Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Tuesday, 23 December 2014

9 Hari

Assalamualaikum...
Dah sebulan 3 hari aku tak buat entry. Entry kali ni aku nak story pasal apa yg selama 9 hari lepas iaitu dari hari Ahad 14/11/2014 sehingga Isnin 22/11/2014. Malas nak buat pendahaluan panjang-panjang jadi mari kita ke melayan story nya.

Pada hari Ahad 14/11/2014, aku tak ingatlah pukul berapa sama ada pagi, petang atau malam kita orang gerak ke rumah Along di Semenyih. Siapa kita orang tersebut? Iaitu Ayah, mak, Along, Kak Wany, Auni, Hadif, Abang De, Kak Aya, Husna, Teh, Alang, Aku, Azim dan Amir. Buat apa pergi Semenyih? Sebab my dad, mom, Azim dan Amir akan ke Jogjakarta. Kita orang naik 4 buah kereta iaitu kereta Ayah (Honda City), Along (Gen-2), Abang De (Honda Civic) & Teh (Myvi). Aku naik kereta Along sebab nak bermain dgn Auni dan Hadif. Masa on the way tu memang syok la. Kenapa? My dad ada beli 3 set walkie talkie sebab Along dan Abang De pun nak juga. Berguna juga walkie talkie ni terutama bila rombongan macam ni. Kalau tak ada walkie talkie ni susah sikit bila ada yang tercicir nak kena call + bazir kredit. Macam-macam lah kita orang cakap guna walkie talkie tu. Paling lawak bila kita orang main counter strike, fire in the hole, enemy spotted dan macam-macam lah. Memang lawak. Sampai kat tol Gombak kalau tak silap aku kut, kita orang berpecah dgn Teh dan Alang sebab Teh nak hantar Alang ke rumah sewa Alang kemudian balik ke Klang. Kami 3 buah kereta meneruskan perjalanan ke Semenyih dan bermalam di sana.

Pada hari Isnin 15/11/2014, Along dan Kak Wany pergi kerja, kita orang pula masih di rumah Along. Then kita orang get ready dan hantar Hadif ke rumah pengasuh di sebelah rumah. Auni pula? Auni pun patut ke rumah pengasuh tapi beliau nak ikut kita orang ke rumah Angah di Puchong. Akulah yg bertanggungjawab menguruskan & menjaga Auni masa tu. Aku pun tak kisah sebab aku memang suka melayan Auni walaupun selalu kena cubit dgn tangan ketam Auni tu. Sampai rumah Angah, kita orang lunch nasi lemak + donut yg dimasak oleh Angah. Sedap lah pula donut tu jadi aku pun suruh Angah buat lagi. Angah cuma buat dough nya je tapi aku buat bulat-bulat. Lagi pun aku sendiri yg menawarkan diri untuk buat bulat-bulat dan Angah pula nak menyiapkan order costumer. Masa nak buat bulat-bulat ni stress betullah. Kenapa? Diganggu oleh anak saudara yg sibuk nak juga buat bulat-bulat. 3 orang yg menyibuk nak buat. Siapakah 3 orang tu? Safiyyah, Sarah dan Husna. Stress betullah dgn 3 orang ni, bila aku tak bagi dia orang bising, bila aku bagi buat, dia orang bukannya buat bulat, entah apa-apa rupa jadinya. Tapi nasib baik Sarah dengar cakap aku, aku bagi dia buat sekali je. Tapi Safiyyah dan Husna paling susah nak berhenti. Si Husna pergi main macam main Play-Doh. Aku punya bulat pula mula-mula jadi tapi lama-lama kelamaan tak rupa bulat dah. Stress betul. Tapi nasib baik akhirnya bulat juga jadinya. So, mana yg tak rupa bulat tu, aku betulkan semula. Bila dough tu dah kembang, Angah buat lubang-lubang nya pula then boleh digoreng. Around pukul 4 kut, Kak Wany datang untuk ambil Auni dan Kak Wany pun tapau beberapa donut yg belum digoreng. Tapikan nasib baik masa buat donut tu, Auni tak meragam nak buat juga. Auni siap bangga diri lagi sebab dia tak mengada nak buat. Auni cuma jadi penonton je. Good girl, that's why I like you.

Ni la donut nya. Opps, aku curi gambar ni dari facebook Angah. Kihkih.

Pada hari Selasa 16/11/2014, aku dikejutkan pada pukul 6.30 pagi. Bila aku sedar tu baru aku perasan bahawa aku tertidur di ruang tamu. Patut tidur dalam bilik sebab aku perempuan. Ni mesti sebab aku melayan cerita apa entah dgn Azim. Aku dan lupa dah cerita apa aku layan malam tu. Lepas tu aku perasan 4 orang yg nak pergi Jogjakarta sedang bersiap sebab flight dia orang pagi. Aku pun pergi solat subuh. Selama 4 orang tu ke Jogjakarta, aku pula tinggal di rumah Angah. Around pukul 10 pagi kut, Abang De, Kak Aya dan Husna ke Melaka. Around pukul 5 petang, Angah ajak teman pergi Lembaga Hasil Dalam Negeri di Cyberjaya sebab nak hantar oder custumer beliau. Anyway, suami Angah iaitu Abang Helmi kerja di LHDN tersebut. 3 orang anak saudara aku ni pun excited la jumpa papa beliau. Masa dah nak balik, budak 3 orang ni nak ikut papa beliau tapi tak dibenarkan sebab papa beliau nak ke kedai. 3 orang tu serentak menangis sebab tak dapat ikut. Aku pula tergelak-gelak tengok dia orang nangis. Kihkih.

Pada hari Rabu 17/11/2014
Pagi tu, Angah nak buat bingka ubi yg di tanam oleh ayah. Aku pula melayan 3 orang anak saudara tu. Tengahari tu Abang Helmi balik dan kak Wany singgah rumah sebab nak lunch sekali. Then kita orang makan bingka ubi yg Angah buat for the first time. Rasanya memang terbaik. Kak Wany pun tapau sikit bingka ubi. Malam tu, kak Wany pun try buat bingka ubi ni di rumah beliau.
Ni lah bingka ubi yg Angah buat tapi kak Wany buat warna hijau, rasanya mesti sedap juga. Opps, curi gambar Angah lagi. Kihkih.

Malam tu, waktu aku nak tidur berlaku something. Apakah? Sorry, tapi aku tak boleh nak cerita. Yang pastinya sesuatu yg menakutkan dan cuak lah. Bukan hantu okay. Adalah sesuatu. Biarlah rahsia. Cehwah...

Pada hari Khamis 18/11/2014, Angah dan Abang Helmi keluar sebab nak pergi daftar perniagaan. Aku pula ditugaskan menjaga 3 orang anak beliau. Lepas lunch, kita orang ke Sepang sebab nak tengok rumah baru Angah, then kita orang makan cendol pula. Masa kat dalam kereta aku ajar Amirah petik jari. Tak sangka beliau berjaya buat + bunyi comel je macam orangnya. Budak 3 tahun pandai petik jari la. Kihkih. Sebelum ni aku ajar Safiyyah buat mulut ikan, kali ni aku ajar Amirah petik jari. Sarah pula? Tak ada lagi. Apa nak ajar ek? Hmm, nanti aku fikirkan.

Pada hari Jumaat 19/11/2014, around 11.50 pagi, Angah pergi hantar order customer, aku kena jaga 3 orang anak saudara lagi + akan ada pelanggan Angah datang untuk ambil order beliau around pukul 1 tengahari. Around pukul 12.30 tengahari, pelanggan Angah tu datang, so aku kena handle. Malam tu, Abang Helmi pergi jemput 4 orang yg je Jogjakarta. Kesian my mom, pergi Jogja kena cirit-birit pula sebab makanan kat situ.

Pada hari Sabtu 20/11/2014, kita orang breakfast nasi lemak. Lepas breakfast, Angah menyiapkan order customer. Lepas tu my dad buat wiring pula kat rumah Angah. Lepas ayah dah siap wiring, aku & Angah prepare untuk lunch. Tapi aku tolong separuh jalan je sebab aku tertidur. Alamak, aku tak nak tidur tapi apasal tertidur pula ni. Aishhh, geram betul. Bila aku terjaga, semua dah siap cuma perlu dihidangkan je. Lepas lunch, Teh dan Abang Hanis datang. Lepas Teh dan Abang Hanis lunch, ayah, mak, Hanis, Azim dan Amir ke rumah CuNa di Kuala Lumpur sebab nak melawat my dad punya mak. Aku tak ikut ke? Tak sebab tak muat kereta. Teh pula masih di rumah Angah sebab katanya nak melepak. Entah pukul berapa Teh pergi rumah Along pula begitu juga dengan 5 orang yg ke KL tadi. Aku pula masih di rumah Angah. Malam tu, aku main whatsapp pula dalam group Tira Lanun Babi (TLB) yg dianggotai oleh aku, Anati, Elvy, Meera, Mubshira dan Bella. Siapa leader? Hmm, entah, tak tahu, kita orang tak pernah bincang pun pasal tu tapi yg pasti aku ialah group admin dalam whatsapp tu. Kihkih. Seronok pula borak dgn dia orang malam tu tapi tak semua ahli ada waktu tu. Mulanya aku & Anati je then Muba & Bella pun join.

Pada hari Ahad 21/11/2014, hari ni kita orang akan ke Port Dickson. Pagi tu, Angah bertungkus lumus menyiapkan cream puff untuk makan petang di PD nanti. Semasa cream puff di bakar, aku dan Angah buat breakfast + dinner. Lepas breakfast + dah bungkus cream puff, kita orang siap-siap nak pergi PD. Chup! Aku pun ikut ke? Mestilah, bukan aku sorang je tapi Ayah, mak, Abang De, kak Aya, Husna, abang Hanis, Azim dan Amir pun ikut tapi dia orang gerak dari rumah Along lagi pun dia orang nak pergi muzium tentera dulu di PD. Kita orang pula terus ke hotel. Hotel apakah? Hotel Grand Lexis, for more information tanya Mr. Google. Dapat pergi situ pun sebab Angah ada voucher. Jom layan gambar hotel.

 Ni la cream puff. Kebiasaannya Angah akan buat 50 pcs untuk customer tapi kali ni Angah buat 70 pcs.
 Private pool. Boleh lah aku nak mandi. Kalau public pool jangan harap la aku nak mandi. Entah dah berapa tahun aku tak mandi kolam.
 Bilik air.
 Hotel ni atas laut. Masa ni air pasang. Bila kita orang dah nak balik hari esok, air sudah surut.
Katil bersaiz king.
 Ini privacy punya tempat. Tapi disebabkan pintunya begitu maka Angah tampal surat khabar supaya orang luar tak nampak bayang-bayang.

Sementara menunggu yg lain sampai, abang Helmi, 3 orang anak saudara dan aku pergi mandi. Abang Helmi jaga Amirah, aku pula jaga Sarah, Safiyyah pula boleh jaga diri sendiri. Lagi pun air tak tinggi sangat. Paras perut aku je, Safiyyah pula boleh berdiri je, tak perlu pelampung.. Masa kita orang mandi, Angah tengah menampal surat khabar di pintu toilet dan prepare untuk minum petang. Bila Angah bagi tahu yang lain tengah on the way, aku pun have a break, have a kitkat sekejap tapi tak de kitkat. Tapi nasib baik masa tu Sarah dah berani mandi sendiri. Sebelum tu menangis-nangis takut aku lepaskan dia walaupun dia ada pelampung. Tapi di sebabkan aku buat dia menangis-nangis kejar aku, akhirnya berani juga mandi sendiri. Berjaya juga aku buat Sarah berani. Yeay!!! Aku dah ajar Sarah something. Ketiga-tiga orang adik beradik ni aku dah ajar something. Masa aku dah separuh kering, barulah, family yg lain sampai. Aku sangkakan 8 orang je yg datang tapi tak sangka 9 orang rupanya. Siapakah lagi seorang tu? Lagi seorang tu ialah Auni Irdina. Tapi beliau seorang je ke? Mana ayah, ibu dan adik beliau. Mereka tak ikut, Auni je yg ikut. Tetiba aku rasa macam aku lagi yg kena pikul tanggungjawab menjaga Auni but its okay. Auni ni senang je, tak banyak meragam, aku pun tak stress sangat menjaga dia. Tak lama lepas tu Hanis, Azim dan Auni pun mandi kolam. Husna pula kena tunggu walid beliau siap solat. Tapi Auni mandi sekejap je itu pun sebab Azim yg buat Auni menyelam dalam air. Terus give up Auni nak mandi lama-lama. Kalau aku tahu macam ni jadinya baik aku je yg mandi dgn Auni tapi masa tu aku tak ada mood lagi untuk sambung mandi. Then, aku pun tolong Auni bilas badan then serahkan beliau pada my mom. Aku tak dapat uruskan dia sebab aku masih lagi basah jadi tak dibenarkan masuk bilik. Tak lama lepas tu, abang Helmi dan Amirah sudah stop mandi kolam, Abang De dan Husna pula mandi kolam. Aku pun apa lagi, join la. Semasa kita orang tengah mandi, yg lain dalam bilik minum petang.
Ni kita orang punya minum petang. Curi gambar Angah lagi. Kihkih. Kalau tengok betul-betul kat pintu, korang akan nampak ada orang tengah mandi kolam tapi tak nampak siapa.

Tak lama lepas tu, aku pun stop mandi. Nasib baik lah ada water heater, dah lah tengah terketar-ketar ni. Then kita orang dinner nasi & lauk yg dimasak oleh Angah & mee yg dimasak oleh kak Wany. Aku suap diri aku dan Auni. Kihkih.

Ni dinner kita orang.

