Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, 2 January 2014

Long Time No See...

Assalamualaikum...
Sudah 2 bulan tak update blog. Kenapa? Hurm, nak cakap sibuk tak juga, tapi kemalasan melanda. Aku selalu teringat nak update blog tapi disebabkan malas dan tak ada story yg ingin di kongsikan maka bersawang lah selama 2 bulan.

Sekarang sudah masuk tahun 2014. Semua orang masih bersemangat menyambut tahun baru tapi bagi keluarga aku, tahun baru masihi tu macam tak ada apa-apa nak dibandingkan dgn tahun baru hijrah. Aku pun memang tak kisah sgt pasal tahun baru. Setiap tahun pun memang aku tak kisah.

Okay, apa yg berlaku pda aku selepas SPM? Pada 6/12/2013, family aku pergi rumah Angah. Pada 7/12/2013 hingga 11/12/2013, Ayah, Mak, Abang De, Kak Aya, Kat Teh, Amir dan Husna pergi Surabaya di Indonesia. Aku dan Azim? Kita orang tinggal di rumah Angah. Seronok juga kat rumah Angah ni. Kenapa? Angah pakai unifi jadi download drama akan cepat siap dan boleh bermain dgn anak saudara. Kita orang naik keretapi nak pergi KLIA. Sebabnya aku tak pasti. Budak ni teramatlah excited nak naik keretapi.

Orang disebelah tu, abaikan, sebab aku tak kenal tapi depan beliau ialah Angah dan Amirah.

Lepas hantar 7 orang tu ke airport, Abang Helmi, Angah, Aku, Azim dan 3 orang anak saudara singgah Alamanda kejap sebab Angah nak beli hadiah untuk kawan dia. Hurm, guess what, angah belanja aku handbag. Opps, yg tali panjang bukan tali pendek. Angah cakap untuk birthday aku tahun depan. Kira express la ni kasi hadiah. Hurm, ni lah dia. Jenama F.Timber. Angah ckp jenama ni okay.

Pada 8/12/2013, kita orang pergi Taman Putra Perdana sebab ada event Shaklee.
 Azim dgn Sarah, aku dgn Safiyyah. Amirah si budak manja bermain buai.
Ni kawasan sekitar taman tu. Tempat ni kalau posing memang syok la, sangat cantik.

Pada hari 11/12/2013 merupakan hari 7 orang ahli keluarga akan pulang ke Malaysia. Tapi sebelum tu, aku tengah syok-syok layan Boys Over Flower (Meteor Garden versi korea), Along bersama kak Wany dan Auni datang nak jemput aku dan Azim. Aku suka betul tengok style rambut Auni. Kak Wany ckp Along yg gunting tapi style la. Lepas tu pergi rumah Along kat Semenyih. Along pula pergi KLIA sebab nak jemput 7 orang tu. Aku pula tolong kak Wany sediakan lunch. Lepas tu kita orang tunggu sampai around pukul 6 atau lebih pukul 6 tapi tak balik-balik juga, kesudahannya, aku, Azim dan kak Wany makan jelah. Rupanya dia orang singgah rumah Angah dulu. Plan asal patutnya pergi rumah Along dulu lepas tu malam nanti ramai-ramai serbu rumah Angah tapi lain pula.

Balik ke Mentakab pada 12/12/2013 tapi kami sempat singgah di The Mines. Di situ aku berjaya beli cover handphone. Setelah sekian lama mencari akhirnya jumpa tapi bukan ninetechnology punya, samsung punya. Jadi orang yg jual tu tolong ubah suai sikit maka sesuailah untuk handphone aku. Warna hitam merah. Azim cakap cover handphone tu samsung Ace punya.

Lepas tu entah bila (tak ingat tarikh) kita orang pergi Kuala Gandah. Ni lah first time aku pergi Kuala Gandah tapi tengok gajah sudah banyak kali. Best? Tak Best? Hurm, aku rasa 60% tak best, ermm, actually lebih kepada bosan. 40% tu di isi oleh Husna yg sendiri beli makanan untuk gajah tapi takut nak bagi gajah makan. Lepas tu masa tengok tayangan video, Husna dapat seorang kawan perempuan luar negara tapi tak tahu negara. Umur mungkin sebaya. Tengok dia orang berdua tu macam ayam dan itik sebab bahasa lain. Dua-dua pun tak faham. Nak mandikan gajah tak dapat sebab keadaan sungai yg bahaya.

Lepas tu Angah balik dgn membawa hadiah untuk ayah dan mak. Hadiah apa? Biarlah rahsia. Tak perlu di ketahui oleh orang ramai. Yang pastinya sangat istimewa. Ayah dan mak pun macam tak percaya. Anyway nak bagi hadiah ni agak mencabar tahu. Yang mula-mula tahu ialah Teh, lepas tu aku dan Azim itu pun masa kita orang kat tinggal kat rumah Angah. Dan angah balik dgn membawa brownies (warna coklat) dan congo bar (warna krim), betul ke aku eja congo bar. Ahh, lantaklah. Sedap beb. Aku paling suka congo bar.


Pada 28/12/2013, kita orang ke Kuantan sebab my mom ada reunoin dgn kawan-kawan masa sekolah rendah dulu. Setelah lebih dari 40 tahun tak jumpa. Reunion diadakan di Megaview Hotel. Hurm, tak jauh pun dari rumah nek. Kita orang tak bermalam di hotel tapi di rumah nek, jimat duit. Makanan kat hotel tu ditanggung oleh kawan mak. Kek yang hijau tu yg paling aku suka.

Keesokan harinya tu, kita orang pergi East Coast Mall di Kuantan juga. Awalnya nak pergi Megamall tapi mak cakap ada ECM tu, pergi je lah situ. Lagi pun kita orang tak pernah pergi lagi ECM tu, Megamall tu banyak kali dah pergi. Boleh tahan juga best ECM ni tapi tak sempat nak explore habis lagi. Guess what apa yg berjaya aku beli di situ? Album Shila lah.

Sekarang ni aku tengah berusaha untuk dapatkan berat 42kg. Tapi nak dapat 40kg bukannya senang bagi aku. Sekarang ni aku nak stabilkan dulu 40kg lepas tu baru dapatkan 42kg. kalau sudah berjaya aku nak dapatkan 45kg. Lepas tu aku akan cuba untuk kekalkan supaya tak lebih dari 48kg. Itu pun kalau aku berjaya lah kan? Aku ni hari-hari timbang berat. Sebelum makan dan selepas makan setiap kali waktu makan, jadinya 6 kali sehari. Itu belum kira time aku saja-saja nak timbang berat.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...