Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Wednesday, 30 April 2014

Macam-macam

Assalamualaikum...
Kenapa tajuk macam-macam. Hmmm, sebab ada macam-macam cerita, aku pun tak tahu nak bagi tajuk apa jadi bagi tajuk macam-macam je lah., senang cerita. Dah terlalu banyak cerita, jadi tak boleh nak tangguh kalau tak nanti aku lupa. Sementara aku tengah free ni, baik aku buat entry. Lain kali aku tak tahu bila aku free.

Pada hari Selasa, 22/4/2014, entah apa yang merasuk aku, tiba-tiba aku teringin nak pakai shawl. Jadi setelah selesai urusan di Temerloh, aku dan mak pergi kedai tudung Zahra di Mentakab. Urusan apa di Temerloh. Hehehe, nantikannya lebih kurang pertengahan bulan May, itu pun kalau aku ada masa untuk buat entry. Di kedai Zahra tu, aku mencari shawl warna hitam plain tapi tak ada. So, aku fikir, aku beli warna yg sama dgn baju raya je la. Jadi, warna apa? Semestinya warna favuorite aku iaitu hitam dan merah dan juga inner neck warna hitam. Dua-dua pun aku beli satu je sebab takut nanti aku tak pandai pakai then aku give up maka membazirlah beli banyak-banyak. Anyway, ianya kain cotton. Aku takut nak beli yg kain licin, sebab aku memang tak seberapa nak suka kain licin. Tapi ada masa suka juga.
 Yang ungu tu diberi oleh Tok Encik. Dah lama dah beliau bagi. Tahun lepas atau 2 tahun lepas kut. Tapi tak pernah guna dan tak pernah basuh. Simpan je lah dalam almari. Petang tu, tiga-tiga sekali aku basuh. Cuak juga masa basuh tu sebab turun warna. Aku ingatkan yg aku beli ni bermasalah tapi bila tanya my mom barulah aku tahu, semua macam tu. Nasib baik aku tak basuh sama-sama. Lagi pun aku memang tak berniat untuk buat begitu. Hehehe, aku tak tahu apa-apa, aku masih newbie.

 Aku pun ada buat banyak research di youtube, cara nak pakai. Tapi semua pun memeningkan kepala, nak pula ada yg pakai jarum. Itu yg menakutkan sebab aku takut nanti tercucuk kat kepala then kena otak. Walaupun bunyinya macam mission impossible tapi aku tetap takut. Actually aku ni bukanlah jenis yg takutkan jarum macam sesetengah orang. Jarum yg aku maksudkan tu ialah jarum hospital. Aku pun minta pembaca setia yg tak seberapa nak setia iaitu Anati tolong buat toturial. Dulu pun dia pernah tunjuk kat aku. Makin maju budak tu sekarang, maklumlah dah ada android. Pada hari Sabtu, 26/4/2014, ada kenduri di kampung Sentang. Aku tak tahu apa kena mengena orang yg kahwin tu dgn my dad, tapi aku rasa macam ada hubungan keluarga. Entahlah, aku pun tak tahu. Mulanya, aku tak mahu ikut, tapi entah kenapa, aku nak ikut pula. So, aku try lah pakai shawl.
Jadi inilah hasilnya. Time nak pakai tu, habis berpeluh badan aku. Aku tak tahulah okay ke tak aku pakai ni. Ada juga aku terfikir, agaknya nanti bila orang nampak aku pakai adakah mereka akan fikir cara aku pakai ni pelik or benda-benda negatif. Anyway tu bukan baju raya aku. Eh, silap, tu memang baju raya tapi bukan tahun ni punya.

Anyway, cara aku pakai ni aku tengok youtube. Katanya ala-ala Neldyia Senrose. Aku pakai ala NS ni pun bukan sebab aku minat dia atau apa tapi sebab ni adalah antara yg senang. Aku ni bukannya peminat NS, drama dia pun aku bukannya minat sangat. Pelakon melayu adalah juga yg aku minat. Nak tahu siapa? Hehe, Izara Aisha dan Rita Rudaini. Ada lagi yg lain tapi aku tak ingat. Anyway, aku cuma minat tengok lakonan dia orang je. Aku taklah minat semua tentang dia orang macam aku minat Shila Amzah. Sama juga macam Lee Min Ho pelakon korea yg terkenal tu. Aku tak minat pun Lee Min Ho ni tapi aku minat lakonan dia. Ek eh, apasal pergi cerita pasal artis pula ni? Aishh, ni sebab NS lah ni.

Pada hari Rabu, 30/4/2014, iaitu hari ini, tiba-tiba ada pos laju hantar barang aku. Pelik juga aku, siapa yg bagi aku barang ni? Bila aku tengok nama penghantarnya ialah Avilia, kedai tudung. Pelik juga aku, apasal pula aku dapat shawl tiba-tiba ni? Nama tulis nama aku, alamat pun alamat rumah aku cuma silap sikit. Rumah aku no.32 tapi kat situ tulis 33. My mom cakap mungkin aku ada masuk peraduan apa-apa sebab tahun lepas aku pernah masuk peraduan raya penulis novel Weeda Airiza, aku dapat novel beliau bertajuk Nyanyian Syahdu, tak pun, Avilia tu ada buat cabutan bertuah. Tapi kedua-duanya aku tolak, sebab tak mungkin. Aku tak masuk apa-apa peraduan dan aku tak pernah dengar nama kedai Avilia. Ni lah first time aku dengar. Jadi aku fikir mesti ada orang yg bagi aku, tapi siapa? Secret admirer ke? Tapi tak mungkin sebab aku tak pernah layan lelaki yg aku tak kenal, tapi ada juga yg nak berkenalan jadi aku layan jelah tapi kalau dia orang minta no telefon, sorry to say, no way. Mati hidup balik pun jangan haraplah. Then aku tetiba terfikir mungkin juga Anati yg bagi sebab selain dari keluarga aku cuma Anati je yg tahu. Tapi aku tetap tak puas hati, jadi aku buka website dan facebook Avilia tu dan ternampak ada 2 orang yg lain page tu. Siapakah? Angah dan Cikgu Fazilawati iaitu guru kelas dan cikgu matematik masa aku form 3.

Masa tu, cuma ada satu kemungkinan iaitu Angah yg bagi. Tapi aku masih nak sure. Jadi untuk dapatkan kepastian aku terus tanya Angah, kebetulan Angah tengoh online kat facebook. Tapi yg peliknya kenapa aku tak teragak-agak nak tekan enter. Biasanya aku teragak-agak kalau benda-benda macam ni. Takut salah.
Bila Angah tanya nape, aku dah cuak dah. Alamak, salah ke? Tapi nasib baik betul. Kenapa Angah nak bagi? Nanti aku bagi tahu.

