikir, 5 tahun aku di sekolah ni jadi kalau aku tunjukkan bakat aku dalam sukan, mesti cikgu akan suruh aku mewakili rumah sukan, sekolah, dan seterusnya. Jadi mungkin selama 5 tahun tu, aku akan asyik bersukan, pergi sana sini untuk bersukan. Jadi, untuk mengelakkan perkara tu berlaku, aku simpan bakat aku. Habis tu masa sekolah rendah? Masa tu 2 tahun je, so, aku tak kisah sangat dan aku mungkin tak sempat nak pergi lebih jauh. Kenapa aku tak nak tunjukkan bakat dan pergi lebih jauh. Sebab, aku sangat sayangkan kulit aku okay. Tapi, walaupun aku menjaga warna kulit aku, aku ni bukanlah jenis yang berkawan dengan orang yg berkulit putih je, semua jenis kulit aku okay je, tak ada hal. Buktinya, boleh je aku hidup satu bumbung dgn adik aku iaitu Azim yg warna kulitnya agak hangus sebab beliau suka sangat bermain tidak kira waktu. Dan, aku okay je berkawan dgn Anati dan Mubshira. No no no, aku bukannya jenis yg memilih warna kulit. Sebab yg kedua, selama 2 tahun terlibat dalam sukan semasa di sekolah rendah, pelajaran aku sedikit merosot sebab banyak yg aku terlepas. Okay, tamat kisah pasal sejarah sukan dalam hidup aku. Mari aku ceritakan apa yg berlaku di sekolah baru.

Pada hari Isnin, 26/5/2014. Semua pelajar tingkatan 6 atas dan bawah perlu memakai baju sukan sebab ada sukan tara. Pelajar tingkatan 6 perlu menyertai sukan ni sebab boleh dapat markah supaya nanti nak masuk universiti senang sikit. Bila aku fikir banyak kali pasal sukan kali ni, aku rasa aku patut buat betul-betul kali ni. Kenapa? 2 tahun je kut, dan mungkin cikgu tak akan suruh aku mewakili sekolah atau apa-apa je lah. Jadi, kali ni, aku buat betul-betul. Tapi aku risau juga, boleh lagi ke aku ni bersukan? Dah 5 tahun aku tak beraksi di padang, tiba-tiba kali ni, aku nak beraksi pula. Huh, tak kisah lah, menang atau tidak, yang penting, aku nak buat betul-betul dan nak tahu adakah aku masih hebat bersukan. Aku tak kisah sangat pasal kemenangan. Gila ke apa, dah 5 tahun tak bersukan, tiba-tiba nak bersukan, prepare pun tak, terus nak harapkan kemenangan. Memang tak lah. Okay okay, sambung semula entry ni. Dah nak dekat pukul 10 pagi, cikgu panggil kita orang pergi padang. Gila ke apa cikgu ni, dah nak dekat pukul 10, panas pula tu, ko nak suruh kita orang bersukan tengah panas macam ni? Sakit hati betul. Pagi-pagi lagi aku dah bersemangat nak bersukan, bila dah nak dekat pukul 10, aku fikir mengkin tak jadi kut sukan hari ni, mungkin esok lah kut. Tiba-tiba ada pengumuman. Ahhh, cikgu ni, bikin aku panas betul. Budak-budak pun ramai yg mengeluh. Tapi tak apalah, yang penting, aku nak buat betul-betul kali ni. Then, bila dah sampai kat padang tu, cikgu cakap perempuan buat acara lompat jauh saja, lelaki pula lompat jauh dan lari 100 meter. Acara yg lain pada hari esok sebab dah panas. Ada berapa acara? Ada 4 acara je, iaitu, lari 100 meter, lompat jauh dan tinggi dan lontar peluru. Keempat-empat acara ni dulu memang aku hebat lah tapi lari 100 meter tu aku lagi hebatlah. Maksud aku dengan hebat tu ialah berkaitan dgn diri aku bukannya nak bandingkan dengan orang lain. Jadi, antara 4 acara ni, satu je yg memang aku punya focus iaitu lari 100 meter, tapi yg lain aku tetap buat betul-betul. Oh ya, aku lupa nak cakap yg aku ni rumah warna apa. Nak tahu apa? Memang aku happylah dgn warna rumah ni. Sejak sekolah rendah lagi, aku memang setia pada rumah ni. Apakah? Mestilah rumah kuning. Bayangkanlah, sudah 3 kali di rumah warna kuning. Aku pun tak sangka sebenarnya. Aku pun memang berharap aku ni rumah kuning.

Okay, masa lompat jauh tu, aku adalah peserta ke-3 yg terakhir. Bagus juga aku kat belakang sekali sebab bolehlah aku buat warm up sekejap. Sampai giliran aku, jantung aku berdegup sangat laju, rasa nak terkeluar pun ada. Aku pun ambil nafas then lari kemudian lompat sejauh yg boleh. Tiba-tiba aku terdengar ada cikgu lelaki cakap, woah, ni yg paling jauh sekali. Aku pun memang terkejut lah. What the? Aku lompat paling jauh? Patutlah aku dengar ada tepukan gemuruh. Then, cikgu lelaki tu tanya aku rumah apa. Bila aku cakap kuning, dia pun mengeluh sebab dia rumah biru. Lepas tu aku cari tempat nak duduk sebab nak keluarkan pasir dalam kasut. Masa on the way tu, ada budak perempuan melayu tanya, aku rumah apa. Budak tu pun mengeluh juga sebab tak sama team dengan aku. Maka tamatlah sukan untuk hari itu, akan di sambung keesokan harinya. Apa yg berlaku selepas sukan tu. Nothing interesting just, pergi makan, masuk kelas, cikgu tak masuk kelas, borak-borak, merayau sana sini then balik pukul 1 tengahari. Cakap pasal makan kan, aku dah makan makanan di kantin. Boleh tahan sedapnya, lebih sedap dari Hwa Lian punya, makanan yang dihidangkan pun banyak jenis tapi nasi goreng dia maisn sikit sikitlah tapi sedap.