Lepas dinner, kita orang ada video call khas untuk Auni dari ayah, ibu, mak Teh dan adik beliau sebab Hadif nangis-nangis mencari kakak dia. Tetiba rasa macam rancangan Bersamamu pula. Tapi kan masa video call tu kan, banyak betul pelakon tambahan. Watak utama ditolak ketepi oleh pelakon tambahan. Apakah? Tak faham? Watak utama ialah Auni, pelakon tambahan pula Safiyyah, Sarah, Husna dan Amirah. Aku pun puas suruh pelakon tambahan ketepi utama kan watak utama tapi tak dilayan. Tak lama lepas tu, 5 orang puteri tu melayan Abang De, Hanis dan Azim buat push up, aku dan Angah pula video call dgn Teh kat atas katil. Then, senyap-senyap, aku panggil Auni duduk tengah-tengah antara aku dan angah untuk video call dgn adik beliau. Nasib baik 4 orang puteri yg lain tak perasan. Dapatlah watak utama video call dgn family beliau dgn tenang. Then, Angah dan family beliau menginap di hotel lain bukan bilik lain. Kami 5 orang perempuan iaitu mak, kak Aya, aku, Husna dan Auni tidur di atas katil. Lelaki pula di bawah.

Pada hari Isnin 22/11/2014, around pukul 8 pagi, Angah datang semula. Then kita orang breakfast together tapi Safiyyah dan Sarah sudah masuk kolam sebelum breakfast. Auni pula sudah tak mahu mandi sebab takut, ni semua salah Azim. Masa tengah breakfast tu, mak bagitahu Along nak datang sebab tetiba ada urusan di Melaka. Dia orang datang sebab nak ambil Auni. So lepas breakfast, aku menyiapkan Auni sebab Along sudah on the way. Bila Along sampai, semua orang mengajak Along mandi kolam, Along pun terikut la mandi kolam. Hadif pun mandi kolam juga. Auni yg takut pun mandi juga kolam sebab ada ayah beliau. Tapi aku baru je mandikan Auni. Aku tak mandi kolam ke? Tak lah, malas dah. Cukuplah semalam. Lagi pun mandi kolam ni tak baik untuk telinga aku, sebab takut banjir pula telinga aku ni. Ni pun suara suara aku dah serak, mungkin sebab batuk beberapa hari lepas. Lagi pun best juga suara serak ni. Aku lama dah teringin nak suara serak. Tak lama lepas tu Along pun nak gerak ke Melaka. Beliau singgah sekejap je. Bye Auni. Baik betul Auni ni, tak meragam pun. Dia tak tanya pun mana family dia tapi aku yg tanya dia. Setiap kali aku tanya mana family dia, jawapan dia asyik sama je iaitu hilang. Sama jugalah masa kak Wany masuk hospital Temerloh sebab melahirkan Hadif. Bila aku tanya mana ayah dan ibu, jawapan dia pergi kerja. Rileks je Auni ni. Bagus betul. I like. Around pukul 11 pagi pula, Abang De pun ke Melaka sebab ada urusan juga. Pukul 12 kita orang check out.
Bergambar sekejap sebelum check out. Chup, kenapa setiap kali bergambar aku di tengah? Sebab aku heroin? Nope, I'm not the heroin. Kalau dalam blog ye lah aku heroin. Anyway, aku tak suka jadi heroin, aku lebih suka jadi heroin kedua. Siapa cameramen? Hanis lah orang nya.

Lepas check out, kita orang ke Pantai Saujana di PD. Kat situ, aku berjaya beli t-shirt PD lengan pendek warna hitam merah. Yeay!!! Lepas tu kita orang lunch di medan selera. Aku order nasi pataya. Yeay!!! Lama dah tak makan nasi pataya. Last makan pun masa di sekolah tahun lepas dengan Ameera. Then kita orang balik ke rumah Angah. Masa on the way balik tu, hujan terhenti-henti. Bila dah sampai di rumah Angah, masih lagi hujan. Malam tu kita orang dinner nasi & mee. Tapi aku tak dinner sebab tak ada mood lagi pun masa tu aku tengah syok borak dgn Mubshira kat whatsapp. Lepas dinner, kita orang gerak balik ke Mentakab. Kena balik malam tu juga sebab keesokkan harinya ayah, mak dan Amir nak ke Muadzam Shah sebab nak ambil result PT3 Amir. Sampai rumah around pukul 11.45 malam. Pukul 12 pagi, aku tidur, selamat masuk ke alam mimpi dan macam biasa, tidur mati. Hari ni hari Selasa 23/11/2014 tapi hujan masih lagi tak berhenti dan suara aku masih lagi serak. Bagus, teruskan serak tapi jangan hilang suara sudah. Tapi cuma 40% je suara aku hilang. tak best betul. Kan bagus kalau 70% suara aku serak. Kena buat suara aku ni serak lagi ni. Minum air sejuk lagi.

Baiklah, sampai di sini saja entry kali ini. Anyway kalau berminat nak order kek, kuih, roti yg dibuat oleh Angah boleh tengok facebook beliau. Sila klik yg warna biru tu. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Thursday, 20 November 2014

I'm Back !

Assalamualaikum...
Entry terakhir aku bertarikh 20/9/2014. Entry kali ni pula bertarikh 20/11/2014. Tepat 2 bulan aku tak buat entry. Anyway aku bukannya merancang untuk tak buat entry selama 2 bulan. Kebetulan je tepat 2 bulan tu. Anyway, the reason is, I'm busy. So, that's why aku tak dapat nak buat entry. Hurm, busy pasal apa ni? Busy study la. STPM penggal 1 sudah dekat. Ehh, nanti kejap. STPM penggal 1 baru je habis pada Rabu iaitu 19/11/2014. So, entry kali ni aku nak story pasal selama 2 bulan aku tak buat entry.

Aku rasa aku tak buat apa-apa special, cuma study, makan chocolate, download cerita, melayan cerita, berangan, pergi sekolah, jumpa kawan, borak, belajar, tidur. Itu je kut. Wahahaha. Aku skip terus pada apa yg berlaku masa exam je la sebab aku rasa kejadian-kejadian sebelum exam aku dah hilang igatan. Wahahaha.

Pada hari Khamis, 13/11/2014, kita orang exam subjek Perakaunan. Oh tidak, kenapalah akaun yg pertama. Masa tengah menjawab soalan akaun, aku terfikir, macam mana agak 3 orang anak murid aku tu ek? Siapakah? Mereka ialah Thivya, Fairuz dan Fazira. Thivya aku tak risau sangat sebab at least dia ada basic tapi yang lagi dua orang ni aku sangatlah risau. Lepas habis exam, semua orang cakap susah. Kalau yg lebih pandai dari aku pun dah cakap susah, macam mana agaknya bagi Fairuz dan Fazira.

Pada hari Isnin, 17/11/2014, kita orang exam subjek Pengajian Am. Bahagian A ialah objektif dan bahagian B iaitu subjektif, aku tak risau sangat sebab aku rasa aku boleh handle tapi bahagian C iaitu kena jawab 2 karangan daripada 3 karangan agak merisaukan. Dalam masa 2 jam nak kena jawab 3 bahagian tu. Tapi nasib baik bahagian A & B aku dapat siap dalam masa 20 minit dan nasib baik juga 2 karangan tu senang dan aku pernah buat latihan soalannya hampir sama.

Pada hari Selasa, 18/11/2014, kita orang exam subjek Pengajian Perniagaan. Yang ni aku tak nak comment banyak. Semua budak cakap dia orang tak tahu apa dia orang jawab. Yang pasti dia orang jawab dalam bahasa melayu. Lawak apakah yang dia orang buat ni? Ahh, layan je lah. Aku pun tak tahu apa yg aku jawab. Aku dah buat banyak latihan dan aku dah baca banyak tapi satu pun tak masuk otak. Kena resit lah jawabnya.

Pada hari Rabu, 19/11/2014, iaitu hari terakhir exam subjek Ekonomi. Walaupun subjek ni susah tapi aku rasa aku lebih confodent bila jawab ekonomi berbanding akaun dan pengajian perniagaan. Tetiba aku rasa macam menyeronokkan pula ekonomi ni.

Apa pun, aku rasa result nya mungkin tak memuaskan hati aku. Pasti ada yg aku kena resit ni. Pengajian perniagaan 90% aku mungkin kena repeat. Jadi, selama bulan 12 nanti aku nak fokus pada MUET dan pengajian perniagaan. Aku rasa bulan 12 ni je aku boleh betul-betul fokus pada MUET sebab bila sudah mula sekolah tahun depan aku mesti kena tumpukan pada subjek lain. Jadi, selama belum bulan 12, aku nak enjoy. Enjoy macam mana? Aku sudah kumpul banyak drama untuk ditonton + komik manga Fairuz + buat gelang. Opps, buat gelang? Yup, buat gelang. Macam mana buat gelang? Macam ni.

Gambar ni aku ambil dari Mr. Google. Aku banyak belajar dari youtube. Anyway, jangan salah faham, aku buat gelang bukan untuk aku tapi untuk anak saudara aku okay. Tapi mungkin aku buat untuk diri aku juga. Hehehehe. Tengok keadaan lah.
Ini yg aku berjaya buat setakat ni. Anyway merah putih tu aku punya. Itu pun aku buat masa di Johor di rumah anak saudara aku iaitu Husna. Masa aku buat tu pun guna dia punya.

Drama pula, aku ada beberapa drama korea dan 1 anime jepun. Itu pun abang aku yg bagi anime tu sebab aku minta. Nasib baik abang aku ada, tak ada lah susah payah kena download. Nak tahu cerita apa?

Nama anime ni K-On. Bukan kisah pasal cinta tapi pasal band music. Dari kiri ialah Mio (bass), Ritsu (drum), Yui (lead guitar), Azu (guitar) dan Mugi (piano). Aku suka Ritsu tu sebab dia main drum. Aku memang minat pun orang main drum ni sebab bagi aku pemain drum nampak cool dan selalu duduk di belakang dan bagi aku lagi orang yg duduk di belakang nampak cool. Obses dgn cool betul lah aku ni. Wahahaha. Anyway watak utama ialah Yui dan leader ialah Ritsu

Aku rasa sampai di sini saja entry aku. Nak sambung tengok K-On season 2 pula. Nanti dah bulan 12 kena kurang berseronok. Baiklah, sampai di sini saja. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dengan entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Saturday, 20 September 2014

Komik

Assalamualaikum...
Kenapalah setiap kali aku nak serious study je ada je benda yg buat aku leka. Daripada dulu sampailah sekarang. Dah la tak lama lagi nak trial. Setiap kali nak hampir dgn exam, masalah ni akan timbul. Aisshh benci betul. Apa masalahnya kali ni? Tengok tajuk pun dah tahu.

Al-kisahnya 2-3 hari sebelum aku lepak dgn Ameera pada Isnin 15/9/2014, tetibe je aku minat pula dgn lukisan manga ni. Aku memang lah minat melukis tapi sebelum ni aku tak pernah belajar pun macam mana nak lukis dgn betul. Aku main hantam je lukis sebab tu lah setiap kali aku lukis telinga, mata, tangan dan apa-apa benda yg ada 2 (sepasang) mesti satu okay satu cacat. So kiranya aku ni masih lagi seorang amatur dalam lukisan. Bila lepak dgn Ameera kat Starmall, Meera ada tanya nak pergi Popular tak, masa tulah aku terfikir nak beli komik manga. Alamak, aku minat lukisan je kut, apasal aku pergi beli komik. Pada hari tu, aku berjaya beli 2 komik manga Gempak Starz yg bertajuk 'My Secret Boyfriend' & 'Bersamamu Di Ros Biru'. Meera yg menjadi penasihat aku untuk beli komik yg mana. Aku pun ikut je. Meera ni pun boleh tahan juga minat anime & manga sebab tu aku minta nasihat Meera. Tapi aku beli komik ni atas kehendak aku sendiri, bukan sebab Meera atau orang lain. Harap maklum.

Balik rumah, aku pun baca komik 'My Secret Boyfriend' dan pada keesokan harinya aku baca 'Bersamamu Di Ros Biru'. Pada hari Rabu, selepas tamat kelas tambahan ekonomi, aku ajak Azim pergi kedai jam sebab jam kesayangan merah hitam aku habis bateri dan ada kerosakan dalaman sebab air masuk. Pekerja kedai jam tu cakap kena tunggu around 30 minit sebab ambil masa sikit nak bela kerosakan dalaman tu. Okay, aku pun ajak Azim pergi kedai buku D&N. Kat situ mulanya nak beli epop bulan 9 tapi pekerja tu cakap tak sampai lagi. Okay fine, then ternampak pula bahagian komik. Hahaha, apa lagi pergi survey la kejap. Kesan dari tu, aku beli lagi 3 buah komik. Nasib baik harga komik tak sampai RM10. Lagi jimat beli komik dari novel yg melebihi RM20. Tapi komik yg aku beli mestilah komik cinta. Punya excited nampak komik sampai tak sedar aku beli komik seram. Tapi aku perasan komik tu seram bila dah habis baca sebab aku ternampak muka depan komik tu tulis 'komik seram'. Sebelum baca & semasa baca tak perasan pula seram. Tapi masa baca tak adalah seram mana.

