Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, 29 August 2013

Oh No...

Assalamualaikum...
Lebih kurang 2 minggu aku tak buat entry. Kenapa? Ha, ni lah dia aku nak cerita. Yang pastinya aku sudah kena virus. Opps, virus apakah. Muba yg sebarkan virus ni. Bella dan Elvyianah sebar sikit je la. Aku pula mudah menerima virus. Haish, itulah padahnya. sekarang nak hilangkan virus tu sudah susah. Virus apakah? Virus K-pop la.

Dulu FT. Island kemudian 2NE1 dan sekarang T-ara. Tapi yg peliknya kenapa aku lebih minat group perempuan daripada lelaki. Hurm, mungkin juga virus k-pop ni belum 100% lagi kena aku. Hari tu aku tanya Muba pasal group lelaki dan Muba suruh aku dengar lagu BAP dan Bella suruh aku dengar lagu 2PM. Tapi aku rasa aku nak dengar lagu 2PM dulu sebab aku minat 2 buah lagu iaitu I'll Be Back dan Heartbeat. Aku juga kenal 4 orang ahli 2PM daripada 6 orang. Abaikan pasal group lain tu sebab aku nak ceritakan pasal group T-ara yg bertakhta di hati aku sekarang ni. Opps, Shila Amzah masih aku punya nombor 1.

Macam mana aku boleh minat T-ara? Ianya bermula bila Muba menyebarkan virus drama Dream High. Pelakonnya terdiri dari Suzy (Miss A) sebagai Go Hye Mi, Eun Jung (T-ara) sebagai Yoon Baek Hee, Taecyeon (2PM) sebagai Hyun Shi Hyuk, Wooyoung (2PM) sebagai Jason, Kim Soo Hyun sebagai Song Sam Dong dan IU sebagai Kim Pil Suk. Nak tahu lebih lanjut pasal 6 orang ni sila tanya Mr. Google. Aku, Muba, Elvy dan Ameera tak suka Suzy sebab dia merupakan Korea First Love dan banyak lagi sebab. Tanya meminat k-pop mesti ramai yg tahu pasal Dream High. Aku pun apa lagi, download la sebab kalau pasal drama Korea aku laju sikit berbanding dgn lagu. Maksudnya aku lebih minat drama dari lagu.

Ahli T-ara iaitu Eunjung berlakon dalam drama ni. Well, aku start minat dia dalam Dream High. Tengok gambar di bawah. Mereka berdua adalah orang yg sama. Berdasarkan drama masa dia rambut panjang dia macam budak blur-blur sikit lepas dia potong rambut, perangai dia berubah 100% jadi jahat tapi kemudian jadi baik semula. Aku start minat dia sejak dia potong rambut. Anyway, rambut panjang tu rambut palsu je. Bak kata Muba Eunjung tak pernah ada rambut panjang. Bagi aku, dalam banyak-banyak manusia yg aku kenal, dia seorang saja yg muka dan suara sesuai. Aku tak tahu macam mana nak jelaskan tapi itu lah yg aku rasa.
Lepas habis tengok Dream High, aku tengok We Got Married. Anyway WGM ni bukan drama okay. WGM ni macam artis yg tak berkahwin secara sah tapi hidup sebagai suami isteri. Aku tengok yg ada Eunjung dengan Lee Jang Woo. Eunjung punya first kiss dgn Jang Woo la tapi Eunjung tak seberapa nak kiss je. Tapi aku tak habis tengok lagi, tak sampai 10 episode lagi. Lepas tu aku tanya Muba pasal Eunjung. Lepas tu banyaklah Muba sebarkan virus. Cerita pasal T-ara, ahli T-ara iaitu Hwayoung keluar sebab kena buli dgn 2 orang ahli T-ara iaitu Qri dan Jiyeon. Kalau tak silap aku, T-ara famous dgn lagu Roly Poly. Lagu favourite aku ialah Day By Day. First time aku dengar lagu dia orang, aku rasa macam tak ada feeling kecuali Day by Day dan Don't Leave. Muba cakap T-ara mungkin tak sesuai dgn jiwa aku. Tapi aku tak puas hati, Eunjung punya pasal, aku mesti kena minat T-ara. Beberapa hari kemudian, aku try lah dengar kali kedua, masa tu barulah rasa ada feeling sikit. Then makin lama feeling tu makin mendalam. Lepas tu aku minta poster T-ara kat Muba.

