Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, 31 October 2013

Last Day Sekolah 2013

Assalamualaikum...
Tak sampai seminggu lagi para pelajar tingkatan 5 pada tahun 2013 akan menghadapi perang yg ke-3, apakah? SPM la. Yang pertama UPSR dan yg kedua PMR. Hari ni boleh dikatakan sebagai hari terakhir sekolah bagi pelajar form 5, kemudian cuti Deepavali dan kembali ke sekolah pada 6 November, hari pertama SPM. Sedih rasanya nak perpisah dgn kawan-kawan, cikgu-cikgu dan sekolah. Sudahlah, aku malas nak berleter panjang jadi mari kita layan gambar.

 Pelajar lelaki dan perempuan sedang bergambar dgn cikgu Biology iaitu cikgu Hamizatul. Kalau tak silap aku cikgu ni ajar around 4 bulan terakhir. Sebelum ni cikgu Low Siew Wan yg ajar tapi ade problem sikit jadi kena tukar cikgu. Mari aku kenalkan budak kelas aku ni. Start dari pelajar lelaki yg kurus dan sedang berdiri tu, namanya Kho Chin Hoa, Mok Chun Kit, Le Jia Nian, Tan Tein Ren, Ng Chee Kang, Loh Chon Hong (tersorok sikit), Samuel Yong dan Soh Wei Le. Yang duduk pula Patrick Lam (depan KCH), Lee Chi Ho, Hor Thong Qin dan Lee Chou Chin. Untuk pengetahuan korang, LCC selalu di buli oleh budak-budak lelaki, dan dia selalu dipanggil dgn nama katak dan KLCC. Pelajar perempuan pula start dari aku. Nabilah, Nalini, Tan Chii Jiun, Gan Wi Wien, Mubshira, Ameera, Jamuna dan Nagharani. Yang duduk di depan aku pula Sindhu (member masa tadika), Malini, Elvyianah dan Anati. Actually bukan semua pelajar perempuan ada dalam gambar ni. Ada 2-3 orang tak mahu bergambar.
 Bersama dgn cikgu Amirah iaitu cikgu Chemistry. Seorang cikgu yg baik, comel. Budak-budak lelaki selalu puji cikgu Amirah sebab nak ambil hati sebabnya homework yg cikgu bagi tak siap.
 Gambar pertama kami bersama cikgu Hoo Foo Yi, cikgu Matematik (form 4) dan cikgu Fizik (form 5). Gambar kedua kami bersama Low Siew Wan, cikgu Biology. Kene tukar cikgu sebab dia ambil cuti selama sebulan sebab sakit dan sekarang beliau mengandung anak pertama. Kita orang panggil dia pontianak sebab sebelum dia mengandung, dia selalu lepaskan rambut dia. Gambar ketiga pula kami bersama cikgu sejarah iaitu cikgu Arbaiya. Seorang cikgu yg sgt spoting (betul ke aku eja?), suka bercerita dan suka buat orang tergelak.