Jom tengok komik yg aku beli. Tengok muka depan je.
 Ni lebih kurang macam Boys Over Flower/Meteor Garden cuma bezanya dia orang ni gangster tapi baik.
 Yang ni pula pasal budak perempuan ni patutnya dia belajar di satu sekolah ni tapi dia jadi pembantu asrama lelaki pula. Kiranya kerja dia bersih-bersih kan something, memasak then jatuh cinta dgn anak pengetua.
Yang ni menceritakan Shakerspeare seorang penulis terkenal datang ke masa depan sebab minum ubat yg dia cipta sendiri. Dia ingatkan tu ubat penenang.
Ni lah komik seram yg aku cakap tu. Perempuan tu ahli sihir yg membuat coklat. Sesiapa yg makan coklat dia akan dapat apa yg dia hajati. Kucing hitam tu pula jin kot tapi boleh bertukar jadi lelaki, handsome beb. Tapi dia orang ni baik. Kalau orang yg makan coklat tu ada niat jahat, maka akan terima balasan buruk. Kalau yg makan tu ada niat baik maka baik lah balasannya.
Yang ni pasal 3 orang doktor yg merupakan sahabat jatuh cinta pada 3 orang perempuan yg berbeza.

Boleh tahan juga baca komik ni. Aku ingat nak download anime tapi bila dah buat research pasal anime cinta ni, aku rasa baik aku baca komik je. Kenapa? Sesuai untuk 18 tahun ke atas. Isshhh, aku ni nak masuk 19 tahun dah, itu pun menjadi masalah lagi ke pada aku? Lagi pun kartun je. 18 tahun ke tak atau kartun ke tak, aku tetap tak suka benda-benda macam tu. Okay abaikan. Sekarang ni aku asyik buka youtube untuk tengok toturial cara melukis. Dapatlah juga sikit ilmu. Banyak betul yg aku kena baiki. Nampaknya kena hati-hatilah lepas ni. Kenapa? Aku ni memang pantang nampak kertas kosong, mesti ada je benda aku nak lukis. Buku teks aku pun penuh dgn lukisan kecuali buku ekonomi, 70% nota, 30% lukisan. Hahaha.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Sunday, 14 September 2014

Kem 3 Hari 2 Malam Part 3

Assalamualaikum...
Pada hari Ahad 7/9/2014 merupakan hari terakhir kem. Lepas subuh kita orang breakfast. Makan apakah? Hahaha, yang ni memang mi favourite aku. Apakah? Mi singapore lah. Aku suruh cikgu isi banyak dalam pinggan aku lepas tu aku nak tambah lagi tapi budak lelaki dah datang lah pula so, terpaksa aku membatalkan niat untuk tambah. Tak apa, nanti aku suruh my mom buat mi singapore. Hahaha, my mom dah bosan asyik masak mi singapore. Nak buat macam mana, I like it.

Lepas tu kita orang diarahkan ke dewan terbuka untuk majlis penutupan + bagi hadiah hamper. Mula-mula pengetua dan cikgu-cikgu berucap kat depan bla bla bla then masa nak bagi hadiah tu aku tengah syok borak dgn Sho Yun Fong tetiba cikgu cakap kumpulan paling aktif ialah kumpulan 10. Aku pun terkejutlah, apasal pula kita orang paling aktif? Mana ada aktif nya. Rupanya cikgu main bagi je. Semua kumpulan pun dapat tapi ada dapat paling jujur, tolenransi. Ahh, tak ada maknanya, cikgu main bagi je. Lepas tu hamper untuk pertandingan ikatan tali, pertolongan cemas, bakar ikan dan persembahan. Pasal yg lain aku tak kisah sebab kita orang tak menang kecuali pertolongan cemas tempat ketiga. Dan kita orang memang tak sangka dapat tempat pertama dalam persembahan tu. Memang terkejutlah. Aku ingatkan kumpulan 1 menang. Tempat kedua ialah kumpulan 7, ketuanya ialah Lee Chei Gee dan tempat ketiga ialah kumpulan 1. Tempat ke-4 dan ke-5 pun dapat hadiah aku tak ingat kumpulan mana. Then hadiah piala untuk lelaki dan perempuan terbaik. Anugerah perempuan terbaik  jatuh pada Sally atau nama sebenar Salbiah entah form berapa yg merupakan penolong penghulu, manakala anugerah lelaki terbaik memang kita orang terkejut. Lee Chei Gee dapat anugerah tu. Kita orang semua ingat Redzuan dapat dan masa cikgu nak umumkan tu ada beberapa orang sebut nama Redzuan. Aku rasa Lee Chei Gee tak sesuai dapat anugerah. Bajet je lebih. Dia ingat dia tu ketua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tingkatan 6, dia tu hebat sangatlah.

Lepas tu cikgu nak bagi sijil pada pelajar yg terlibat tapi cikgu minta wakil unit beruniform datang ambil sijil. Sho Yun Fong suruh aku pergi ambil sebab dia malas. Okay fine, arahan pengerusi. Padahal naib pengerusi ada tapi pengerusi suruh aku, so, aku pergi ambil lah. Okay then cikgu Hatta suruh kita orang buka balik khemah yg kita orang (semua pelajar) dah simpan dalam beg khemah sebab cikgu nak check kering ke tak dan peralatan cukup atau tak.. Kalau tak kering nanti dia jadi berkulat. Kita orang semua pun buka balik khemah. Well, ada yg kering dan ada yg tak kering. Mana yg tak kering cikgu suruh jemur di bawah matahari, kebetulan cuaca agak panas. Khemah kita orang kering sebab malam sebelum berpindah ke surau kita orang dah keringkan dibawah kipas lepas kering terus simpan dalam beg malam tu juga. Then ada cikgu ajar kita orang cara lipat khemah dgn betul sebab kita orang buat salah. Lepas dah bagi cikgu khemah, aku pergi kat kawan-kawan cina aku iaitu Sho Yun Fong, Lee Xiao Jing, Loke Chai Yan, Sia Chi Xuen, Wong Li Yan dan lagi seorang aku tak ingat siapa sebab aku nak tolong dia orang lipat khemah. Bila aku check khemah dia orang, masih lembap, aku suruh dia orang jemur dulu. Lepas tu aku pergi merayau sekejap kemudian pergi kat dia orang semula. Nasib baik cuaca panas so sekejap je khemah dah kering. Aku pun tolong dia orang lipat. Tetiba ada lelaki india datang tolong (volunteer) lipatkan tapi ada juga dia buat silap so aku betulkan kesilapan dia berdasarkan apa yg cikgu ajar pasal cara lipat tu. Walaupun aku dah ada kawan melayu tapi aku tetap tak lupa pada member cina okay. Sepanjang 3 hari 2 malam ni aku selalu check dia orang okay ke tak, perlukan bantuan ke atau saja nak berborak dgn dia orang sampai kadang-kadang aku terlupa kat member melayu. Hahaha. 6 orang budak cina ni sengaja kacau aku dgn cakap Redzuan tu suami aku. Ishh, benci betul tapi nak buat macam mana. Dia orang bergurau je. Relaks lah Nabilah, tu pun nak marah. Ianya hanyalah berlakon.

Lepas hal khemah settle, cikgu suruh kita orang makan dulu baru boleh balik tapi aku malas nak makan walaupun makanan sedap. Lepas ahli kumpulan 10 siap makan, kita orang bawa 3 hamper yg kita orang dapat ke dewan terbuka sebab nak agihkan. Pukul 1.15 tengahari, aku dah keluar dari sekolah, sedang menunggu ayah jemput. Sampai rumah aku tidur. Punya syok tidur sampai tak ingat nak tolong mak masak. Bangun je terus makan. Harap memahami, aku letih okay. Malam tu aku gosok baju then tidur seperti biasa around pukul 10 malam. Bangun pagi bersiap nak pergi sekolah. Sampai kat kelas, aissh, aku seorang je melayu, yg lain semua cuti sebab demam. Aku pun memang dah tahu dah dia orang tak datang. Hujan lebat punya pasal la ni. Nasib baik aku selsema je. Ikutkan memang aku nak ponteng je sebab letih bukan sakit tapi bila difikirkan sudah exam, merajinkan diri jugalah datang ke sekolah. Bila aku bagi tahu alasan aku datang ke sekolah sebab dah nak exam kat kawan-kawan cina kelas aku, dia orang cakap jangan tipu-tipu la, saya tahu awak mesti rindu kami punya. Ahh layan je lah. Letih punya pasal, cikgu ekonomi iaitu cikgu Nik Kamil tegur aku, cakap aku ni nampak letih betul.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Maka tamatlah kisah Kem 3 Hari 2 Malam. Bila lah dapat part 4 ni? Harap terhibur dgn entry pada kali ini.  Sekian.
Assalamualaikum...

Thursday, 11 September 2014

Kem 3 Hari 2 Malam Part 2

Assalamualaikum...
It's time for part 2.

Pada hari Sabtu 6/9/2014
Lepas Subuh, kami ada senaman pagi then breakfast. FYI, pinggan dan cawan kena bawa sendiri. Kita orang breakfast apa ek? Hurmm, aku tak ingat. Hahaha, yg aku tahu makan je. Then ada 3 orang lelaki dari bomba datang sekolah untuk ajar kawad kaki dan ikatan tali. Masa kawad kaki ni best juga sebab abang yg ajar tu memang best. Dia cakap masa kawad dia suka panggil orang macam-macam contohnya boroi, gigolo, bohsia, superman dan macam-macam tapi tu masa kawad je sebab dia cakap dia nak hafal nama orang susah sebab ramai sangat. Then boleh pula dia buat lawak, dia cakap dgn seorang budak perempuan melayu kalau tak silap aku Ayu namanya, abang bomba yg bernama ZamZam tu suruh dia buat kaki bentuk V nanti tak pasal-pasal pengsan then hari-hari dia kena bawa bunga pergi hospital. Isshh, gatal betul. Lepas tu kami lunch then solat zohor, yg ni aku ingat makan apa sebab lauk yg aku suka iaitu gulai ayam yg warna kuning tu dan terung masak cili ke merah ek? Hahaha, terung ni jadi favourite aku lah pula. Dulu tak suka tapi setelah mencuba untuk makan apa yg aku tak suka akhirnya suka juga. Bawang aku masih susah lagi tapi sudah mula makan-makan sikit. Tapikan, aku sakit hati betul masa lunch ni. Apasal? Aku baru je abis makan then cikgu cakap ada roti canai. Tak guna betul. Kalau aku tahu ada roti canai memang aku tak pandang nasi walaupun lauk kegemaran aku. Nak makan roti canai tapi perut dah penuh, tak boleh nak sumbat lagi. Ingat nak makan lepas solat zohor tapi masih lagi kenyang. Terpaksalah aku lupakan hasrat untuk makan roti canai. Goodbye roti canai. Tak ada rezeki aku untuk makan roti canai. Nama aku tak tertulis pada roti canai tu. Lepas tu seorang perempuan dan 1 lelaki orang dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi ceramah pasal pertolongan cemas.

Lepas tu ada minum petang + solat asar then ada ikhtiar hidup. Kita orang kena bakar ikan dalam kumpulan. Setiap kumpulan dapat 2 ekor ikan. Masa untuk bakar ikan ni ada 1 jam. Masa bakar ikan tu, Redzuan dgn Misha sempat lagi discuss pasal sketsa malam ni. Aku kurang setuju sikitlah dgn sketsa sebab kena berlakon. Aku tak pandai betul nak berlakon ni. Dah lah watak aku tu seorang isteri, suaminya pula ialah seorang askar yg dilakonkan oleh Redzuan. Intan sebagai pembaca, Misha sebagai adik ipar aku, seorang lelaki cina dan 2 orang lelaki melayu sebagai penjajah dan Redzuan, Misha, 2 orang budak melayu perempuan sebagai tentera melayu dan ada lagi 1 watak perempuan, dia ni tak ada apa fungsi sangat tapi nasib baik ada dia. Sebab? Nanti aku cerita dgn lebih detail cerita aku ni macam mana.

15 minit terakhir around pukul 6.15, angin kuat tetiba hampir kesemua pelajar lelaki berlari termasuk Redzuan, lagi 3 orang lelaki group aku stay je. Aku pun pelik apasal ni? Tak akan angin kuat dah lari? Penakut betul. Ishhh, aku ni lambat pick up betul. Angin kuat maknanya nak hujan lah. Ramai budak lelaki dan perempuan jemur tuala dia orang. Tu pasal lah dia orang lari takut nanti tuala basah kena hujan tapi aku tak perasan pula ada perempuan lari. Mulanya cikgu suruh teruskan bakar ikan tapi angin sudah semakin kuat so cikgu suruh terus pergi kantin bawa ikan. Lepas hantar ikan tu, aku nampak Fazira dgn Alia dia orang cakap nak tengok khemah okay ke tak. Aku pun ikut dia orang. Abaikan ikan yg langsung tak masak tu. Hahaha. Sampai kat dewan terbuka. Huh! Cuba teka apa terjadi? Memang kita orang terkejutlah sebab khemah semua dah nak terbang. Jadi penyelamat khemah lah pula. Memang mencabar betul. Tak sangka kem pertama aku sebegini teruk. Aktiviti yg diadakan bosan tapi faktor cuaca yg mencabar. Kita orang 4 orang tanpa Fairuz yg sibuk dgn ikan terpaksa duduk atas khemah sebab tak nak bagi khemah terbang. Budak-budak lain pun habis kelam-kabut nak selamatkan khemah masing-masing. Khemah Amy dan Syanie dia orang dah ada tapi khemah sebelah kiri kita orang tak ada orang jaga, jadi aku dgn Alia pergi jaga khemah dia orang. Khemah siapakah? Budak form 6 melayu, aku tak kenal sangat dia orang ni, yg aku kenal Ayu dgn Wan Nurafiqah je. Nasib baik khemah aku ada beg umrah aku tu. Kalau tak memang terbanglah. Itulah maksud aku beg umrah ni berjasa. Then ada cikgu perempuan india suruh kita orang angkat khemah naik atas pentas. Di situ selamat sikit. Angkatlah khemah tu dgn beg-beg yg ada dalam khemah tu sekali. Masa ni Fairuz masih lagi tak muncul. Aisshh, sibuk pasal ikan ke cik adik. Aku yg tengah terketar-ketar yg teramat sangat terpaksalah angkat juga khemah. Aku memang tak tahan sejuk. Nampaknya aku ni memang tak sesuailah pergi ke negara sejuk. Tu lah bajet cool sangat tapi sejuk pun tak boleh tahan. Apalah aku ni, mengutuk diri sendiri. Hahaha. Teruk jugak hujan tu. Habis basah kita orang semua. Kita orang bukannya duduk tengah hujan pun, kita orang duduk dalam dewan terbuka kut, boleh kena juga hujan. Hujan kuat punya pasal habis kena tempias.