Pada hari Selasa, 27/5/2014, around pukul 8 pagi. Acara yg aku tunggu-tunggu kan iaitu lari 100 meter akhirnya tiba. Lari 100 meter adalah acara pertama pada hari itu. Pasal lelaki, aku malaslah nak cakap sebab aku tak fokus langsung pada lelaki kecuali masa lompat tinggi. Macam semalam juga, aku adalah antara yang terakhir. Masa tu aku cuma lawan dgn 3 orang je, seorang india dan 2 orang melayu. Masa tu aku jadi macam highlight. Maksudnya, setiap kali giliran aku, budak-budak fokus kat aku. Mungkin sejak lompat jauh semalam jadi ramai orang menanti aku punya giliran. Then cikgu cakap ke garisan, sedia, mula. Aku pun start lari. Tapi aku perasan, cara aku lari macam lain, macam tak betul. Mesti aku ada silap somewhere ni. Aku pun tak tahu macam mana nak cakap dengan cara aku lari tak betul tu. Alhamdulillah, aku berjaya mendahului, 3 orang lawan aku jauh ketinggalan di belakang. Macam mana aku tahu? Sebab aku sempat lagi toleh ke belakang. Bila aku pandang ke depan semula, something bad happen to me. What it is? Aku jatuh. Jangan salahkan puncanya aku toleh ke belakang. Sebenarnya toleh ke belakang tu adalah sebahagian dari rancangan aku sekiranya aku berjaya berada di depan sekali. Lagi pun dari awal aku berlari memang aku rasa macama nak jatuh, memang ada something tak kena dengan cara aku lari. Semua skill pasal berlari aku dah lupa, ahhh, tak guna, aku kena menuntut ilmu semula ni. Bila dah jatuh tu, aku duduk, 4 orang budak perempuan datang kat aku nak tolong aku bangun. Boleh pula aku tergelak besar masa tu. Antaranya yg tolong aku ialah Dhivya, AJ, seorang budak cina dan seorang budak melayu. Siapa AJ tu? AJ tu ialah budak perempuan melayu. Aku tak tahu apa nama betul dia tapi semua orang panggil dia AJ. Macam mana aku tahu nama dia AJ? Dia sendiri yg cakap dekat aku. Nak harapkan aku tanya memang taklah. Dan dia lah perempuan melayu pertama yg aku tahu namanya. Dahsyat tak bila aku cakap 4 orang tolong aku bangun? Kenapa sampai 4 orang? Sebab aku beratkan badan aku. Aku sebenarnya tak nak orang tolong angkatkan tapi dia orang nak juga angkat terpaksalah aku ringankan badan. Bila dan bangun tu, ada seorang cikgu lelaki dan perempuan datang kat aku. Cikgu lelaki tu tanya aku, apasal aku tak bangun dan sambung lari, sempat lagi aku nak kejar sebab 3 orang tu memang jauh kat belakang. Aku pun jawab dalam hati, tak apalah cikgu, aku dah tak ada mood nak sambung lari, kaki pun dah sakit. Dhivya pula tanya, apasal aku masih boleh ketawa macam tak ada apa-apa berlaku, kalau saya jatuh saya sudah nangis tak kiralah umur saya berapa. Dengar dia cakap macam tu, aku gelak lagi. Padahal kat dalam hati aku rasa macam nak nangis sekuat hati sebab ini adalah apa yg aku tunggukan setelah 5 tahun tapi aku dah gagal. Cikgu perempuan yg bernama cikgu Salwani, tengok aku punya tangan, ada darah dan tangan aku terketar-ketar, dia pun suruh Dhivya dan budak cina bawa aku ke bilik guru tingkatan 6 untuk isi ubat. Dia orang pun okay sebab tu boleh jadi alasan dia orang untuk tak masuk acara seterusnya. Tapi aku masih nak masuk acara lompat tinggi.

Lepas isi ubat, kita orang ke padang. Masa tu pelajar perempuan tengah buat acara lontar peluru, lelaki pula tengah lompat tinggi. Kebetulan masa aku dah sampai di padang tu, cikgu panggil rumah kuning untuk lontar peluru. Tapi aku buat tak tahu, aku duduk kat tepi. Gila ke apa aku nak lontar peluru juga, tangan aku dah lah sakit. Tapi tak adalah sakit sangat sebenarnya, tapi kalau aku lontar peluru juga, budak-budak mesti fikir aku ni gila bersukan ke apa. Dhivya dan budak cina tu dah lari masuk kelas. Dah habis lontar peluru tu, kita orang ke acara lompat tinggi pula tapi lelaki masih belum habis lagi. So, kita orang pun tengok sekejap. Aku pun tengok betul-betul cara pelajar lelaki melompat sebab aku dah lupa cara nak lompat tinggi. Aku pun tengok dan belajar. Bila dah giliran perempuan, cikgu suruh rumah hijau dulu. So aku pun lepak jauh sikit dari budak lain sebab aku nak bersendirian, masih lagi tak boleh terima hakikat yg aku dah kalah dalam acara lari 100 meter. Air mata aku pula nak turun tapi aku tahan. Gila ke apa nak turunkan air mata kat depan orang ramai. Bila dah sampai giliran rumah kuning, aku pun bagi yg lain dulu, kononya aku nak jadi yg terakhir tapi tak sebab 2 orang budak cina kat belakang aku entah tengah buat apa. Bila giliran aku tu, aku cakap dengan diri sendiri. Please, Nabilah ZF, no more mistake. Anyway, tiang lompat tinggi tu tak adalah tinggi sangat macam lelaki punya. Punyalah rendah. Aisshhh cikgu ni, memandang rendah terhadap kaum wanita nampaknya. Tapi walaupun rendah, ramai juga yg tak lepas. Okay, sambung giliran aku. Aku pun ambil nafas dalam-dalam sambil tu aku sempat lagi tengok orang lain yg tengah duduk. Semua mata memandang aku. Then, berlari kemudian lompat. Oh yeah, Alhamdulillah aku lepas. Masa aku terbaring kat tilam tu, aku terdengar seorang cikgu perempuan cakap, oh bagus, gaya ada dah. Tersenyum gembiralah aku. Anyway sukan tu cuma untuk dapatkan mata untuk rumah sukan saja bukannya untuk ada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Ramai juga cikgu dan budak-budak tanya aku okay ke tak. Tapi aku cakap okay je. Kaki aku pun sebenarnya luka juga tapi sikit je tapi aku tahan, aku tak nak orang tahu aku sakit kaki, biar lah yg lain tahu aku cuma sakit di tapak tangan je, hati dan kaki aku tak boleh biarkan dia orang tahu. Makin lama makin sakit pula kaki aku ni. Cara aku jalan pun dah tak betul tapi aku paksa diri untuk jalan betul-betul sebab takut ada orang perasan.