Okay, second story. Pada hari Sabtu, 26/4/2014, hari yg sama dgn pergi kenduri di kampung Sentang, around pukul 6 petang, aku dengar my mom sebut dah keluar air. Time tu aku dah syak something tapi aku tak sangka pula ianya akan secepat tu. Semua orang pun tak sangka, bukan aku sorang je. Apakah ia? My sister-in-law iaitu kak Wany merupakan isteri kepada Along sedang mengandung ketika itu. Aku tak tahu pula bila keluar air tu tandanya nak melahirkan. Sebelum ni aku ingat bila keluar air ianya perkara biasa or something bad will happen. Lepas tu my mom call her friend yg berkerja di hospital Temerloh, ramai juga kawan my mom kat situ sebab my mom pernah bekerja di hosp Temerloh tapi bahagian kanak-kanak, aku pun selalu ikut my mom masa sekolah rendah dulu sebab tak pergi sekolah, demam, kalau duduk di rumah tak ada orang nak jaga. Then, siap-siap, my mom, Along dan kak Wany je yg pergi hosp Temerloh. Lepas my dad balik dari masjid, my mom suruh bawa telekong ke hosp sebab my mom belum solat Maghrib. Pukul 2 pagi barulah my parents balik dari hospital tapi Along dan kak Wany tak balik lagi. Sejak Along dan kak Wany pergi hospital, aku lah yg bertugas untuk menjadi babysitter Auni. Around pukul 7.30 pagi, my sister-in-law dah selamat melahirkan seorang hero. Akhirnya, setelah 5 orang heroin, muncul juga hero. Tapi masih tak dibenarkan balik sebab beliau bukan bersalin biasa, kena operate kali kedua. 3 hari beliau di hospital dan selama 3 hari tu lah my parents and Along asyik keluar masuk hosp dan selama tu jugalah aku kena jaga Auni. Nak harapkan adik-beradik lelaki yg jaga, memang taklah. Jadi terpaksalah aku cancel rancangan nak berdating dengan kawan aku iaitu Ameera. Melepaslah aku nak tengok filem Sniper lakonan pakwe aku iaitu Fadlan Hazim. Nampaknya aku kena download. Tapi walaupun aku tengok di pawagam aku tetap nak download. Hari ni hari last ditayangkan di pawagam. Pada hari Selasa, 29/4/2014, my sister-in-law dah balik around pukul 8 malam.

Pada hari Ahad, 27/4/2014, Angah bersama suami dan anak-anak dan Teh balik ke rumah sebab nak jumpa si kecil di hospital. Aku? Hehe, aku dah jumpa dah si kecil tu waktu tengahari. First time aku jumpa baby tak sampai 24 jam dilahirkan. Sebelum ni dan 4-5 hari baru aku jumpa. Kulit dia memang soft. Tapi hari ni, dah tak soft macam hari pertama tapi masih lagi soft. Petang tu, Abang Helmi, Angah, Teh dan Amirah pergi ke hosp. Safiyyah dan Sarah pun aku kena jaga. Maka, bukan seorang, tapi 3 orang aku kena jadi babysitter. Memang beban yg besar tapi tak apa, aku sudah biasa. Anyway, patutnya lagi 2 minggu my sister-in-law akan melahirkan tapi dah terawal. Planning keluarga kita orang pun sudah habis lari. Ada 2 problem sekarang ni. Apakah? Nantikannya lebih kurang pertengahan bulan May.

 Ni lah heronya. Nama? Tak ada nama lagi. Aku dan abang Hanis cadangkan untuk letak nama Zainul juga. Kenapa? Kononya nak wujudkan gelaran baru. Maksudnya kan ada gelaran/keturunan Syed, Sheikh, Sharifah, Wan dan entah apa lagi tapi sekarang akan ada yg baru iaitu Zainul. Tapi tak tahulah Along dan kak Wany setuju atau tidak. Harap setujulah.

Malam tu juga, Angah dan Teh kena balik sebab esok Isnin, kena kerja. Lepas dinner, aku pergi ruang tamu then ternampak Angah tengah pakai shawl, aku pun mintalah Angah ajar. Angah cakap kena banyak practice. Beliau pun masih tak pro lagi pakai shawl ni. Memang aku ada banyak practice pun, tapi tu lah kadang malas. Hahahaha. Jadi, aku rasa, disebabkan kejadian ni, Angah bagi aku shawl.

Baiklah, sampai di sini saja entry kali ini. Cakap macam-macam tapi 2 cerita je. Hehe, memanglah 2 cerita je tapi macam-macam yg berlaku. Okay, terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Sunday, 20 April 2014

Kecoh

Assalamualaikum...
Apa yg kecoh-kecoh ni? Sebenarnya bahagian kecoh ni sikit je tapi tu yg paling best. Apakah? Ianya berlaku pada hari semalam. Kecoh yg dibikin oleh 3 orang perempuan. Siapakah? Kalau nak tahu, kenalah baca cerita penuh dulu. Dari awal sampai habis. Yang pasti memang kecoh. Hahaha. Anyway, amaran, entry kali ni pun panjang.

Al-kisahnya, pada hari semalam iaitu, Sabtu 19/4/2014, Ayah, Mak dan aku pergi ke Hotel Sapura dekat-dekat dgn The Mines. Adik aku Azim? Dia tak ikut sebab ada tuisyen. Buat apa? Ada kenduri kahwin sepupu ayah. Tapi aku tak tahulah yg kahwin tu sepupu ayah atau sepupu ayah punya anak. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab kalau sepupu-sepupu my parents memang aku lemah, maksudnya tak kenal sangat. Kita orang gerak around pukul 10 pagi dan sampai pada pukul 12 tengahari. Masa on the way tu memang syoklah. Kenapa? Masa kita orang ikut jalan highway Karak-KL tu, ada 6 buah kereta sport. Semuanya 2 pintu je. Kereta mahal-mahal pulak tu, berjuta mungkin. Ayah aku pun sebutlah jenama-jenama kereta tu. Antara yg aku ingat ada Ferrari dan Porsche, yang lain aku tak ingat. Dan daripada 6 buah tu, aku yakin 4 boleh buka atap, lagi 2 aku tak sure. Maybe boleh juga. Tapi semua tak buka atap. Sedeyh!!! Inilah salah satu sebabnya aku tak suka tidur dalam kereta sebab aku takut terlepas tengok benda-benda macam ni lah. Sebab pernah berlaku dulu, aku baru je nak tidur, then ayah cakap ada kereta buka atap lalu sebelah aku. Aku duduk kat tepi cermin masa tu, di belakang ayah aku, kereta tu memang lalu kat sebelah aku, aku pula tengah tutup mata tapi tak tidur lagi. Lepas terus aku bukak mata dan mencari kereta buka atap tu. Memang time tu kereta tu buka atap. Tapi kereta tu sudah jauh ke depan. Aku dapat tengok dari jauh je, itu pun tak berapa jelas. Sejak tu, aku tak nak dah tidur dalam kereta. Aku pun memang selalu lah perhatikan setiap kereta yg berada di sekeliling, bukan jalan raya je. Yang parking pun aku perhatikan. Tapi aku tengok cuaca jugalah. Kalau hujan, memang tak akan adalah yg buka atap, kalau cuaca panas, 50-50 aku harap ada, kalau cuasa biasa-biasa je, aku sangat berharap ada. Tapi ada masa aku malas juga nak perhatikan kereta.