Walaupun aku tak seberapa nak kenal lagi ahli T-ara ni tapi tak apalah, mari aku kenalkan, anyway, ahli T-ara selalu bertukar-tukar termasuk ketua. Setiap album atau setiap tahun mesti tukar ketua.

 Areum. Aku masih tak kenal dia. Aku tak sure la sama ada dia sudah keluar atau baru masuk.
 Boram. Yg ni pun aku tak kenal. Bukan tak kenal tapi tak hafal muka.
 Dani. Kalau tak silap aku dia baru masuk. Tapi aku tak kenal lagi muka dia.
 Eunjung!!! My favourite. Dari awal T-ara debut sampai sekarang. Posisi dia vocal dan rapper. Tapi kalau dia rap memang aku tak kenal suara dia. Memang lain. Suara dia comel. Geram aku.
 Hwayoung. Dia ni lah yg kena buli dgn Qri dan Jiyeon sebab dia paling muda. Kalau rambut pendek aku kenal tapi rambut panjang aku tak kenal. Dia rap best. Aku minat dia. Tapi dia sudah keluar.
 Hyomin. Yg ni pun aku tak kenal lagi.
 Jiyeon. Yg ni aku minat. Dia yg mula-mula aku cam muka. Comel kan? Tapi pembuli. Sesuailah dgn aku. Aku kan pembuli juga.
 Qri. Aku tak cam lagi muka dia. Tapi Muba cakap dia lah yg paling hodoh.
Soyeon. Yg ni ada masa aku kenal dan ada masa aku tak kenal.

Setiap kumpulan mesti ada yg rambut pendek dan ada nama Min contohnya Minzy (2NE1) rambut pendek, Min (Miss A) rambut pendek dan Hyomin (T-ara) bukan rambut pendek. Famous betul nama Min ni. Ahli-ahli TLB suka sangat nyanyi lagu Wonderpet sebab nama burung kuning tu ialah Min Min so, dia orang tujukan lagu tu untuk aku. Menyesal pula aku buat nama Min Min tapi comel.

Pasal 2PM dan BAP dan group-group yg lain sila tunggu aku kenal ahli-ahli T-ara dulu ya. Sebab aku tak mahu kenal ramai-ramai sekali gus. Nanti ada burung kuning Min Min berpusing-pusing di kepala aku. Virus k-pop!!! Tidak!!! Anyway sekarang aku sibuk download drama sebab Muba nak. Drama apa? Iaitu Gu Family Book oh tidak ada Suzy tapi aku sudah habis tengok, I Hear Your Voice, Good Doctor, Rooftop Prince dan Monstar. Banyak kan? Ni Muba punya permintaan lah. Dan satu lagi iaitu Dream High 2, Bella nak. Time nak dekat periksa ada saja yg membuat aku terpengaruh. Huh, haraplah tak menggangu periksa. Dahlah sekarang nak dekat Trial SPM. Anyway, Dream High 2 bukan pelakon yg sama.

Bella cakap dia PHD dalam k-pop, Muba dan Elvy pula Master. Habis tu aku? Tadika? Sekolah rendah? Bahasa korea pun aku sudah mula belajar dari 3 orang sahabat ni. Tapi aku rasa tak sampai 20 perkataan kut yg aku tahu. Selalu lah aku tanya dia orang maksud, cara nak sebut atau apa-apa saja yg aku nak tahu.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur dgn entry kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Thursday, 15 August 2013

Raya part 3 !!!