Selain dari sukan, aku ada lagi satu cerita menarik. Apakah? Sejak hari pertama aku di SMKM tu, aku asyik perhatikan seorang perempuan melayu, form 6 bawah juga. Nama dia, aku nak rahsiakan dulu. Lain kali lah aku bagi tahu nama dia. Kenapa dengan budak tu? Senyuman budak perempuan tu mengingatkan aku pada seseorang. Siapakah? Siapa lagi kalau bukan pembaca setia yg tak seberapa nak setia iaitu Anati. Aku ingatkan bila dia dah pindah, aku tak akan nampak dia dah, mungkin 4-5 tahun akan datang baru jumpa dia semula tapi ni tak. Hari-hari aku jumpa bayangan Anati di sekolah. Senyuman budak perempuan tu memang mirip dgn Anati. Warna kulit pun lebih kuranglah tapi budak tu cerah sikit je. Gaya bercakap pun ada lah juga hampir sama dan suara juga hampir sama. Sepanjang 2 hari bersukan tara ni, aku perhatikan dia sebab aku nak tahu adakah budak perempuan ni hebat bersukan macam Anati. Nampaknya tak, budak tu taklah hebat sangat tapi gaya dia macam bersemangat so aku mula-mula ingat dia hebat tapi, no comment.

Oh ya, kisah aku dan budak melayu macam mana? Kelas aku pula. Aku dan budak melayu masih tak rapat lagi tapi adalah juga tegur-tegur dan senyum. Kelas pula aku berjaya tukar. Itu pun cikgu Shuhaida tanya aku nak tukar ke tak. Terus aku cakap, okay, saya nak tukar. Jadi, budak melayu dalam kelas aku ada 3 orang, kalau campur aku, ada 4 orang. Itu pun tak kira lagi budak melayu yg masuk aliran sains yg nak tukar masuk ke kelas aku. Aku tak sure lah berapa orang budak melayu yg nak tukar masuk kelas aku tu tapi 3 orang melayu dalam kelas aku tu ambil sejarah dan budak-budak melayu yg nak tukar tu ambil akaun tapi dia orang tak pernah belajar akaun semasa di form 4 dan form 5. Jadi cikgu pun ajar slow sikit dan banyak fokus pada dia orang yg tak ada asas tu. Kadang-kadang dia orang pun ada tanya aku pasal akaun tu, aku pun ajarlah. Tapi aku ada masalah sikit pasal nak ajar orang ni. Aku ni nak belajar dan belajar sendiri tak ada masalah tapi kalau pasal nak ajar orang ni aku memang tak pandai. Huh, macam mana nak jadi cikgu macam ni? Aik aik, cara aku cakap ni macam aku nak jadi cikgu pula. Entahlah, aku malas nak cakap pasal cita-cita. Sudah bosan aku fikir pasal cita-cita ni, asyik tak tercapai je. So, baik aku study betul-betul dapat good result then jadi je lah apa-apa yg penting kerja tu halal dan di restui oleh ayah dan mak.

Balik rumah, aku tak cerita pun aku jatuh masa berlari. Malaslah aku nak cerita. Masih lagi tak puas hati sebab kalah. Kadang-kadang aku rasa menyesal sebab tak sambung lari. Ahhh, lantaklah, benda dah lepas. Nasi dah jadi bubur. Weyh, nasi dah jadi bubur pun boleh makan lagilah. Letak perencah sikit, ayam sikit, sayur sikit then makan. Sedap apa. Setiap kali dengar orang cakap nasi dah jadi bubur, itu lah aku punya jawapan tapi dalam hati je. Aku harap ada lagi sukan di sekolah dalam tahun ni supaya aku boleh tebus semula kesilapan aku dalam acara lari 100 meter tu. Aku akan buat betul-betul. Fighting.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kaish kerana sudi membaca dana melawat. Harap terhibur dengan entry pada kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Wednesday, 28 May 2014

Hang Out

Assalamualaikum...
Seperti yg aku cakap dalam entry lepas yg bertajuk Melancong part 3, aku akan ada date bersama Ameera. Anyway, Ameera sekarang sudah melanjutkan pelajaran di Kelana Jaya, sebuah kolej swasta. Beliau ambil bidang kulinari. Bercakap pasal kulinari ni rasa sedih pula hati ini kerana teringin sangat nak masuk kulinari. Tapi apa boleh buat. Mungkin kulinari tu bukan pilihan yg terbaik untuk aku. Tapi tak semestinya tak masuk kulinari aku tak pandai memasak kan? Di rumah pun boleh belajar memasak juga. Cuma masalahnya rajin dan tak rajin tu je.

Okay baiklah. Pada hari Sabtu, 10/5/2014, around pukul 11 pagi. Aku dan Ameera telah menghabiskan masa bersama di Starmall, Mentakab. Kita orang buat rancangan ni pun last minute. Itu pun masa aku on the way balik ke Mentakab pada hari Jumaat, 9/5/2014. Dan Alhamdulillah, Ameera free, my parents pun bagi green light jadi apa lagi, lepak lah. Sebenarnya lama dah merancang nak keluar dengan Ameera, sejak hari Selasa, 28/4/2014 lagi, itu pun aku ajak sebab aku nak tengok filem artis lelaki kesukaan aku iaitu Fadlan Hazim dalam filem Sniper. Tapi apa boleh buat, kak Wany telah melahirkan anak keduanya, maka aku di tugaskan menjaga anak sulongnya iaitu Nur Auni Irdina. Maka, terpaksalah tukar rancangan dan nasib baik Ameera memahami keadaan aku. Jadi aku fikir mungkin selepas balik dari melancong, aku akan ajak Ameera melepak.

Kenapa aku ajak Ameera keluar 11 pagi? Sebab aku suka kalau masa tak ramai orang. Pagi kan selalunya tak ramai orang sebab masih buat tahi mata. Kenapa aku tak suka ada ramai orang? Hurmm, entahlah, yg pasti aku tak suka. Kali ni, sekali lagi, aku terpaksa pakai baju yg baru di beli di Indonesia. Baju belang 3 warna. Kenapa terpaksa? Baju semua tak sempat nak basuh, jadi terpaksalah.

Mula-mula sekali kita orang pergi pergi tempah tiket wayang, then makan donut di Dunkin Donuts. Dah lama aku mengidam nak makan donut, tetiba je, aku pun tak tahu apasal tetiba mengidam, padahal aku ni bukannya selalu sangat makan donut kat situ. Akhirnya berjaya juga makan donut.
Yang putih hitam tu semestinya aku punya, perisa vanilla dan dark chocolate. Yang lagi satu tu, Ameera punya. Tak ingat dah perisa apa.

