Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Wednesday, 16 April 2014

Action

Assalamualaikum...
Amaran, entry kali ini mungkin agak panjang. Ini bukannya nak berlakon drama beria ada ready and action pula. Cuma tajuk saja action yg bermaksud tindakan. So, apa kisahnya kali ini? Kisahnya, aku nak share cara aku selesai masalah berat yg tengah aku hadapi sekarang ni. Well, thanks to someone because she help. Anyway, FYI, aku ni bukannya jenis orang yg suka berkongsi masalah dengan orang lain dan seorang yg tak mudah menangis kecuali masa kecil, sangat kuat menangis. Dan ada 3 pengalaman baru aku. Well, thanks to that someone to, I experience 3 new things that I really want. Jadi, apa 3 benda tu dan siapa seseorang itu? Let's wait. I will tell you.

Al-kisahnya, aku ada satu masalah ini around sebulan lepas. Aku rasa lagi 4 hari kut, maka sebulanlah. Apakah masalahnya? Oppsss, I'm sorry about that because I can't tell you. Tapi masalah tu memang berat mungkin yg paling berat yg pernah aku hadapi. Seseorang yg aku maksudkan tu ialah kakak aku iaitu Angah. Dia balik cuti 4 hari, 2 hari di rumah mertua dan 2 hari di sini. Selama 2 hari dia di sini, dia tahu aku ada masalah. Macam mana Angah tahu. Adalah rahsia. Kalau aku cakap, comfirm korang boleh agak masalah yg aku tengah hadapi. Well, aku berkongsi masalah dengan Angah. Anyway, FYI, sebelum Angah balik Mentakab tapi rasanya masa tu Angah di rumah mertua dia Temerloh, aku beranganlah yg aku akan berkongsi masalah dgn Angah. Walaupun aku rasa kemungkinan Angah akan bantu aku adalah kecil tapi tak salahkan aku berangan tapi aku tak sangka pula aku punya berangan tu jadi kenyataan. Kenapa aku rasa kemungkinannya adalah kecil? Kerana, aku bukannya rapat sangat dgn adik-beradik yg lain kecuali Azim tapi tu pun tak adalah rapat sangat kut. Lagipun, Angah kan dah ada kehidupan sendiri, busy dgn business kek and shaklee beliau. Dan aku sangat bersyukur sebab aku punya berangan tu betul-betul terjadi. Dalam berangan tu aku rasa lega dan happy sebab Angah dapat bantu aku selesai kan masalah. But, seriously, aku terkejut juga sebab ianya sama dgn apa yg aku berangankan. Tapi pasal apa yg Angah cakap dgn aku tu, aku tak berangan benda tu. Cuma berangan berkongsi masalah dgn Angah dan beliau tolong aku.

Hari Isnin malam, sebelum aku tidur tapi sudah lebih pukul 10 malam, lebih sikit je, belum 10.15, jadi aku ingat aku nak baca beberapa chapter novel New Moon lepas tu baru tidur. Walaupun aku sudah pernah baca New Moon tapi sajalah nak baca lagi dan melupakan seketika masalah aku tu. Masa aku tengah membaca tu, Angah datang masuk bilik aku. Then, Angah tanya aku pasal masalah aku, bagi aku nasihat dan cara untuk selesaikan masalah tu. Baru beberapa minit bercakap, aku perasan nada suara Angah berubah, masa tu aku boleh agak dah, mesti mata Angah tengah berair, aku pula time tu tengah tahan air mata. No, I can't let anyone see I'm crying. Macam kawan aku Bella, dia pun tak nak bagi orang nampak dia nangis. Tapi aku tak dapat nak tahan air mata tu, ianya turun juga, boleh tahan banyak juga. Tapi actually, I'm not crying, it just, air mata tu sendiri yg keluar. Mungkin cakap Angah betul, benda tu tersimpan dalam hati aku je, aku tak lepaskannya. Setiap kali ada masalah, aku tak share, aku tak nangis malah aku still nak maintain cool, berlagak matang, menangis tak cool, ego. Walaupun aku tahu ego is not good but I still need it tapi dalam kuantiti yg sikit tapi aku rasa ego dalam diri aku ni tinggi, looks like I need to kurangkan but not hapuskan ego dalam diri aku.