Assalamualaikum...
Aku sudah ceritakan pasal raya tahun 2013 dalam part 1 dan part 2. Hari ni aku nak ceritakan pasal raya ke4. Raya ke5, tak ada apa yg best sgt tapi tengok keadaan lah ya, sama ada aku mahu buat entry atau tidak. Baik, mari kita teruskan dgn raya keempat tapi sebelum tu, tak sampai 5 minit mak Lang balik, Along telah selamat sampai ke rumah. Abang De pula sampai malam.

Raya Keempat

Pada pagi raya tu tak ada apa-apa yg special tapi kami kena pergi majlis perkahwinan kawan ayah aku punya anak kut di sekolah Khee Chee di Temerloh. Okay, aku malas nak cakap panjang lebar. Kita layan gambar okay.

Hakim bersama siapa? Ini lah finalist untuk rancangan The Apprentice Asia, Jonathan dan Andrea di channel AXN, 701. Kita orang tak sangka langsung akan jumpa dgn dia orang tapi aku tak minat pun dia orang. Hakim lah selalu tgk rancangan ni. Hakim pun mulanya tak mahu pergi kenduri ni tapi last minute dia ubah fikiran. Kalau nak tahu, aku yg ambil gambar ni. Hakim suruh. Nak tahu siapa juaranya? Juaranya ialah lelaki iaitu Jonathan.
Sazzy Falak dan husband beliau. Masa aku tolong Hakim ambil gambar dgn Jon dan Andrea, Sazzy Falak dekat je dgn aku, tapi aku tak sangka pula itu dia sebab rambut warna merah.

Aku tak ingat ke mana aku pergi semasa gambar ni dia ambil. Bila aku pergi dekat my mom, aku tanya mana yg lain. Ayah jawab, pergi bergambar. Aku pun pandanglah tempat ambil makanan, then ternampaklah kakak-kakak dan abang-abang aku. Aku pun pergilah dekat dia orang sebab nak bergambar juga, tapi time tu aku tak tahu lagi ada Sazzy Falak. Aku rasa jarak aku dgn dia masa nak ambil gambar Hakim dgn Jon dan Andrea tu around 5-6 langkah saja.

Bila nak keluar dari dewan tu, aku dengar angah sebut Sazzy Falak, aku pun terfikirlah, apa kaitannya dgn Sazzy Falak ni? Lepas tu aku abaikan je. Bila kereta sudah bergerak menuju ke felda New Zealand, angah bagi tahu husband dia pasal dapat bergambar dgn Sazzy Falak. Aku yg duduk kat belakang bersama Safiyyah dan Sarah, terkejut. What the?!! Rambut merah tu Sazzy Falak ke? Husband dia one of the Apprentice Asia ke? Setahu aku pengantin lelaki tu pun peserta Apprentice Asia jadi mungkin sebab tu, peserta yg lain dan Sazzy Falak pun ada. Dalam hati aku meronta-ronta nak patah balik, sebab nak bergambar dgn Sazzy Falak. For your information, aku ni boleh lah dikatakan peminat Sazzy Falak. Tapi tak minat sangatlah. Minat gitu-gitu je. Bila dia lahir, bila dia kahwin semua aku tak tahu. Yang aku tahu, aku minat dia sikit. Gambar ni di edit sikit sebab ada masalah cahaya kut. Tak apalah, pasti ada hikmah di sebalik semua ni. Shila Amzah, I'm waiting for you. 


Jom layan gambar lawak pula. Tapi aku tak ingat bila gambar ni berlaku.

 Hanis bersama Nur Amirah Hannani.
 Azim bersama Amirah. Ni aku yg suruh sebab kononnya nak tiru Along. Dulu nama facebook Along ialah Puaka Timur. Profile picture pula gambar ultraman dukung baby, jadi aku suruh Azim tiru Along.
Hakim bersama Amirah.

Auni menangis-menangis bila nampak topeng hantu ni. Kita orang pula sengaja sangkut kat dinding. Auni cuba mengelak dari memandang topeng hantu ni.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur dan sudi melawat lagi. Sekian.
Assalamualaikum...

