Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Saturday, 27 July 2013

Oh Yeah !!! ^.^ Part 2

Assalamualaikum...
Beberapa hari ni hidup aku di isi dgn kegembiraan dan kesedihan. Kita lupakan tentang kesedihan kerana kisah sedih tersebut telah berakhir. Aku nak ceritakan sesuatu yg mengembirakan. Apakah? Ada dua benda yg buat aku gembira. Ianya berlaku pada hari Rabu 24/7/2013 dan hari ini iaitu Sabtu 27/7/2013.

Apakah ini? Aku pun tak tahu namanya tapi yg pasti aku tahu cara main dia. Memang sudah lama aku teringin sangat nak main benda ni. Sejak sekolah rendah lagi aku berminat Macam mana aku boleh berminat? Member bawa ke sekolah. Pada hari Rabu 24/7/2013, aku sudah berjaya memilikinya. Alhamdulillah. Macam mana aku boleh dapat? Biarlah rahsia. Beberapa hari sebelum aku berjaya beli benda ni, member aku iaitu Tan Chii Jiun bawa ke sekolah. Dia pun ajak member dia yg lain main. Aku pula hanya memandang. Lepas tu aku tanya member yg bernama Lee Xiao Jin, kat mana ada jual. Dia jawab, kat mana-mana pun ada jual. Lepas tu, aku surveylah Men Men, The Store dan TF. Tapi malangnya, tidak di jumpai. Rupa-rupanya ada jual di Popular StarMall. Aku memang tak sangka ada jual di situ.

Untuk pengetahuan korang yg tak tahu, ini ialah handphone jenama 9technology. It's mine! Al-kisahnya, suatu hari iaitu hari Ahad 21/7/2013 aku ternampak Azim guna handphone lain. Aku pun tanyalah dia. Dia cakap dia beli handphone baru guna rebet member Alang iaitu Azam. Rebet ni hanya untuk orang berumur 21 tahun hingga 31 tahun. Rebet ni lebih kurang macam diskaun yg kerajaan bagilah untuk beli handphone, tablet dan seumpamanya. Aku pula apa lagi, cemburu la. Aku pun tanya Azim, dalam keluarga kita siapa yg belum guna rebet. Dia pun tak tahu. Tanya punya tanya, Alang!!! Alang tak guna lagi. Azim pun bincanglah dgn Alang dalam Wechat group family kita orang iaitu ZAINURUL. Azim cakap, bagilah Nabilah, kesian dia pakai handphone lama, dia nak sangat handphone baru. Kenapa aku aku gariskan perkataan nak sangat tu? Sebab bila aku baca, bunyinya macam aku terdesak je nak handphone baru. Padahal aku tak kisah pun, kalau dapat handphone baru, okay lah, tapi kalau tak dapat, tak apalah.

Alang pun cakap okaylah. Setiap hari aku menanti kepulangan Alang dan menyuruh diri aku agar bersabar. Dan akhirnya, pada hari Jumaat malam, Alang balik. Tapi aku nampak alang pegang kotak handphone. Bila Teh tanya alang beli handphone baru ke, Alang jawab ya, guna rebet. Aku yg dengar tu pun, heartbreaking tapi aku sorokkan perasaan sedih tu. Masa tu memang patah seribu hati ku. Keesokkan harinya iaitu hari ini waktu pagi, tiba-tiba ayah panggil aku, Azim dan Alang. Ayah tanya, nak yg macam Azim atau nak yg Alang baru beli tu. Aku pun kat dalam hati, biar betik? Then, aku belek-belek handphone Alang. Okay, okay. Aku agree dan handphone 9technology sah jadi milik aku. Ek eh, macam kahwin lah pulak. Lepas tu aku belajar lah dari Azim tentang itu ini pasal handphone ni. Install itu ini. Orang pertama aku WhatsApp ialah Mubshira then Nabella. Orang pertama aku WeChat pula dgn kak Emy. For your infomation, aku type sambil wechat dgn kak Emy. Tapi ada satu masalah yg aku hadapi. Apakah? Tanya berpeluh. Ianya merupakan penyakit yg tak bahaya. Kalau tak silap aku, aku seorang saja dalam keluarga yg ada tangan dan kaki berpeluh ni. Jangan risau okay. Tak bahaya. Screen handphone pun asyik basah saja. Ada satu cara tak nak bagi basah iaitu aku kena berdating dgn kipas. Apakah? Duduk depan kipaslah.