Kita orang harap sangat boleh balik malam tu juga tapi mana boleh balik lagi. Walaupun mood pelajar dah kurang baik tapi cikgu masih tetap nak adakan Malam Kebudayaan tu. Budak-budak semua macam dah tak ada mood + putus asa dgn cuaca. Tapi nak tak nak kena juga ikut arahan. Tapi sebelum Malam Kebudayaan tu, kita orang makan malam dan  mandi juga walaupun masih hujan + sejuk sebab  nak solat Maghrib dan Isyak. Selepas aku siap mandi, waktu ni lah wujud rasa kesian pada budak Shuhaila tu. Kenapa? Dalam toilet guru tu ada 3 tandas. Aku guna toilet hujung tapi aku tak pasti siapa guna toilet tengah. Lepas aku siap mandi, aku nak lap rambut, then toilet tengah tu baru siap mandi then Shuhaila masuk. Dia baru je masuk, budak belakang dia dah bising suruh dia cepat. Tak sampai 1 minit lepas tu, budak tu bising lagi suruh dia cepat. Aku pun binggung juga apasal ni? Budak tu tak suka Shuhaila ke? Shuhaila tu tak ada kawan ke sebab aku perasan dia asyik sorang-sorang. Mulanya, dia asyik ikut aku dgn member-member pergi sana sini lepas tu mungkin dia terdengar kita orang (bukan aku, aku hanya diam) mengutuk pasal dia. Sejak tu, dia tak ikut dah kita orang. Kesian pula aku tengok budak tu.Aku pun tak tahulah nak buat. Rasa bersalah pun ada. Ahh, dah lah abaikan. Sementara tunggu Isyak, ada seorang ustazah, dia bagi ceramah sikit untuk pelajar perempuanlah.

Then, Redzuan suruh berkumpul sebab nak berbincang + berlatih untuk saat-saat akhir. Terkejut aku tengok Redzuan masa tu. Badan dia penuh dgn daun-daun, semangat betul dia ni nak berlakon jadi askar. Bila aku tengok aku punya skrip, okay that's good sebab sangat pendek tapi aku kena feeling + kena panggil dia abang dan sayang. Oh tidak!!! Nak feeling aku tak pandai, nak panggil abang, bolehlah, tapi nak panggil sayang, jangan harap, itu untuk suami je okay. Aku pun cakaplah dgn Redzuan perkataan sayang tu nak buang huruf NG jadinya saya je. Haha. Dia pun macam nak tak nak je setuju. Ahh lantak, peduli apa, aku tetap tak nak panggil dia sayang. Hahaha. Nak aku bagi tahu ke apa aku punya skrip? Okay fine aku bagi tahu tapi yg mana ada perkataan saya tu sebenarnya sayang, okay. Anyway, berani betul dia panggil aku sayang. Aishh, benci betul.

"Abang, jaga diri elok-elok disana. Jangan lupakan saya." Aku.
"Sayangku Nabilah, abang pergi untuk melaksanakan tugas demi tanah air dan bla bla bla, (aku tak ingat skrip dia)" Redzuan.
"Baiklah abang, saya akan menanti kepulangan abang."

Aku pun ada tanya Redzuan nak feeling macam mana then dia cakap macam orang bercinta tapi aku jawab aku tak pernah bercinta. Dia pun macam tak percaya je then dia cakap baik betul aku ni bangga sekejap. Hahaha, aku tipulah. Sebenarnya pernah sekali tapi disebabkan aku malas nak bagitahu so aku cakap je lah tak ada tapi lepas tu dia ada tanya semula pasal aku pernah couple ke tak, so, aku mengaku jelah, sekali lepas tu malas dah nak bercinta. Apalah aku ni, seronok sangat layan drama korea sampai meleleh air mata tapi nak feeling cinta pun tak pandai. 

Lepas tu cikgu panggil kita orang pergi dewan tertutup sebab Malam Kebudayaan sudah nak bermula tapi tak ada orang pun pakai baju kurung, ni mesti hujan punya pasal termasuk aku. Hahaha. Then cikgu panggil ketua kumpulan untuk pergi cabut nombor giliran buat persembahan. Huh, syukur dapat nombor 6. Kalau nombor 1 memang payah lah. Sebelum kita orang punya giliran, kita orang layan dulu persembahan yg lain. kumpulan nombor 1 buat persembahan pertama. Best betul persembahan dia orang. Memang layak dapat tempat pertama, tapi dapat ke tempat pertama? Nanti aku bagi tahu siapa tempat pertama. Bila kumpulan entah keberapa dipanggil untuk buat persembahan ke-5, kita orang ke belakang dewan untuk berbincang lagi. Masa tengah berbincang tu nervous betul, terketar lutut aku beb. Bila group kita orang dipanggil, aku pun apa lagi, pasang muka bajet cool lah padahal dalam hati huh, rasa nak balik rumah je. Hahaha. 

Kita orang punya persembahan ni ada 2 scene je. Scene pertama ada 4 orang iaitu aku, Misha, Redzuan dan seorang perempuan yg aku cakap tak ada fungsi sangat. Kisahnya, scene pertama tu, aku dgn budak perempuan tu yg merupakan best friend aku dalam lakonan teman aku pergi hantar Redzuan dan Misha (berlakon sebagai lelaki) ke stesen kereta api sebab dia orang nak pergi berperang. Then aku pun cakap apa yg ada dalam skrip. Feeling? Hahaha, tak ada, Redzuan sorang je feeling. Then, Redzuan dan Misha tabik hormat kat aku then dia orang naik kereta api. Aku pun peluk budak perempuan tu kononnya menangislah. Hahaha. Dah tamat aku punya scene. Tapi kan sepatutnya aku mengandung tapi entah apasal dia orang buat aku tak mengandung pula. Okay tak apa, that's good. Lagi bagus. Berlakon suami orang pun budak dah usik, kalau mengandung lagi lah. Dan sepatutnya Misha tu anak aku dan Redzuan dan aku mengandung anak kedua tapi Misha ditukar jadi adik lelaki Redzuan.

Scene 2. Kita orang letakkan daun-daun kat atas pentas dan jatuhkan satu meja. Baru nampak macam real peperangan. Mulanya 4 orang askar melayu pergi meronda tapi tiba-tiba ada 3 orang penjajah datang. 2 orang lelaki melayu penjajah dan 2 orang perempuan melayu askar melayu mati. So, tinggal 2 orang askar melayu Redzuan dan Misha dan seorang lelaki cina sebagai penjajah yg bernama Liang Shang Hang. Kemudia Redzuan mati, penjajah habis peluru tapi dia ada pisau, Misha pula dia pandai silat (dia memang pandai silat pun), Misha buang senjata dia dan lawan dgn penjajah guna silat je. Si penjajah mati, Redzuan pula bangun balik pergi baring atas perut penjajah. Dah mati hidup balik. Adoih, nasib lah tu idea aku dan Misha. Then Misha pula feeling sedih sebab kematian abang dia. Yang penjajah ni pun satu, dah mati boleh pula cakap lagi. Konon nak buat lawak lah. Nasib baik penonton gelak. Bila aku fikir balikkan, group kita orang yg paling banyak feeling. Ada 3 feeling kut, sedih, serious dan lawak. Yang lain ada 2 atau ada 1.

Dah habis persembahan kita orang, then layan pula persembahan lain. Cikgu pun ada cakap dia bangga dgn persembahan semua orang. Sebab kita orang mana ada masa nak practice sebab penuh dengan macam-macam program + masa yg singkat, cikgu pagi tajuk pada malam hari Jumaat dan kita orang kena buat persembahan pada Sabtu malam tapi hasilnya very good.  Lepas tu ada makan-makan tapi aku tak nak makan sebab nak tidur. Khemah semua dah habis runtuh, so macam mana? Pelajar lelaki tidur di dewan tertutup, pelajar perempuan islam tidur di surau dan pelajar perempuan bukan islam tidur di kantin untuk cikgu yg sudah siap dibina tapi dinding masih belum di cat. Time nak tidur ni aku memang bengang betul. Aku rasa sejak aku masuk SMKM ni, inilah kali pertama aku tunjukkan kemarahan aku. Sebelum ni kalau aku marah aku tahan je tapi kali ni aku lepas tapi tak lepaskan semua, lepaskan sikit je. Apa yg membuatkan aku marah. Budak perempuan asyik keluar masuk surau tapi pintu tak reti nak tutup dah lah kat luar ada lelaki melayu tengah makan + borak. Budak-budak lelaki tu pula betul-betul duduk di meja depan pintu surau. Memang boleh nampaklah apa perempuan buat dalam surau. Aku memang bengang betullah. Sama ada perempuan ni tak tahu malu atau lelaki yg bodoh. Kenapa? Perempuan ni tak tahu nak tutup pintu ke? Kalau tak tahu baik cabut je tak payah ada pintu. Dah tahu ada lelaki lepak kat depan surau tak reti nak tutup pintu ke. Yang lelaki ni pun satu, dah tahu perempuan tidur kat dalam surau yg korang pergi makan depan surau tu apasal? Kantin besar kut, apasal depan surau juga korang nak makan. Last-last aku bengang, aku bangun sambil cakap "memang ada orang nak kena aku punya penampar ni!", then aku pergi tutup pintu tapi aku hempas pintu kuat-kuat. Tapi masih juga tak reti nak tutup pintu. Member-member aku semua suruh aku tidur je sebab mata aku dah merah tapi aku rasa tak tenang nak tidur.

Lepas tu aku dengar ada budak cakap yg budak lelaki sudah kena halau aku pun cabut tudung, tarik selimut tutup muka tidur. Lepas tu Fazira cakap kena ubah kedudukan, okay fine, aku menurut perintah. Lepas tu aku pun bersedia untuk tidur lagi. Tak lama kemudian aku dengar Fairuz cakap nak kena ubah kedudukan lagi tapi dia takut nak kejut aku. Aku pun terus bangun je sebelum dia kejut aku. Maaflah yek kalau buat korang takut. Waktu aku tidur pukul 10 malam tapi kalau pukul 11 malam aku akan mula bad mood kiranya waktu tu jangan buat silap sikit pun dgn aku. Kalau tak buat silap tak apa, kemarahan aku tak akan meletus tapi kalau buat silap memang aku marah. Kiranya waktu tu memang tak aktif bagi aku. Korang nak cakap something, aku lambat proses, atau korang mintak aku bagi idea, idea tak boleh keluar atau korang nak buat lawak, aku mungkin gelak atau mungkin tak. Aku ni kalau tidur lewat dibahagikan kepada 2. Apakah? Maksudnya, aku akan tidur lewat sama ada atas keinginan aku sendiri contohnya kadang-kadang ada adik-beradik nak balik rumah sampai mungkin pukul 12 atau 1 pagi, so, pukul 11 aku tak bad mood. Lagi satu pula aku akan tidur lewat apabila disuruh/terpaksa contohnya macam kem ni lah. Masa daftar hari Jumaat tu, kita orang diberi jadual dalam jadual tu tulis tidur pukul 12, then aku dah warning member aku awal-awal, pukul 11 malam aku bad mood. Kalau disuruh/dipaksa ni lah pukul11 malam aku akan bad mood.

Oh ya, ada lagi satu benda. Sepatutnya pelajar perempuan bukan Islam tidur di kantin tapi kita orang bawa seorang budak sarawak yg bernama Rebecca (tak pasti ejaan macam mana) masuk tidur dalam surau. Macam mana kita orang bawa dia masuk? Senang je. Bagi dia pakai tudung, masuk je terus pura-pura tidur. So tak ada orang perasan. Tapi aku rasa mesti ada yg perasan. Masa tu aku teringat pula kat member aku iaitu Elvyianah. Dia pun nak join juga kem ni tapi dia ada hal. Kalau dia join adakah kita orang akan bawa dia masuk surau juga? Kalau aku mestilah nak bawa dia masuk tapi tak tahulah member aku yg lain. Malam ni aku dapat tidur mati, tak ada bunyi dengkur lagi oh yeah. Aku tidur around pukul 12 malam dan bangun pada 5.30 pagi. Alamak bangun lambatlah pula. Semua budak bangun lambat. Letih punya pasal lah ni. Tak lama lepas tu, ada seorang ustazah masuk surau, dia pelik apasal tidur dalam surau. Kita orang pun bagitahu lah hujan lebat. Lepas tu aku tengok sekeliling, kita orang ni macam mangsa banjirlah pula. Hahaha.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Nantikan part 3. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Monday, 8 September 2014

Kem 3 Hari 2 Malam Part 1

Assalamualaikum...
Entry lepas aku ada cakap nak buat lagi entry, so, ini dia. Kem Unit Beruniform yang disertai oleh 11 unit beruniform tapi sepatutnya 12 unit dan seramai 101 orang tapi sepatutnya 120 orang selama 3 hari 2 malam pada 5/92014 (Jumaat) - 7/9/2014 (Ahad) di SMK Mentakab. Sebelum aku cerita aku nak bagi tahu entry kali ni tak ada gambar sebab handphone, kamera dan apa-apa gadgets tak dibenarkan bawa. Nak bawa boleh tapi kena bagi cikgu pegang sampai hari Ahad. So, aku akui entry tanpa gambar kurang best. Selama 3 hari tu aku asyik fikir pasal entry tanpa gambar. Sorry lah sebab tak ada gambar, harap memahami. Anyway, kem ni disertai oleh pelajar tingkatan 6 bawah, seorang tingkatan 6 atas dan arus perdana (tingkatan 1-5).

