Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Monday, 1 July 2013

Perjalanan part 2

Assalamualaikum...
Cakap pasal perjalanan ni teringat pada lagu Shila Amzah yg bertajuk Perjalanan tapi dulu Terima Kasih (unofficial tittle). Dulu cerita yg berkaitan dgn perjalanan ialah kami sekeluarga pergi rumah Along di Semenyih. Kali ni entry part 2 ni berkaitan dgn kami sekeluarga pergi ke Cameron Highlands. Bulan 11 atau bulan 12 tahun 2012 kami sekeluarga pergi Cameron Highlands juga tapi kalau tak silap aku, aku tak buat entry pun pasal tu.

Pada hari Sabtu 29/7/2013 hingga Ahad 30/7/2013, kami 12 orang iaitu, ayah, mak, Nek, Abg De, kak Aya, Husna, kak Teh, Alang, Hakim, aku dan Azim pergi ke Cameron kerana ada kenduri. Aku tak pasti apa hubungan antara keluarga aku dengan keluarga pengantin lelaki tu, yg pasti ada hubungan keluarga. Dulu aku pernah buat entry Memory part 2 di bawah tajuk 'Ketinggalan Zaman'. Seorang nenek yg kami panggil tok punya cucu yg kahwin. Faham ke? Tak faham sila buat-buat faham sajalah. Anak tok ni tinggal di Cameron Highlands, tahun lepas kami pergi Cameron, kami penginap di rumah mereka. Tapi kali ni kami penginap di chelet di Berinchang, berdekatan dgn rumah anak tok.

Malas aku nak terangkan panjang lebar. Jom kita layan gambar.
 Sebelum gerak, sempat snap. Oh yeah, semangat TLB. Gambar yg tunjuk gelang tu di kenduri di Cameron.
 Yg kahwin ni polis.
 Ni masa kami di rumah anak tok tu. Kami tunggu seseorang datang untuk bawa kami chalet tu. By the Way, kami di Berinchang, tempat paling tinggi. Nampaknya, aku masih lagi dengan semangat TLB tu.
 Ni masa di chalet. Mama Mountain Homestay namanya. Gambar terakhir bukan chalet kami okay. Bayaran aku tak pasti berapa tapi RM200 lebih. Ada 3 bilik, boleh lah dikatakan selesa. Setiap bilik ada katil double then ada extra 2 katil single.
  Hari Sabtu kami shopping di taman pasar malam Berinchang. Kenapa beria ambil gambar lobak? Sebabnya jarang nampak orang jual lobak dengan pokoknya sekali.
 Gambar kedua ialah patung, ianya akan bercahaya dalam gelap. Selamba aku ambil then masukkan dalam sweater. Opps, bukan curi tapi aku nak tengok dia bercahaya. Gambar ketiga ialah sedang ukir nama.
 Dua orang lelaki yg letih menemankan para perempuan bershopping. Strawberry, tidak, aku benci!!! Aku pernah makan masa kecil dan tahun lepas tapi ada satu rasa yg sukar untuk aku jelaskan, rasa tulah yg membuatkan aku tak suka strawberry. Husna bermain dgn belon buih.
 Kami di Big Red Strawberry Farm pada hari Ahad pagi. Sepatutnya kami ke sini pada hari Sabtu tapi pukul 6 petang sudah tutup.
 Gambar pertama ada incident yg berlaku, sebab tu susunan kami tak seberapa nak betul. Apakah incident nya? Ada seorang budak perempuan kecil terlanggar Husna, lepas langgar budak tu pergi tolak Husna. Budak perempuan tu tak sengaja, sebab masa tu dia ingat mak dia nak tinggalkan dia so, dia pun berlari kejar mak dia.. Budak tu mungkin 5 tahun kebawah. Husna pun menangis lah. Mak budak tu tak kisah sangat dgn anaknya sedang menangis, kalau nak tahu dia ada dekat kami masa ni sebab nak mintak maaf sebab anak dia langgar. Tapi tak dilayan sebab kami sibuk dengan kamera yg kami set masa. My dad terima bunga dari Abg De? Itu hanyalah lakonan. Masa ni kami di Ringlet, on the way balik. Tengok gambar terakhir. Kami nampak banyak kereta pasang bendera Negeri Kelantan, ni mesti sebab Kelantan menang piala FA. Agaknya mereka on the way balik ke Kelantan melalui Gua Musang.