Kita orang sebenarnya tak tahu di mana Hotel Sapura tu, cari kat GPS pula, GPS pun tak tahu. So, mengharap kat abang-abang dan kakak-kakak yg tinggal area-area KL ni lah bagi tahu di mana terletaknya hotel Sapura. Along cakap depan sikit je daripada tol Besraya. Lepas tu entah macam mana, ayah terjumpa hotel. Nasib baik dapat parking, kereta pun masih tak banyak lagi masa tu. Then, kita orang tunggu Along, Angah, Teh dan Alang sampai. Menarik betul, ada anak pertama sampai kelima, tapi anak ketiga tak ada. Abang De di Johor. Tak lama lepas kita orang sampai tu, Mak Lang (adik ayah) dan 3 orang puteri sampai naik teksi. Then my dad menawarkan simpan beg pakaian dia orang dalam kereta kita orang. Beg pakaian? Ye lah, Mak Lang dan 2 orang puteri datang dari Pulau Pinang naik kapal terbang, then pergi jemput puteri sulung beliau di UKM. Then kami bertujuh, berborak-borak, tanya aku minta bidang apa, universiti mana dan macam-macam lagi. Then aku ternampak pula seorang mamat rambut pendek around 1cm kut, kemeja hitam, jeans biru dan kasut hitam. Mamat handsome mana pula ni. Tengok betul-betul, eh lah, abang aku, Alang rupanya. Mak Lang pula ingat artis mana entah tiba-tiba datang. Hahaha. Sebelum kedatangan 3 orang adik-beradik aku yg lain, adik-beradik ayah yg lain datang. Antaranya, Cik Zai, Mak Tam. Bila Cik Zai sampai tu, aku perasan 2 orang puteri je? Lagi seorang puteri dan putera? Yang lelaki tu aku tak kisah sangat, tapi sepupu yg muda 2 tahun dari aku tak ada. Cik Zai cakap beliau tak dapat balik dari asrama.

Then, Angah, Teh dan Amirah datang sama-sama. Husband Angah dan 2 puteri beliau tidak ikut. Then, Along, kak Wany dan Auni a.k.a Mia Sara pula sampai. Kenapa Mia Sara? Sebab kak Wany pernah cakap dulu, ada jiran beliau panggil Auni ialah Mia Sara. Aku pun kadang-kadang panggil beliau Mia Sara juga. Lepas tu, kita orang masuk dewan. Meja semua dah penuh. Then, ternampak ada meja kat luar, so kita orang pergi makan kat situ je lah. Walaupun panas tak ada air-cond, tapi tak apa, ada 2 benda yg best? Apakah? Makan tepi tasik dan ada kambing bakar, walaupun aku tak suka kambing. Makanan pula, kena ambil dari dalam then bawa ke luar. Lepas tu, aku ternampak ais-krim, jadi pergi ambil dua dan bagi pada 2 orang anak suadara aku. Lepas aku siap makan, aku bawa Auni dan Amirah pergi jalan-jalan tengok tasik The Mines tu. Itu pun sebab Auni yg ajak dan aku perlu alihkan perhatian Amirah dari mengganggu mama beliau makan.

Time ni, aku berdua je dgn Auni. Amirah sudah di pulangkan pada mama beliau.

Then, kita orang masuk semula dewan untuk berjumpa dengan adik-beradik ayah yg lain iaitu, Mak Ngah, Ayah De, Cuna dan mak saudara ayah aku (arwah aki punya adik) yg kami panggil Tok Encik. Then kita orang plan beramai-ramai pergi rumah Cuna di Kota Kemuning untuk melawat ayah punya mak yg kami panggil Tok. Baliau tak ikut ke kenduri sebab kurang sihat. Mak Lang ambil beg-beg beliau then naik kereta Cuna. Family aku berkonvoi 3 kereta. Adik-beradik ayah aku tak berkonvoi sekali dgn kita orang. Then, aku tak naik sama dgn my parents, tapi aku naik dgn Angah, Teh dan Amirah. Saja aku nak naik dengan dia orang. Angah cakap, wah kita 3 beradik perempuan bersatu, bukan senang nak dapat peluang. Yep, agree with that. Tapi kami bukan bertiga tapi berempat termasuk Amirah. Okay, bahagian kecoh akan bermula di atas jalan raya. Angah suruh aku yg duduk di depan dgn Teh. Angah dan Amirah di belakang. Kereta Along di depan sebab beliau tahu jalan nak ke rumah Cuna, then kereta Ayah, tapi Alang yg memandu dan di belakang kereta Teh. Tak sampai 5 minit keluar dari hotel tu, kami 3 kereta terpisah. Mula-mula, Along naik fly over, kita orang tak perasan. Lepas tu, aku terus cakap dgn diri sendiri, duduk di depan kena jadi pemerhati yg baik. Walaupun aku tak tahu jalan-jalan kat sini. Lepas tu, kita orang nampak Alang masuk satu simpang ni, kita orang pun nak masuk tapi ada pula 2 buah kereta yg menghalang sebab beria nak bagi tahu kita orang pintu tak rapat. So, kita orang pun tak dapat nak masuk simpang, jadi kita orang kena jalan straight lah. Memang dah stress dah time tu. Habis semua kereta kat jalan tu kita orang marah-marah. Then, Teh berhenti somewhere, then Along call, suruh u-turn. Okay, kita orang u-turn tapi masih stress dan marah-marah semua kereta. Then, nampaklah, kereta Along dan ayah di tepi jalan menunggu kita orang.

Opps, bahagian kecoh belum tamat. Banyak kali jugalah kita orang terpisah. Along masuk kanan, Alang dan Teh terlanjank ke depan tapi nasib baik sikit je. Tapi kalau nak undo memang agak bahaya, tapi perlu juga undo. Cuak juga kita orang nak undo, sebab takut ada polis. Tapi memang ada pun tapi bukan polis traffic lah. Then, dah berjaya undo tu, masuk ke kanan, nasib baik Along tunggu. Dah masuk kawasan kemuning tu, time dekat round about, memang lawak. Round about tu dah lah besar. So, kita orang kena perhatikan Along masuk simpang mana. Kita orang tahu mana simpang Along masuk tapi Alang tak nampak. Aku tak tahu simpang apa, tapi Angah cakap simpang pukul 6. Alang tak tahu, jadi Alang main pusing-pusing pula. Kita orang pun sengaja pusing sekali lagi tapi sementara tu Angah call ayah suruh masuk simpang pukul 6. Tapi Teh tersalah masuk. So, buat u-turn di tempat yg tak dibenarkan. Sekali lagi kita orang langgar peraturan. Stress punya pasal. Alang pun dah masuk simpang lain, bukan pukul 6. Lepas kita orang dah u-turn, masuk simpang yg sama dgn Along, kita orang nampak Along berhenti tepi jalan. So, kita orang tunggu Alang tapi tak sampai-sampai. Tiba-tiba Along jalan je, kita orang pun ikut jelah. Then Angah cakap, entah-entah ayah dah sampai dulu. Kita orang pun fikir, kemungkinan besar juga. Rupanya memang betul tekaan Angah. Lepas tu sama-sama masuk dalam kawasan perumahan tu tapi kena bagi pak guard tengok lesen memandu dulu. Satu persatulah di benarkan masuk. Kita orang kat belakang sekali, lepas kita orang dapat lepasi pak guard, sekali lagi kita orang stress sebab sesat kat dalam tu. Tak ingat mana rumah Cuna. Tapi Along dan Ayah dah selamat sampai. Memang lawak betul lah, stress dan gelak-gelak. Kenapa gelak-gelak? Sebab kita orang kan selalu terpisah jadi kita orang selalu contact, weyh kat mana dan macam-macam. Time Angah call ayah memang lawak sebab dapat dengar ayah marah Alang. Kita orang pun tergelak habis lah time tu.