Sekarang masa untuk suka-suki kami bergambar...
 Gambar pertama, Muba bersama Low Siew Ying. Untuk pengetahuan korang, muka Low Siew Ying sebijik macam Fauziah Gaus. Gambar kedua kami bersama Wong Wang Ying (sebelah aku) dan Lee Xiao Jing (sebelah Anati). Gambar ketiga, dia orang buat lambang. Anati dan Elvy buat lambang #Shilalas, walaupun dia orang bukan #Shilalas. Yang #Shilalas tu aku. Muba dan Ameera pula buat lambang 13. Apakah? Sebab dia orang tahun ni tak datang selama 13 hari dan banyak lagi persamaan dia orang yg membuatkan kita orang annoying sikit. Gambar keempat pula sengaja mengedik sikit. Ameera makan choki-choki yg aku bagi. 3 paket choki-choki aku bawa bagi dia orang makan.
 Gambar pertama, no comment. Gambar kedua, Low Siew Ying suruh kita orang post macam ni. Gambar ketiga pula aku di buli. Tengok mata Muba, renungan yg sungguh tajam. Tak apalah, hari terakhir, bagi dia orang pula buli aku, asyik aku saja buli dia orang. Gambar keempat pun no comment.
Lee Bee Leng gelar mereka ber-4 sebagai 4 idiot dan aku rasa memang sesuai sgt lah. Aku rasa 4 idiot ni lah yg paling handsome. Nak tahu apa nama gelaran yg aku, Ameera, Muba, Elvy dan Anati gelar 4 idiot ni? Tan Tein Ren ialah Arthur sebab macam Arthur Pendragon dalam cerita Merlin, Twitter, jodoh (sebab aku suka dia) dan Ahmad Albab sebab aku pernah mimpi aku berkahwin dgn TTR. Aku cakap dgn 4 orang member aku yg dia tak tukar nama tapi dia orang tetap berdegil nama Islam dia ialah Ahmad Albab. Samuel Yong pula aku tak sure lah, hurmm, abaikan. Le Jia Nian pula spiderman dan entah apa lagi. Hor Thong Qin atau lebih dikenali sebagai Ted Hor pula kami gelar dia Edward Cullen sebab ada iras-iras sikit dan tong sampah. Gambar di bawah pula LCC di buli oleh dia orang. Actually ni bukan gambar aku. Aku curi Gan Wi Wien punya.
 3 orang sahabat iaitu Low Siew Ying, Lee Xiao Jing dan Wong Wan Ying. Anati, Ameera dan Elvy bersama kucing. Untuk pengetahuan, Ameera ni seorang cat lover.
Gambar pertama, bersama Grace dari Sarawak, Elvy dari Sabah. Gambar kedua bersama Puteri, member sejak darjah 1, kami sama sekolah dan sama kelas sejak darjah 2 hingga darjah 6. Gambar keempat bersama Ameera yg sedang makan choki-choki. Gambar keempat dan kelima pula kami sengaja posing pelik sampai cikgu Amirah tegur. Nak tahu apa beliau cakap? Akhir-akhir tahun ni pelajar memang akan jadi gila. I like. Gambar keenam pula bersama Nabella sebelum balik.
Kami bersama pelajar lelaki 5 Clever sebelum bersurai.

Masih ada lagi cikgu yg belum kami jumpa dan ada yg sudah jumpa tapi tak ambil gambar. Cikgu yg belum kami jumpa ialah cikgu matematik iaitu Lee Yen Fong. Seorang cikgu comel bila marah, kita orang memang suka tengok masa dia marah. Dahlah comel macam baby sikit, lepas tu, nada dia bercakap macam nada orang marah padahal masa tu dia bukannya sedang marah. Dan beliau sangat suka panggil nama Ameera. Lepas tu cikgu add math iaitu cikgu Go Tze Chin. Kesian sikitlah dgn cikgu ni sebab masa dia mengajar tak ada orang dengar, kalau ada pun dalam 2-3 orang saja. Tapi walaupun tak ada orang dengar dia mengajar, dia tetap mengajar. Bagus, cikgu-cikgu yg suka makan gaji buta memang patut mencontohi beliau. Cikgu BM2 iaitu cikgu Zalilah pun kami belum jumpa tapi tak apa, esok ada kelas dgn dia. Dan terakhir, cikgu Ratha iaitu cikgu English. Ohhh, seriously, kita orang sekelas tak seberapa nak suka dgn cikgu ni. Kenapa? Sikit-sikit dimerit. Tak datang sekolah pun nak dimerit dan kuat merajuk. Bukan merajuk manja-manja tapi merajuk gedik. Sakit hati pula aku ni. Cikgu yang sudah jumpa yg tak ambil gambar ialah Lee Bee Leng iaitu cikgu Akaun. Lepas bersalaman dgn LBL terus dia lari sebab tak mahu bergambar. Nampaknya betul lah sangkaan aku sebelum jumpa dia. Apakah? sangkaan aku ialah beliau tidak suka bergambar. Okay, kemudian cikgu Mazni (lelaki), cikgu BM1. Cikgu ni lembut je orangnya, tak garang, tak tegas. Dan ustazah Faridah yg mengajar P.Islam.