Alkisahnya, lebih kurang sebulan yg lepas, kawan aku sejak tingkatan 1 yg bernama Sho Yun Fong selaku Pengerusi Renjer Puteri datang jumpa aku sebab nak tanya aku berminat tak nak join kem dan bla bla bla. Aku pun terus bagi jawapan iaitu aku setuju nak join. Bonggok betul. Aku patutnya fikir panjang dan tanya mak ayah dulu sebab takut ada program ke tapi ni tak, aku terus cakap nak join. Kenapa aku nak join? Ada 2 sebab iaitu aku nak dapatkan markah koko sebab aku tak pegang apa-apa jawatan dalam Renjer Puteri so aku perlu jadi ahli aktif dan aku tak pernah join apa-apa kem atau tidur dgn kawan-kawan/ramai-ramai, so, kiranya aku nak pengalaman. Beberapa hari kemudian, aku terfikir pasal kem ni, Boleh ke diri aku ni nak hidup selama 3 hari di sekolah dgn toilet yg tak ada pintu. Pasal tempat tidur aku tak kisah. Yang aku kisah pasal toilet je sebab aku memang tak suka toilet awam, aku lebih rela tahan daripada guna toilet awam.

Pada hari Jumaat 5/9/2014. Pagi tu datang ke sekolah dan belajar macam biasa. Masa kat sekolah aku berbincang dengan 5 orang budak melayu kelas aku iaitu Amylia, Syanie, Alia, Fazira dan Fairuz pasal kem tu sebab dia orang pun pergi. Ini bermakna semua pelajar melayu kelas aku pergi kem dan seorang budak cina perempuan yg bernama Wong Li Yan. 5 orang melayu ni cakap dia orang bawa baju banyak (8 helai) + bantal busuk + baju kurung untuk Malam Kebudayaan dan banyak lagi. Aku mulanya nak bawa beg roda sederhana besar tapi selepas dengar dia orang nak bawa banyak baju, aku rasa aku kena tukar beg besar tapi nasib baik beg besar ni berjasa. Berjasa? Nanti aku cerita. Balik rumah tu, aku tukar beg dan ambil lagi beberapa helai baju + baju kurung. Around pukul 2.30 petang aku sampai sekolah dengan beg besar yg dibeli di Beijing, China. Aku pergi bawah pokok sebab dah janji dgn budak 5 orang tu nak kumpul situ then kita orang pergi daftar sama-sama + ambil baju. Then cikgu suruh kita orang bawa beg ke dewan terbuka.

Tak lama lepas tu, hujan lebat + angin kuat. So ianya memang agak mencabar. Dan ada lagi satu hal yg memang mencabar. Apakah? Tak ada air. Aku tak pasti ianya melibatkan kawasan mana tapi kawasan Mentakab tak ada air selama 2 hari iaitu hari Khamis 4/5/2014 dan Jumaat 5/9/2014 sebab nak membaik pulih kalau tak silap aku. Kemudian pelajar islam diarahkan ke surau untuk menunaikan solat Asar. Kenalah redah hujan yg sangat lebat. Sejak beberapa bulan ni hujan memang lebat + angin sangat kencang. Atap sekolah SMKM, Hwa Lian dan Seri Semantan tercabut tapi pada hari yg berbezalah. Masa nak ambil wuduk tu kita orang binggung juga macam mana nak ambil wuduk ni, air tak ada. Tapi nasib baik ada ustazah. Dia suruh kita orang isi air dalam botol mineral yg kosong, then kita orang budak form 6 terjumpa 2 tong besar. Kita orang pun suruh budak lelaki tadah air hujan sebab ustazah yg suruh. Lepas solat, kita orang pergi semula ke dewan terbuka dan masih lagi hujan tapi dah kurang lebat. Around pukul 6, hujan dah berhenti dan matahari sudah muncul. Aku syok betul tengok masa matahari nak muncul + awan sudah mula berpecah + burung terbang di udara. Best betul terbang, rindu nak naik kapal terbang lagi. I love to fly. Kalau aku ditakdirkan untuk jadi burung, aku nak jadi burung helang sebab burung helang sangat cool. Anyway tu pada pandangan aku lah. Then, leher aku sakit sebab asyik pandang atas, aku pun pergi lepak dgn 8 budak melayu form 6, aku join dia orang main nombor. Opps, bukan nombor ekor, aku tak tahu macam mana nak jelaskan game ni sebab aku baru je belajar.

Then cikgu suruh kita orang berkumpul mengikut nak satu khemah dengan siapa. 1 khemah 5 orang. Kita orang ada 9 orang, so macam mana? Amylia dan Syanie satu khemah dgn Intan, Rebecca (Sarawak) dan siapa entah nama dia, kalau tak silap aku Nina kut. Aku pula dgn Fairuz, Alia, Fazira dan seorang budak form 4 kalau tak silap aku nama dia Shuhaila. kut. Tapi 3 orang ni tak suka budak tu, aku pula tak kisah tapi aku tak bagi tahu dia orang pun yang aku tak kisah. Sebab dia orang tak suka aku rasa mungkin dia nak kita-kita je dan mungkin sebab budak tu asyik ikut kita orang. Aku yg mulanya tak kisah lama-lama jadi tak suka + kesian. Kenapa? Nanti aku cerita. Fairuz dan Alia ditugaskan untuk ambil khemah di astaka manakala aku, Fazira dan Shuhaila pilih tempat. Anyway, khemah lelaki di astaka dan perempuan di dewan terbuka. Asalnya nak buat di padang tapi disebabkan hujan maka tak boleh tidur di padang. Khemah kita orang bersebelahan dengan khemah Amy dan Syanie. Then kita orang pasang khemah sama. Aku ni bukannya pandai sangat pasang khemah tapi bajet macam pandai tapi nasib baik aku bejet pandai pun betul aku buat. Actually ni first time aku pasang khemah. Hahaha. Then masukkan beg-beg ke dalam khemah. Masa aku nak masukkan beg aku dalam khemah, kalau tak silap aku 3 orang cikgu iaitu cikgu Shuhaida, Cikgu Fauzi dan cikgu Abdullah (jiran aku) tegur pasal beg aku. Ada ke patut dia orang cakap beg aku ni beg umrah. Aku pun layan je lah beg umrah. Nasib ko lah beg, beli kat Beijing tapi dapat nama beg umrah. Tapi nasib baik beg umrah ni berjasa okay. Lagi pun sama je dgn orang lain sebab aku bawa beg besar tapi 1, orang lain bawa beg tak lah besar mana tapi banyak. Tak ke sama je? Kan kan? Lepas tu kami makan malam then ke surau untuk solat Mahgrib + ceramah + Isyak. Lepas tu kami diarahkan ke dewan tertutup di Blok A sebab cikgu Hatta selaku kem komanden nak bagi tahu something dan kami dibahagikan kepada 10 kumpulan terdiri dari unit beruniform yg berbeza. Setiap kumpulan ada 1 unit uniform lain. Tapi ada juga kumpulan yg cukup 10 orang, kurang orang dan lebih orang.

Aku sama kumpulan dgn Intan, Redzuan (upper 6), Misha (entah form berapa) dan 2 orang lelaki melayu, seorang cina dan 3 perempuan. Dahlah kumpulan ke-10 dan ada 10 orang ahli, hahaha, mengingatkan aku pada adik-beradik aku pula. Malam tu, kami disuruh untuk berbincang dgn ahli kumpulan nak buat apa untuk Malam Kebudayaan sama ada sketsa, nyanyi lepas tu entah apa lagi, temanya ialah patriotik. Budak lelaki cina yg bernama Liang Shang Hang dilantik sebagai ketua manakala aku sebagai penolong ketua. Oh, aku lupa nak bagi tahu, Redzuan sebagai penghulu dan Sally sebagai penolong penghulung akan bertanggungjawab terhadap 101 orang yg menyertai kem ni. Actually kita orang lantik Redzuan sebagai ketua kumpulan tapi cikgu tak bagi sebab nanti macam gila kuasa lah pula. Redzuan ni aku tak tahulah apasal boleh sesat ikut kem ni. Sepatutnya upper 6 sudah tak digalakkan sebab sudah sem 3 tapi ahh, I don't know. Anyway Redzuan ni memang seorang yg boleh diharap, dia juga merupakan bekas ketua pengawas. Then kita orang berbincang nak buat apa tapi maaflah yek geng, aku tak dapat nak bagi idea sebab sudah hampir pukul 12, otak aku memang tak boleh nak keluarkan idea. Redzuan cakap nak buat sketsa pasal perang zaman dulu. Kita orang pun layan je. Yg banyak bagi idea hanya 3 orang iaitu Redzuan, Intan dan Misha. Redzuan cakap nanti watak dia akan mati then Misha bagi idea pasal buat lawak masa dah mati tu tapi Redzuan tak faham so, aku pun tolong Misha. Walaupun tengah mengantuk tapi yg ni aku boleh sebab aku faham sangat apa yg Misha cuba sampaikan. Kononnya ikut cerita P.Ramlee yg bertajuk Ali Baba di mana P.Ramlee mati then dia bangun balik sebab dia silap landing. Hahaha, kalau tengok cerita P.Ramlee bahagian tu lah yg memang aku paling suka. Redzuan pun setuju, okay. Perbincangan selama satu jam sudah tamat. Now it's time to sleep. Oh yeah, my favourite time.

Walaupun favourite time tapi aku tak dapat nak tidur lena. Kenapa? Di sinilah dimana rasa tak kisah bertukar menjadi tak suka, belum kesian lagi. Around pukul 1 baru aku dapat lelapkan mata tapi tak lena sangat sebab Shuhaila tu tidur sebelah aku, kiranya aku jadi penghalang antara 3 orang tu dgn Shuhaila. Si Shuhaila ni tidur berdengkur + lasak tapi nasib baik kaki/tangan dia tak naik atas badan aku. Around pukul 4.30 pagi, Fazira kejut aku sebab kena bersiap untuk solat subuh berjemaah. Kena bangun awal sebab nanti ramai orang nak guna toilet. Kita orang guna toilet cikgu perempuan je, tapi nasib baik dibenarkan.

Apa yg berlaku seterusnya? Nantikan part 2. Anyway 5/9/2014 merupakan birthday Meera tapi aku tak dapat nak wish. Baiklah sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca entry yg tak seberapa ni. Harap terhibur walaupun tak ada gambar. Sekian.
Assalamualaikum...

Sunday, 31 August 2014

Raya 2014

Assalamualaikum...
Sudah lebih sebulan tak update blog. Kesibukan yg melanda tak de lah sibuk sangat membuatkan aku tak ada masa nak update. Kalau ada time free pun aku tengok rancangan korea. Bukan drama okay sebab drama dah lama aku download tapi tak siap-siap lagi, line slow punya pasal. Okay, kali ni aku nak story pasal Raya 2014. Haishh aku ni, Syawal dah habis baru nak cerita pasal raya. Hehehe, aku memang nak tunggu syawal habis dulu baru buat entry pasal raya. Jom layan cerita aku tapi aku banyak dah lupa lah, aku cerita apa yg ingat je lah yek.

Pagi raya tu kami buat breakfast + bersiap-siap nak balik kampung di Kuantan. Tapi aku tak tolong sangat pun buat breakfast sebab tak ada kerja kosong. Semua dah diisi oleh my mom, 2 orang kakak dan 2 orang kakak ipar. Tapi aku ada lah juga tolong sikit-sikit. Nak bersiap balik kampung ni memang ambil masa. Kenapa? Nak mandi satu hal sebab ada 21 orang tapi toilet ada 2 je + ragam 21 orang yg macam-macam. Aku pun tak tahu da nak cakap apa sebab dah banyak lupa jadi jom kita layan gambar sebelum bertolak ke Kuantan.

5 orang princess. 2 orang princess iaitu Sarah (kiri) dan Amirah (tengah menangis) tak bagi kerjasama. Maklumlah kanak-kanak.
Inilah ZaiNurul family seramai 21 orang. Macam mana boleh dapat ZaiNurul ni? Daripada nama depan kami iaitu Zainul + Nur + Nor + Nurul. 
 My parents with isteri dan anak-anak Along.
  My parents with suami dan anak-anak Angah.
  My parents with isteri dan anak-anak Abang De.
 My parents with bujangs.
 With the only prince, Zainul Hadif Syahmi Bin Zainul Anuar Husni. Kadang-kadang kita orang panggil Hadif dgn nama Hadis sebab kakak beliau iaitu Auni panggil dia Hadis.
Selfie, hahaha.