Nasib baik jumpa juga rumah Cuna. Banyak kali jugalah kita orang terpisah, bukan yg cerita ni saja. Ada lagi yg lain. Antaranya di halang oleh 6-7 buah kereta dan lori besar yg mengganggu penglihatan dan banyak lagi lah. Memang stress lah. Aku dan Angah cuba membantu Teh yg memandu, jadi pemerhati yg bagus. Masa dalam perjalanan tu, Angah ada tanya juga bila aku nak buat lesen. Then aku jawab tak nak buat lesen. Kenapa? Sebab aku nak jadi 1 dalam 10. Smart kan? Dari pada 10 orang adik-beradik, 9 orang ada lesen dan seorang tak ada lesen. Tapi Angah dan Teh cakap baik buat lesen. Kawan-kawan dia orang ramai yg tak ada lesen rasa menyesal sebab tak buat lesen dulu. Sekarang mungkin aku rasa tak ada kepentingan sangat lesen tu, tapi bila dah lama-lama nanti mesti rasa menyesal. Kalau ada suami nanti, mesti suami rasa annoying sebab kena bawa aku kemana je. Suami pun mungkin tak ada masa sangat nak layan aku. Dia orang pun cakap lepas ada lesen ni mesti rasa nak bawa kereta sokmo tapi sekarang Angah dan Teh dah bosan memandu. Hahaha. Angah cakap sebaiknya aku belajar bawa kereta auto je. Lepas dengar nasihat dari 2 kakak aku, okaylah fine, sekali lagi aku tewas. Jadi aku kena buat lesen. Tiba-tiba rasa rapatlah pula dgn kakak-kakak aku ni.

Time kat rumah Cuna pula, kita orang borak-borak, makan lagi dan solat. Tapi Ayah, mak dan aku tak sebab kita orang boleh jamak. Kita orang solat kat rumah Angah je. Tapi tu baru pukul 4. Boleh pula kak Jiha iaitu anak sulung mak Lang yg sebaya dgn abang aku Hakim paksa aku makan, tapi aku masih kenyang. Aku pun layan je lah. Lagi pun aku teringin juga nak try makanan yg dihidangkan tu. Makanan apa? Pasta yg berbentuk macam tube dan bengok sikit. Entahlah, aku pun tak tahu macam mana nak jelaskan bentuknya tu. Lagi pun aku tak pernah makan pasta macam tu, so aku teringin jugalah nak tahu rasanya. So, the result is? Huh, sedap beb. Then Cuna pun ada tanya aku nak masuk bidang apa, universiti mana. So, aku cakap lah nak masuk kulinari. Then Cuna tanya, kulinari tu apa? Seriously, aku terkejut sebab masa Mak Lang tanya pun, dia tak tahu apa itu kulinari. Okay, so, aku cakap lah, kulinari tu masak-masak. Cuna tanya, minat ke? Tak lah, tak minat pun dan bukan pandai pun masak. Habis tu kenapa ambil kulinari, Cuna tanya lagi. Saja nak mencuba. Woah, berani awak yek ambil bidang yg tak diminati. Lepas tu, dia cakap dgn anak perempuan sulung yg bernama Izzana, sebaya dgn aku. Cuna cakap, mama suka kalau Zana ambil memasak ni. Kalau tak silap aku, Izzana tak bagi apa-apa responds kut, atau respons muka kut. Entah lah, aku tak focus pun apa responds Izzana.

Lepas tu, kita orang, bersalam-salam sebab nak pergi rumah Angah pula. Time kat depan rumah Cuna, Kita orang berbincang macam mana plan. Kereta Alang masih di hotel lagi. So, Along hantar Alang ke hotel tadi, ayah, mak, Angah, Teh, aku dan Amirah pergi ke Puchong. Masa nak pergi rumah Angah ni pun kecoh juga. Kita orang kat depan, my dad pula kat belakang sebab my dad tak tahu jalan. Ayah masuk tempat lain sebab tak nampak kita orang kat mana di sebabkan ada lori besar yg menghalang. Lori tu pula pergi hon kita orang mungkin sebab kita orang perlahan kut sebab tengah mencari mana ayah. Nasib baik aku perasan ayah masuk kat mana. Sampai kat rumah Angah, cepat-cepat Angah siapkan kek untuk customer dia nak ambil pukul 8 malam nanti. Aku pun perhatikan Angah buat hias kek tu. Lepas tu Angah bagi aku kek bentuk nombor 2, besar, suruh aku hias pula, untuk kita orang makan. Actually kek nombor 2 tu angah buat sempena birthday Amirah yg kedua pada 18 April 2014. Anyway hari ini 20 April 2014 hari Safiyyah yg ke-6. Mula-mula aku cuma letak krim coklat je, lepas Safiyyah suruh aku hias. Dia suruh parut kan coklat warna coklat dan coklat warna putih. Aku sebenarnya takut juga nak gunakan pemarut tu sebab pernah ada sejarah hitam time memarut. My hand berdarah. Tapi aku buat jugalah. Nasib baik pemarut tu kecil je, so senang sikit. Harap maaf, gambar tak ada sebab aku tak nak ambil gambar sebab agak buruk. Tapi Angah cakap okaylah hiasan aku buat. Lepas tu, order Domino pizza dan makan pavlova dan makan kek nombor 2 tu.

Lepas tu get ready balik. Masa dalam perjalanan balik tu, aku cakap dgn ayah pasal Angah suruh ambil lesen kereta auto. Anyway, pasal tak nak ambil lesen ni actually salah satu dari 3 benda rahsia yg aku nak buat yg cakap dalam entry yg bertajuk Projek. Then sampai dekat Ampang, baru aku perasan, aku tak pakai stokin. Tertinggal kat rumah Angah. Alamak. Aikk? Aku pakai stokin? Ha'ah, aku pakai stokin belang-belang, macam-macam warna ada. Pakai selipar pun nak pakai stokin ke? Ada 4 sebab kenapa aku pakai stokin. Pertama, my mom suruh, kiranya untuk menjaga auratlah, walaupun kaki tu bukan aurat. Kedua, sebelum my mom suruh, memang aku ada terfikir pasal reason yg sama dgn my mom. Ketiga, boleh di katakan terpengaruh dgn korea, sebab aku selalu perasan stokin dia orang yg comel-comel dan menarik. Dan yg keempat, kulit kaki dan tangan aku selalu mengelupas, jadi aku risau juga, kalau orang sekeliling perasan kaki aku yg mengelupas, uh, memalukan.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Friday, 18 April 2014

Action part 2

Assalamualaikum...
Hari ni, mari kita sambung entry yg tergantung hari tu. Actually kan, lepas aku publish entry Action terus aku buat entry sambungannya cuma saja aku simpan beberapa hari dulu. Hahaha... Okay mari kita sambung. So, di mana kita berhenti hari tu? Oh ya, pasal berapa ringgit Angah bagi.

