Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, 20 February 2014

Aku Bosan

Assalammualaikum...
Hari ni aku bosan, tak tahu nak buat apa. Hang out dgn member? Hurm, nope, I don't really like to hang out. Wasting my time. Sudah 3 hari aku senyap + tak banyak cakap dan asyik berkurung dalam bilik. Aku pun tak tahu whats wrong with me. Ahhh, macam mana nak teruskan kehidupan ayat Angah. Okay, anyway, aku dah buat something untuk menghilangkan bosan.

Jom layan gambar.

 Bahan-bahan yg diperlukan. Kertas hitam dan oren tu kertas keras. Merah pula lembut.

Inilah hasilnya. Warna favourite I...

 Fungsinya ialah tempat untuk letak gelang. Aku tak mahu bazirkan wang untuk beli benda ni + aku tak mahu guna tisu gulung. Sendiri buat + hati senang.
Yang ni pula bola ping pong yg berwarna oren tapi aku warnakan guna maker pen pada hari semalam. Bola ni lah peneman aku dikala bosan.


Itu je lah kisahnya. Hehehe. Opps, jom tengok satu lagi gambar.

Baju Exo yg dibeli sehari selepas aku buat entry Virus yg berkaitan dgn Exo.

Baiklah, sampai di sini saja entry kali ini. Pendek je kan, haha. Itulah jadinya kalau bosan. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur. Sekian.
Assalammualaikum...

Monday, 17 February 2014

Satu Hari

Assalammualaikum...
Ini entry, aku mahu cerita pasal semalam punya cerita. Cerita apakah? Hehe. Tapi rasa macam tak cukup satu hari, dua hari mesti best. Apakah? Pergi sana sini lah. Semalam aku & family pergi ke festival kucing, pergi Alamanda dan makan nasi arab.

Rancangan yg sebenar patutnya pergi ke rumah Angah di Puchong pada hari Sabtu petang tapi disebabkan Azim tusyen hari Sabtu dan Ahad, maka tak bolehlah nak tinggalkan beliau sendirian di rumah selama 2 hari kalau tidak, hurmm, seronoklah budak tu pergi merayau sana sini. Maka kami iaitu Ayah, Mak, Hakim dan aku pergi Puchong pada hari Ahad around pukul 9 pagi kut. Kami sampai di Putrajaya around pukul 11.30 pagi. Pergi Putrajaya dulu sebab nak tengok kucing. Patutnya kami berjumpa dgn Angah, Teh dan Alang di Putrajaya tapi semua pun ada hal. Jadi kita orang pergi rumah Angah. Teh dan Alang pun datang ke rumah Angah. Selepas makan-makan sikit dan sembahyang, around pukul 2.30 tengahari baru gerak pergi ke Putrjaya.

Ramai juga orang yg datang nak tengok kucing. Kucing pun banyak juga tapi tak dapat nak tengok semua sebab ramai sangat orang.
 Kucing yg tak berbulu ni agak menjijikkan. Pekerja tu cakap kucing tu baka firaun iaitu Great Sphinx of Giza. Search lah internet kalau nak tahu apakah ia.



 Aku suka betul tengok kucing yg macam ni. Cantiklah.


 Hakim jaga Sarah, aku pula jaga Safiyyah.
 Safiyyah mulanya tak nak bergambar, Sarah je yg nak tapi selepas aku pujuk Safiyyah dgn membelikannnya sesuatu jadi dia mahu bergambar. Mulanya nak benda lain tapi dia nak belon buih. Nasiblah, goodbye Rm3.50.
 Aku belanja Safiyyah belon buih Rm3.50, Hakim pula belanja Sarah Rm1. Safiyyah punya mahal sebab ada wisel. Background tu ialah perbadanan Putrjaya. Kalau masuk dalam tu, ada masjid besi.
 Ayah Tam melayan kak long dan kak ngah.
Di depannya ialah Istana Kehakiman.

Lepas tu kami ke Alamanda. Family aku berada di tempat lain, aku pula pergi merayau satu Alamanda dgn Safiyyah. Tapi sebelum aku berpisah dgn family, aku dukung Amirah tapi menangis jadi aku bawa dia tengok benda-benda yg digantung di siling Alamanda. Apa yg digantung. Rasanya duit China yg lama. Lepas tu aku ternampak ada kedai barang-barang perempuan, opps, maksud aku benda-benda yg untuk rambutlah. Lepas tu aku terus cakap dgn diri sendiri, kejap lagi aku akan datang melawat kau kedai. Okay, lepas tu aku pulangkan Amirah pada mamanya. Kemudian merayau dgn Safiyyah.