Then, kita orang pergi Popular. Aku beli beberapa buah novel dan semestinya majalah korea iaitu e-pop. Semenjak Mubshira tak ada ni, nampaknya aku pula lah yg kena beli majalah ni. Kalau tak memang Mubshira lah yg setiap bulan beli. Yang kita orang ni pula, pinjam je. Setakat ni aku baru ada 4 majalah e-pop. Aku start beli bulan Mac hari tu. Lepas tu, kita orang pergi terngok wayang pula. Beli 1 bungkus pop corn dan air. Cerita apa kita orang tengok? The Amazing Spiderman 2. Actually Ameera sudah tengok dgn abang dia tapi di sebabkan tak ada cerita lain yg menarik dan aku sudah janji nak belanja Ameera tengok wayang, maka kami menontonlah The Amazing Spiderman 2. Sampai sekarang aku masih tak percaya yang heroin nya iaitu Gwen dah mati. Sedih sungguh cara Gwen mati. Kenapa Gwen mati???!!! Okay, jangan layan aku punya kesedihan ni, jom sambung kisah seterusnya. Lepas habis menonton wayang, kita orang lunch, makan ayam penyek. Lepas habis lunch, kita orang pergi main di arcade bawah tanah. Kita orang main game lawan, dan semestinya pemenangnya ialah Nabilah ZF. Then, aku main yg bawa kapal terbang. Ameera yg suruh aku main sebab aku kan teringin nak jadi pilot. Ameera hanya tengok aku main. Aku pun apa lagi, semestinya seronok main kapal terbang.

Bila sudah keluar dari Starmall tu, kita orang sempat jugalah bergambar. Then, Ameera balik dulu. Aku pula menunggu abang Hanis jemput.
Sahabat Lah Sangat (SLS)

Lepas abang Hanis jemput, kita orang ke bandar berdekatan dengan TF sebab abang ada hal kat situ. Aku pun masuk TF sebab nak beli minyak rambut. Dah teruk sangat rambut aku ni. Banyak sangat yg gugur. Jadi aku perlukan minyak rambut. Tak sempurna hari-hari ku tanpa minyak rambut. Nak nyanyilah sekejap. Hari ku~, harus di penuhi dengan kehadiran mu~, sayangku~. Wahahahhaah. Jiwanglah pula aku ni. Abaikan, jangan layan. Biasanya aku beli minyak rambut yg berwarna hijau tapi hari tu tetiba ternampak yg warna ungu. Aku beli warna ungu bukan sebab warna tapi di sebabkan baunya ialah bau lavender. I love lavender. Then, balik rumah dan melayan anak saudara. Malam tu, aku melayan kak Ngah berborak dgn aunty Bella di dalam whatsapp. Siapakan aunty Bella? Mestilah Nabella, maknae (adik bongsu) dalam Tira Lanun Babi (TLB). Macam mana kak Ngah boleh kenal aunty Bella? Al-kisahnya, pada raya 2012, Bella, Anati dan Ailin datang beraya di rumah aku. Tapi yg mula-mula sampai ialah Bella, jadi banyak yg telah berlaku sepanjang Bella seorang je. Kak Ngah sebut nasi lemak, tapi Bella dengar langsi, ayat-ayat kasar. Then, aku pun translate lah, bukan langsi tapi nasi lemak. Sejak tu, setiap kali Bella panggil kak Ngah sebagai nasi lemak. Aku pun selalu juga bagi kak Long dan kak Ngah bercakap dgn aunty Bella dalam whatsapp. Suka betul dua orang anak saudara aku ni. Anyway, kak Ngah dulu pandai menari lagu T-ara bertajuk Roly Poly, tapi sekarang tak pandai dah. Dan kak Long dan kak Ngah ada peminat cerita kartun Frozen. Selalu nyanyi dan dengar lagu Let It Go, orang yg mendengar rasa bosan asyik benda yg sama. Tapi apa boleh buat, nama pun budak kecil.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dengan entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Saturday, 24 May 2014

Melancong part 3

Assalamualaikum...
Jom kita sambung apa yg berlaku seterusnya. Nampak gayanya berjayalah aku buat part 4. Adakah berjaya? Hurmm, tak tahulah. Kita tunggu dan lihat sajalah. Aku pun nak sangat tahu, berjaya ke tak.

Hari Rabu, 7/5/2014.
Aku bangun lambat sebab aku fikir my mom akan kejut awal tapi my mom kejut lambat. Bila aku bangun tu, mak Putri dan Putri telah pergi ke sekolah. Then aku nak mandi di bilik mak Putri tapi beliau kunci pintu. Terpaksalah aku bawa barang-barang nak mandi ke rumah mak cik Is. Nasib baik rumah mak cik Is pun ada air panas, kalau tak kena sediakan tisulah jawabnya nak lap hidung aku yg menangis. Then, kami sarapan dan bersiap-siap untuk berjalan lagi. Kali ni, mak cik Is pun ikut sekali. Mak beliau yg sakit tu? Adik perempuan beliau balik, jadi beliaulah yg akan jaga. Anyway, adik perempuan mak cik Is tu bukannya mak cik Rahmi.

Mula-mula kami ke Lembah Echo, kemudian kami membeli belah di Jam Gadang. Dekat tempat kami shopping, kami makan sate, then solat di masjid berdekatan. Jom layan gambar.
 Di Lembah Echo. Anyway, pak cik bersongkok tu lah driver kita orang iaitu Pak Shamiza.

 Air terjun.
 Tempat makan.

 Banyak betul kereta kuda.
 Ni lah suasana tempat kami shopping.
 Di sinilah kami bershopping.
 Jam Gadang.
 Nama kedai sate.
 Sate dia ni boleh tahan sedap. Nasi impit dia pun banyak, kiranya boleh kenyanglah.
Singgah solat jap.

Sampai di rumah around pukul 6 petang. Malam tu, aku tak tidur di rumah Putri. Kenapa? Sebab nak dekat pukul 10, baru aku nak pergi ke rumah Putri. Time aku nak pergi tu, aku ikut belakang rumah, memang biasa ikut belakang rumah pun. Pintu belakang rumah mak cik Is dikunci. Jadi tak dapatlah nak ke rumah Putri. Mak cik Is entah menghilang kemana. Jadi tidur jelah dengan parents. Tapi baju tidur aku di rumah Putri. Terpaksalah pakai baju merah hitam yg ada gambar Jam Gadang, beli masa shopping tadi. Sokmolah macam tu aku ni. Hari tu masa ayah, mak, abang De, kak Aya, Husna, Teh dan Amir ke Bandung, Indonesia pun aku terpaksa pakai baju yg my mom beli dari Bandung. Sebab baju tidur yg aku bawa sudah habis di pakai. Anyway, time tu aku dan Azim tinggal di rumah Angah. Nanti ada lagi satu kisah, aku terpaksa juga pakai baju yg baru dibeli. Nanti aku akan buat entry.