Rupanya sekeping RM50. Terkejut aku. Katanya sebagai reward. Then, kami berpecah, aku pergi merayau cari apa yg sesuai dibeli dgn RM50. Aku pergi survey kedai-kedai kecil dalam Tesco tu. Aku fikir aku boleh beli something untuk hias bilik aku. Maklumlah, style aku hias bilik aku tu style orang tak ada duit. Atau pun mungkin aku boleh beli jam tangan. Tapi jam tangan aku yang teringin nak beli bukanya style yg aku minat. Seriously, ianya bukan style aku tapi aku nak beli sebab aku selalu beli jam tangan yg besar-besar dah nampak macam kelelakian atau entah apa, aku tak tahu macam mana nak jelaskan. Aku nak try pakai jam tangan yg nampak keperempuanan sikit. Tapi aku tak tahulah aku boleh ke tak sebab jam tangan tu kecil tak besar, aku suka yg besar dan bukan bertali tapi besi. Tapi bila aku fikir balik maybe ni satu-satunya jam tangan yg sesuai untuk tangan aku. Maksud aku, aku ni kan kurus, so, walaupun aku masuk lubang satu, jam tu masih lagi longgar. At least, kalau aku beli jam tu, ianya boleh di potong. Tapi bile aku tengok harga, ermmm, tak apalah, lain kali je lah. Lepas tu aku beli rantai huruf bukan nama sebab tak ada tempat buat nama tu, buat sticker nama adalah. Dan beli keychain untuk letak kat handbag. Dulu kan aku pernah cakap nak letak teddy bear at my handbag. Tapi aku tak beli teddy bear. Anyway, aku beli ni guna duit aku, bukan duit yg Angah bagi.

Rantai dan keychain. Actually rantai tu aku tak nak yg ada kotak tu, tapi yg tu huruf N tak ada. Jadi aku beli je lah. Anyway benda tu boleh cabut. Tapi aku tak nak cabut. Keychain pula, aku nak beli minion or domo kun or angry bird warna biru tapi tak ada. Minion tu ada tapi mata sebelah dia hilang. Aku tanya pekerja ada yg lain tak, katanya itu yg terakhir. 

Then, dah habis survey-survey kedai, aku masuk dalam Tesco. Mencari ahli keluarga aku yg lain. Aku round satu Tesco tapi tak jumpa. Eh tak, aku tak round satu Tesco tapi aku jalan kat tengah-tengah Tesco sebab aku nak tengok cari dia orang di lorong mana. Sampai hujung aku jalan, then, sekali lagi aku jalan sambil perhatikan lorong-lorong. Then aku terfikir juga mungkin mereka sudah keluar dari sini. So, aku keluarkan handphone, kut-kut dia orang ada call aku tapi aku tak dengar. Bila aku check handphone, tak ada apa-apa. Lepas tu ternampak pula, satu lorong ni yg di penuhi dgn coklat. Seriously, aku tak boleh tahan. Aku masuk juga lorong tu. Padahal aku dalam process untuk kurangkan makan coklat. Nak pula, aku ada 50 ringgit. Jadi aku bercadang untuk beli coklat dalam linkungan 10 ringit tapi tak. Tak sampai 5 ringgit. Huh, aku tak boleh tahan nafsu makan coklat. Coklat apa aku beli? Hershey perisa dark chocolate and sochews bars. Apa itu sochews bars? Tanya Mr.Google. Ianya coklat kegemaran masa kecil-kecil dulu tapi sekarang memang payah nak jumpa. So, alang-alang dah jumpa ni, baik beli.

Bila aku keluar ada lorong coklat tu, aku terdengar suara Amirah menangis. So, mencari lah dari mana datangnya suara tu. Lepas keluar dari Tesco, Kita orang jalan-jalan tengok kedai-kedai lain. Then, kita orang pergi solat dulu kat suara dalam Tesco tu. Masa tengah tanggal jam, aku terfikir, mana aku letak 50 ringgit yg Angah bagi tu? Ahh, biarlah dulu. Solat lagi penting. Lepas solat baru aku mencari. Dalam poket tak ada, dalam handbag pun tak ada. Then, aku fikir-fikir balik. Lepas Angah bagi tu, aku masukkan dalam poket yg sama aku letak handphone. Mungkin juga duit tu terkeluar dari poket time aku keluarkan handphone. Bila aku betul-betul dah sure memang dah ada, aku sebut alamak, Mak and Angah pandang. Aku cakap duit dah hilang. Memang tengah mengelabah lah masa tu. Then kita orang pergi kat kaunter pertanyaan Tesco, tanya pasal ada orang pulang duit. Dia orang cakap tak ada, tapi dia orang suruh aku bagi nama dan no telefon, kalau ada nanti dia orang call. Lepas tu kita orang masuk balik Tesco, mencari duit aku yg hilang, walaupun kemungkinannya kecil sebab kemungkinan besar kalau orang jumpa mesti dia akan ambil. Tapi cuba je lah, mana tahu ada nasib. Tapi tak. 50 ringgit, kau bukan untuk aku. Tak tertulis nama aku pada kau. Anyway, sesiapa yg ambil duit tu, jangan harap aku nak halal kan. Kita jumpa di akhirat nanti. Lepas satu-satu masalah timbul. Allah nak uji aku. Tak apa, aku redha cuma aku tak halalkan. Tapi bila aku teringat yg aku dah hilangkan 50 ringgit aku rasa macam nak jadi gila. Aku rasa macam nak hantuk kepala ni kat dinding. Aku patut beli je jam tu, cuma perlu tambah lagi beberapa ringgit je. Atau at least dapat guna satu ringgit dari 50 ringgit tu pun dah okay. Tapi satu sen pun aku tak dapat guna. Damn it!!!

Cuai betul aku ni. Aku sepatutnya masuk kan dalam handbag or masukkan dalam poket lagi satu. Poket tu kosong. Kalau letak tempat yg sama dgn handphone, jawabnya berisikolah. I should always remember this. Okay, maka sesi bershopping dah tamat. Masa untuk pulang ke Mentakab. Malam tu pun aku susah nak tidur. Dapat tidur dua jam setengah je kut. Tapi yg bagusnya aku tak rasa mengantuk sekarang. Tidur dalam kereta? Oh tak, aku cuba tidur time on the pergi KL je. On the balik tak tidur. Aku rasa aku tidur around pukul 3.30 then aku bangun pukul 6.15 pagi. Aku set alarm. Aku rasa sangatlah tak puas tidur. Tapi kena bangun juga untuk solat subuh. Aku pun tak tahu lah kenapa aku ada masalah tidur.

Nak dengar cerita lawak tak? Ianya berlaku beberapa minit sebelum pukul 10 malam. Masa tu aku kat dalam bilik, tengah get ready to sleep, then aku perasan botol air aku tak ada. Sebab kadang-kadang tengah-tengah malam aku rasa kering tekak jadi selalu kena ada air lah. Aku pergi ruang tamu sebab botol air di ruang tamu. Lepas turun tangga, on the way, aku ternampak lipas, cepat-cepat aku lari masuk ruang tamu sambil lipas-lipas banyak kali. Lepas tu aku ketawa sorang-sorang, tak sangka, minah bajet cool ni pun takut dengan lipas. Aku rasa ni lah akibatnya sebab suka buli Amirah sebab beliau takut lipas. Aku selalu cakap ada lipas. Saja nak menakutkan dia. Apa yg membuatkan Amirah takut teramat sangat pada lipas? Angah pernah cerita ada lipas di rumah Angah kejar Amirah, dia pun lari sambil menangis dan tangan terkapai-kapai. Dahlah Amirah tu suka sangat buat muka innocent. Geram betul dgn budak comel tu.