Such a beautiful memory that I have in SMK Hwa Lian. Aku harap aku tak lupa pada kawan-kawan dan cikgu-cikgu yg pernah mengajar aku dari tadika sampailah sekolah menengah. Tapi kan, sudah 2-3 kali aku jumpa cikgu sekolah tadika tapi aku masih tak dapat ingat beliau. Teruk tak? Aku pun tak tahulah sebab biasanya orang cakap memory masa kecil kita tak ingat.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Aku rasa mungkin akan ada part 2. Mungkin saja okay. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog. Semoga terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Thursday, 24 October 2013

I Like You !!!

Assalamualaikum...
Gedik tak tajuk aku? Opps, maaf kalau gedik. Apa yg 'I Like You' ni? Untuk lelaki? Of course. Eh eh, bukan pakwe. Tapi bolehlah dikatakan pakwe tapi hanya dalam khayalan aku. Siapakah lelaki tersebut. Mestilah jejaka malaya. Hihihi, walaupun sudah terpengaruh dgn k-pop, orang melayu juga aku pilih.

This was that guy. Who is this? Fadlan Hazim Anuwar. Artis ni.

Meh sini aku ceritakan serba sedikit pasal si Fadlan ni. Dia ni dulu pernah masuk pertandingan Kacak Bergaya 2010. Kalau tak silap aku ada 12 peserta. Tapi malangnya dia kalah. Kemudian dia jadi model untuk pakaian, minyak rambut dan lain-lain. Muka dia mirip pelakon dan penyanyi taiwan iaitu Vic Zhou. Style rambut pun ada gaya sikit. Kemudian dia jadi penyanyi under KRU dalam kumpulan VIP yg terdiri dari 5 orang iaitu Adam AF2, Marlon, Yandy, Fadlan dan Ryan. Kalau tak silap aku 4 orang kecuali Fadlan dari Sabah or Sarawak. Kiranya VIP ni M-pop la, menyanyi sambil menari. Nak tahu apa maksud VIP? Maksudnya Versatility In Performance. Lepas tu dia keluar dari VIP sebab sibuk dgn lakonan pula under MIG. Vip pun banyak tukar ahli. Kalau tak silap aku 2 orang je yg stay iaitu Adam dan entah siapa lagi seorang, lagi 3 orang tu orang baru kut.

Ni biodata dia masa dalam Kacak Bergaya. Aku dgn dia beza 4 tahun saja. Masa ni dia kurus saja, body pun tak smart lagi. Sekarang, huh, body dia tegap la. Walaupun aku tak pernah tengok body dia, tapi aku boleh agaklah badan dia tegap sebab dia asyik pergi gym. Dia cakap gym tu bagaikan rumah kedua dia.

Dia pernah berlakon dalam Hotel Mania, Cinta Balqis, Doyung Arinidata, 6 Progresif, Dalam Setiap Sujud, Kasih Bukan Dusta, 3 Cinta 1 Novel dan filem terbaru dia, Sniper, Fadlan watak utama. Nama wataknya kalau tak silap aku Rafi. Tapi belum keluar pawagam lagi. Coming soon. Walaupun banyak drama/filem dia berlakon, aku tak dapat nak tengok oleh sebab-sebab tertentu. Tapi 3 Cinta 1 Novel aku tengok. Sekarang drama yg dia berlakon Dia Suamiku sedang ditayangkan di astro Prima setiap hari Isnin hingga Khamis jam 5 petang. Aku nak tengok tapi, my mom nak tengok cerita dia. Terpaksalah aku mengalah. Tapi tak apa, aku ada banyak sumber.


Semalam iaitu Rabu 23/10/2013, aku telah mengedit gambar si Fadlan ni sebab aku nak buat wallpaper untuk handphone then aku post di istagram then aku tag nama Fadlan. Guess what? Dia like gambar yg aku edit tu. Nak tengok gambar tu? Jom!
 Ni yg mula-mula aku edit. Hehehe. Aku kat tengah-tengah sebagai heroin. Nak tahu story di sebalik gambar ni? Kononya, Fadlan si rambut panjang dan Fadlan si baju merah sedang bergaduh untuk dapatkan aku. Ceh. Tapi aku pilih yg kat belakang aku tu. Yang ni saja-saja je aku buat. Untuk kepuasan hati aku.
 Yang ni aku buat wallpaper photo untuk handphone. Semua ni aku ambil dari istagram Fadlan. Yang baju merah tu actually dia tengah pandang Yana Samsudin dalam drama Dia Suamiku. Fadlan nak mengorat si Yana ni. Maaflah ye Yana, heroin nya bukan kau tapi aku. Wahahaha.
Yang ni aku post di Instagram tapi tak dapat nak ambil seluruh gambar sebab ada limit saiz.  Cuba tengok kotak warna merah dalam gambar di sebelah gambar Fadlan tu. Hehehe, tu bukti dia like gambar aku. Tapi lagi bagus kalau dia komen gambar tu.