Kemudian kami ke Kuantan tapi Angah pergi ke rumah mertua beliau dulu di Temerloh Jaya kemudian baru ke Kuantan. Kami bermalam di rumah nek selama 1 malam. Mak cakap nak pecahkan beberapa orang untuk tidur di rumah Ayah Long sebab tak cukup ruang + toilet ada 1 je tapi semua nak tidur di rumah nek kecuali aku. Aku bukannya tak nak tidur rumah nek tapi kalau kat rumah Ayah Long ada geng iaitu Hana. Tapi disebabkan semua nak tidur di rumah nek, aku pun tak dapat bermalam di rumah Ayah Long. Masa kat rumah nek ni Husna memang buat lawak antarabangsa betul. Apasal? Nampak gambar tongkat yg aku curi dari Mr. Google tu? Nek ada tongkat macam ni, so, si Husna pergi main tongkat ni jadikan sebagai microphone. Kebetulan tongkat tu sama tinggi dgn Husna, so dia nyanyilah, syarahanlah dan macam-macamlah yg berkaitan dgn microfon termasuk sembahyang.



Keesokkan harinya, kami beraya ke rumah Ayah Long.


Kita orang balik semula ke Mentakab pada malam hari kedua. Pada raya keberapa entah, Aku ajak Azim pergi raya rumah Bella. Kat rumah Bella aku makan kuih makmur je. Sedap beb. Bella cakap dia yg buat kuih-kuih tu. Kuih lain pun aku ada juga makan tapi kuih makmur lagi banyak. Hahahaha. Lepas tu, dari rumah Bella, kita orang ke rumah aku pula. Dapat lah Bella jumpa 3 orang anak saudara aku iaitu Safiyyah, Sarah dan Amirah. Lagi 3 orang anak saudara sudah pergi ke kampung lagi satu. Safiyyah dan Sarah excited sangat dapat jumpa Bella. Sebelum ni asyik berborak suara dalam whatsapp je. Sebelum aku pergi rumah Bella pun aku sudah cakap dgn dia orang Aunty Bella nak datang.

Raya keberapa entah, entah lagi. Hahahaha. Kita orang beraya ke rumah mertua Angah pula di Temerloh Jaya. Raya keberapa entah lagi, Cikgu Shuhaida yg merupakan guru Pengajian Am dan guru kelas 6BA2, kelas aku la tu, ajak kita orang 1 kelas ke rumah beliau sebab dia buat rumah terbuka. Di sini aku nak betulkan sedikit kesilapan. Hari tu aku cakap cikgu Shuhaida ni isteri kawan Along, nampaknya aku sudah salah orang. Aku masih tak tahu lagi siapa sebenarnya isteri kawan Along tu tapi nama dia ada huruf S juga dan mengajar form 6. Okay, abaikan yang tu.

Masa pergi rumah terbuka cikgu Shuhaida ni best la. Dari rumah aku yg bawa motor, Azim pula duduk kat belakang. Haishh, aku ni, lesen L mana boleh bawa orang tapi nak buat macam mana, aku ni bukannya pandai sangat bawa motor jadi aku perlukan seseorang yg pandai bawa motor untuk awasi aku dan Azim pun perlu bawa motor ni balik ke rumah semula. Bila sampai kat rumah cikgu Shuhaida, aku yg paling awal datang. Ehh, kejap. Aku bukan tetamu paling awal. Maksud aku, budak-budak kelas aku semua tak datang lagi, aku lah yg pertama. Bila aku sudah siap makan, aku terdengar cikgu Shuhaida tengah bercakap dgn ketua kelas iaitu Lim Hua Xin (perempuan) di telefon. Lepas tu cikgu suruh aku yg bercakap dgn Hua Xin sebab cikgu tak faham apa dia cakap. So, aku pun speaking chinese dgn Hua Xin bagi tahu kat mana rumah cikgu, bla bla bla dan bla bla bla.

Bila dia orang dah sampai tu, aku pergi kat tempat dia orang parking kereta sebab dia orang tengah berbincang pasal ada lagi kawan lain yg tak tahu jalan ke rumah cikgu, so, aku pergi ikut Lee Seow Peng, Lim Hua Xin, Tee Yi Wei dan Wong Li Yan ke Starmall sebab nak tunjuk jalan. Masa on the way tu, ada 2 motor berselisih dgn kereta Seow Peng. Siapakah? Budak melayu kelas aku iaitu Fairuz, Syanie, Aliya dan Amylia. Kawan kita orang yg menunggu di Starmall ialah Goh Kai Ying, Chan Xue Eer dan Ang Jia Heng. Dia orang pun bawa kereta. Lepas tu kita orang ke rumah cikgu Shuhaida semula. Bila dah parking kereta, kita orang tunggu lagi 4 orang member cina yg lain iaitu Tay Jia Hong (Lelaki), Aw Phui Wan, Tan Sok Hun dan Peng Yen Jie, dia orang ni dulu dari Jerantut. Dia orang tinggal di rumah sewa. Then, kita orang sama-sama masuk ke rumah cikgu dan bagi cikgu buah-buahan yg dibeli oleh Goh Kai Ying. Tak semua budak kelas kita orang yg datang. Lepas makan, kita orang berselfie guna kamera dan monopod Syanie. Budak yg paling awal datang nak balik paling awal, aku lah tu. Azim jemput tapi aku bawa motor lagi.

Okay kali ni aku ingat tarikh. Pada hari Ahad, 24/8/2014 kita orang ke rumah CuNa iaitu adik bongsu ayah di Kuala Lumpur ada rumah terbuka tapi untuk family je lah. Tapi bukan semua adik-beradik ayah aku yg pergi. Adik-beradik aku pun ada juga yg tak pergi. Sebelum keluar rumah tu, aku sempat masukkan 1 choki-choki untuk Amirah tapi kita orang selalu panggil dia Nom Nom sebab dia suka lagu nom nom cupcake Elly & Epit di Astro Ceria. Amirah memang suka choki-choki samalah macam Mak Nik beliau. Sebelum aku bagi choki-choki tu Amirah bad mood je sebab baru bangun tidur. Bila dah makan choki-choki barulah happy. Hahaha, tak sia-sia aku bawa tapi 1 je.

Baiklah, sampai di sini saja entry kali ni. Nantikan entry seterusnya lebih kurang 2 minggu lagi. Bukan part 2 okay. Benda tu tak berlaku lagi jadi aku tak boleh ceritakan lagi. Tunggu dah berlaku + seperti yg aku bayangkan. Kalau tak seperti apa yg aku bayangkan, ada kemungkinan aku tak nak buat entry. Jadi jangan berharap sangat okay. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Monday, 14 July 2014

Buat Lesen

Assalamualaikum...
Setelah 7 bulan menjadi budak 18 tahun betul ke budak akhirnya tiba masanya untuk aku buat lesen. Apasal lambat sangat? Patutnya lepas SPM terus buat tapi ni nak dekat dgn STPM baru nak buat. Hehe, sebabnya dulu aku tak nak buat tapi setelah mendengar ceramah percuma dari 2 orang kakak aku iaitu Angah dan Teh, akhirnya aku buat juga lesen.

Al-kisahnya, around awal bulan 6 pada hari Sabtu, aku pergi kelas KPP iaitu step pertama untuk buat lesen. Dengar cikgu berleter kat depan selama 6 jam atau 8 jam ek, entahlah tak ingat dah. Pada hari Sabtu 5/7/2014, aku pergi buat ujian statik. Kenapa lambat sangat buat ujian statik. Sebab aku tak ada masa nak study, aku sibuk dengan homework dan nak study untuk STPM je. 2-3 hari sebelum ambil ujian komputer, barulah aku study buku memandu tu, tapi sebelum-sebelum ni ada juga tapi tak serious sangat. Azim pun pernah install ujian statik tu kat laptop. So, aku banyak jawab soalan-soalan kat komputer.

Bila sudah tiba hari untuk aku ambil ujian statik, pak cik Rashid iaitu cikgu memandu aku iaitu ayah kepada kawan Azim yg bernama Amir (nama adik bongsu aku) jemput then bawa aku ke tempat untuk buat ujian statik. Kat situ, aku kena ambil gambar dan cop jari. Cop jari ni yg lemah ni, mesti akan berhadapan dengan masalah. Banyak kali akak tu suruh aku lap ibu jari tapi tetap tak boleh, so, terpaksa cop jari manual je iaitu cop jari aku ni pada kertas. Alhamdulillah, aku berjaya dapat 44/50. Tapi pak cik Rashid tu boleh pula main-main dgn aku. Ada ke patut dia cakap kalau komputer cakap lulus maknanya gagal. Are you serious? Why you didn't tell me earlier? Kalau pak cik bagi tahu awal-awal baik aku main jawab je, tak payah nervous macam nak terkeluar jantung menjawabnya. Itulah yg bermain di fikiran aku masa tu. Yang aku ni pun satu, pergi percaya cakap pak cik tu apasal? Aku ni memang kadang-kadang cepat terpengaruh. Then, akak tu cakap jangan percaya cakap pak cik Rashid. Masa tu barulah aku lega sikit. Benda tak logik pun aku percaya.

Pada hari Sabtu 12/7/2014, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, kena masuk kelas amali kereta pula. Pak cik Rashid jemput aku di rumah then bawa ke tempat memandu yg bernama Jelapang Teguh di jalan bypass Temerloh. Kebetulan masa tu terjumpa Nabella. Dia pun nak buat lesen juga tapi dia baru masuk kelas KPP. Bella pun lambat buat sebab baru balik dari US. Tak sangka betul dapat jumpa Bella. Dia pula risau sangat aku dah balik. Kita orang bercakap sampai guna 4 bahasa iaitu melayu, cina, korea dan english. Dahsyat kan. Bella ajak aku ke tandas tapi dia cakap dalam bahasa korea, so, aku tak faham, Bella pun translate lah apa yg dia cakap, then ada seorang budak melayu perempuan tiba-tiba cakap 'daebak' maksudnya lebih kurang terbaik lah. Macam-macam jugalah yg kita orang borak.

Pada hari Ahad 13/7/2014, dari pukul 8 pagi hingga 4 petang, kena pergi amali motor pula. Sepatutnya buat pada hari yg sama je tapi disebabkan sistem baru akan bermula pada hari Isnin 14/7/2014 jadi kena buat lain-lain hari. Aku kurang faham dgn sistem baru ni tapi apa yg aku tahu ianya akan bertambah mahal dan menyusahkan. Okay, abaikan, aku malas nak cakap banyak pasal sistem baru tu, yg penting aku masih kena buat sistem lama. Huh, selamat. Hari ni Bella tak ada, so, aku agak alone. Around pukul 12.50 tengahari Azim datang sebab nak ajar aku bawa motor. Itu pun aku yg panggil dia datang sebab tak ada orang nak ajar. Cikgu tak ada tapi kalau ada cikgu pun tak boleh duduk belakang, haram. Kalau ada orang duduk kat belakang senang sikit sebab nanti kalau aku nak terjatuh ada orang boleh tolong tahan. Dulu Azim pernah ajar tapi aku sudah lupa macam mana nak brek dan masuk/turun gear. Azim ajar sampai 1.30 tengahari then dia pergi tuisyen semula. Nasib baik waktu rehat dia panjang, bolehlah ajar aku. Lepas Azim dah pergi, aku sambung bawa motor lagi 1 jam. Makna selama 1 jam setengah aku bawa motor. Selama 1 jam tanpa Azim, aku bolehlah kawal motor tu tapi masih tak okay. Masa aku tengah bawa motor tu, aku ada juga terfikir nanti kulit aku gelap. Tapi tak apa lah, sekali sekala berjemur apa salahnya. Yelah tu tak apa, balik rumah menangis sebab kulit dah merah-merah. Eh, tak adalah sampai menangis cuma sedih and bengang je. I love my skin colour. Jadi, aku sudah dapat lesen L motor dan kereta. Sebenarnya motor aku tak sure lah disebabkan sistem baru tu tapi kereta pasti. Lepas raya nanti aku kena pergi belajar bawa kereta dengan pak cik Rashid. So, lebih kurang sebulan aku tak ada kelas memandu jadi aku akan duduk rumah nak cerahkan kulit aku semula. Tapi nanti aku mesti kena berjemur lagi sebab masih kena belajar bawa kereta dan motor tapi bukan dengan pak cik Rashid tapi dengan Azim dan ayah.

Maka dengan itu, tamatlah entry pada kali. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap korang terhibur dengan entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Thursday, 26 June 2014

Hari Sukan 2014

Assalamualaikum...
Seingat aku, minggu pertama aku masuk sekolah SMK Mentakab, Azim pernah cakap hari sukan sekolah dah lepas, atau sebenarnya aku yg salah dengar. Mungkin Azim bukannya cakap sukan sekolah tapi merentas desa. Hurmm, entahlah. Kepada Anati, sorrylah yekk, aku tersilap maklumat. Baiklah, mari kita back to the story.