Pada hari Khamis, 8/5/2014.
Dah selesai melancong di Bukit Tinggi, sekarang masa untuk ke Padang. Pagi tu, aku kemas barang-barang aku di rumah Putri dan bawa ke rumah mak cik Is dan mandi di rumah mak cik Is. Sepanjang perjalanan ke Padang, aku buat tahi mata je. Seriously mengantuk. Nak cakap tak cukup tidur, tak juga. Sangat cukup tidur tapi masih mengantuk. Memang sleepyhead betul lah Nabilah ZF ni. Dah sampai Padang barulah aku terjaga dan lepas tu langsung tak ada mood nak tidur. Kenapa? Hah, ni yg best ni. Sepanjang perjalanan ke Padang, pak Shamiza yang bawa, sampai di satu tempat, pemandu telah bertukar. Jadi siapa yg memandu? Anak lelaki pak Shamiza yg bernama Andy, umurnya mungkin 20-an. Handsome sungguh Andi tu. Alamak, apasal aku ni? Dah tangkap chintan ke apa? Oh hoo, no way. I won't easily fall in love and I just want malay people. Tapi tak salahkan nak tengok muka Andy yg kacak ni. Sementara ada peluang, lebih aku memanfaatkannya. Betul tak? Nak ambil gambar di ni bukannya senang tahu. Asyik dapat badan belakang je. Tapi Andy ni memang seorang yang peramahlah. Mak ayah aku buat lawak dia pun gelak sama. Banyak bagi cadangan, dan banyak tanya macam-macam, banyak buat lawak juga. Dia pun banyak lah cerita kan kita orang pasal itu ini. Aku pula, sepanjang hari tu, tak banyak cakap. Lagi pun aku memang tak banyak cakap pun. Berborak dengan Andy? Tak, aku tak pernah berborak dgn dia tapi cakap-cakap tu adalah sikit. Anyway, dia pun selalu juga bawa pelancong pergi melancong.

Kami ke pantai untuk melihat Batu Malin Kundang. Kata Andy, batu tu memang betul-betul bukannya di cipta oleh manusia. Masa di pantai ni memang ada satu benda yg memang aku tersangatlah tak suka. Apakah? Toilet dia. Aku pun tak tahulah kenapa aku tak tahan masa tu. Biasanya kalau berjalan aku memang tak minum air banyak sebab aku tak nak guna toilet awam, dan aku mana ada minum banyak air hari tu. Masa kat sekolah pun memang aku tak minum banyak. Mubshira lah yg selalu bising cakap kau tak minum air ke, tak haus ke dan macam-macamlah. Aku sangat tak sukakan toilet awam. Kenapa dengan toilet awam kat situ. Seriously, kalau korang tengok mungkin terus tak jadi, tapi aku terpaksa masa tu. Lepas ni, kalau aku jumpa lagi toilet yg macam tu, sebaiknya aku tahan. Then, kami lalu di Jambatan Siti Nurbaya. Then pergi beli baju lagi sebab masih tak cukup untuk ahli keluarga yg lain di Pasar Raya Square. Lepas tu kami pergi cari hotel untuk bermalam di Padang. Hotel kami ialah Hotel Siti Nurbaya. Lepas solat di hotel, kami keluar semula, masa tu around pukul 4 kut. Then kami ke kedai roti sebab di situ ada jual baju juga. Aku pun apa lagi, beli lah roti. 50000 rupiah dalam poket masih belum di gunakan. Aku pun tak tahu nak beli apa sebab tak ada sangat benda yg menarik perhatian aku. Beli roti untuk aku dan ayah, dan sebahagian dari duit tu bagi jelah my mom guna untuk beli baju. Bagi aku duit baki pun aku nak buat apa. Tak tahu apa nak beli jadi baik bagi mak je guna. Then kami pergi makan di tempat yg Andy selalu makan. Bagus sikit kat tempat tu. Sebab lauk boleh di pilih dan air pula air teh O bukan air kosong seperti selalu. Lepas tu kami pergi ke kedai Christine Hakim. Di situ ada jual macam cerepek-cerepek lah. Banyak juga my mom borong. Angah lah beria sangat nak pisang salay. Aku pula cari apa yg berminat dan terjumpa ketang keju, bentuknya panjang-panjang. Aku memang minat makan benda-benda yg panjang ni, macam coklat Rocky tu atau Pepero. Lepas tu balik semula ke hotel. Maka, tamatlah kisah aku dan Andy. Isshh, apa aku merepek ni. Apasal pula kisah aku dan Andy. Merepek betul aku ni. Dah jangan layan aku punya merepek tu.

Jom layan gambar. Klik gambar untuk saiz yg lebih besar.
 Bersama mak cik Is sebelum bergerak.
 Bersama mak cik Is dan ayahnya.
Ni lah pantai Malin Kundang.
 My dad asyik berborak dgn Andy je.
Yang tengah-tengah tu lah Malin Kundang si anak derhaka sedang bersujud. Gambar my dad seorang tu ialah bahagian depan kapal tempat Jack dan Rose dalam cerita Titanic tu.
Jambatan Siti Nurbaya.
 Yang sedang berborak dgn my mom tu lah Andy tapi time tu dia tengah buat muka pelik. Ahh, tak guna betul. Kalau dia tak buat muka pelik tu akan terserlah lah kekacak beliau. Gambar yang ada van merah tu ialah Angkot. Dalam Sinetron kan ada banyak angkot.
 Ni lah roti yg aku beli. Comel kan? Sedap pula tu.
Ni kotak Christine Hakim. Tu ada senarai makanan yg dia jual.