Okay, baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...

Wednesday, 16 April 2014

Action

Assalamualaikum...
Amaran, entry kali ini mungkin agak panjang. Ini bukannya nak berlakon drama beria ada ready and action pula. Cuma tajuk saja action yg bermaksud tindakan. So, apa kisahnya kali ini? Kisahnya, aku nak share cara aku selesai masalah berat yg tengah aku hadapi sekarang ni. Well, thanks to someone because she help. Anyway, FYI, aku ni bukannya jenis orang yg suka berkongsi masalah dengan orang lain dan seorang yg tak mudah menangis kecuali masa kecil, sangat kuat menangis. Dan ada 3 pengalaman baru aku. Well, thanks to that someone to, I experience 3 new things that I really want. Jadi, apa 3 benda tu dan siapa seseorang itu? Let's wait. I will tell you.

Al-kisahnya, aku ada satu masalah ini around sebulan lepas. Aku rasa lagi 4 hari kut, maka sebulanlah. Apakah masalahnya? Oppsss, I'm sorry about that because I can't tell you. Tapi masalah tu memang berat mungkin yg paling berat yg pernah aku hadapi. Seseorang yg aku maksudkan tu ialah kakak aku iaitu Angah. Dia balik cuti 4 hari, 2 hari di rumah mertua dan 2 hari di sini. Selama 2 hari dia di sini, dia tahu aku ada masalah. Macam mana Angah tahu. Adalah rahsia. Kalau aku cakap, comfirm korang boleh agak masalah yg aku tengah hadapi. Well, aku berkongsi masalah dengan Angah. Anyway, FYI, sebelum Angah balik Mentakab tapi rasanya masa tu Angah di rumah mertua dia Temerloh, aku beranganlah yg aku akan berkongsi masalah dgn Angah. Walaupun aku rasa kemungkinan Angah akan bantu aku adalah kecil tapi tak salahkan aku berangan tapi aku tak sangka pula aku punya berangan tu jadi kenyataan. Kenapa aku rasa kemungkinannya adalah kecil? Kerana, aku bukannya rapat sangat dgn adik-beradik yg lain kecuali Azim tapi tu pun tak adalah rapat sangat kut. Lagipun, Angah kan dah ada kehidupan sendiri, busy dgn business kek and shaklee beliau. Dan aku sangat bersyukur sebab aku punya berangan tu betul-betul terjadi. Dalam berangan tu aku rasa lega dan happy sebab Angah dapat bantu aku selesai kan masalah. But, seriously, aku terkejut juga sebab ianya sama dgn apa yg aku berangankan. Tapi pasal apa yg Angah cakap dgn aku tu, aku tak berangan benda tu. Cuma berangan berkongsi masalah dgn Angah dan beliau tolong aku.

Hari Isnin malam, sebelum aku tidur tapi sudah lebih pukul 10 malam, lebih sikit je, belum 10.15, jadi aku ingat aku nak baca beberapa chapter novel New Moon lepas tu baru tidur. Walaupun aku sudah pernah baca New Moon tapi sajalah nak baca lagi dan melupakan seketika masalah aku tu. Masa aku tengah membaca tu, Angah datang masuk bilik aku. Then, Angah tanya aku pasal masalah aku, bagi aku nasihat dan cara untuk selesaikan masalah tu. Baru beberapa minit bercakap, aku perasan nada suara Angah berubah, masa tu aku boleh agak dah, mesti mata Angah tengah berair, aku pula time tu tengah tahan air mata. No, I can't let anyone see I'm crying. Macam kawan aku Bella, dia pun tak nak bagi orang nampak dia nangis. Tapi aku tak dapat nak tahan air mata tu, ianya turun juga, boleh tahan banyak juga. Tapi actually, I'm not crying, it just, air mata tu sendiri yg keluar. Mungkin cakap Angah betul, benda tu tersimpan dalam hati aku je, aku tak lepaskannya. Setiap kali ada masalah, aku tak share, aku tak nangis malah aku still nak maintain cool, berlagak matang, menangis tak cool, ego. Walaupun aku tahu ego is not good but I still need it tapi dalam kuantiti yg sikit tapi aku rasa ego dalam diri aku ni tinggi, looks like I need to kurangkan but not hapuskan ego dalam diri aku.

Sesi berkongsi masalah ni tamat around pukul 11 malam. Angah cakap, kalau aku ada masalah atau apa-apa, sharelah dgn Angah atau Teh tapi kalau Teh tak nak layan aku, Angah akan sentiasa ada. Apa 3 pengalaman baru yg aku dapat? Pertama, berkongsi masalah sampai air mata keluar. Kedua, ada seseorang tolong lap kan air mata. Dan ketiga, berpeluk waktu tengah bersedih. Well, I really want to have these kind of experience but, ketiga-tiganya sesuatu yg aku tak suka orang lain nampak. Kalau aku nak menangis pun, biar aku sendirian, aku tak nak nangis bersama-sama or orang nampak aku nangis. Tapi kalau aku menangis waktu aku tengok drama, aku tak kisah sangat kalau orang nampak. Penyelesaian apa yg Angah bagi? Adalah rahsia tapi Angah cakap perkataan maaf tu memang susah untuk sebut tapi tak apa, tak payah minta maaf, tapi lakukan tindakan secara slowly. Sebab tu tajuk entry ni action, aku nak sampai pada korang juga pasal benda ni. To say sorry is hard especially to someone who have ego, so, make a plan B by making some action, step by step and slowly. Sekarang baru aku tahu kenapa ramai orang suka berkongsi masalah. Rasanya lega. Lepas tu aku tidur tapi tak dapat tidur sampai lah around pukul satu pagi. Kenapa? Aku pun tak tahu. Beberapa hari ni, aku ada masalah tidur, padahal aku tak ambil minuman yg ada caffeine pun. Tapi air mata aku masih lagi keluar tapi seriously aku cakap, aku tak nangis tapi air mata tu sendiri yg keluar. Aku tahulah bila masa aku betul-betul menangis. Macam mana aku tahu? Adalah, kalau aku bagi tahu nanti, mungkin orang yg kenal aku akan cuba buat aku menangis. Jadi aku cuba berangan benda lain. Tak nak fikir masalah tu. Berangan pasal apa? Sejak sekolah lagi aku berangan pasal ni. Ianya cumalah imaginasi yang tak mungkin akan wujud. Apakah? Jadi superhero lah. But, bukan aku seorang. Ada 10 orang termasuk aku. Wah!!! Adik-beradik aku ke? Tak lah. Wei TLB, korang pun superhero juga dalam imaginasi aku. Nak aku ceritakan ke? No hal, tapi bukan sekarang. Lain kali. Aku akan buat entry khas untuk imaginasi aku ni. Tapi aku risaulah korang akan gelak kat aku nanti. Mungkin bagi korang funny but to me, it's fun. Jadi aku akan tanya salah seorang ahli TLB. Siapakah? Siapa lagi kalau bukan pembaca setia blog aku yg tak seberapa nak setia. Wei, Anati, kalau ko nak aku ceritakan sms aku. Kalau tak nak pun sms aku. Aku nak ko sms bukan facebook, email, call atau lain-lain. SMS okay? I will wait for your sms. Tak kan ko tak nak tahu apa kehebatan ko dalam imaginasi aku.