Sukan diadakan selama 4 hari iaitu dari hari Isnin 23/6/2014 hingga Khamis 26/6/2014. Jadi adakah aku buat betul-betul? Mestilah aku buat betul-betul. Jadi aku berjaya menang ke? Hehehe, mestilah. Jadi acara apa aku masuk? Aku masuk 5 acara. Tapi 5 acara ni pada hari lain-lain, maknanya setiap harilah aku ada acara. Pada hari Isnin, aku ada acara 200 meter dan lompat jauh. Aku sebenarnya tak mahu lari 200 meter, aku mahu 100 meter. Kalau aku lari 200 meter gerenti kalah. Tapi cikgu Shuhaida cakap 100 meter dah penuh, 200 meter pula tak ada atlet. Cikgu suruh juga aku masuk. Jadi terpaksalah aku lari 200 meter. Tapi maaflah yek cikgu seandainya aku kalah. Kalau kena lari 200 meter dan ke atas memang aku fail lah. Masa sekolah rendah dulu pun memang aku selalu lari 100 meter je. 200 meter dan selebihnya ada juga tapi cikgu tak tekankan sangat. Cikgu cuma tekankan aku lari 100 meter je. Jadi apa kesudahannya? Menang atau kalah? Hahaha, mestilah kalah, dapat nombor 5 daripada 8. Sudah ku jangkakan kekalahan ini. Lompat jauh pula, aku pergi lari tempat lain. Sepatutnya lepas habis lari 200 meter kena terus ke tempat lompat jauh sebab sudah mahu mula tapi aku pergi tempat lain. Kenapa? Sebab aku tak larat nak lompat. Seriously aku cakap, lepas lari tu, aku rasa macam nak pengsan tapi aku tetap bertahan. Aku ajak Elvyianah teman beli air 100 plus. Lepas beli tu, cepat-cepat aku minum, then tunggu Elvy siap membeli. Masa tunggu Elvy tu aku dah duduk bercangkung, masa tu rasa macam nak pitam dah tapi aku tetap tahan. Then kita orang balik ke kelas. Masa on the way, aku rasa betul-betul dah tak tahan, jalan pun dah terhuyung-hayang. Rasa macam nak pengsan 3 hari 3 malam je. Elvy pula tak tahu pasal keadaan aku sebab dia jalan kat depan aku dan aku pun tak bagi tahu dia sebab tak nak dia risau. Sampai kat kelas, nampak member melayu, cina dan india iaitu Thivya, Lee Xiao Peng, Lim Hua Xin, Fazira atau lebih dikenali sebagai AJ, Fairuz dan Alia tengah borak. 1 Malaysia betullah korang ni. Masa tu aku rasa macam tak ada mood sangat nak borak dengan dia orang. Aku pun tidur sekejap. Tidur ke pengsan? Entahlah aku pun tak tahu. Dah bangun tu barulah lega sikit.

Keesokan harinya iaitu hari Selasa, sepatutnya aku tak ada acara. Actually aku masuk 2 acara je iaitu pada hari Isnin. Habis tu kenapa Selasa pun aku ada acara? Ni sebab aku kena jadi penggantilah. Acara yg aku masuk adalah 100 meter dan 4x100 meter. Oh yeah, 100 meter. This is what I want. Aku menggantikan seorang perempuan cina iaitu Chia Wei Wei atau lebih dikenali sebagai Kelly. Kemana perginya Kelly ni? Haishhh, lambat datang sekolah. Untuk pengetahuan korang, Kelly ni atlet dan beliau dari sekolah sukan. Dalam acara 200 meter dan lompat jauh pada hari Isnin, beliaulah juaranya. Anyway, acara 100 meter aku berjaya dapat tempat kedua. Puan Kalsom iaitu cikgu yg mengajar aku Akaun cakap, aku ni cuma boleh lari 100 meter je, masa lari 200 meter semalam cikgu nampak kamu dah letih, kamu ni tak boleh lari jauh-jauh, boleh lari dekat je.. Aku pula kat dalam hati cakap, sebab tu saya tak pernah menang merentas desa sejak sekolah rendah lagi. 4x100 meter, aku geng dgn Kelly dan 2 orang budak cina. Kelly pelari pertama, aku pula pelari keempat. Jadi apakah resultnya? All thanks to Kelly, sebabkan dia, kita orang berjaya dapat nombor 1. Laju betul Kelly ni, orang lain baru nak start lari, tapi dia sudah sampai separuh. Untuk pengetahuan lagi, Kelly juga berjaya dapat johan dalam acara lari 800 meter. Sebelum lari 4x100 meter ni, Kelly adalah cakap-cakap sikit cara nak pegang dan bagi baton. Aku memang dah tahu benda tu semua tapi dengar jelah dan bagi beberapa tips lagi. Nasib baik aku tak rasa nak pengsan 3 hari 3 malam. Mungkin sebab 100 meter je kut, lagi pun 100 meter kan memang kepakaran aku. Hari Rabu pula tak ada acara sebab raptai je lagi pun aku tak ada kat sekolah. Ponteng sekolah kah? Eeii, tak lah. Ada seminar mencegah dadah kat sekolah Abu Bakar Temerloh. Budak melayu perempuan cuma 4 orang termasuk aku. Jadi aku lepak dengan dia orang jelah. Siapakah? Amylia, Alia dan AJ. Tiga-tiga ni pun budak kelas aku. FYI, Alia ni bolehlah juga di katakan kembar aku. Kenapa? Kita orang lahir pada hari yg sama dan beliau juga pandai cakap cina. Dia pernah sama sekolah dengan aku masa sekolah rendah tapi kalau tak silap aku dia masuk pertengahan tahun 6.

Pada hari Khamis adalah hari sukan terakhir. Sepatutnya hari ini pun aku tak ada acara tapi di sebabkan tak cukup orang jadi aku jadi mangsanya. Acara apakah? 4x400 meter. Aku dah cakap kat cikgu yg aku memang tak boleh 400 meter tapi cikgu suruh aku juga sebab tak ada orang nak lari. Kelly pun beria-ia pujuk aku suruh lari juga. Dia cakap jangan risau, awak lari pertama lari slow-slow je nanti saya lari keempat saya akan potong semua orang. Manis betul ayat kau ek Kelly. Aku tahu kau laju tapi tak yah sampai cakap macam tu sekali semata-mata nak pujuk aku. Jadi kesudahannya terpaksalah aku lari juga 400 meter. Geng aku kali ini sama dgn 4x100 meter tapi seorang ditukar sebab penat sangat masuk perbarisan. Sebelum lari 4x400 meter, Kelly ajak kita orang warm up dgn dia, ikutlah apa dia buat. Mula-mula empat orang je lepas tu tetiba rumah hijau kalau tak silap aku pun join juga kita orang warm up. Semuanya budak cina, aku seorang saja budak melayu. Masa tengah lari keliling bola keranjang, aku terdengar budak cina dari rumah hijau cakap, ikut jelah apa coach cakap. Coach mana pula ni? Siapa lagi kalau bukan Kelly a.k.a ketua buat warm up masa tu. Lepas warm up tu kita orang duduk dulu sebab lambat lagi, kalau tak silap aku masa tu acara 4x400 meter bawah 14 tahun. Sepanjang acara 4x400 meter sebelum kategori tingkatan 6, memang aku dah cuak. Apasal? Rumah kuning kat belakang sekali. Hampir semua kategori 4x400 meter, kuning terakhir. Huhh, cuak betul. Masa kategori lelaki 18 tahun, Kelly suruh warm up semula sebab badan dah sejuk. Rumah hijau sekali lagi join kita orang warm up. Lepas warm up tu, Kelly bisik dgn kita orang 3, nombor 1 ke, nombor 2 ke, nombor 3 ke, tak kisah, yg penting buat yg terbaik. Lepas tu dia ajar cara bernafas. Kelly cakap jangan ikut mulut tapi ikut hidung tapi kena ada rentak dia. Lepas tu dia cakap lagi, awal-awal jangan speed, jogging je, dah sampai masa baru speed.

Bila dah sampai masa untuk kita orang lari tu, aku dengar cikgu lelaki a.k.a MC pada hari itu cakap, kuning dijangka menang bagi kategori perempuan tingkatan 6 sebab ada seorang yg lari laju. Heh, tahu-tahu sajalah siapa yg dimaksudkan tu. Mestilah Kelly. Then, tiba waktunya untuk berlari. Aku lari slow je lah macam apa yg Kelly cakap tapi aku terlupa pasal cara bernafas yg dia ajar tu, aku ikut mulut juga. Aku slow sampai dah separuh pusingan then aku speed, aku dapat potong dia orang tapi sekejap je, mungkin tak sampai 10 saat. Bila sudah 1 1/4 pusingan, aku dah start rasa nak pengsan 3 hari 3 malam. Haishh, aku ni, tak habis-habis lagi dengan aku punya pengsan 3 hari 3 malam ni. 1 2/4, aku jalan, seriously, aku memang tak larat tapi jalan sekejap je then lari semula tapi sangat slow. 1 3/4, Kelly bagi semangat kat aku, tapi aku gelengkan kepala, dalam hati aku cakap 'tak boleh' dalam 4 bahasa iaitu melayu, english, cina dan korea. Amboi, sampai 4 bahasa. Tapi Kelly jerit BOLEH!!!, then aku dengar dia cakap, jom saya lari dengan awak dalam bahasa cina. Sampai garisan penamat, nasib baik aku tak jatuh tergolek, terbaring atau terduduk macam budak-budak yg lari sebelum ni. Mungkin sebab aku dah cakap dengan diri sendiri nanti sampai garisan penamat aku tak boleh jatuh, mesti kena berdiri.

Tapi adalah seorang budak cina bawa aku masuk khemah PBSM untuk berehat kat situ. PBSM ni lambat betul bagi bantuan kat aku. Aku kat situ macam nak patah kaki dah, rasa macam kaki aku nak kena potong, aku dah tak boleh nak rasa kaki aku. Beberapa minit lepas tu, ada seorang budak cina datang kat aku, tanya mana sakit, aku pun cakap kaki, then dia suruh angkat seluar sebab dia nak spray. Aku pun fikir dalam hati, alamak nak kena angkat seluar ke, dalam khemah ni ada lelaki pula. Terpaksalah aku angkat juga seluar. Aku tak tahu apa gunanya spray tu tapi aku selalu nampak orang guna untuk sukan. Lepas dah spray tu, budak cina tu suruh rehat dulu. Ramai juga budak kat dalam khemah ni yg perlukan bantuan. Tak lama lepas tu, aku rasa kaki aku dah okay. Ohh, tu ke gunanya spray tu. Tapi aku tetap kena duduk lama sikit kat khemah tu sebab takut nanti, aku pergi jalan-jalan tetiba pengsan. Kalau 200 meter pun aku rasa nak pengsan 3 hari 3 malam ni kan pula 400 meter, huh, lagi lah teruk. Jadi apa kesudahannya? Menang atau kalah? Alhmadulillah dapat nombor 2. Nasib baik ada Kelly, I know you can do it girl. Sepanjang hari tu, otak aku ni dipenuhi dengan Kelly je. Kenapa? Mungkin sebab rasa bersalah dan bangga pada dia. Lepas tu Elvy datang, bawa beg dan botol air aku. Dalam botol air aku tu ada air 100 plus. Nasib baik aku beli sebelum lari. Lega sikit bila dah minum 100 plus. Then ada acara tarik tali. Lepas tu cikgu suruh semua murid pergi astaka untuk penyampaian hadiah.

Nak tahu markah keseluruhan? Maaflah yek, aku tak ada gambar untuk tu, gambar lain aku adalah. Yang pasti pemenangnya ialah rumah hijau, diikuti dgn merah, biru dan kuning. Hiasan khemah pula kuning dapat nombor 3. Nampaknya, di SMKM ni aku dapat merasa kekalahan lah yek. Maksudnya? Masa sekolah rendah dan menengah, rumah kuning selalu menang tapi kat sini kalah. Jadi daripada 5 acara, aku cuma dapat 1 emas dan 2 perak. Sekurang-kurangnya aku dapat. 3 kali sekolah, 3 kali pingat aku dapat. Maksudnya? Sekolah rendah aku dapat pingat, sekolah menengah pun dapat tapi 1 je tu pun acara lompat tinggi dan form 6 aku dapat juga. Alhamdulillah. Lompat tinggi tu pun aku tak tahulah macam mana aku boleh dapat. Aku lebih hebat lompat jauh dari lompat tinggi. FYI, Kelly adalah olahragawati bagi kategori perempuan tingkatan 6. Kalau tak silap aku Kelly dapat 4 emas dan 1 gangsa. Apakah gangsa tu? Lompat tinggi lah. Tempat pertama Tee Chai Xiu dapat, nasib baik beliau rumah kuning, tempat kedua ialah Roha dari rumah hijau. Untuk tahu lebih lanjut siapa Kelly ni boleh tengok facebook beliau namanya Kelly Chia. Anyway, punca aku dapat 3 pingat ni adalah dari punca yg sama. Apakah? Bukan apakah tapi siapakah. Jadi siapakah? Siapa lagi kalau bukan Kelly. Kalau tak sebab Kelly datang lambat ke sekolah, aku mungkin tak dapat masuk acara 100 meter, kalau bukan sebab aku geng dgn Kelly dalam acara 4x100 meter dan 4x400 meter mungkin aku akan kalah. Thanks a lot Kelly. Kau buat aku merasai semula kemenangan tu setelah 5 tahun tak rasa kemenangan. Hakhak, tetiba Kelly jadi idola aku pula. Okay, okay, abaikan. Tapi masa dapat pingat 4x400 meter aku rasa macam nak pulangkan semula pada cikgu sebab aku rasa macam aku tak layak dapat pingat tu.

Okay, jom layan gambar perbarisan. Tu je yg sempat aku ambil gambar. Yang lain tak sempat. Maaf yek.

 Moto rumah biru ialah 'Luaskan Empayarmu' dan merah pula 'Sehangat Merah Sehangat Api'
 Moto kuning pula 'Kuning Masih Berbisa' dan hijau pula 'Hijau Gagah Perkasa'. Aku sakit hati betul dgn cikgu yg jadi MC tu sebab asyik kutuk rumah kuning. Karang ada juga yg kena aku punya serangan api ni.



Okay, baiklah, sampai di sini sajalah entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat. Harap terhibur dengan entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Sunday, 8 June 2014

Aki & Tok Family Day part 2

Assalamualaikum...
Apa yg berlaku pada keesokan harinya? Jom ikuti kisah selanjutnya.

