Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Wednesday, 22 January 2014

Cabaran

Assalamualaikum...
Pada 20 Januari 2014 pukul 12 tengahari, permohonan nak masuk UPU dah buka. Aku tahu pun dari my mom. Macam mana my mom tahu? Dari facebook la. Lepas tu aku hantar sms pada member-member. Pada pagi 20 Januari tu, aku telah membeli no pin.

Lepas tu bukak website, isi apa yg perlu sampai pada 8 pilihan tu, ahhh, pening kepala, sampai ke malam tak siap lagi. Sebabnya? Kita orang tak tahu seni kulinari di bawah bidang apa. Aku dan mak tanya ramai orang tapi semua pun tak tahu. Jadinya kita orang cadang lusa nak call je la orang upu ni. Keesokan harinya tu, aku tak buka website tu sebab ayah dan mak pergi Kuantan.

Hari ni, 22 Januari 2014, barulah settle. rupanya seni kulinari di bawah bidang sastera. Tapi apa yg cabarannya sekarang ni? Hehe. Cabarannya ialah aku nak mencabar diri sendiri dengan membuat sesuatu yg aku memang tak suka. Apakah? Memasaklah. Entah kenapa aku ada semangat nak buat benda yg aku tak suka. Jom tengok 8 pilihan + 5 pilihan. Klik gambar utk gambar yg lebih besar.
Aku harap seni kulinari tu adalah pilihan yg tepat. Aku dah fikirkannya beberapa hari sebelum SPM lagi. Aku pun dah berangan jauh pasal kulinari ni. Jauh sampai ke mana? Biarlah aku je yg tahu. Hehe. Yang pasti jauh. Hanis cakap, kawan dia ambil kulinari, praktikalnya bahaya sikit. Apa yg bahaya? Lelaki dan perempuan bercampur. 

Bila aku cakap dengan mak nak ambil kulinari, my mom ok je. Tapi ayah aku aku agak mengutuk aku sikit cakap aku malas masak lah, malas pergi dapur. Well, aku terima apa yg ayah aku cakap sebab benda tu memang betul. Bila dengar ayah aku cakap macam tu, my mom yg backup. My mom cakap mungkin nanti aku rajin memasak pula. Aku bagitahu my mom pada 19 Januari dan aku bagi tahu my dad pada 20 Januari masa nak beli no pin. Tapi hari ni, ayah aku terima apa yg aku pilih. Alhamdulillah. Apa yg aku pilih diterima oleh kedua ibu bapa aku. Adik-beradik? Hurm, entahlah. Aku rasa yg tahu aku nak ambil kulinari ni cuma Angah, Abang De, Hanis, Hakim dan Azim. Anyway, harap adik-beradik aku pun terima. Tapi aku dengar cerita Angah pun nak ambil kulinari tapi sekarang jadi tauke kek pula. Apa kes? Nanti aku akan siasat.

Aku ada banyak reason kenapa aku nak ambil kulinari ni. Pertama, sebab aku nak mencabar diri aku. Mampu tak aku buat benda yg aku tak suka. Kedua, disebabkan kata-kata angah dulu. Aku tak tahulah angah ingat lagi tak peristiwa ni, dimana my mom cakap benda yg sama macam my dad tadi, kemudian angah backup, angah cakap mungkin aku akan lebih pandai memasak dalam keluarga. Aku rasa aku kena jadikan kata-kata angah ni sebagai semangat. Mungkin aku kena tulis pada kertas kemudian tampal di meja. boleh aku baca tiap-tiap untuk membakar semangat. Itu pun kalau aku berjaya dapat kulinari. Ketiga, yg ni aku tak tahu macam mana nak explain. Ianya sesuatu yg berkaitan dgn chef lebih ramai lelaki daripada perempuan dan something macam memang tugas seorang perempuan adalah memasak. Ahhh, aku tak tahu macam mana nak explain. Keempat, ianya pun sesuatu yg aku tak boleh nak explain.