Selepas solat Maghrib, kami bertiga keluar lagi. Tapi kali ni tak ada driver. Kami jalan kaki je. Ke mana? Kami ke shopping mall. Lebih kurang 30 meter je shopping mall ni dari hotel kita orang. Masa kat situ, memang syok betul. Apa yg syok. Kami cuma berada di 2 tempat iaitu di bahagian pakaian dan biskut-biskut. Masa di bahagian pakaian tu yg syok. Bukannya syok tengok baju tapi syok melayan lagu korea. Pasang lagu korea, apa lagi layanlah. Ada antara lagu yg aku tak tahu dan ada yg aku tahu. Tahu ke tak, aku layan je, asalkan korea. Lepas tu aku berjaya membeli baju belang 3 warna iaitu merah, pink+ungu dan putih. Jangan main-main dgn harga baju ni. 75000, hah, kau mampu ke? Opps, pembetulan, 75000 rupiah. Jadi berapa harga Malaysia. Kiralah sendiri. 1000 rupiah lebih kurang 30 sen. Nak balik dari hotel tu kami naik kereta kuda. Saja-saja je nak naik kereta kuda. Tapi ayah cakap aku yg beria-ia nak naik kereta kuda. Actually tak lah. Aku nak naik kuda bukannya kereta kuda. Tapi layan je lah. Tak kisahlah, asalkan kuda. Tapi pak cik yg bawa kereta kuda ni, tak tahu jalan. Kita orang pula dah perasan macam salah jalan, jadi kita orang tegurlah pak cik tu, dah lama sikit barulah jumpa semula hotel tu. Sepatutnya kita orang bayar 30000 seorang tapi disebabkan jauh berjalan, dia kenakan bayaran lebih. Ahhh, pak cik ni. Sekarang ni siapa yg salah. Kau ke kita orang? Kau yg bawa kita orang jalan salah, lepas tu kita orang pula kena bayar lebih. Nak tak nak, terpaksalah bayar lebih.


Pada hari Jumaat, 9/5/2014, around pukul 10.30 pagi.
Lepas siap kemas beg-beg dan pak Shamiza pun dah sampai jadi kami terus bergerak ke lapangan terbang. Maka, akan berakhirlah kisah kami di Sumatera Barat. Masa di airport ni kami singgah di kedai roti. Nama kedai roti ni sama dgn kedai roti yg kami singgah semalam. Kami beli 4. 3 untuk makan dalam kapal terbang dan 1 lagi untuk orang yg akan menjemput kami. Lepas tu, kami ada masalah tak bayar airpost tax. Bukan sengaja tapi kami tak tahu di mana. Tapi nasib baik jumpa itu pun my mom yg pergi seorang. Kenapa aku dan ayah tak ikut. Sebab kami tidak dibenarkan, cuma boleh seorang je sebab kami sudah melepasi tempat untuk cop visa. Lepas tu masalah kapal terbang datang lambat pula. Kapal terbang kami kali ini ialah, AK404. Tempat duduk pula ialah di baris ke 27, hari tu 30. Masa nak scan badan, sekali lagi, aku ada problem. Apakah? Seluar jeans punya tempat nak kamchain tu, berbunyi-bunyi. Pengawal tu pun tanya, pakai tali pingang ke? Eh, tak lah. Pengawal tu tanya lagi, habis tu apa? Aku dah cuak dah, sebersalah nak jawab. Kalau aku tunjuk karang tak pasal-pasal free show kat semua orang. Tapi nasib baik ada ayah aku. Ayah pun cakap dekat pengawal tu yg itu adalah benda nak kamchain seluar tu. Aku pun tak tahu apa nama benda tu. Huh, nasib baik pengawal tu lepaskan aku. Tapi bila aku fikir balik, kenapa semuanya mesti terjadi kat aku. Hari tu kat Malaysia kena rampas minyak rambut, kali ni, seluar jeans pula.

 Ni lah lapangan terbang di Padang, Indonesia.
 Yeah, I'm flaying again. Tapi masa terbang di aku ada masalah telinga. Banyak sangat angin masuk. Tapi masa datang ke Indonesia dulu tak ada masalah pula.
Putih sungguh awan ni. Kan bagus kalau awan ni ialah gula-gula kapas. Lagi bagus kalau aku betul-betul boleh terbang macam Superman tu.
 Kami selamat mendarat di KLIA 2. LCCT telah ditutup pada 9/5/2014. Ini adalah hari pertama KLIA 2 di buka. Pening juga kepala kat dalam ni sebab tak tahu nak ke mana. Staff dia pun pening tak tahu nak bawa kita orang kemana.
Jom tengok sikit KLIA 2 ni.
 3 of us.
Orang yg menjemput kami ialah Alang.

Lepas tu kami ke rumah Angah. Tapi Angah masa tu dalam perjalanan ke Temerloh Jaya dari Kelantan. Habis tu macam mana? Don't worry, awal-awal lagi Angah sudah bagi kunci rumah, sebab ke rumah Angah adalah salah satu dari rancangan awal kami. Then, solat Zuhur sekali dgn Asar kira jamak dan qasar. Lepas tu, aku dan Alang ke restoran Sa'ba untuk membeli nasi arab. Tapi malangnya kedai tu tutup. Then, call Angah, tanya di mana lagi ada jual nasi arab. Then kami pun pergilah ke tempat yg Angah cakap tu. Apa nama restoran tu? Opps, terlupa sudah, maaf. Sudah sampai rumah Angah tu, Along pula sampai. Along datang seorang je, yg lain di Melaka. Along pun join kita orang makan nasi arab. Dan kami sengaja beli nasi arab lebih untuk orang di rumah. Awal-awal lagi kami sudah pesan pada nek melalui abang Hanis supaya suruh nek masak untuk tengahari je, untuk malam kita orang akan beli. My mom pula sengaja nak kenakan Angah, kononya ada orang pecah masuk rumah dia, pasang tv dan macam-macamlah. Yang my mom maksudkan tu ialah kita orang. Okay then, settle makan, solat, around pukul 9 malam, kita orang gerak balik rumah. Angah pun sudah sampai di rumah dan akan bermalam di sini selama 2 hari 1 malam, kemudian bermalam di Temerloh Jaya 2 hari 1 malam juga. Tadi aku cakap Angah on the way ke Temerloh Jaya? Memanglah, tapi dia orang singgah sekejap je. Rindu betul aku pada 3 orang anak saudara iaitu Safiyyah a.k.a. Kak Long, Sarah a.k.a. Kak Ngah dan Amirah a.k.a Nom Nom. 

Maka tamatlah kisah kami melancong. Nampaknya, aku masih tak berjaya buat part 4. Tapi nantikan entry seterusnya iaitu keesokan harinya, aku hang out dgn budak comel iaitu Ameera di Starmall. Selepas habis SPM, aku tak pernah jumpa langsung dgn Ameera. Jadi, sebelum dia sambung belajar di Kelana Jaya, lebih baik aku hang out dgn dia.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap korang terhibur dgn entry pada kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Monday, 19 May 2014

Melancong part 2

Assalamualaikum...
Mari kita sambung apa yg terjadi selepas mendarat.