Pada hari Ahad, 1/6/2014.
Pagi tu kami breakfast makan roti canai dan macam-macam lagi makanan yg dihidangkan tapi aku cuma makan roti canai je sebab sedap. Entah berapa banyak roti canai aku sumbat dalam perut. Lepas tu tak sangka ada juga congo bars dan brownies yg di buat oleh Angah. Ramai juga yg cakap sedap dan bertanya siapa yg buat. Lepas tu mulalah tanya Angah macam-macam soalan pasal kek-kek. Wah, wah, kat sini pun nak berbusiness juga. Dah siap breakfast, sudah tiba masanya untuk bersukaneka. Sepatutnya sukaneka ni diadakan pada hari semalam tapi disebabkan hujan, maka di tunda pada hari esok. Sebelum tu kami dipecahkan kepada 4 warna rumah iaitu kuning, hijau, merah dan biru. Jadi aku rumah apa? Adakah kuning lagi? Well, aku sangat berharap aku adalah rumah kuning tapi aku rumah hijau. Tapi tak apa, mari buat yg terbaik untuk rumah sendiri. Dalam rumah hijau yg aku kenal ada abang Hanis, Amir, Husna Humaira, CuNa, Noah dan Fauzi (sepupu, anak Mak Tam). Ketua rumah hijau ialah abang Hanis. Cara abang Hanis dipilih sangat lawak. Ada seorang mak cik mula-mula tanya Amir umur berapa. Amir jawab 15 tahun. Lepas tu mak cik tu tanya pula abang Hanis umur berapa. Bila abang Hanis jawab 21 tahun, terus mak cik tu cakap, hah, awak jadi ketua. Tak pasal-pasal abang Hanis jadi ketua. Lepas tu kami disuruh buat sorakan rumah masing-masing. Sambil bersukaneka tu, pertandingan memakai kain pelikat dan batik juga diadakan. Kiranya, memakai kain pelikat atau batik ketika bersukaneka. Cara memakai kain pelikat atau batik tu kena kreatif sebab akan ada pemenang. First time in my life, aku pakai kain batik, mulut aku pula asyik sebut kain pelikat, padahal dalam otak fikirkan kain batik. Kain batik tu pun my mom yg pakaikan. Okay, sebelum sukaneka bermula, kenalah warm dulu.  Okaylah, jom layan gambar. Klik gambar untuk gambar yg lebih besar.

 Rumah hijau.
 Rumah biru.
 Rumah merah.
Rumah kuning.

Banyak acara sukaneka ni tapi aku cuma tengok 2 acara je. Acara seterusnya aku lari. Acara pertama ialah bowling kelapa, perlukan 9 orang pemain, 3 orang kanak-kanak, 3 remaja dan 3 dewasa. Acara ni aku tak join sebab aku ambil gambar. Acara kedua pula kena basahkan kain then masukkan air dalam botol. Acara ni aku join. Lepas tu aku lari pergi minum. Masa minum tu ternampak ada Angah, 3 orang anak saudara dan abang Helmi. Borak sekejap dgn Angah. Lepas tu aku tanya tak nak buat ke kraf ke? Kraf apa? Actually sebelum sukaneka, aku dan Safiyyah dan pergi buat kraf di tempat yg sama semasa pertandingan mewarna. Mula-mula kraf tu tak buat sebagai pertandingan, cuma buat suka-suka sebab sudah tak cukup masa. Tapi tiba-tiba di jadikan pertandingan pula. Cuma untuk budak je okay. Aku tak buat tapi aku tolong Safiyyah sikit-sikit. Aku nak sangat buat kraf tapi aku tak tahu nak buat kraf apa. Okay lepas tu Angah cakap boleh juga. So, kita orang ke tempat buat kraf. Then, Angah cakap, beliau pun tak tahu nak buat apa. Last-last kita orang tolong Sarah dan Amirah buat kraf. Aku pun buat juga tapi, hahahaha, malaslah cakap. Jom layan gambar.

 Get ready kids !!!
 Oh yeah, abang vs adik iaitu my dad vs Mak Tam.
 Abang macho nak tunjukkan cara sebenar main bowling. Semua orang focus to me okay. Mamat ni selalu lepak kat bowling, mestilah pro kan?
 Menonton je lah.
 Melepak je lah.
 Tuan-tuan dan puan-puan, memperkenalkan inilah pemilik Deruan Damai, Aki Cik dan Tok Cik.
Generasi kedua !!! Yang pakai kain biru di kepala tu lah Tok aku, iaitu ayah aku punya mak. Di sebelahnya ialah Tok Teh dan Tok De.
Acara ni aku masuk. Jurugambar ialah my dad.
Angah membantu Amirah buat kraf bentuk aiskrim.
Yang besar tu Sarah punya, yg kecil tu aku punya. Aku buat pin tudung tapi macam tak seberapa nak jadi je.
Snooker time.
Budak ni asyik menyibuk kat tempat snooker ni, mesti teringin nak main. Maaflah yek Safiyyah, anda masih kecil, tak sesuai lagi main snooker.

Jom tengok gambar sekeliling Deruan Damai. Sudah banyak perubahan.



 Tengok gambar kedua. Azim pun selalu main snooker kat Starmall dan di laptop. Style dia nampak macam pro tapi tak delah pro mana. Biasa-biasa je. Mulut dia je yg berlagak.

Lepas habis sukaneka, kini tibalah masa untuk memberi hadiah. Masa bagi hadiah ni yg best. Apasal? Dekat ruang makan tu ada 2 meja besar dan 1 meja kecil. 1 meja besar ada ZaiNurul family, lagi 1 meja besar aku tak ingat sama ada Kerdau clan atau Kelulut clan, dan meja kecil pula bercampur, ada juga ZaiNurul di meja kecil tu. Memang bertuah betul kita orang ZaiNurul ni. Kenapa? Sebelum pemenang macam-macam pertandingan diumumkan, ada teka-teki perkataan Temerloh dan cabutan bertuah. Yang ni lah yg ZaiNurul bertuah. Daripada 4 teka-teki perkataan Temerloh, kita orang dapat 3 hadiah. Yang jawab tu ialah Amir, aku dan Alang. Itu pun di bantu oleh Tok Encik, ayah dan mak. Sampaikan sepupu ayah yg bernama Mak Cik Naei, suruh kita orang bagi peluang pada orang lain untuk jawab perkataan terakhir. Kalau tak ada orang boleh jawab baru ZaiNurul boleh jawab. Orang lain pun macam tak puas hati tapi tak adalah marah-marah. Ayah aku pun cakap, kita orang, orang Temerloh lah, mestilah boleh jawab. Cabutan bertuah pun kita orang bertuah juga. Sepatutnya hadiah cabutan bertuah ni untuk pertandingan memancing tapi tak ada orang pun yg dapat ikan maka jadilah hadiah cabutan bertuah. Ada 5 sampul berisi duit dan di cabut oleh generasi kedua. Ada sebuah balang berisi nama semua orang, nama siapa yg di cabut maka dia lah yg dapat. Daripada 5 sampul tu, ZaiNurul dapat 3. Nama siapakah yg dicabut? Nama my mom dan nama 2 orang anak saudara aku iaitu Husna Aliya dan Amirah Hannani. Orang lain pun macam tak puas hati juga. Bertuah sungguh keluarga ZaiNurul ni kan. Kita orang pun tergelak gembira lah. Tak sangka bertuah sungguh kita orang. Cabutan bertuah belum habis lagi. Ada lagi satu hadiah yg dibalut, dalamnya ada ice cream maker. Siapakah yg dapat? Mestilah keluarga yg bertuah lagi dapat. Nama abang Hanis di cabut. Sekali lagi kita orang tergelak sakan.

Okay, sekarang tiba masanya untuk umumkan pemenang. Untuk acara sukaneka, keseluruhan pemenang ialah rumah hijau tapi tak ada hadiah. Johan pertandingan mewarna pula ialah Safiyyah Aqilah. Kembang hidung anak saudara aku ni. Kita orang pun tak sangka dia menang. Tak sia-sia dia beria-ia dan paling lambat. Good job niece, I know you can do it. Sekali lagi Safiyyah menang pertandingan buat kraf tapi nombor 3. That's good. Bila aku tanya dia siapa yg tolong dia, dia cakap tak tahu. Tak guna betul. Aku yg bersusah payah tolong dia tapi dia boleh pula cakap tak tahu siapa tolong dia. Aisshhh, kurang asam betul. Nasib baik budak kecil kalau tak memang aku belasah. Pertandingan kain batik jatuh pada Cik Zai (mama Nana) dan kain pelikat pula jatuh pada Afif dari Kelulut clan. Juri untuk pertandingan memakai kain pelikat dan batik ni ialah Tok, Tok Teh dan Tok De. Seterusnya, ialah pertandingan slide show. Tempat ketiga aku sudah lupa siapa, tapi tempat kedua pula kalau tak silap aku Damansara clan yg menang iaitu Aki Cik. Jadi siapakah Johan? Hehehehe, mestilah Sentang clan. Siapalah agaknya yg buat slide show untuk Sentang clan yek? Tapi yg ambil hadiah tu kak Am, beliau ke yg buat? Entahlah tak kisahlah, yg penting Sentang clan menang. Then, johan pertandingan ice breaking + musang berjanggut + menara paling tinggi ialah kumpulan Teh iaitu kumpulan keempat. Kedua dan ketiga aku sudah lupa. Sekarang tiba masanya untuk umumkan johan keseluruhan pertandingan. Siapakah? Siapakah? Siapakah? Adakah rumah aku? Tak tapi ianya adalah rumah yg aku nak sangat masuk iaitu rumah kuning. Oh yeah, kumpulan ayah aku menang. Masa sukaneka rumah kuning adalah tercorot tapi Mak Teh Ain (Anak Aki Cik) cakap, rumah kuning ni banyak di bantu oleh kanak-kanak dalam pertandingan mewarna dan kraf. Safiyyah rumah kuning ke? Taklah, Safiyyah rumah biru dan Sarah rumah merah. Aku tak ingatlah rumah lain dapat nombor berapa.

Lepas tu kita orang lunch. Tapi perut aku kenyang lagi. Tak ada mood nak makan nasi. Tetiba aku nampak masih ada lagi roti canai. Hahahaha, apa lagi makan roti canai lagi lah nampaknya. Orang makan nasi, aku pula makan roti canai. Sesat betul. Sambil-sambil makan tu, kita orang melayan slide show dari Kelulut clan. Kelulut clan ni ialah keluarga Aki Teh. Beliau masih hidup tapi tak dapat nak join sebab masalah kesihatan. Oh yeah, actually entry Aki & Tok Family Day part 1, aku ada cakap Mahmud clan, sebenarnya aku salah, ianya adalah Awah clan. Dan lagi satu benda yg aku terlupa. Pada 31/5/2014, adalah hari jadi Aki Cik. Kita orang sambutnya pada waktu malam semalam, selepas dinner sebelum aktiviti beroyat perdana. Lepas lunch, kita orang semua berbincang sama ada nak buat lagi tahun depan pada tarikh yg sama iaitu pada hari jadi Aki Cik. Jadi keputusan yg masih tak comfirm lagi. Lepas tu lantik AJK untuk tahun depan. Siapakah AJK? Bertuah dapat banyak hadiah punya pasal inilah jadinya. Ayah aku dipilih jadi AJK. Peninglah kepala ayah aku nanti. Don't worry ayah, ayah kan ada banyak askar. Askar yg aku maksudkan tu ialah anak-anak ayah. Semua orang pilih ayah aku sebab ZaiNurul dapat paling banyak hadiah. Ahhh, dengki. AJK kedua pula Afif dari Kelulut clan dan kak Am untuk bahagian kanak-kanak. Lepas tu sambut birthday juga tapi aku tak ingat siapa, kalau tak silap aku ada 3 orang. Akhir sekali, ucapan terakhir dari Aki Cik. Then, beliau tanya ada nak tambah apa-apa ke, ada apa-apa yg tak cukup, tak puas pasal Deruan Damai, nak bagi cadangan pun boleh. Tapi tak ada orang pun yg bagi response, last-last ayah yg dipilih suruh bagi cadangan sebab dapat banyak hadiah. Apakah yg ayah aku cakap? Kolam untuk kanak-kanak ada tapi untuk orang besar tak ada, so, please do something about it. Yeah, something like that lah ayah aku cakap. Tok Cik pun ada cakap sikit. Lepas tu bersurai, sudah boleh balik. Family Day untuk tahun ini tamat sudah bah.

Lepas tu kita orang kemas barang-barang kemudian bersiap untuk ke rumah Along di Semenyih sebab nak tengok anak saudara yg ke-6 yg bernama Zainul Hadif Syahmi bin Zainul Anuar Husni. Panggil beliau Hadif atau Syahmi? Jawapannya Hadif. Masa kat rumah Along tu kita orang borak-borak then ayah pun cerita semula pasal Pak koyot (musang). Sekarang barulah aku faham cerita Pak Koyot tu. Patutlah semua orang gelak je. Ayah cakap tu cerita rekaan arwah aki. Abang De pula cakap, setiap kali arwah aki bercerita mesti akan start dgn perkataan 'Andelah' yg bermaksud adalah dan di akhiri dgn 'jatuh tergolek lalu mati'. Ayah cakap Pak Koyot ni ada 2 versi. Versi pertama Pak Koyot ni mati, versi kedua pula tak mati tapi masuk hospital. Macam mana boleh ada versi kedua ni? Kisahnya, arwah aki bercerita pada adik-beradik ayah semasa kecil dulu. Masa arwah aki sudah habis bercerita sampai jatuh tergolek lalu mati, Cik Zai cakap dia tak mati sebab masuk hospital. Kenapa Cik Zai cakap macam tu? Sebab masa tu kaki Cik Zai patah masuk hospital. Begitu lah kisahnya. Malam tu, kita orang pergi ke Univeristi Malaya untuk jemput Hakim kemudian balik ke Mentakab semula.

Baiklah, sampai di sini sajalah entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca. Harap terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...