Poster Fadlan dalam majalah URTV tahun lepas. Gambar ni aku ambil dari instagram Fadlan tapi aku ada poster ni. Aku tampal poster ni kat dalam bilik aku pada 2-3 hari lepas. Actually aku beli majalah URTV time tu sebab cerita cinta pasal Shila Amzah dan Sharnaaz. Kebetulan ada poster beliau. Tapi time tu aku tak gila sangat kat Fadlan tapi aku memang sudah minat dia. Sebelum aku buat entry ni tadi, aku ada bergambar dgn poster Fadlan ni. Nak tahu aku buat apa? Aku buat nak kiss dia, mengelamum pandang dia, buat-buat malu dan happy. Nampak tak kegilaan aku di situ.




Hahaha, aku sengaja posing style dia. Ni time Fadlan masih lagi VIP. Aku ambil gambar ni pun sudah lama. Tahun lepas atau awal tahun ni kut.

Selain daripada Fadlan, seperti yg korang tahu, aku minat Shila Amzah. Hurm, nampak tak, walaupun sudah terpengaruh dgn k-pop, aku tetap meminati artis melayu tapi 2 orang saja. Dengar cerita Shila couple dgn Johan Ashaari yg lebih dikenali sebagai botak dalam cerita Juvana. Tapi belum official lagi kut. Tapi tak kisahlah, asalkan bukan Sharnaaz. Dari awal lagi aku memang tak suka Shila dan Sharnaaz. Sebelum aku kenal Shila lagi aku memang sudah tak suka Sharnaaz.

Baiklah, sampai di sini saja kisah kegilaan aku pada si Fadlan dan Shila Amzah. Aku masih menanti poster dan album Shila. Entah bilalah nak dapat. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca. Harap terhibur dgn kisah kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Friday, 18 October 2013

Oh No !!!

Assalamualaikum...
Sebenarnya aku nak update blog ni pada beberapa hari lepas tapi di sebabkan masalah yg menimpa, aku tak dapat nak update. Apakah? Ruangan nak tulis entry ni hilang sebab adsvertisment menyibuk. 2-3 hari jugalah aku menahan sabar. Hari ni aku tanya Azim tapi dia cakap tak tahu dan dia cadangkan aku guna Mozilla Firefox atau Internet Explore. Okay fine, aku try la guna internet explore and guess what? Masalahnya lebih kurang tapi aku dapat type tapi ruangan tu sangatlah kecil, tapi tak apa. Yang penting dapat.

 Okay, mari kita teruskan dgn cerita sebenar. Apakah oh no? Kejadian ni berlaku pada hari Selasa 15/10/2013 pada pagi raya Haji. Ianya berlaku sekitar pukul 10 pagi, masa tu dekat-dekat nak breakfast. Apa yang berlaku? Al-kisahnya, semua lelaki dalam rumah aku dan my mom pergi masjid nak sembahyang raya haji. Breakfast pula sudah siap cuma belum boleh makan sebab nak makan beramai-ramai, nak tunggu semua balik masjid. Kak Teh dan Kak Aya (kakak ipar) masuk bilik masing-masing. Aku pula duduk di ruang tamu. Aku tak tahu nak buat apa masa tu. Nak study tapi badan tak seberapa sihat. Tengok TV?, huh malas lah. Jadi kesudahannya aku tidur. Aku tersedar bila aku dengar suara mak panggil makan around pukul 9.50 pagi. Suara mak? Mesti semua orang sudah balik. Aku pun bangun tapi tak terus berdiri, aku duduk dulu kejap. Kat sebelah aku ada Abang De anaknya, Husna Aliya yg baru bangun tidur. Husna pandang aku lama masa tu. Aku pun hairan juga kenapa Husna pandang aku lama? Mungkin juga dia fikir Mak Nik demam atau seumpamanya. Kenapa aku fikir macam tu? Sebab hari Isnin petang, dia panggil aku kat bilik sebab dia dengar aku bersin 2-3 kali. So sweet. Dia ambil berat pasal aku. Husna tanya aku, Mak Nik demam ke? Tapi Isnin pagi tu aku bagi tahu dia yg aku demam. Jadi aku rasa sebab dia pandang aku lama sebab dia risau Mak Niknya yg demam. Actually aku tak demam tapi aku cuma selsema dan sakit tekak tapi boleh dikatogarikan sebagai demamlah kan?