Pendidikan awal kanak-kanak tu aku jadikan pilhan kedua sebab aku suka dengan budak-budak. Kalau aku dapat yg ni, mungkin aku akan buka taska/tadika sendiri kemudian kanak-kanak tu tak lain tak bukan anak saudara sendiri. Mungkin aku boleh bagi harga murah sikit. Angah bagi tahu mak yuran taska sudah naik tinggi. Bila aku dengar pun, aku rasa macam, tak patut betul. Pilihan yg lain-lain tu dipilih sebab tak tahu nak pilih apa dah.

Baiklah, sampai di sini sajalah entry pada kali ni. Doakan supaya aku dapat kulinari. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca. Harap terhibur.
Assalamualaikum...

Wednesday, 15 January 2014

Fun

Assalamualaikum...
Pada 13/1/2014, around pukul 10.30 malam, Ayah, mak, aku dan Azim pergi ke UM sebab nak jemput Hakim kemudian pergi ke rumah Along di Semenyih. Kita orang sampai around pukul 1 pagi.

Lepas breakfast, mak call Teh dan Alang datang ke rumah along. Angah pula memang nak datang tapi lambat sebab ada hal sikit. Sebelum angah datang tapi selepas Alang dan Teh sampai, aku telah buat something. Oppss, apakah? Belajar bawa keretalah. Guru yg mengajarnya ialah Alang dan Azim. Aku bawa kereta kancil Alang. First time aku bawa kereta dan first time aku hidupkan enjin kereta. Sebelum ni aku langsung tak tahu pasal kereta. 3 benda yg kena tekan guna kaki pun aku tak tahu, yg aku tahu salah 1 daripada 3 tu ialah minyak tapi yg mana satu aku tak tahu. Tapi masa tulah baru aku tahu 3 benda tu apa, iaitu klac, brek dan minyak. Klac tu betul-betul buat aku terseksa. Stereng pula aku main pusing je. Azim cakap aku kena ingat berapa kali aku pusing stereng tu, tapi nervous punya pasal, aku tak ingat berapa kali. Hampir juga langgar batu-batu kat tepi jalan yg biasanya warna hitam putih atau hitam kuning tu. Tapi nasib baik Alang pantas tarik handbreak. Handbreak ni pun satu masalah. Tangan kiri aku dahlah tak kuat macam tangan kanan. Tak larat aku nak tarik handbreak tu. Nampaknya aku kena kuatkan tangan kiri ni. Gambar tak sempat nak di ambil. Lepas tu Alang yg bawa kereta pulang ke rumah Along. Sampai kat rumah Along, nampak kereta my brother-in-law, maksudnya Angah dah sampai.

Lepas tu kita orang lunch nasi dagang then sambut birthday Nur Sarah Atiqah binti Helmi, anak saudara yg kedua. Sudah 4 tahun beliau.

Around pukul 4.30 petang, Angah, kak Wany, Teh, aku dan Amirah pergi jalan-jalan kat area-area rumah Along. Lepas tu kita orang makan petang di Restoran pak Din. Kita orang order lempeng kelapa. Awalnya order satu je tapi kongsi lima orang, tapi lepas tu order lagi satu. Kita orang bukannya nak makan sangat time tu sebab masih kenyang. Tapi lempeng kelapa tu sedap sangat. Aku rasa, aku dengan Amirah yg makan paling banyak. Aku pun mulanya macam tak minat sangat sebab kelapa aku bukannya suka sangat. Kali kedua tu aku yg order pada akak yg ambil kita orang punya order mula-mula tadi. Bila aku cakap nak lagi, muka akak tu macam bangga tapi dia sorokkan. Aku rasa macam aku dapat baca fikiran dia masa tu. Apakah? Hurm, sedapkan lempeng aku? Hakhakhak. Kita orang gossip apa? Hehe, mana boleh bagi tahu.

Kita orang gerak balik around pukul 10.30 malam juga tapi sampai around pukul 12 pagi.

