Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Tuesday, 8 April 2014

Dulu

Assalamualaikum...
Tetiba hari ni rasa nak post something. Pasal apa? Al-kisahnya hari ni aku tengok satu drama ni di tv3 pukul 6.30 malam sampai 7 malam, tapi setiap hari apa, aku tak tahu. Drama tu drama lama, tajuknya Dunia Baru lakonan Elyana dan ramai lagi lah.


Kenapa dgn minah ni? FYI, dia lah artis pertama yg minat sangat dulu. Sejak bila? Sejak drama Dunia Baru ni mula di siarkan dulu. Masa tu aku tak kenal siapa dia tu, tapi aku layan je lah sebab dalam drama tu si Opie ni nampak sangat cool, dan dress up dia, memang aku minat. Sampai sekarang aku minat dia lagi cuma bezanya sekarang I like Shila Amzah more. Aku pun dah tak berapa minat sangat dengan Elyana ni, maklumlah, lama sudah berlalu.

Lagu tema drama Dunia Baru tu pun dulu memang aku minat sangat tapi masa tu, aku tak tahu siapa penyanyinya dan yg lebih teruk, aku baru tahu siapa penyanyi tu pada hari ini. Nak tahu siapa? Siapa lagi kalau bukan si Adam AF2 tu. Lagi pun dulu, aku dengan computer dan teknologi zaman tu tak seberapa nak ber-best friend lagi. So, agak mundur lah sikit. Hehehehe. Lagi pun dulu, aku bukannya jenis yg layan sangat dgn artis-artis ni. Sejak ada astro barulah aku minat dgn artis-artis dan aku jadi best friend dengan computer dan seumpamanya.

Apa kes dengan astro? Masa aku ada astro tu, Akademi Fantasia 6 baru nak start, jadi aku pun layanlah. Sejak minggu pertama sampailah minggu terakhir. Penonton setia tahu, tapi AF6 je la. Yang seterusnya aku tak layan. Peserta yg aku sokong pula tak berubah, dari mula sampai akhir. Siapakah? Siapa lagi kalau bukan juaranya, iaitu Stacy. Oh yeahhhh. Tapi aku tak undi dia sebab aku tak pakai handphone lagi time tu. Shila Amzah lah orang pertama yang aku undi tahu. Habis banyak duit aku habiskan untuk Shila. Tapi tak apa, yang penting sampai separuh akhir dalam pertandingan Mania.

Aish, mana aci ni, letak gambar Elyana je. Kena letak gambar Stacy and Shila sekali. Semua perempuan. Habis tu Adam AF2? Alah, aku bukan minat dia pun. Aku cuma minat lagu dia dalam Dunia Baru je. Hehehe, harap maklum.



Okay, baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap Terhibur. Sekian. p/s: kpd Anati, berani ko mention nama aku dalam blog ko. Anyway harap berjaya. Nanti time raya, aku ingatkan ko, itu pun kalau aku ingatlah.
Assalamualaikum...