After that, aku pergi cuci muka kemudian pergi dapur tolong sikit. Memang tabiat akulah tolong last minute. Aku selalu tolong time dah nak makan. Memasak? Tunggu lepas SPM lah yek. Tapi sebelum aku menolong tu, aku rasa jantung aku berdegup laju. Resah juga aku tapi aku abaikan. Lepas sudah tolong tu, aku bersandar kat kabinet dapur. Jantung aku masih berdegup laju. Aku nak duduk kat kerusi tapi bila aku fikirkan pasal diri aku yg tak banyak menolong di dapur, maka tak jadilah aku nak duduk di kerusi. Kenapa? Sebab para perempuan masih sedang sibuk menyediakan makanan. Nanti kalau aku duduk, apa pula yg difikirkan oleh orang lain. Masa aku berdiri tu, kepala aku tiba-tiba rasa pening dan kemudian aku rebah, jatuh ke lantai.

What? Jatuh? Hehe, yup. Pengsan sekejap, tak sampai 1 minit kut. Bila aku sudah jatuh kat lantai, kepala aku terhantuk pada sliding door di kabinet sinki. Bila sudah terhantuk, aku tersedar tapi aku tutup mata. Lama juga aku tutup mata. Sampai bila aku tutup mata? Nanti aku bagitahu. Masa aku masih di lantai tapi sudah duduk bukan baring lagi, abang de tanya aku boleh jalan tak? Sempat juga aku terfikir, kalau aku tak larat nak jalan, aku akan dapat khidmat dukung dari abang de ke? Teringin juga aku nak dukung. Tapi aku try je lah berdiri and guess what. Aku larat nak jalan. Ciss, melepas peluang aku nak dapatkan khidmat dukung abang de orang kuat dalam keluarga. Tak ada orang boleh kalahkan abang de lawan tangan. Aku tak tahulah kenapa aku asyik mengalirkan air mata masa tu. Padahal aku bukannya menangis atau sedih. Banyak juga air mata aku yg keluar. Opps, mata aku belum buka lagi. Kak Aya basahkan aku punya dahi dan belakang leher dan urut-urut sikit kepala aku. Lepas tu aku terdengar suara Teh bagi aku nasi dagang. Tak lama lepas tu barulah aku buka mata. Aku masa tu macam blur-blur lagi + trauma sikit. Lepas tu aku terpandang Husna, dia pun pandang aku.

My mom and dad suruh makan tapi aku tak ada selera. Actually sebelum pengsan seketika, aku lapar tapi selepas tu, selera aku hilang. Lepas tu abang de cakap kat Husna suruh aku makan. Aku pun fikir, lebih baik aku makan, nanti kalau benda lebih teruk terjadi susuh pula. Nasi dagang memang sedap lah, terus kembali aku punya selera tapi aku makan sikit je. Masa aku sudah separuh makan, Husna tegur, dia cakap, bagus mak nik makan. Kita orang pun tergelaklah. Kak Aya cakap, sebelum aku jatuh, dia perasan yg muka aku pucat. Bila aku teringat semula, aku memang ada perasan yg kak Aya ada pandang aku.

Such a bad tragedy for me. First time aku menghadapinya. Aku tak sangka ianya akan berlaku. Aku tak mahu lupakan kejadian ni. Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...