Puas juga mencari kedai tu sebab aku tak ingat di mana. Then aku mengeluh sambil pandang atas siling lepas tu barulah aku teringat, duit China lama. Tapi duit China lama yg digantung tu ada dua iaitu satu yg besar dan 3 yg kecil. Bila aku ingat-ingat balik, 3 yg kecil. Jadi aku dan Safiyyah menuju ke situ dan mencari kedai padahalnya aku ada sangat lalu kedai tu tapi tak perasan terpaksa u-turn. Masuk kedai tu, Safiyyah lah yg excited. Lagi pun dah lama aku mempunyai impian untuk pergi ke kedai yg menjual aksesori perempuan bersama anak saudara dan membelikan untuk mereka. Jadi aku belikan Safiyyah dan Sarah mengikat rambut. Lepas tu pergi merayau lagi tapikan aku masih tak puas, sebab aku pun nak something untuk aku juga dari kedai tu jadi pergi semula kedai tu setelah around 20 minit selepas keluar dari kedai tu. Nak tahu apa aku beli untuk aku?

Inilah dia, penyepit dan mengikat rambut. Anyway, mengikat rambut tu pun aku beli sama dgn Safiyyah dan Sarah cuma coraknya lain. Yang ribbon tu aku cabut sebab aku cuma suka mengikat rambut yg ada 3 benda bulat tu je. Sudah lama aku teringin nak memiliki pengikat rambut yg ada benda bulat tu. Penyepit tu warna hitam dan merah. Nasib baik jumpa. Mulanya cuma jumpa yg kecil tapi aku tak berputus asa untuk cari yg sederhana besar. Nampaknya ni penyepit rambut aku yg ke-4.
Ni ribbon pada pengikat rambut tu. Mulanya try je kat tangan tapi tetiba rasa macam smart lah pula jadi aku nak buat ia sebagai gelang tangan. Sekarang aku tengah pakai taw.
 Comel tak? Hakhak. Actually bukan aku yg pilih tapi Safiyyah yg pilih.
 Jom kita balik.
Mulut ikan. Aku yg ajar Safiyyah buat mulut ikan. Safiyyah dah kalahkan kawan-kawan aku. Aku ajar dia orang banyak kali tak lepas tapi ajar Safiyyah tak sampai 30 minit, dapat dia buat. Good job girl. Aku pula belajar dari kawan tadika. Anyway, dah lama dah aku ajar dia benda ni. Setiap kali aku jumpa dia mesti aku suruh buat mulut ikan.

Lepas tu aku pakaikan Amirah guna pengikat rambut Safiyyah, then ajak dia tengok kat cermin, haha, suka sangat budak tu. Padahal sebelum tu menangis sebab di tinggalkan mama. Mama dia pergi beli nasi arab. Berialah tunjukkan kat nenek, mak Teh, ayah Tam dan atuk. Semua pun cakap comel. Tapi lepas tu dia cabut. Ahhh, menyesal pula tak beli untuk Amirah. Aku tak beli sebab rambut Amirah pendek.

Lepas tu makan nasi arab, borak-borak dan bersiap-siap untuk balik. Masa kita orang nak balik, Safiyyah dan Sarah sudah tidur. Mungkin sangat penat. Then pergi UM nak hantar Hakim, sampai di UM around pukul 12 malam. Setelah 2 kali pergi UM ni kan, aku belajar something. Apakah? Masih ramai yg berjaga walaupun sudah lebih dari pukul 12 malam. Aku pula hairan apasal dia orang tak tidur lagi, jadi aku tanya parents, my mom cakap dia orang tak kenal siang dan malam. Aku pun fahamlah apa maksunya. Kalau aku lah kan, pukul 10, mesti tidur. Sebab tu aku melarang kawan-kawan contact aku selepas pukul 10. Kalau tidak, bersiap sedialah untuk kena marah. Okay, lepas tu bergerak balik. Aku pula duduk sorang-sorang di belakang, jadi aku cabut tudung dan tidur. Lena pula tu aku tidur.

Baiklah, sampai di sini sajalah entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. harap terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalammualaikum...

Tuesday, 11 February 2014

Cap Jari Rosak ?!!!

Assalamualaikum...
Selama 18 tahun, baru ni lah aku tahu bahawa cap jari aku rosak. Oh damn, are you kidding me? Bila aku tahu? Macam mana aku tahu? Ini hari baru aku tahu. Itu pun time nak buat kad pengenalan yg baru. Agaknya cap jari aku ni rosak sejak kecil lagi kut. Kenapa? Jom ikuti kisahnya dibawah.