Wednesday, 14 August 2013

Raya Part 2 !!!

Assalamualaikum...
Semalam cerita pasal malam raya, raya pertama dan raya kedua. Kepada yg belum baca part 1, saya minta jasa baik anda untuk baca part 1 dulu. Mengapa? Cuba bayangkan kalau korang tengok drama episode 10 lepas habis tu korang tengok episode 1 pula. Best tak macam tu? Tak kan? Jadi sila baca part 1.

Raya Ketiga

Pagi raya ketiga tu aku terbangun sendiri sebab aku dengar ayah suruh Azim tidur kat tempat lain sebab Teh nak solat subuh. Mulanya aku ingat nak sambung tidur tapi bila difikirkan ada event terus aku nak jadi nak sambung tidur. Lepas aku bangun tu, ayah cakap 4 orang lagi belum solat iaitu aku, Azim, Amir dan Alang. Aku pun terus kejut Azim dan suruh dia kemas tempat tidur sebab nak solat di situ. Actually kami tidur atas lantai je. Lepas solat tu para perempuan menyediakan breakfast then para lelaki yg belum mandi dipersilakan mandi.

Masa breakfast tu aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak makan banyak. Hanya 2 ketupat buatan 4 orang lelaki. Lepas aku siap makan tu, aku terus pergi mandi. Lepas mandi aku berdating dgn kipas? Apakah? Maksudnya nak keringkan rambut. Kalau rambut tak kering, macam mana nak pakai tudung. Bila rambut sudah separuh kering, aku pakai baju kurung. Aku pakai baju kurung yg sama dgn raya ke2. Sebabnya aku pakai belum sampai 6 jam lagi. Tak nak mengotorkan banyak baju punya pasal aku pakai lah lagi. Lagi pun bukannya kotor pun. Tapi tudung aku pakai tudung lain la. Lagi sesuai dgn baju kurung.

Around pukul 9.30 pagi gerak. Awal kan? Sebabnya event tu start around 11 pagi. Ni lah antara paling awal yg dpt kami lakukan. Biasanya setiap kali event ni diadakan mesti ada adik-beradik ayah yg sudah balik. Okay, then, posisi dalam kerete pula macam mana kami datang ke Kuantan macam tu lah kami balik. Means 2 buah kereta iaitu proton saga dan Persona milik Teh. Ayah, Hanis, aku dan Azim dalam proton saga. Alang, Teh, Mak, Hakim dan Amir dalam Persona. Destinasi kami adalah ke Kampung Awah iaitu rumah arwah aki long iaitu tok punya abang long. Masa on the way tu, ayah cerita pasal ayah kahwin di Sungai Ular. Actually masa tengah makan kat Sungai Ular tu ayah sudah cerita tapi sikit je. Kat dalam kereta ayah cerita lagi banyak. Then ayah cerita pasal wiring elektrik dan pasang paip yg ayah buat. Saluran air semua ayah buat. Ayah aku buat sorang je. Along pula tak dapat nak membantu sebab masa tu Along masih baby lagi kut atau umur setahun. Masa ayah aku buat wiring kat kebun tempat kami buat Family Event tu ada Along untuk membantu.

Bila sampai di Kampung Awah, kami perasan tak banyak kereta lagi. Huh, tahu-tahu ajalah apa maksudnya iaitu kami antara yg paling awal yg sampai. Adik-beradik ayah semua belum sampai lagi. Tak lama lepas tu, CuNa iaitu adik bongsu ayah aku sampai then Mak Lang, Mak Tam, Mak Ngah, Cik Zai, Tok dan Tok Encik. Yg tak ada ialah Ayah De. Kenapa? Beliau ada hal yg memang tak boleh tak elak. Ayah aku di kenali sebagai Ayah Andak. Dalam adik beradik aku pula cuma Along dan Abang De sekeluarga yg tak ada sebab masih berada di rumah mertuanya. Angah pun datang dari rumah mertua. Then kami makan-makan. Masa aku nak ambil air minuman, aku ternampak sepupu aku yg bernama Nana sedang ambil air oren. Aku pun sengaja duduk kat sebelah dia sebab aku nak ambil air. Aku pun senyap je lah time aku kat sebelah dia. Tak lama lepas tu baru dia perasan ada aku di sebelah dia. Bila sudah siap ambil air tu, dia lepak dgn sepupu yg lain, aku pula dgn adik-beradik. Kenapa tak lepak dgn dia orang? Aku ni memang jenis yg bukan friendly sangat pada orang yg jarang jumpa atau yg baru kenal, sebab tu lah aku tak ramai kawan.

Sudah siap makan then kami bergerak beramai-ramai menuju ke rumah di kampung Sentang. Rumah tu tempat tinggal adik-beradik ayah masa kecil. Rumah tu sudah ditinggalkan selama 13 tahun. Kereta ayah paling hadapan. Yg lain di belakang tapi tak adalah macam kereta api. Bila sampai dekat lorong  tanah perkuburan, ayah berhenti sebab nak suruh Azim turun sebab nak tunjuk jalan pada yg tak tahu. Pastu ayah straight ke depan. Di sebelah ada tanah perkuburan. Di situ ada kubur arwah aki dan ramai lagi moyang-moyang. Then nampak simpang jalan ke kanan jalan Dato' Helmi (adik bongsu tok), ke kiri pula jalan Dato' Mahmud (aki long). Ayah masuk ke kiri. Then giliran Hanis dan aku pula yg tunjukkan jalan. Ada yg cakap macam merentas desa, tapi aku tak ingat siapa yg cakap.

Bila semua orang sudah masuk dalam rumah tu, ayah aku cakap something sikit bagaikan pengetua yg sedang berucap. Ayah aku cakap rumah tu sudah 13 tahun ditinggalkan. Rumah tu di cuci oleh ayah dan adik-beradik lelaki aku. Ayah aku pun cakap, tak sangka raya tahun ramai, berbeza dgn tahun2 sebelum ni. Sebelum ni pun kami memang ada buat event macam ni tapi bukan di rumah Sentang. Ramai lah yg teruja nak beraya lagi di Sentang, berkumpul ramai-ramai, bersemangat untuk buat tahun akan datang pula. Then, Hanis yg mengetuai tahlil untuk arwah aki, moyang-moyang, dan siapa-siapa saja yg ada kaitan dgn keluarga kami. Sudah siap tahlil tu kami makan-makan. Tapi aku cuma minum air saja. Aku sendiri pun tak tahu kenapa tak ada selera nak makan. Sampai Nana tegur aku, dia cakap aku nak diet. Huh, tak ada maknanya aku nak diet, belum tiba masanya untuk aku diet.

Ni lah keadaannya semasa tahlil.

Bila sudah siap makan tu, sepupu-sepupu yg sebaya dgn aku panggil sebab nak bergambar. Nak tengok gambar? Jom layan gambar. Tapi sebelum tu aku nak bagi tahu satu kebenaran iaitu, gambar-gambar dalam ni bukan milik aku. Ada yg aku ambil dari instagram dan facebook.  Tak tahulah kenapa aku tak mengambil gambar sangat.

 Start dari tudung kuning ialah Izzana berumur 17 tahun, anak CuNa. Husna Humaira berumur 16 tahun, anak Mak Lang. Liyana Najwan (Nana) berumur 15 tahun, anak Cik Zai. Faiz Ikram berumur 17 tahun, anak Mak Tam. Izzana dan Faiz terpilih dalam PLKN. Aku pula tak. Mak Lang cakap, aku nampak paling muda padahal, aku yg paling tua di situ.
 Muka kami bertiga hampir sama.
 Gambar ni jadi wallpaper handphone aku. Smart la gambar ni sebab belakang tu nampak gelap je.
2 orang budak SPM dan seorang budak PMR.

Then kami masuk bahagian dalam rumah. Tapi kena pakai selipar sebab my dad belum siap mencuci lagi. Untuk pengetahuan korang dalam rumah ni ada kelawar. Cuak jugalah kami bila kelawar tu terbang sana terbang sini. Yg paling menariknya bila aku jumpa diary aki.

Setiap tahun ada diary. Setiap hari aki menulis dalam diary.
Ni diary pasal kelahiran aku. Bukan hanya aku saja, setiap orang ada. Aki cakap dalam diary, Azim merupakan cucunya yg ke23 jadi aku adalah cucu yg ke 20 sebab sebelum Azim ada Izzana then Faiz then aku. Selepas Azim ialah Humaira.

Sebelum bersurai, kami bergambar lagi.
Terasa macam artis lah pula time ni sebab ramai yg mengambil gambar. Sampaikan Nana dalam instagram beliau cakap kami ni legend.
Ni lah cousin-cousin yg belum kahwin. Ada yg sudah berkerja dan ada yg masih belajar. Mari aku kenalkan. Yg sedang berdiri ialah Noah, Aniq, Azim, Azman, Amir, Hakim dan Nabilah. Yg sedang duduk ialah Ain, Farah, Najiha, Irina, Laili, Humaira, Laila, Nana dan Izzana. Izzana, Noah dan Irina ialah adik-beradik, mereka ada lagi satu adik bongsu lelaki bernama Ikhlas. Laili, Laila, Nana dan Aniq ialah adik-beradik. Najiha, Humaira dan Farah juga adik-beradik. Boleh dikatakan ini adalah separuh dari semua sepupu.

 Sebelum balik, snap sekejap. Gambar ni diambil oleh Azim dgn menggunakan handphone aku jadi milik aku lah kan.
 Yg paling tua, itulah yg paling pendek.
 Peminat Azim. Selalu cakap bye Azim.
 3 orang perempuan peminat Azim. Aku pun tak tahulah kenapa Azim di minati oleh mereka. Eh jangan, Azim sudah berpunya.
Cousin yg sama umur. Bak kata Humaira (Myra) dalam instgram, the only sepupu yg sebaya umur.

Okay then, semua sudah berpecah kecuali Mak Lang, beliau mahu beraya di rumah kami. Alamak, rumah bersepah lagi. Tapi nasib baik Mak Lang sampai lambat sikit. Sempat lah nak kemas dan prepare makanan, minuman. Masa perjalanan nak balik rumah tu, ayah cerita lah pasal keluarga ayah. Ayah cakap sebelum ni orang Sentang kahwin dgn orang Sentang je dan dia orang ni ada jugalah pertalian darah. Tapi bila sampai adik-beradik ayah, semua kahwin dgn orang luar. Ada yg kahwin dgn orang Melaka, Kuantan dan entahlah, aku tak ingat dan mana lagi. Aku pun sudah tahu macam mana susunan adik beradik ayah. Ayah ada 9 orang adik-beradik tapi 2 orang sudah meninggal. Mak Long meninggal sekitar umur 2 tahun. Sebelum ayah ada seorang lelaki, belum satu jam di lahirkan, beliau sudah meninggal. Jadinya susunan start dari Mak Ngah, Ayah De, Ayah Andak (ayah aku), Mak Tam, Mak Lang, Cik Zai dan CuNa.

Alamak, sudah panjang lah. Tak dapat nak cerita kan raya ke4. Tak apalah, aku akan buat part 3. Jadi Nantikan part 3. Raya ke4 pun best juga tapi tak sebest raya ke3. Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...

Sunday, 11 August 2013

Raya Part 1 !!!

Assalamualaikum...
Selama sebulan umat Islam menyambut Ramadhan. Korang puasa penuh tak? Harap penuh lah, kepada yg perempuan, apa boleh buat, tak puasa penuh. Rasa sedih bila bulan ramdhan sudah mahu habis. Tak sempat aku nak buat entry pasal puasa. Hari ini iaitu hari Ahad 11/8/2013 merupakan 4 Syawal. Kisah pasal raya ni panjang, jadi mungkin aku akan buat part 2, kalau tak cukup part 3, kalau tak cukup lagi part 4. Mari aku mulakan dgn malam raya.

Malam Raya

Pada malam raya tu, around pukul 9.30 malam, aku di tugaskan untuk menumbuk daging lembu untuk buat dendeng. Resepinya my mom dpt dari jiran beberapa tahun yg lepas. Para lelaki iaitu ayah, Alang, Hakim dan Amir buat ketupat palas. My mom buat pulutnya, lelaki pula membalutnya. Untuk pengetahuan, ini first time kita orang buat ketupat palas. So, ianya tak seberapa nak cantik. Jadi tu jadi just kurang comel. Al-maklumlah, first time. Anyway, rasa ketupat tu memang terbaik la. My mom & kak Teh pula memasak macam-macam ni di dapur. Aku tidur nak dekat pukul 12 malam. Nasib baiklah esok cuti kalau tak, memang aku jadi bad mood lah selepas 10.30 malam.

Tak banyak kan? Tapi mereka siap balut ketupat ni around 2 pagi.
So sweet. Kak Long membantu mak Nik menumbuk daging.

Raya tahun depan, kita orang punya idea nak simple je. Iaitu buat mee soto saja. Kenapa? Letih woo. Malam raya tu pun my mom tidur around pukul 3 pagi. Kesian kan? Aku ok je sebab mee soto tu memang mee favourite aku. Kalau ada soto, entah berapa round la aku makan. Tak kenyang-kenyang makan soto.

Raya Pertama

Pagi raya tu, aku menolonglah sikit di dapur. Hakim sedang buat roti jala, my mom & Teh sedang memasak. Ni lagi satu, roti jala, memang favourite aku. Pukul 9.30 pagi, aku melayan rancangan Aaron & Zizan Raya Sampai Pengsan di Astro Ria. Actually, rancangan ni tahun lepas punya. Aku tengok pun sebab di penghujung rancangan ni ada Shila Amzah. Time ni Shila tak pakai tudung lagi. Then pukul 10 pagi, aku melayan rancangan Stalista Unplugged. Hayati kemerduan 4 suara iaitu Dato' Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Alyah dan Najwa Latiff. Ayat tiru iklan. Hihihi. Tapi time Siti, Alyah dan Najwa nyanyi solo aku pergi tempat lain. Malas aku dengar dia orang nyanyi. Time Shila je aku focus.

Ni antara lagu baru dia. Memang aku minat lagu ni sebab ada rap. Agak mengecewakan masa tengok dia nyanyi bahagian rap tu sebabnya dia tunjuk pasal Shila punya fesyen pakaian so tak dpt dengar dia rap.

Then, Angah datang bersama husband dan anak-anaknya dari rumah mertuanya. Setelah bermaaf-maafan kami bersiap-siap balik kampung di Kuantan. Angah balik rumah mertuanya di Temerloh Jaya. Entah pukul berapa kami gerak ke Kuantan dan sampai around pukul 3 petang. Then kami makan roti jala, ketupat, lemang dan banyak lagi lah. Raya pertama tu kami tak beraya kemana-mana lah. Duduk kat rumah nek je.

Sampul duit raya Angah. Hebat tak angah buat 2 business iaitu kek dan shaklee.

Raya Kedua

Around pukul 10.30 pagi kami ke kubur untuk melawat kubur aki-aki, ayah cik dan ayah su belah mak. Lepas tahlil yg diketuai oleh Hanis kami ke kubur sebelah. Di sana ada kubur moyang-moyang dan kubur Tok Guru Peramu iaitu Dato' Bahaman. Kubur dia senang saja nak kenal. Di sekelilingnya ada pagar warna kuning. Aku pernah tengok kubur tu tapi aku tak tahu pula kubur siapa dan masa tu aku tak kenal lagi Dato' Bahaman. Aku ingatkan kubur orang kaya ke. Mulanya kami ingat kubur Mat Kilau tapi nek cakap Tok Guru Peramu ni ialah Dato' Bahaman. Aku pun telah mengkajinya di google wikipedia, dan ianya memang benar.

Gambar pertama ialah kubur aki iaitu ayah aku punya ayah di Sentang. Gambar ke2 ialah kubur aki iaitu mak aku punya ayah. Gambar ke3 ialah ayah cik dan gambar ke4 ialah ayah su. Kesian kubur ayah su, sebabnya di bahagian kaki kubur tu ada pokok besar yg tubuh. Nak tak nak terpaksa hapuskan pokok tu kalau nak nanti rosak kubur tu. Tapi tak tahulah bila nak hapuskan Puas juga kami mencari kubur ayah su. Hampir kehujung juga lah. Tapi bila difikirkan tak mungkin jauh sangat dari kubur aki dan ayah cik. Kalau tak silap aku selang 5-6 kubur. Tiba-tiba aku nampak Azim masuk dalam pokok, rupanya ada kubur di situ iaitu kubur ayah su. Anyway ni gambar raya tahun 2011.

Aku sayang ayah cik dan ayah su. Aku ingat lagi, setiap kali balik kampung, adik-beradik aku suka lepak dalam bilik dia orang. Muka dia orang pun aku sudah lupa. Ayah cik meninggal masa aku darjah 1, kami sekeluarga balik kampung tapi aku memang langsung tak ada memory pasal balik kampung sebab ayah cik meninggal. Ayah su pula meninggal masa aku darjah 3. Yang ni pula mak dan ayah je kut yg balik kampung. Aku pun tak tahu kenapa kami adik-beradik tak balik kampung. Aki belah ayah aku pernah cerita kan? Ala, yg pasal guru besar panggil aku di kelas. Untuk pengetahuan, ayah cik dan ayah su meninggal di usia muda kut around 20-an gitu. Kedua-duanya belum kahwin lagi. Punca kematian mereka biarlah rahsia.

Then kami balik rumah, mandi dan bersiap-siap untuk ke Sungai Ular area Gebeng kut sebab ada kenduri. Kalau tak silap aku Tok Teh (nek punya adik perempuan) punya anak perempuan bertunang. Dekat-dekat dgn rumah majlis pertunangan tu ada rumah moyang iaitu nek punya mak. Tapi malangnya rumah tu sudah diserang oleh anai-anai. Memang sudah tak boleh tinggal di situ lagi tapi rumah tak ada lah roboh atau hilang di makan oleh anai-anai cuma papan rumah reput atau seumpamanya lah. Untuk pengetahuan korang lagi, my parents kahwin di situ la iaitu di rumah moyang sebab masa tu rumah nek belum siap di bina. Belah ayah pula kahwin di kampung Sentang.

Lepas siap makan tu, aku tak tahu nak buat apa then aku tanya Azim sama ada dia nak pergi pantai ke. Bila dia cakap nak pergi, aku pun ajak Farah Hana iaitu sepupu aku. Mak aku punya abang long punya anak bongsu. Kami lepak kat pantai, posing-posing. On the way nak balik tu, adik-beradik aku dan adik-beradik Hana datang ke pantai. Nasib baik masa tu kami bertiga baru nak balik. Then, Alang, Azim dan Amir mencari binatang apa entah nama dia yg ada cengkerang tu. Lebih kurang macam siput sendut la. Tangkap ketam pun ada tahu tapi kami dpt yg kecil je, masih kanak-kanak lagi. Kakak dan abang Hana dapat yg besar tapi tak besar sangatlah mngkin umurnya remaja kut.

 Raya ke2 dgn baju raya baru kecuali tudung.
 Dengan sepupu iaitu Farah Hana.
Abang ni sedang melayan perasaannya. Rindu makwe dia kut. Azim, Azim.

Baiklah, tamat sudah part 1. Nantikan Part 2 pula. Raya ke3 lagi syok beb. Sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca. Harap korang terhibur dan raya korang juga happy. Sekian.
Asslamualaikum...