Sekarang tiba masa untuk suka suki kami bergambar.
 Gambar pertama, Alang bermain dgn rabbit sebelum gerak. Photographer ialah Azim bersama DSLR Teh. Gambar kelima, aku cuba untuk menceriakan mood Husna sebab dia baru bangun tidur. Aku cakap dengan Husna, tangan mak nik sejuk, muka mak nik pun sejuk. Gambar terakhir, keluarga Abg De.
 Gambar pertama, lawan tangan. Event ni mesti akan ada setiap kali ada Abg De, dan semestinya tak ada orang boleh lawan dia. Lepas lawan dgn Azim, Abg De lawan dgn Teh, well, Teh menang sebab Abg De bagi peluang.
Lollipop untuk kawan sekelas dan beberapa kawan yg tak sama kelas. Magnet untuk 3 orang cikgu dan seorang kakak (sila click). Yg warna perak tu ialah nama ahli kumpulan TLB. Patung lanun sempena dgn nama Tira Lanun Babi. Aku beli khas untuk ahli TLB.
Lepas siap aku punya terus snap.

Ni semua cerita gembira yg kongsikan. Cerita sedih belum lagi. Okay, sekarang aku mahu cerita. Sebelum pergi Cameron, aku ada lawat blog kakak aku iaitu Angah. Entrynya berkaitan dengan Cameron juga. Dia pergi bulan 2 kut tapi dia buat entry bulan 6. Dalam blog tu adalah cerita pasal dia pergi taman Lavender, aku pun memang excited la sebab sejak darjah 6 memang aku suka lavender dan aku pun sudah pasang impian nak keluar negera yg ada bunga lavender. Aku tak sangka pula ada taman lavender di Cameron, kalau ada memang aku nak pergi. Anak tok tu cakap, taman lavender tu baru saja di buka tak sampai setahun lagi kut. Angah cakap kena bayar kalau nak masuk.

Sebelum pergi Cameron lagi aku sudah beria-ia cakap dgn parents supaya pergi taman lavender, tapi bila mereka tahu kena bayar, mereka pun macam nak tak nak je bawa aku ke sana. Kesudahannya aku tak pergi ke taman lavender. Memang rasa sakit hatilah sebab tak dapat pergi. Kalau tak ada di Malaysia, aku boleh faham lagi tapi ni sudah ada di Cameron, di Pahang dan kebetulan kami memang pergi Cameron, jadi bagi aku mesti kena pergi sebab sejak darjah 6 lagi aku memang teringin sangat nak tengok bunga lavender. Aku pun sedih, tak cakap banyak, aku senyap je sebagai tanda protes. Aku pun adalah juga nangis tapi aku nangis bila orang tak ada dan aku nangis sekejap je. Masa on the way nak balik tu, ada singgah di Ladang Teh di Bharat Tea. Masa di situ, family aku semua pergi tengok ladang teh kecuali aku. Aku duduk sorang diri dalam van, tak mahu keluar, sengaja aku buat alasan mengantuk. Lepas tu masa di Ringlet nak beli bunga, ada family aku yg keluar shopping dan ada yg pergi tengok tasik. Aku pula duduk dalam van lagi. Tapi aku rasa family aku tak tahu kut yg aku protes sebab tak dapat pergi taman lavender.

Malam tu, time aku nak gosok baju, tudung sekolah tak basuh lagi, then air pun tak seberapa nak ada. Kalau basuh guna mesin, berisiko tak sempat siap, jadi aku kena basuh guna tangan. Dahlah masa tu sudah pukul 11 malam. Biasanya pukul 10.30 malam aku jadi bad mood tapi biasanya berlaku pada hari sekolah, kalau hari cuti, tak kisah sangat. Aku pun basuh tudung dengan bengang, mengeluh sampai mak ayah aku macam nak belasah aku. Dalam hati aku, memang bengang sangat + mengantuk.

Untuk pengetahuan korang lagi, aku tak mandi. Maksud aku, Hari Sabtu nak pergi Cameron, aku mandi tapi hari Ahad aku tak mandi. Pergi jalan sana sini dengan badan yg tak mandi. Tapi tak kisah sangat, sebab bukannya berpeluh pun. Bukan aku seorang saja tak mandi, ayah pun tak mandi dan mungkin orang lain yg berada di Cameron pun tak mandi. Bukannya apa, ianya sejuk tahu. Memanglah ada air panas, tapi rasanya lebih baik kalau tak mandi. Cuma basuh muka dan gosok gigi. Lepas tu pakai minyak wangi. Grrrr... sejuk weyh. Basuh pinggan pun aku rasa macam nak beku tangan. Lepas sampai rumah taman saga, barulah aku mandi.

Baiklah, sampai di sini sajalah entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entry yg panjang lebar ni. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...