Al-kisahnya, around pukul 10 pagi, aku, ayah dan mak pergi ke JPN sebab nak tukar aku punya kad pengenalan. Al-maklumlah, gambar IC aku tu time 12 tahun, muka kanak-kanak. Anyway, orang yg berumur 18 hingga 25 tahun wajip tukar, kalau tak sediakan duitlah untuk didenda. So aku pun apa lagi, tak sabarlah nak tukar. Itu pun 2-3 hari aku cakap dgn parents nak tukar IC baru.

Bila dah sampai kat JPN tu, akak-akak yg bertugas tu, cakap itu ini, bla bla bla, pastu kena scan cap jari kiri dan kanan. Aku pun menurut perintah. Tetiba akak tu cakap, cap jari adik rosak ek? Aku pulak, hah?, rosak? Apa yg rosak? Jari aku okay je, tak mengelupas seperti selalu. Sebab tangan aku berpeluh ke? Kebetulan hari ni tangan aku berpeluh semula setelah sekian lama tak berpeluh. Akak tu asyik suruh aku lap jari aku. Aku dan bingung dah time tu, sebab aku tak pernah tahu pulak wujudnya masalah cap jari rosak ni, jadi aku panggil mak aku yg tengah bercakap dgn salah seorang lagi akak yg bertugas di kauter pertanyaan. Pastu akak tu cakap dgn mak aku pasal cap jari rosak ni. Aku nampak my mom pun macam terkejut juga tapi aku dapat rasakan yg my mom tahu apa yg akak tu cakap. Aku pula tak tahu apa-apa.

Pastu my mom cakap dgn akak tu, tangan aku memang sejak kecil selalu berpeluh dan ianya merupakan satu penyakit yg tak bahaya. Pastu akak tu tanya lagi, tak ada ubat ke? My mom jawab ada, pernah pakai tapi tak berkesan. Tapi actually berkesan, 40% mungkin. Buktinya, sebelum aku gunakan ubat tu, setiap kali aku menulis, kertas mesti basah. Lepas pakai, dah tak basah kertas tapi tangan masih berpeluh. Time form 5, aku perasan tangan aku jarang sangat berpeluh. Tiba-tiba hari ni berpeluh pula. Anyway aku lebih suka tangan berpeluh, entah kenapa aku rasa selesa. Selama beberapa bulan tangan aku tak berpeluh aku rasa something wrong, aku rasa lain sikit. Walaupun aku suka tangan berpeluh, aku tak nak lah sampai boleh membasahkan kertas macam dulu.

Lepas tu akak tu cakap, IC aku akan lambat siap dari yg biasa. Biasanya IC siap dalam 2 minggu tapi kes aku ni mungkin lebih dari 3 minggu. Sebabnya, dia orang kena bagi tahu pihak atasan kut. Entahlah, aku pun dah tak ingat apa yg akak tu cakap dek kerana risau dgn jari aku. Yang aku ingat dia orang kena bagi tahu seseorang pasal kes aku ni. Lepas siap ambil gambar IC, akak yg lain pula bagi aku IC sementara dalam bentuk kertas, saiz apa aku pun tak pasti tapi yg pasti kecil sikit dari saiz A4. What? Are you kidding me? I need to bring this big paper to anywhere I go for around 3 weeks? Okay, kisah di JPN settle then pergi bank dan shopping barang dapur.

Lepas lunch, aku cari di internet cara nak pulihkan cap jari rosak. Tapi hampeh, tak ada. Yang ada cuma kisah pasal cap jari dia rosak. Tapi tak apa, aku baca juga, kut-kut lah ada something yg boleh membantu. Nak tahu blog siapa aku baca? Klik sini. Bila aku baca blog tu baru aku tahu kenapa kulit aku selalu mengelupas. Rupanya cap jari aku rosak. Aku rasa aku kena berkawan baik dgn losyen. Anywhere I go, I need to bring losyen dan kurangkan kerja rumah, terutama yg berkaitan dgn sabun.

Okay lah. Aku dah penat fikir pasal cap jari aku ni. Hurm, aku kena pulihkan cap jari aku. Anyway, terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Saturday, 8 February 2014

Virus

Assalamualaikum...
Lagi sekali aku akan cerita pasal k-pop. Kali ni pasal kumpulan Exo, group lelaki yang baru 2 tahun kut. Aku start minat dia orang ni baru je lagi, tak sampai 3 minggu pun. Tapi nak minat kumpulan lain ni bukan senang bagi aku sebab T-ara tak nak lepaskan aku dari penjara. Maksudnya?