Pada hari Isnin, 5/5/2014, selepas mendarat.
Kami selamat mendarat around pukul 3.30 petang. Selepas kami mendarat dan mengambil beg-beg dalam cargo, kami keluar dari airport dan menanti pemandu yg ditugaskan menjemput dan membawa kita orang berjalan sepanjang berada di Indonesia. Kami tak tahu muka pemandu tu dan dia tak tahu muka kami. Jadi macam mana? Don't worry, we have phone number. Bila ayah call, aku pun cuba perhatikan sekeliling sebab nak cari orang yg menjawab telefon. Bila ayah dah mula bercakap dalam telefon bertanya di mana dia, katanya sudah sampai tapi kami tak tahu mana dia, then aku terperasan seorang lelaki tua memakai baju belang ungu putih mungkin berumur 50 tahun ke atas, sedang bercakap dalam telefon juga dan mencari seseorang. Aku pun cakap dgn ayah, yg tu ke?, ayah pun pandang dan dalam masa yg sama ayah masih bercakap dalam telefon. Ternyata tekaan aku tepat. Bingo! That's right, it's him, the driver. Beliau ni actually pemandu pelancong.

Lepas dah jumpa tu, dia bawa kita orang pergi solat Zuhur then pergi makan. Jom layan gambar.
 Baru sampai dan sebelum telefon driver.
 Kami solat di sini. Nama masjid ni ialah Masjid Al-Ikhram
 Pemandangan di tempat kami makan. Papan tanda kuning tu ialah nama restoran kami makan.
Makanan kami. Tapi dahsyat betul tempat-tempat makan kat Padang dan Bukit Tinggi ni. Kenapa? Tak sampai 5 saat kami duduk, makanan sudah dihidangkan padahal kita orang tak order pun lagi. Kenapa jadi begitu. Menu telah ditetapkan mungkin. Entahlah, sampai hari ni aku masih tak faham. Air pula air kosong je, tapi boleh je nak order air lain. Daripada 8 lauk ni tak silap aku cuma 4 je yg kami makan. But no worry, yg lagi 4 tu tak dikira dalam bill.

Lepas siap makan, driver tu hantar kita orang ke rumah kawan mak di Bukit Tinggi. Nama kawan mak tu ialah mak cik Ismety. Actually mak cik Is ni kakak kepada kawan mak aku yg bernama mak cik Rahmi. FYI, kita orang tak bermalam di hotel tapi rumah mak cik Is. Macam mana my mom boleh ada kawan Indon? Al-kisahnya dulu zaman 70-an, Tanah Melayu ni kekurangan tenaga pengajar jadi para guru ramai datang dari luar. Ayah mak cik Is ni merupakan guru di sebuah sekolah teknik di Kuantan. Tapi mak cik Is, mak cik Rahmi dan my mom bersekolah di sekolah harian saja. Actually ada lagi kawan Indon my mom satu sekolah dulu. Kita orang sampai di rumah mak cik Is pada waktu malam. Dari Padang ke Bukit Tinggi around 90km saja tapi disebabkan kesesakan lalu lintas, maka lewatlah sikit sampai. Cehh, cakap macam dah penat duduk dalam kereta padahal aku tidur je dalam kereta. Tapi beberapa km sebelum sampai di rumah mak cik Is, kita orang singgah di kedai handphone sebab nak beli sim kad yg ada internet. Actually, tu adalah kedai ketiga kami pergi sebab masalah pekerja kedai tak pandai nak active kan kad. Kedai pertama, pekerjanya perempuan, kedai kedua, pekerja perempuan juga tapi budak kecil mungkin 12 tahun  ke bawah dan akhirnya kedai ketiga, pekerjanya lelaki. Nasib baik mamat tu pandai nak active kan. Bab-bab teknologi ni memang kena serahkan pada lelaki lah jawabnya. Sim kad tu cuma beli satu dan dimasukkan kedalam handphone aku. Ayah dan mak tak ada sim kad. Dikeluarkan sebab takut ada orang contact. Tak pasal-pasal kena bayar mahal, kau bayar, aku pun kena bayar sekali. Tapi walaupun tak ada sim kad, tetap boleh berinternet sebab aku buka hotspot.

Bila dah sampai di rumah mak cik Is, beliau hidangkan air kopi hitam. Aku pun tergaru-garu kepala yg tak gatal bila tengok air kopi hitam tu. Kenapa? FYI, kopi 3 in 1 aku minum tapi kalau kopi hitam tu aku memang tak minum. Grrr, pahit der. Bila mak cik Is suruh aku minum, aku pun segan-segan je nak cakap yg aku tak minum air kopi hitam. Bila aku cakap macam tu, my mom baru teringat yg aku memang tak minum kopi hitam. Jadi mak cik Is buat air teh O untuk aku. Then, kita orang berborak-borak, aku dah ayah pula berborak sambil main internet nak berwhatsapp dgn family. Mak cik Is bagi kita orang satu bilik yg mempunyai sebuah katil bersaiz queen. Wahh, memang besarlah katil tu, memang muat pun 3 orang, tak macam katil double biasa. Tu belum katil king. Kalau katil king, agaknya mesti 5 orang boleh muat. Then seorang lagi adik mak cik Is, yg tidak aku tahu namanya telah offer aku tinggal di rumahnya. FYI, rumah adik mak cik Is tu disebelah saja. Time tu aku berfikir, nak ke tak nak? Then beliau ajak aku pergi tengok bilik tu, my mom pun ikut sekali nak tengok bilik tu. Bilik dah tengok bilik tu, aku nampak ada sebuah katil double saiz biasa dan sebuah bilik air. Wahh, memang aku teringin nak ada katil double dan bilik air sendiri. Aku pun apa lagi, terus agree. Anyway, adik mak cik Is ni ada seorang anak perempuan berumur 12 tahun namanya Putri. Aku tak pernah pun berborak panjang dgn Putri tu, cuma cakap beberapa patah perkataan je. Maklumlah aku ni kan bukannya friendly sangat, tak pandai nak berkawan dan aku ni bukannya pandai sangat nak bercakap Indon. Aku pun bukannya cakap Indon time bercakap dgn orang Indon, aku cakap dalam bahasa melayu. Tapi adalah juga 4-5 perkataan aku sebut dalam bahasa Indon. 