Baiklah, sampi di sini saja entry pada kali ini. terima kasih kerana sudi melawat dan membaca. Harap terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...

Tuesday, 7 January 2014

7/1/2014

Assalamualaikum...
Tajuk hari ni adalah tarikh. Hurm, ada apa dgn tarikh. Hari ni merupakan hari jadi aku. Seronok? Mestilah seronok. Orang yg first wish ialah my mom then my dad. Ayah aku siap nyanyi lagu happy birthday. Around pukul 2pm, aku pergi Starmall sebab nak lepak dgn kawan-kawan. Opps, not my plan. Entah siapa punya plan.

Actually aku tak minat sangat nak keluar time birthday aku. Tapi bila difikirkan Bella sudah mahu ke US selama 6 bulan sebab pertukaran pelajar dan Anati pula sudah mahu pindah Selangor, jadi hang out la dgn dia orang iaitu Mubshira, Elvyianah, Bella, Asmaa, Anati dan Hazirah. Sedih sikit sebab Ameera tak ada, dia tak dapat nak join.

Anyway, jom layan gambar.
 Nampak tak beg ungu kat meja sebelah tu? Hadiah dari Asmaa dan Hazirah.
 Asmaa (tudung kuning) dan Hazirah (tudung biru)


 Budak mengade nak bergambar dgn birthday girl
 4S a.k.a Sahabat Sejati Sejiwa Selamanya
Nabilah dan Nabella. Kak long dan maknae (adik bongsu dlm bahasa Korea) tapi time ni dia bukan maknae sebab ada Hazirah tapi kalau Tira Lanun Babi, Bella maknae.

Around pukul 5pm aku balik tapi dia orang belum lagi. Jom tengok gambar selepas aku balik. Anyway gambar-gambar ni dari Mubshira.

 Remaja 17 tahun bermain escalator. Ish, ish, ish. Aku dewasa

Aku balik dijemput oleh Azim naik motor. Tak sampai 10 minit kat rumah, Azim tanya nak keluar tak pergi kedai motor. Aku nak ikut sebab ayah dan mak pun nak pergi juga, malaslah nak duduk rumah sorang2. Opps, bukan takut. Kena tukar balik baju tapi tak pakai baju yg sama dgn pergi Starmall. Ayah dan mak naik kereta, aku dan Azim pula naik motor.

Buat apa pergi kedai motor. Jual motor beli motor. Itulah yg berlaku. Ayah suruh pilih nombor plat yg ada kaitan dgn aku sebab today is my birthday tapi daripada 8 nombor plat yg diberi, tak ada 1 pun yg sama kecuali Wx96xF, x tu maksudnya aku lupa nombor dia tapi motor tu warna biru. Kita orang tak mahu warna biru. Warna pilihan pula cuma ada 3 iaitu hitam, merah dan biru. Awalnya mahu merah tapi akhirnya tukar hitam. Anyway, motor bukannya hadiah hari jadi aku.



Selamat tinggal CAH634. Dah lebih dari 20 tahun motor ni berkhidmat. Sudah tiba masanya untuk lepaskan motor ni. Alang lah yg paling sayang nak jual motor ni. Tak bagi ayah jual. Tak sempatlah aku nak merasa bawak motor ni. Lepas sudah settle semua maka pulanglah kami.

Entry belum tamat lagi lah. Ingat aku nak cerita apa yg berlaku hari ni je ke? Sudah lama aku tunggu sampai 18 tahun baru nak ceritakan benda ni. Benda apa? Apa yg aku nak buat bila sudah 18 tahun la. Banyak benda yg aku tetapkan sendiri yg aku tak nak buat selagi belum 18 tahun.

1. Derma darah - Masa aku sekolah rendah dulu, aku pernah tanya my mom boleh ke nak derma darah tapi masa aku tanya tu bukannya ada kempen atau apa, saja aku tanya. My mom cakap tak payahlah, bila aku tanya reason, my mom tetap cakap tak payahlah. Jadi aku faham-faham jelah maksud mak aku tu. Mungkin ada sebab kenapa tak bagi derma darah. Lepas tu aku cakap dgn diri sendiri bahawa aku tak nak derma darah selagi belum 18 tahun. Tapi tak semestinya bila dah 18 tahun aku nak derma darah.