Aku sejak minat korea ni, aku akan istilahkan penjara setiap kali minat dgn sesebuah kumpulan ni. Untuk aku keluar dari penjara ni ada 2 cara. Aku dilepaskan (bosan) atau aku yg melarikan diri (paksa diri utk berhenti minat sesebuah kumpulan). Tapi walaupun sudah dilepaskan atau aku melarikan diri, aku tetap ambil tahu juga pasal dia orang. Kumpulan yg dah lepaskan aku dari penjara dia orang ialah FT. Island dan 2PM. Yang aku melarikan diri pula ialah T-ara. 2ne1? Hurm, nak cakap aku bosan dgn dia orang tak, tapi aku berhenti minat dia orang sebab dia orang dah jadi liar sikit, jadi seksi gitu.

Macam mana aku boleh tertarik pada Exo? Hurm. Sebab aku ingin keluar dari penjara T-ara. Lagi pun Mubshira, Bella dan Elvyianah selalu cerita pasal dia orang jadi aku pun tak mahulah ketinggalan. Aku rasa aku perlu ikut perkembangan. Mubshira cakap kalau aku dah kenal semua ahli Exo, aku akan jadi budak dah habis SPM. Mari berjuang untuk habis SPM. Aku nak cepat jadi PHD ni.

Okay, jom focus pada Exo. Aku rasa mesti ramai yg dah minat Exo ni sebab aku ada baca kat satu website ni bila Exo baru satu bulan, memang terus ramai peminat. Anyway, mari kongsikan apa yg aku tahu pasal Exo. Exo terdiri dari 12 orang lelaki yang kacak lagi comel. 8 orang korea dan 4 orang cina. 12 orang ni dipecahkan kpd 2 kumpulan iaitu Exo-K dan Exo-M. K maksudnya korea, M maksudnya mandarin.

Jom aku kenal kan seorang-seorang. Anyway aku susun ni ikut umur.

Xiumin atau Minseok yg paling tua. Aish, muka dia tak sesuai langsung jadi yg paling tua. Dia ni dalam Exo-M. Dia orang korea. Cara nak kenal dia, single eyelids.
Luhan, orang cina. Dia dalam Exo-M. Mubshira cakap dia paling ramai peminat.
 Kris juga orang cina dan leader Exo-M. Perangai dia memang pelik sikit. Sangat berlagak dan kononnya paling cool guy. Ada ke patut dia cakap 'chicken is not my style' Tapi last-last makan juga chicken pastu terus favourite. Anyway aku minat dia walaupun dia pelik. Kris aku punya.
Suho, orang korea dan berada dalam Exo-K. Dia ni leader dalam Exo-K dan leader kpd 12 orang ahli Exo. Yang ni pun aku minat. Cara nak kenal dia, dahi paling cantik.
Lay, orang cina dalam Exo-M. Dia ni pendiam sikit. Cara nak kenal dia, ada lesum pipit.
Baekhyun, orang korea dalam Exo-K. Orang yg paling active. Tak boleh duduk diam.
Chen, orang korea dalam Exo-M.
Chanyeol, orang korea dalam Exo-K.
 D.O, orang korea dalam Exo-K. Dia ni poker face. Dia ni orang kedua yg aku cam muka.
Tao, orang cina dalam Exo-M. Dia ni macam perempuan sikit tapi dia tak lembut. Suara pun macam minah sikit.
 Kai, orang korea dalam Exo-K. Dia penari utama. Orang pertama yg aku kenal. Aku sekali pandang je terus aku ingat, aku pun tak tahu kenapa. Masa kat sekolah dulu, Mubshira dan Bella asyik sebut nama Kai ni. Kadang-kadang aku bosan juga dengar nama Kai tiap-tiap hari tapi tak apalah, bertahanlah.
Sehun, orang korea dalam Exo-K. Cara nak kenal dia, dagu dia tajam.

Lagu dia orang ada 2 version iaitu korea dan mandarin. Exo-K nyanyi korea, Exo-M nyanyi mandarin. Tapi ada juga 12 orang gabung nyanyi 2 version. Antara 4 lagu yg aku minat ialah Mama, History, Growl dan Wolf. Lagu yg selalu berputar-putar dalam otak aku ialah Mama dan Wolf. Terbaiklah 2 lagu ni.

Baiklah, sampai di sini sajalah entry pada kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap terhibur dgn entry kali ni. Sekian.
Assalamualaikum...