Angah cakap, lepas subuh esok, kita beraksi. Aku masa tu tak confident sangat, risau juga lain jadinya tapi aku nampak Angah bersemangat je, okaylah, aku setuju dengan rancangan Angah. Jadi, aku tak nak minta maaf or maybe not now. Angah cakap nanti dia contact aku, tanya perkembangan. Setakat ni, perkembangannya adalah sedikit nanti lama-lama akan jadi bukit. Ahhh, it's so sad sebab Selasa pagi tu, Angah dah nak balik sebab my mom nak pergi hospital KPJ Ampang sebab nak check mata, ada problem sikit. Kalau tak mesti Angah akan balik lepas lunch maybe. Then, Angah ada tanya aku, nak ikut mak pergi KL, then aku berfikir sekejap, kalau aku duduk rumah mungkin aku buat benda-benda gila, maklumlah parents tak ada mungkin sampai malam, dan tahu-tahu sajalah perangai anak-anak bila ibu bapa tak ada kat rumah dan aku pun bosan juga sebab asyik duduk kat rumah je. Walaupun aku lebih suka duduk di rumah tapi kadang-kadang actually rasa bosan juga sebab asyik di rumah je. So, aku cakap je lah nak ikut lagi pun aku nak tahu pasal problem mata my mom selama 2 tahun menghadapinya dan aku berharap dapat pergi shopping somewhere or hang out somewhere. Aku rasa kalau tak pergi somewhere aku akan rasa menyesal ikut, lebih baik duduk kat rumah dan buat perangai gila.

Around pukul 9.30 pagi kita orang gerak. Gerak awal sebab doktor cuma ada sampai pukul 12.30 tengahari kut. So, kena kejar time. Kita orang terus pergi KL, Angah pula singgah rumah mertua sekejap. Pastu Kat KL kita orang jumpa semula. Sampai kat KPJ Ampang around pukul 11.15 pagi. Hampir juga sesat maklumlah, kita orang ni bukannya biasa sangat dengan jalan-jalan di KL cuma berharap agar GPS yg kadang-kadang annoying tu bagi jalan yg betul. Sakit juga hati dgn GPS tu sebab bagi jalan tak betul, rasa nak baling kat dinding je. Ayah cakap kalau tak jumpa juga, naik teksi senang sikit. Tapi kali ni GPS tu bagus, bagi jalan yg betul. Anyway, GPS ni bukannya 100% boleh di percayai. Lebih kurang 4 jam jugalah kat dalam hospital tu. Keluar dari hospital tu, Angah datang then bawa kita orang pergi lunch and shopping di Tesco Extra. Nak pergi situ pun sesat tahu. Di sebabkan berlaku something yg annoying, Angah dan kita orang terpisah jauh. Then try GPS, dia bawa pergi tempat lain. Then Angah cakap berhenti somewhere and we will come and rescue. Padahal tempat kita orang berhenti tu dah tak jauh dari Tesco cuma takut GPS tu salah sebab time tu bagi direction yg salah.

Then pergi makan di My Mom's Chicken Rice. Then aku perasan dinding restoran tu penuh dgn cerita pasal Linda Onn jadi aku fikir mungkin pemilik restoran ni peminat Linda Onn. Then aku tanya Angah. Rupanya restoran tu milik Linda Onn. Apa aku order? Nasi ayam dan teh tarik ice float. Mmmm, boleh tahan sedap. Lepas lunch, kami berpecah pada 3. Apakah? Ayah, mak, Angah dan Amirah pergi masuk Tesco, aku pergi merayau sorang-sorang, Abang Helmi melayan Safiyyah dan Sarah bermain. Lepas tu Angah cakap nak bagi duit, so aku fikir mungkin beberapa duit merah tapi salah. Nak tahu berapa? Tunggu part 2 sebab dah terlalu panjang lah beb. Dan ada sad story. Sad story tu disebabkan kebodohan aku.

Baiklah, sampai di sini sajalah entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca entry yg panjang ni dan sudi melawat blog aku. Harap korang terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Tuesday, 8 April 2014

Dulu

Assalamualaikum...
Tetiba hari ni rasa nak post something. Pasal apa? Al-kisahnya hari ni aku tengok satu drama ni di tv3 pukul 6.30 malam sampai 7 malam, tapi setiap hari apa, aku tak tahu. Drama tu drama lama, tajuknya Dunia Baru lakonan Elyana dan ramai lagi lah.


Kenapa dgn minah ni? FYI, dia lah artis pertama yg minat sangat dulu. Sejak bila? Sejak drama Dunia Baru ni mula di siarkan dulu. Masa tu aku tak kenal siapa dia tu, tapi aku layan je lah sebab dalam drama tu si Opie ni nampak sangat cool, dan dress up dia, memang aku minat. Sampai sekarang aku minat dia lagi cuma bezanya sekarang I like Shila Amzah more. Aku pun dah tak berapa minat sangat dengan Elyana ni, maklumlah, lama sudah berlalu.

Lagu tema drama Dunia Baru tu pun dulu memang aku minat sangat tapi masa tu, aku tak tahu siapa penyanyinya dan yg lebih teruk, aku baru tahu siapa penyanyi tu pada hari ini. Nak tahu siapa? Siapa lagi kalau bukan si Adam AF2 tu. Lagi pun dulu, aku dengan computer dan teknologi zaman tu tak seberapa nak ber-best friend lagi. So, agak mundur lah sikit. Hehehehe. Lagi pun dulu, aku bukannya jenis yg layan sangat dgn artis-artis ni. Sejak ada astro barulah aku minat dgn artis-artis dan aku jadi best friend dengan computer dan seumpamanya.

Apa kes dengan astro? Masa aku ada astro tu, Akademi Fantasia 6 baru nak start, jadi aku pun layanlah. Sejak minggu pertama sampailah minggu terakhir. Penonton setia tahu, tapi AF6 je la. Yang seterusnya aku tak layan. Peserta yg aku sokong pula tak berubah, dari mula sampai akhir. Siapakah? Siapa lagi kalau bukan juaranya, iaitu Stacy. Oh yeahhhh. Tapi aku tak undi dia sebab aku tak pakai handphone lagi time tu. Shila Amzah lah orang pertama yang aku undi tahu. Habis banyak duit aku habiskan untuk Shila. Tapi tak apa, yang penting sampai separuh akhir dalam pertandingan Mania.

Aish, mana aci ni, letak gambar Elyana je. Kena letak gambar Stacy and Shila sekali. Semua perempuan. Habis tu Adam AF2? Alah, aku bukan minat dia pun. Aku cuma minat lagu dia dalam Dunia Baru je. Hehehe, harap maklum.



Okay, baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap Terhibur. Sekian. p/s: kpd Anati, berani ko mention nama aku dalam blog ko. Anyway harap berjaya. Nanti time raya, aku ingatkan ko, itu pun kalau aku ingatlah.
Assalamualaikum...

