Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Monday, 17 February 2014

Satu Hari

Assalammualaikum...
Ini entry, aku mahu cerita pasal semalam punya cerita. Cerita apakah? Hehe. Tapi rasa macam tak cukup satu hari, dua hari mesti best. Apakah? Pergi sana sini lah. Semalam aku & family pergi ke festival kucing, pergi Alamanda dan makan nasi arab.

Rancangan yg sebenar patutnya pergi ke rumah Angah di Puchong pada hari Sabtu petang tapi disebabkan Azim tusyen hari Sabtu dan Ahad, maka tak bolehlah nak tinggalkan beliau sendirian di rumah selama 2 hari kalau tidak, hurmm, seronoklah budak tu pergi merayau sana sini. Maka kami iaitu Ayah, Mak, Hakim dan aku pergi Puchong pada hari Ahad around pukul 9 pagi kut. Kami sampai di Putrajaya around pukul 11.30 pagi. Pergi Putrajaya dulu sebab nak tengok kucing. Patutnya kami berjumpa dgn Angah, Teh dan Alang di Putrajaya tapi semua pun ada hal. Jadi kita orang pergi rumah Angah. Teh dan Alang pun datang ke rumah Angah. Selepas makan-makan sikit dan sembahyang, around pukul 2.30 tengahari baru gerak pergi ke Putrjaya.

Ramai juga orang yg datang nak tengok kucing. Kucing pun banyak juga tapi tak dapat nak tengok semua sebab ramai sangat orang.
 Kucing yg tak berbulu ni agak menjijikkan. Pekerja tu cakap kucing tu baka firaun iaitu Great Sphinx of Giza. Search lah internet kalau nak tahu apakah ia.



 Aku suka betul tengok kucing yg macam ni. Cantiklah.


 Hakim jaga Sarah, aku pula jaga Safiyyah.
 Safiyyah mulanya tak nak bergambar, Sarah je yg nak tapi selepas aku pujuk Safiyyah dgn membelikannnya sesuatu jadi dia mahu bergambar. Mulanya nak benda lain tapi dia nak belon buih. Nasiblah, goodbye Rm3.50.
 Aku belanja Safiyyah belon buih Rm3.50, Hakim pula belanja Sarah Rm1. Safiyyah punya mahal sebab ada wisel. Background tu ialah perbadanan Putrjaya. Kalau masuk dalam tu, ada masjid besi.
 Ayah Tam melayan kak long dan kak ngah.
Di depannya ialah Istana Kehakiman.

Lepas tu kami ke Alamanda. Family aku berada di tempat lain, aku pula pergi merayau satu Alamanda dgn Safiyyah. Tapi sebelum aku berpisah dgn family, aku dukung Amirah tapi menangis jadi aku bawa dia tengok benda-benda yg digantung di siling Alamanda. Apa yg digantung. Rasanya duit China yg lama. Lepas tu aku ternampak ada kedai barang-barang perempuan, opps, maksud aku benda-benda yg untuk rambutlah. Lepas tu aku terus cakap dgn diri sendiri, kejap lagi aku akan datang melawat kau kedai. Okay, lepas tu aku pulangkan Amirah pada mamanya. Kemudian merayau dgn Safiyyah.

Puas juga mencari kedai tu sebab aku tak ingat di mana. Then aku mengeluh sambil pandang atas siling lepas tu barulah aku teringat, duit China lama. Tapi duit China lama yg digantung tu ada dua iaitu satu yg besar dan 3 yg kecil. Bila aku ingat-ingat balik, 3 yg kecil. Jadi aku dan Safiyyah menuju ke situ dan mencari kedai padahalnya aku ada sangat lalu kedai tu tapi tak perasan terpaksa u-turn. Masuk kedai tu, Safiyyah lah yg excited. Lagi pun dah lama aku mempunyai impian untuk pergi ke kedai yg menjual aksesori perempuan bersama anak saudara dan membelikan untuk mereka. Jadi aku belikan Safiyyah dan Sarah mengikat rambut. Lepas tu pergi merayau lagi tapikan aku masih tak puas, sebab aku pun nak something untuk aku juga dari kedai tu jadi pergi semula kedai tu setelah around 20 minit selepas keluar dari kedai tu. Nak tahu apa aku beli untuk aku?

Inilah dia, penyepit dan mengikat rambut. Anyway, mengikat rambut tu pun aku beli sama dgn Safiyyah dan Sarah cuma coraknya lain. Yang ribbon tu aku cabut sebab aku cuma suka mengikat rambut yg ada 3 benda bulat tu je. Sudah lama aku teringin nak memiliki pengikat rambut yg ada benda bulat tu. Penyepit tu warna hitam dan merah. Nasib baik jumpa. Mulanya cuma jumpa yg kecil tapi aku tak berputus asa untuk cari yg sederhana besar. Nampaknya ni penyepit rambut aku yg ke-4.
Ni ribbon pada pengikat rambut tu. Mulanya try je kat tangan tapi tetiba rasa macam smart lah pula jadi aku nak buat ia sebagai gelang tangan. Sekarang aku tengah pakai taw.
 Comel tak? Hakhak. Actually bukan aku yg pilih tapi Safiyyah yg pilih.
 Jom kita balik.
Mulut ikan. Aku yg ajar Safiyyah buat mulut ikan. Safiyyah dah kalahkan kawan-kawan aku. Aku ajar dia orang banyak kali tak lepas tapi ajar Safiyyah tak sampai 30 minit, dapat dia buat. Good job girl. Aku pula belajar dari kawan tadika. Anyway, dah lama dah aku ajar dia benda ni. Setiap kali aku jumpa dia mesti aku suruh buat mulut ikan.

Lepas tu aku pakaikan Amirah guna pengikat rambut Safiyyah, then ajak dia tengok kat cermin, haha, suka sangat budak tu. Padahal sebelum tu menangis sebab di tinggalkan mama. Mama dia pergi beli nasi arab. Berialah tunjukkan kat nenek, mak Teh, ayah Tam dan atuk. Semua pun cakap comel. Tapi lepas tu dia cabut. Ahhh, menyesal pula tak beli untuk Amirah. Aku tak beli sebab rambut Amirah pendek.

Lepas tu makan nasi arab, borak-borak dan bersiap-siap untuk balik. Masa kita orang nak balik, Safiyyah dan Sarah sudah tidur. Mungkin sangat penat. Then pergi UM nak hantar Hakim, sampai di UM around pukul 12 malam. Setelah 2 kali pergi UM ni kan, aku belajar something. Apakah? Masih ramai yg berjaga walaupun sudah lebih dari pukul 12 malam. Aku pula hairan apasal dia orang tak tidur lagi, jadi aku tanya parents, my mom cakap dia orang tak kenal siang dan malam. Aku pun fahamlah apa maksunya. Kalau aku lah kan, pukul 10, mesti tidur. Sebab tu aku melarang kawan-kawan contact aku selepas pukul 10. Kalau tidak, bersiap sedialah untuk kena marah. Okay, lepas tu bergerak balik. Aku pula duduk sorang-sorang di belakang, jadi aku cabut tudung dan tidur. Lena pula tu aku tidur.

Baiklah, sampai di sini sajalah entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. harap terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalammualaikum...