Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Sunday, 9 March 2014

You Make Me Go Insane

Assalamualaikum...
Tajuk entry aku ialah tajuk lagu Born To Beat (BtoB) tapi aku bukan mahu cerita pasal korea sekarang ni. Aku nak cerita sesuatu yg sedang membuat aku jadi insane sekarang ni. Aish, bengang betul !!! Apakah yg berlaku. Huh, tarik nafas, turun nafas, dan melegakan kemarahan sebentarnya ya. Kalau aku marah macam mana nak cerita kan.

Al-kisahnya, entry lepas aku ada cerita pasal aku pergi Alamanda right? Okay, aku punya sakit hati bermula di situ tapi hari ni lagi lah aku sakit hati pasal kes yg sama. Masa kat Alamanda haritu, aku ternampak sebuah kedai yg boleh buat rantai, gelang dan keychain nama, seperti gambar di bawah ni. Aku memang nak buat tapi masa tu ada Safiyyah, kalau aku buat, budak tu mesti nak juga. Nak belanja Safiyyah benda tu aku tak ada hal actually tapi aku risau nanti buat mahal-mahal dia campak merata-rata maklum budak kecil masih tak pandai nak menghargai barang. Lagi pun masa tu yg aku fikir aku nak buat rantai nama Nabilah. Jadi aku fikir, hurm, biar dululah.


Bila sudah 2-3 hari balik rumah, baru aku terfikir, aku patut buat rantai dan gelang nama E-La, sebab time tu baru aku macam tergilakan-gilakan nama E-La ni padahal nama ni aku sudah cipta lama cuma baru tergila-gilakan, got it what I mean? Sejak tu, every single day, aku asyik fikirkan Alamanda, Alamanda, Alamanda sampailah hari Jumaat 7/3/2014. Apa yg berlaku? Aku tanya Ameera, tahu tak kedai mana kat Mentakab ada jual benda huruf-huruf. Ameera cakap tak tahu dan dia suruh tanya Mubshira sebab Mubshira ni memang pakar sikit kalau bab-bab kedai ni. Okay, aku tanya Mubshira. Jawapan dia sangat bagus. Dia cakap kedai My Good Shop di depan The Store.

Hari ni, aku pergi kedai tu, Aku pergilah survey satu kedai tu, tapi tak jumpa, lepas tu aku ternampak benda tu tapi ianya macam dalam gambar berdekatan dgn kaunter bayar padahal aku tak beli apa-apa pun cuma saja lalu kat situ. Aku tanya pekerja situ, dia cakap rantai tak ada, gelang pun tak ada. Cuma ada keychain. Okay, lepas tu aku keluar dgn muka hampa. Rantai huruf adalah tapi yg aku nak rantai nama, got it? Lepas keluar tu, aku pergi masuk The Store sebab my dad & my mom ada dalam tu. Lepas tu baru aku teringat, aku pergi kedai tu bukannya nak cari satu benda tu je, tapi 3 benda la.

Apa lagi 2 benda tu? Iaitu, dompet merah hitam dan teddy bear kecil sebab aku nak sangkut kat handbag aku. 2 benda tu ada actually tapi masa tu aku fikir biar dululah, lepas dah jumpa rantai dan gelang baru nak beli, tapi disebabkan kecewa punya pasal, aku dah lupa pada dua benda tu. Nak masuk balik kedai tu macam segan pula, nanti apa pula orang fikir. Dahlah time aku survey kedai tu ada pekerja tu asyik ikut aku je. Padahal banyak sangat masa aku untuk pergi semula kedai tu, sebab my mom sedang menghabiskan masa dalam The Store.

Terserlah kebodohan aku pada hari ini. Bodoh, bodoh, bodoh. Sakit hati, sakit hati, sakit hati. Ahhh, what should I do. Macam mana nak teruskan kehidupan. Lepas ni mesti aku asyik fikirkan Alamanda, My Good Shop, Alamanda, My Good Shop. Eotteohge (macam mana dalam bahasa korea). Somebody please heal me. Nak pergi Alamanda entah bila, mungkin 5 bulan atau lebih dari 5 bulan akan datang. Tak sanggup aku nak tunggu selama tu. MGS pun entah bila nak pergi disebabkan kemalasan aku untuk keluar rumah. Bagi aku duduk terperap di rumah bukan sesutu yg membosankan malah sesuatu yg sangat aku suka.

Sekarang aku cuma boleh berharap rantai dan gelang E-La turun dari langit or orang bagi or dalam mimpi. Tapi kalau dapat dalam mimpi, aku rasa aku jadi lagi insane. Gelang aku tak kisah sangat, rantai tu yg utama bagi aku. Dompet merah hitam pun utama bagi aku. Hurm, sob sob sob. Macam mana nak teruskan kehidupan.

Baiklah, sampai di sini sajalah kisah kebodohan aku. Terima kasih kepada yg sudi membaca dan melawat. Haters, pergi main jauh-jauh. Bagi korang mungkin cerita aku entah apa-apa, tapi bagi aku ianya sesuatu yg penting. Harap korang terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...