2. Pencuci muka - Walaupun aku teringin nak pakai tapi aku rasa sebaiknya tunggu aku 18 tahun. Tapi ada juga aku curi-curi pakai abang dan kakak punya. Kadang dia orang balik toilet mesti penuh dgn pencuci muka dan macam-macam produk lain.

Alamak, aku lupalah apa lagi, padahal banyak lagi benda yg aku tetapkan. Aish, apa boleh buat, sudah lupa. Tak apa, nanti sudah ingat, aku buat entry. Anyway, Mubshira asyik cakap aku dah boleh tengok cerita 18 tahun ke atas, ermm, faham-faham lah ye cerita apa tu. Tapi aku rasa yg tu aku nak tetapkan bila aku sudah 21 tahun atau mungkin selepas kahwin.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dah melawat. Harap terhibur. Oh ya, untuk tengok hadiah apa yg Asmaa dan Hazirah bagi boleh tengok di instagram. Sekian.
Assalamualaikum...

Thursday, 2 January 2014

Long Time No See...

Assalamualaikum...
Sudah 2 bulan tak update blog. Kenapa? Hurm, nak cakap sibuk tak juga, tapi kemalasan melanda. Aku selalu teringat nak update blog tapi disebabkan malas dan tak ada story yg ingin di kongsikan maka bersawang lah selama 2 bulan.

Sekarang sudah masuk tahun 2014. Semua orang masih bersemangat menyambut tahun baru tapi bagi keluarga aku, tahun baru masihi tu macam tak ada apa-apa nak dibandingkan dgn tahun baru hijrah. Aku pun memang tak kisah sgt pasal tahun baru. Setiap tahun pun memang aku tak kisah.

Okay, apa yg berlaku pda aku selepas SPM? Pada 6/12/2013, family aku pergi rumah Angah. Pada 7/12/2013 hingga 11/12/2013, Ayah, Mak, Abang De, Kak Aya, Kat Teh, Amir dan Husna pergi Surabaya di Indonesia. Aku dan Azim? Kita orang tinggal di rumah Angah. Seronok juga kat rumah Angah ni. Kenapa? Angah pakai unifi jadi download drama akan cepat siap dan boleh bermain dgn anak saudara. Kita orang naik keretapi nak pergi KLIA. Sebabnya aku tak pasti. Budak ni teramatlah excited nak naik keretapi.

Orang disebelah tu, abaikan, sebab aku tak kenal tapi depan beliau ialah Angah dan Amirah.

Lepas hantar 7 orang tu ke airport, Abang Helmi, Angah, Aku, Azim dan 3 orang anak saudara singgah Alamanda kejap sebab Angah nak beli hadiah untuk kawan dia. Hurm, guess what, angah belanja aku handbag. Opps, yg tali panjang bukan tali pendek. Angah cakap untuk birthday aku tahun depan. Kira express la ni kasi hadiah. Hurm, ni lah dia. Jenama F.Timber. Angah ckp jenama ni okay.

Pada 8/12/2013, kita orang pergi Taman Putra Perdana sebab ada event Shaklee.
 Azim dgn Sarah, aku dgn Safiyyah. Amirah si budak manja bermain buai.
Ni kawasan sekitar taman tu. Tempat ni kalau posing memang syok la, sangat cantik.