Saturday, 5 April 2014

Projek

Assalamualaikum...
Lama sudah tak update blog. Kemana aku menghilang. Tak lah, aku ade je tapi aku ade hal. Hal ape? Hal untuk buat diri sendiri sibuk. Kenapa? Aku ada 3 benda nak capai/buat tapi nak buat 3 benda tu, aku perlu sesuatu untuk cover aku. Kiranya, kalau aku menyibukkan diri sendiri, orang akan nampak aku buat bende tak berguna tapi actually, udang di sebalik mee, aku buat sesuatu yg berguna. Tak faham?

Nampak ni? Ni ialah novel. Novel adalah sesuatu yg sesuai untuk aku cover 3 benda tu.

Actually, aku ni bukannya minat sangat dengan novel ni, tapi aku terpaksa beli dan baca, kalau tak, tak dapatlah nak cover aku. Puas juga aku fikir benda lain selain dari novel tapi masih tak tahu. Benda apa 3 benda tu? Oppss, biarlah rahsia. Aku takut nanti kalau aku bagi tahu, aku ubah fikiran pula. Aku ni kadang-kadang cepat ubah fikiran. Biar kasi tercapai dulu lah, baru aku bagi tahu. Tapi sekarang semua aku sudah habis baca, nak beli yg lain kena pakai banyak duit pula. Kena cari benda lain ni.

Okay, abaikan benda tu sebab bukan tu yg aku nak kongsikan. Projek. Hurm, projek apakah? Projek aku ni ada dua iaitu besar-besaran dan kecil-kecil, ek eh, bunyi macam kenduri lah pulak kan. Itu adalah istilah yg aku gunakan untuk projek sendiri. Besar-besaran, maksud aku ialah, ambil masa yg lama untuk buat + susah. Kecil-kecilan pula, senang + simple + tak perlukan masa yg banyak.

Meh sini aku story pasal projek aku. Klik gambar untuk lebih besar.
Besar-besaran...

 Yang ni, aku pernah buat entry dulu right? Anyway ni adalah projek pertama.

Projek kedua, gagal. Macam mana boleh gagal? Semuanya gara-gara last step. Untuk lukis pada cawan, tak boleh guna marker pen biasa. Kena guna porcelain marker or sharpie marker or marker yg memang dikhaskan untuk buat benda ni. Aku ada marker, aku ada cawan, dah siap design, then, last step sungguh menyakitkan hati. Apakah? Kena bakar oven. Hul, aku mana ada oven, microwave adalah. Tapi aku baca kat internet ada yang cakap, boleh guna microwave. Cawan pula, kene cari yg dia tulis safe for microwave, arhhh, entahlah macam mana ayat dia lebih kurang macam tulah. Last step dia aku tak buat tapi terus give up. Maka, gagal lah. Tak apa, suatu hari nanti aku akan buat semula. Anyway, kalau aku buat last step tu pun belum tentu akan berjaya. Sebab kat internet, ada yg cakap, berjaya dan ada yg gagal. Kiranya 50-50.

Projek ketiga yang aku baru buat pada hari Khamis (3/4/2014) dan Jumaat (4/4/2014). Apa benda ni? Ni ialah dinding di bilik aku. Actually, ianya masih belum sempurna. Kenapa? Sebab ink printer sangatlah tak membantu. Yang dekat buaian tu pun satu masalah. Aku nak buat aku seorang je, tapi aku ter-print kecil lah pula, maka, kenalah letak dua. Anyway, aku tak gam buaian tu pada dinding. Kenapa? Sebab nak nampak macam aku tengah main buai. Korang nak tahu apa aku punya tema ni? Temanya ialah, ikut suka hati aku lah. Hah, itulah dia. Perasan tak ada kapal terbang dan mercedes slr mclaren? Kenapa aku letak? Supaya aku tak lupa, bahawa dulu aku ada cita-cita untuk jadi seorang pilot dan supaya aku berusaha untuk dapatkan kereta yg aku impikan sejak sekolah rendah. Kiranya, tema aku ni macam kenangan. Vegeta pun ada kat situ.

FYI, aku gunakan kertas A4 biasa dan kertas yang boleh tampal. Kertas sticker lah kiranya, cuma bezanya, kita boleh buat sticker sendiri. Thanks to my adik, Azim, sebab bagi tahu aku wujud kertas sticker tu dan sudi tolong membeli. Dari mana aku dapat idea ni? Daripada kakak aku. Dia beli sticker tapi bukan dia yg design, kira beli memang dah ada design. Kakak aku tampal dalam bilik, nampak cantik, so, aku tertarik untuk buat juga. Kakak aku tampal benda tu pun dah lama, setahun lebih dah kut. Sticker gambar apa kakak aku guna? Seorang lelaki sedang membaca surat gambar di sebelah basikal dia sambil menunggu di makwe. Si makwe pula sedang on the way ke pakwe naik basikal.

Lepas tu, aku terpengaruh tengok We Got Married, Woo Yong (2PM) dan Park Se Young. Dia orang dapat satu rumah dan, dia orang hias rumah tu dengan perabot dia orang beli. Then dia orang pergi conteng dinding ruang tamu, kononya nak kasi lagi cantik tapi hasilnya, lebih baik jangan conteng. Faham kan? Aku cuma tiru ayat pengacara tu.

Okay, seterusnya, projek kecil-kecilan...
 Yang ni pun aku pernah buat entry.
 This is rantai. Actually tu dari keychain tapi aku jadikan sebagai rantai. Aku mula pakai rantai sejak hari Jumaat beberapa hari sebelum bermulanya SPM. Al-maklum, dah tak ada pengawas yg sibuk nak spotcheck badan. Sejak tu aku pakai dan tak pernah tanggal tapi dulu aku pakai huruf N tapi disebabkan huruf N tu ada manik, dan 2 manik sudah hilang jadi nampak agak ugly so, tak pakai around bulan 2 tahun ni selama sebulan lebih kut. Tapi aku mula pakai semula sebab aku rasa kekosongan di leher. Anyway tu adalah seorang lelaki yang bersedia untuk peluk makwe diey sedang berlari. Makwe dia ada pada cousin aku yg bernama Farah Hana. Kita orang beli ni sudah lama. Entah berapa tahun da. Anyway, aku sangat tak suka benda manik-manik ni sebab mudah cabut, bila dah cabut, akan nampak ugly.

Yang ni pula headphone aku yg kedua. Yang pertama dah rosak sebab tarcabut wayar. Lambang apa ni? Hehe, Exo dan BtoB.

Baiklah, sampai di sini sajalah, kisah projek aku. Aku kena cari idea lain untuk projek seterusnya. Best juga buat benda sendiri ni. Aku sebenarnya sangat suka menghias. Kalau lah aku diberikan satu rumah tapi lagi bagus tanah, boleh buat rekaan rumah sendiri, lepas tu ada duit yg banyak. Boleh aku hias sendiri rumah aku. Kalau korang nak link untuk buat projek sendiri, klik sini. Dan untuk tengok rancangan korea pula, klik sini. Okay, sampai di sini entry pada kali ini. Harap terhibur dan sudi datang melawat lagi. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Sekian.
Assalamualaikum...