Then, aku pun ambil barang-barang aku dan bawa ke rumah adik mak cik Is, ahh, senang cerita rumah Putri je lah. My parents pula di rumah mak cik Is. Then, mak Putri tanya nak mandi air panas ke? Bilik air aku tu tak ada air panas, cuma bilik air mak Putri je yg ada yg panas. Kalau nak mandi air panas kena mandi di bilik beliaulah jawabnya. Jawapannya mestilah aku nak mandi air panas sebabnya sejuk, nama pun Bukit Tinggi mestilah sejuk tapi tak sesejuk Cameron Highlands dan aku ni ada resdung. Dulu masa sekolah, aku asyik mandi air sejuk sebab tulah aku asyik selsema. Tapi setelah menjalankan uji kaji terhadap diri sendiri, barulah aku tahu cara nak kurangkan selsema iaitu dgn mandi air panas. Sekarang aku sudah jarang selsema tapi adalah juga cuma tak seteruk dulu. Lepas dah mandi, aku tengok jam baru around pukul 9 malam. Malaysia time tu dah pukul 10 malam. FYI, Bukit Tinggi lambat sejam dari Malaysia. Tapi actually, pukul 9 tu dah macam pukul 10 malam. Actually, beza around 30 minit je. Habis yg aku cakap sejam tu apasal? Kepada yg tak tahu meh sini aku nak bagi tahu. Yang sebenarnya Sabah dan Sarawak tu awal 30 minit dari Semenanjung Malaysia sebab tulah setiap kali puasa dia orang berbuka around pukul 6 petang. Tapi disebabkan nama pun Malaysia, waktu pun mestilah mahu bagi sama. Okay, tamat kisah pasal 30 minit ni. Setiap kali aku nak tidur, aku mesti menghadapi masalah. Apakah? Masalah tak tahu nak tidur pukul berapa. Sama ada tidur pukul 10 waktu Malaysia atau Indonesia. Bukan ke patutnya kita ikut waktu di negara mana kita berada. Hah, itulah masalahnya. Apasal aku tak terfikir benda ni. Apasal time aku tengah type entry baru aku terfikir benda tu. Lain kali ikut waktu di negara mana kita berada. Jadi aku terus je tidur tapi sebelum tu, berinternet dulu lepas tu set jam nak bangun pukul berapa.

Pada hari Selasa, 6/5/2014.
Pukul 6 pagi, handphone aku berbunyi. Aku tersedar, lepas diamkan bunyi alarm, aku terfikir, handphone aku waktu Malaysia, maknanya sekarang Bukit Tinggi pukul 5 pagi. Ahh, apasal pula aku set waktu Malaysia ni, tidur balik lah. Tak lama kemudian, pintu bilik diketuk. Rupanya my mom yg ketuk pintu. My mom suruh mandi dan breakfast di rumah mak cik Is. Lepas my mom pergi semula ke rumah mak cik Is, aku tengok handphone, around pukul 7 pagi waktu Malaysia. Aku pun minta kebenaran nak mandi di bilik mak Putri. Lepas dah siap mandi, aku pergi ke rumah mak cik Is. Nampak my parents sedang minum air kopi 3 in 1 yg my mom bawa dari Malaysia. Aku pun join sekali minum kopi. Sejak 2-3 bulan ni aku jarang dah minum air kopi 3 in 1, asyik minum milo je. Tetiba je aku minat pula minum milo. Sebelum ni asyik Azim dan Amir saja yg minum. My mom pun ada juga bawa milo 3 in 1 tapi aku tak rasa nak minum milo pagi tu sebab kononya takut tertidur dalam kereta nanti. Lepas habis minum kopi tu, breakfast dah siap. Huh, dahsyat juga breakfast dia, macam orang Kelantan lah pula sebab makan nasi time breakfast. Aku pula tak biasa makan makanan berat di waktu pagi, tapi layan jelah. Lepas breakfast, kita orang bersiap-siap nak keluar. Mak cik Is tak join sebab ibu beliau sakit. Mak Putri dan Putri? Mak Putri kerja di sekolah sebagai wakil pengetua sekolah dan Putri kan masih lagi seorang pelajar. Habis tu keluar macam mana? Pak cik driver yg bernama Pak Shamiza kan ada. Kita orang bayar dia suruh bawa berjalan. Sebelum bergerak tu, aku dengan ayah pergi bersiar-siar melihat rumah mak cik Is. Jom layan gambar.

Buah koko yg baru dietik dan dikupas.
Itik pun ada.
Buah koko di jemur.
Banyak betul pokok koko dan ada banyak lagi pokok lain.
Buah ciku pun ada.
Yang ni lagi dahsyat, buah naga.
Ni lah kawasan rumah mak cik Is. Nampak parabola kat atas atap tu? Kebanyakan rumah ada parabola tu.

Lepas keluar dari rumah mak cik Is, kami nampak banyak sawah padi. Bukit Tinggi dan Padang ni memang banyak padi. Mak cik Is pun ada sawah padi sendiri. So, tak payah beli beras, padi sendiri ada, bolehlah jimat duit beras. Then kami ke Danau Singkarak. Apa keistemewaan danau ni? Entahlah, aku pun tak tahu. Lebih baik tanya Mr.Google. Tapi danau ni memang besarlah. Then kami pergi Istana Pagaruyung, lepas tu pergi tengok ikan yg kononnya ada kuasa sakti. Tapi tak ada apa yg menarik pun time tengok ikan tu. Bosan je. Then kami ke Pondok Pesantren Prof. Dr. Hamka. Sebenarnya kami tersilap. Patutnya ke rumah kelahiran Buya Hamka tapi tersilap jalan pula. Tapi kat pesantren tu ada ramailah pelajar yg belajar agama dan ada juga budak yg datang dari Selangor, Malaysia tahu. Ayah aku pun berborak-borak kejap dgn budak tu. Apa yg di borakkan aku tak tahulah sebab aku ada di dalam kereta, baru lepas bangun tidur. Lepas tu, tanyalah budak-budak kat situ, di mana rumah kelahiran Buya Hamka, budak tu pun bagi tahulah, then barulah kami jumpa. Jom layan gambar lagi.


 Di Danau Singkarak.
 Ni lah dia Istana Pagaruyung. Jom tengok apa yg ada di dalam.





 Gambar terakhir tu adalah bilik. Ada banyak bilik yg macam ni dan ianya adalah untuk anak lelaki.
 Gambar pertama tu adalah di bilik anak perempuan.
 Inilah kononnya ikan sakti tu.
 Inilah dia rumah kelahiran Buya Hamka. Dijaga oleh cucu beliau. Buya Hamka pun ada 10 orang anak. 7 anak lelaki dan 3 anak perempuan. Hahaha, sama macam adik-beradik aku.

My mom excited sangat sebab tak sangka dapat datang sini.
Then kami makan di sini. Kemudian balik.

Maka, tamatlah kisah untuk part 2. Nantikan part 3 pula. Sampai di sini sajalah entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dengan entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...