Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Tuesday, 5 November 2013

Bingung

Assalamualaikum...
Tinggal lagi beberapa jam saja lagi aku akan menghadapi SPM, yg pastinya sudah kurang dari 24 jam. Cikgu Hamizatul cakap sehari sebelum exam, kena rest betul-betul, kurangkan baca buku takut nanti stress. Well, hari ini memang aku kurang sikit baca buku. Baiklah, aku malas nak berleter panjang sebab lepas ni aku nak tengok cerita Dia Suamiku pukul 9 malam lepas tu aku nak gosok baju dan tidur secukupnya. Tapi bila bercakap pasal tidur ni, exam atau tak exam, aku memang selalu tidur around 10-10.30 malam sampai pagi nak solat subuh atau nak pergi sekolah.

Sebelum ni aku selalu tertanya-tanya kenapa aku selalu tak serious bila belajar. Kadang-kadang aku fokus dan kadang-kadang aku tak fokus. Tapi hari ni, aku rasa aku tahu kenapa. Aku rasa je okay. Mungkin sebab aku tak tahu bidang apa aku nak ambil. Dulu aku nak jadi pilot jadi aku rajin sikit sebab nak capai cita-cita aku tu, tapi masa form 2 aku sudah pakai cermin mata, jadi aku rasa, aku dgn pilot tak sesuai. Lepas tu, sehinggalah hari ini, aku masih tak tahu aku nak jadi apa. Walaupun pembedahan laser ada tapi aku sudah drop add math jadi apa-apa yg berkaitan dgn bidang sains, aku tak layak nak ambil. Mak ayah aku pun tak suka aku jadi pilot, dia orang lebih suka aku kerja di atas darat.

Tapi hari ini, waktu lunch Hakim ada tanya aku nanti aku nak ambil bidang aku. Aku jawab tak tahu. Kemudian Hakim tanya lagi, aku minat apa. Aku pun jawablah, aku minat photography. Hakim cakap kat UITM ada diploma photography dan dia suruh aku buat research pasal tu. Lepas makan, aku terus menghadap laptop nak search pasal diploma photography. Jujur aku katakan, aku memang minat dgn photography tapi suatu masa dahulu aku pernah cakap dgn diri aku bahawa aku nak jadikan photoraphy sebagai hobi sahaja. Lepas tu aku teringat kisah di mana Angah backup aku. Backup aku? Masa tu mak berleter cakap aku ni tak pandai masak and so on, kemudian angah yg entah datang dari mana tetiba cakap suatu hari nanti aku mungkin akan lebih hebat memasak dari kita. Kita? Mungkin juga angah merujuk pada perempuan dalam keluarga aku.

Lepas aku teringat kisah tu, serta-merta aku search pasal masakan pula. Teringat pula pada abang Ameera yg bernama Amirul yg ambil bidang masakan ni. Ameera pernah cerita abangnya dulu masa form 5 (2012) asyik menghadap laptop, tengok cerita Naruto sampai result SPM tak boleh dibanggakan tapi bila belajar masakan result dia sungguh baik. Kalau tak silap aku Ameera cakap abang dia ambil 5 subjek dan alhamdulillah resultnya sangat bagus. Aku terfikir adakah nasib aku akan sama dgn abang Ameera? Itu semua bergantung pada aku. Aku yg menentukan kehidupan aku. Masalahnya abang Ameera masuk swasta punya. Mak ayah aku mesti akan suruh aku masuk kerajaan tapi layak ke masuk nanti? Perempuan banyak saingan berbeza dgn lelaki yg tak banyak saingan jadi lelaki mudah sikit nak masuk U.

Tapi betul ke aku ni nak ambil bidang masakan. Ahh, bingung betul lah. Kadang-kadang, kata-kata angah tu memberi aku semangat untuk ambil masakan tapi bila aku fikirkan tentang diri yg langsung tak minat masakan ni, boleh ke? Tapi mana tahukan? Tak kenal maka tak cinta. Maybe, aku perlu mencuba. Baiklah, sekarang semangat sudah ada tapi masalah nak masuk U ni yg payah sikit. Ramai yg nasihatkan aku, kalau perempuan dapat 5A dalam SPM tak perlu nak bangga sebab sekarang ramai perempuan yg dapat 8A ke atas. Aku rasa 5A tu aku mungkin boleh dapat tapi nak dapat 9A yg payah sikit ni especially subjek fizik. Chemistry dan Biology okay lagi tapi aku tak surelah dapat A ke tak. Yang aku risaukan ialah fizik.

Tapi aku cemburu dgn Hyomin (T-ara), sebab dia ada satu almari bersaiz sederhana, mungkin paras pinggang. Dalam almari dia penuh dgn pelbagai jenis kamera. Ada yg kecil ada yg besar. Huh, cemburu betul. Kalaulah aku ada almari yg di penuhi dgn kamera kan bagus.

Aku harap aku boleh buat yg terbaik untuk hari esok, Amin. Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Kepada yg membaca, tolong doakan kejayaan aku. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...