Sesi berkongsi masalah ni tamat around pukul 11 malam. Angah cakap, kalau aku ada masalah atau apa-apa, sharelah dgn Angah atau Teh tapi kalau Teh tak nak layan aku, Angah akan sentiasa ada. Apa 3 pengalaman baru yg aku dapat? Pertama, berkongsi masalah sampai air mata keluar. Kedua, ada seseorang tolong lap kan air mata. Dan ketiga, berpeluk waktu tengah bersedih. Well, I really want to have these kind of experience but, ketiga-tiganya sesuatu yg aku tak suka orang lain nampak. Kalau aku nak menangis pun, biar aku sendirian, aku tak nak nangis bersama-sama or orang nampak aku nangis. Tapi kalau aku menangis waktu aku tengok drama, aku tak kisah sangat kalau orang nampak. Penyelesaian apa yg Angah bagi? Adalah rahsia tapi Angah cakap perkataan maaf tu memang susah untuk sebut tapi tak apa, tak payah minta maaf, tapi lakukan tindakan secara slowly. Sebab tu tajuk entry ni action, aku nak sampai pada korang juga pasal benda ni. To say sorry is hard especially to someone who have ego, so, make a plan B by making some action, step by step and slowly. Sekarang baru aku tahu kenapa ramai orang suka berkongsi masalah. Rasanya lega. Lepas tu aku tidur tapi tak dapat tidur sampai lah around pukul satu pagi. Kenapa? Aku pun tak tahu. Beberapa hari ni, aku ada masalah tidur, padahal aku tak ambil minuman yg ada caffeine pun. Tapi air mata aku masih lagi keluar tapi seriously aku cakap, aku tak nangis tapi air mata tu sendiri yg keluar. Aku tahulah bila masa aku betul-betul menangis. Macam mana aku tahu? Adalah, kalau aku bagi tahu nanti, mungkin orang yg kenal aku akan cuba buat aku menangis. Jadi aku cuba berangan benda lain. Tak nak fikir masalah tu. Berangan pasal apa? Sejak sekolah lagi aku berangan pasal ni. Ianya cumalah imaginasi yang tak mungkin akan wujud. Apakah? Jadi superhero lah. But, bukan aku seorang. Ada 10 orang termasuk aku. Wah!!! Adik-beradik aku ke? Tak lah. Wei TLB, korang pun superhero juga dalam imaginasi aku. Nak aku ceritakan ke? No hal, tapi bukan sekarang. Lain kali. Aku akan buat entry khas untuk imaginasi aku ni. Tapi aku risaulah korang akan gelak kat aku nanti. Mungkin bagi korang funny but to me, it's fun. Jadi aku akan tanya salah seorang ahli TLB. Siapakah? Siapa lagi kalau bukan pembaca setia blog aku yg tak seberapa nak setia. Wei, Anati, kalau ko nak aku ceritakan sms aku. Kalau tak nak pun sms aku. Aku nak ko sms bukan facebook, email, call atau lain-lain. SMS okay? I will wait for your sms. Tak kan ko tak nak tahu apa kehebatan ko dalam imaginasi aku.

Angah cakap, lepas subuh esok, kita beraksi. Aku masa tu tak confident sangat, risau juga lain jadinya tapi aku nampak Angah bersemangat je, okaylah, aku setuju dengan rancangan Angah. Jadi, aku tak nak minta maaf or maybe not now. Angah cakap nanti dia contact aku, tanya perkembangan. Setakat ni, perkembangannya adalah sedikit nanti lama-lama akan jadi bukit. Ahhh, it's so sad sebab Selasa pagi tu, Angah dah nak balik sebab my mom nak pergi hospital KPJ Ampang sebab nak check mata, ada problem sikit. Kalau tak mesti Angah akan balik lepas lunch maybe. Then, Angah ada tanya aku, nak ikut mak pergi KL, then aku berfikir sekejap, kalau aku duduk rumah mungkin aku buat benda-benda gila, maklumlah parents tak ada mungkin sampai malam, dan tahu-tahu sajalah perangai anak-anak bila ibu bapa tak ada kat rumah dan aku pun bosan juga sebab asyik duduk kat rumah je. Walaupun aku lebih suka duduk di rumah tapi kadang-kadang actually rasa bosan juga sebab asyik di rumah je. So, aku cakap je lah nak ikut lagi pun aku nak tahu pasal problem mata my mom selama 2 tahun menghadapinya dan aku berharap dapat pergi shopping somewhere or hang out somewhere. Aku rasa kalau tak pergi somewhere aku akan rasa menyesal ikut, lebih baik duduk kat rumah dan buat perangai gila.

Around pukul 9.30 pagi kita orang gerak. Gerak awal sebab doktor cuma ada sampai pukul 12.30 tengahari kut. So, kena kejar time. Kita orang terus pergi KL, Angah pula singgah rumah mertua sekejap. Pastu Kat KL kita orang jumpa semula. Sampai kat KPJ Ampang around pukul 11.15 pagi. Hampir juga sesat maklumlah, kita orang ni bukannya biasa sangat dengan jalan-jalan di KL cuma berharap agar GPS yg kadang-kadang annoying tu bagi jalan yg betul. Sakit juga hati dgn GPS tu sebab bagi jalan tak betul, rasa nak baling kat dinding je. Ayah cakap kalau tak jumpa juga, naik teksi senang sikit. Tapi kali ni GPS tu bagus, bagi jalan yg betul. Anyway, GPS ni bukannya 100% boleh di percayai. Lebih kurang 4 jam jugalah kat dalam hospital tu. Keluar dari hospital tu, Angah datang then bawa kita orang pergi lunch and shopping di Tesco Extra. Nak pergi situ pun sesat tahu. Di sebabkan berlaku something yg annoying, Angah dan kita orang terpisah jauh. Then try GPS, dia bawa pergi tempat lain. Then Angah cakap berhenti somewhere and we will come and rescue. Padahal tempat kita orang berhenti tu dah tak jauh dari Tesco cuma takut GPS tu salah sebab time tu bagi direction yg salah.

Then pergi makan di My Mom's Chicken Rice. Then aku perasan dinding restoran tu penuh dgn cerita pasal Linda Onn jadi aku fikir mungkin pemilik restoran ni peminat Linda Onn. Then aku tanya Angah. Rupanya restoran tu milik Linda Onn. Apa aku order? Nasi ayam dan teh tarik ice float. Mmmm, boleh tahan sedap. Lepas lunch, kami berpecah pada 3. Apakah? Ayah, mak, Angah dan Amirah pergi masuk Tesco, aku pergi merayau sorang-sorang, Abang Helmi melayan Safiyyah dan Sarah bermain. Lepas tu Angah cakap nak bagi duit, so aku fikir mungkin beberapa duit merah tapi salah. Nak tahu berapa? Tunggu part 2 sebab dah terlalu panjang lah beb. Dan ada sad story. Sad story tu disebabkan kebodohan aku.

Baiklah, sampai di sini sajalah entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca entry yg panjang ni dan sudi melawat blog aku. Harap korang terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...