Pada hari 11/12/2013 merupakan hari 7 orang ahli keluarga akan pulang ke Malaysia. Tapi sebelum tu, aku tengah syok-syok layan Boys Over Flower (Meteor Garden versi korea), Along bersama kak Wany dan Auni datang nak jemput aku dan Azim. Aku suka betul tengok style rambut Auni. Kak Wany ckp Along yg gunting tapi style la. Lepas tu pergi rumah Along kat Semenyih. Along pula pergi KLIA sebab nak jemput 7 orang tu. Aku pula tolong kak Wany sediakan lunch. Lepas tu kita orang tunggu sampai around pukul 6 atau lebih pukul 6 tapi tak balik-balik juga, kesudahannya, aku, Azim dan kak Wany makan jelah. Rupanya dia orang singgah rumah Angah dulu. Plan asal patutnya pergi rumah Along dulu lepas tu malam nanti ramai-ramai serbu rumah Angah tapi lain pula.

Balik ke Mentakab pada 12/12/2013 tapi kami sempat singgah di The Mines. Di situ aku berjaya beli cover handphone. Setelah sekian lama mencari akhirnya jumpa tapi bukan ninetechnology punya, samsung punya. Jadi orang yg jual tu tolong ubah suai sikit maka sesuailah untuk handphone aku. Warna hitam merah. Azim cakap cover handphone tu samsung Ace punya.

Lepas tu entah bila (tak ingat tarikh) kita orang pergi Kuala Gandah. Ni lah first time aku pergi Kuala Gandah tapi tengok gajah sudah banyak kali. Best? Tak Best? Hurm, aku rasa 60% tak best, ermm, actually lebih kepada bosan. 40% tu di isi oleh Husna yg sendiri beli makanan untuk gajah tapi takut nak bagi gajah makan. Lepas tu masa tengok tayangan video, Husna dapat seorang kawan perempuan luar negara tapi tak tahu negara. Umur mungkin sebaya. Tengok dia orang berdua tu macam ayam dan itik sebab bahasa lain. Dua-dua pun tak faham. Nak mandikan gajah tak dapat sebab keadaan sungai yg bahaya.

Lepas tu Angah balik dgn membawa hadiah untuk ayah dan mak. Hadiah apa? Biarlah rahsia. Tak perlu di ketahui oleh orang ramai. Yang pastinya sangat istimewa. Ayah dan mak pun macam tak percaya. Anyway nak bagi hadiah ni agak mencabar tahu. Yang mula-mula tahu ialah Teh, lepas tu aku dan Azim itu pun masa kita orang kat tinggal kat rumah Angah. Dan angah balik dgn membawa brownies (warna coklat) dan congo bar (warna krim), betul ke aku eja congo bar. Ahh, lantaklah. Sedap beb. Aku paling suka congo bar.


Pada 28/12/2013, kita orang ke Kuantan sebab my mom ada reunoin dgn kawan-kawan masa sekolah rendah dulu. Setelah lebih dari 40 tahun tak jumpa. Reunion diadakan di Megaview Hotel. Hurm, tak jauh pun dari rumah nek. Kita orang tak bermalam di hotel tapi di rumah nek, jimat duit. Makanan kat hotel tu ditanggung oleh kawan mak. Kek yang hijau tu yg paling aku suka.

Keesokan harinya tu, kita orang pergi East Coast Mall di Kuantan juga. Awalnya nak pergi Megamall tapi mak cakap ada ECM tu, pergi je lah situ. Lagi pun kita orang tak pernah pergi lagi ECM tu, Megamall tu banyak kali dah pergi. Boleh tahan juga best ECM ni tapi tak sempat nak explore habis lagi. Guess what apa yg berjaya aku beli di situ? Album Shila lah.

Sekarang ni aku tengah berusaha untuk dapatkan berat 42kg. Tapi nak dapat 40kg bukannya senang bagi aku. Sekarang ni aku nak stabilkan dulu 40kg lepas tu baru dapatkan 42kg. kalau sudah berjaya aku nak dapatkan 45kg. Lepas tu aku akan cuba untuk kekalkan supaya tak lebih dari 48kg. Itu pun kalau aku berjaya lah kan? Aku ni hari-hari timbang berat. Sebelum makan dan selepas makan setiap kali waktu makan, jadinya 6 kali sehari. Itu belum kira time aku saja-saja nak timbang berat.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...