Baiklah, sampai di sini saja entry saya pada kali. Harap korang terhibur. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian.
Assalamualaikum...

Sunday, 21 July 2013

Oh Yeah !!! ^.^

Assalamualaikum...
Tittle happy semacam je? Memang happy. Happy kenapa? Happy main game la. Main game pun nak happy ke? Mestilah nak happy kalau menang. Ish, apa aku? Aku tanya, aku jawab. Hehehe, jangan marah ya.

Al-kisahnya, aku bermain game Red Alert 2. Nak tahu lebih lanjut tentang geme ni boleh tanya Mr.Google. Game ni boleh pilih tempat nak main. Setiap kali aku tengah nak pilih tempat, aku selalu perasan ada satu tempat yg pelik. Di sebabkan pelik, aku tak mahulah main di situ. Tapi hari ini aku main di tempat tu. Aku rasa menyesal. Sebelum ni aku cuma tengok gambar je, tak survey pun tempat tu macam mana. Main kat tempat tu boleh jadi kaya. Wahahaha...

Bila aku sudah mahu capai kemenangan, barulah aku teringat nak ambil gambar. Print screen je. Jom layan gambar.

 Ni lah markas aku. Tengok duit aku, banyak. Nombor kat atas sekali, itulah duit.
 Markah aku. Ni baru lawan dgn 1 medium enemy dan 1 brutal enemy.
 Kali ni nak lawan dgn 4 brutal enemy. Perasan tak ada warna hijau dan hitam tu? Itulah tempat yg aku maksudkan. Nampak pelik kan?
 Ni kereta cari duit. Nampak tak benda warna-warni tu? Benda tu macam emaslah. Kalau tak silap aku ada lebih dari 10 kereta. Aku suka musnahkan kereta cari duit musuh. Cuba tengok gambar hijau putih kat atas. Warna tempat tadi berubah. 
 Ni tempat musuh. Bangunan penting dia sudah dimusnahkan oleh aku. Anyway, ni musuh yg terakhir. Yg lain sudah di hapuskan.
 Jet pejuang aku nak pergi musnahkan musuh. Inilah barisan kita, yg ikhlas berjuang. Ceh, semangat kebangsaan lah pulak.
 Tugas jet pejuang sudah tamat. Tiba masanya tugas untuk rocketeer. Orang yg guna mesin untuk terbang.
 Goodbye enemy.
Ni lah markah aku lawan dengan 4 brutal enemy.

Sebelum ni aku ada terfikir sama ada mahu buat entry atau tidak pasal Red Alert ni tapi hati aku kuat mengatakan untuk tidak buat entry tapi bila sudah main di tempat yg best ni, teringin pula nak buat entry. Yang bestnya tempat ni, tak perlu nak fikirkan masalah kekurangan wang untuk beli tentera.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ni? Bosan ke? Suka hati koranglah. Aku hanya ingin berkongsi, kalau korang tak suka, terserahlah. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...

Wednesday, 17 July 2013

Melepas part 2

Assalamualaikum...
Entry sebelum ni iaitu Aneh Tapi Best part 3 aku ada cakap bahawa aku nak buat satu entry tapi aku menghadapi masalah untuk dapatkan gambar dari kawan jadi, aku tak dapat nak buat entry tersebut. Mungkin sampai bila-bila tak akan wujud entry tu. Opps, mungkin je okay.

Entry yg berkaitan Melepas hari tu pasal sukan di taman perumahan aku tapi kali ini ialah sesuatu yg aku buat selama 3 tahun berturut-turut, dan tahun aku nak buat lagi tapi melepas sebab aku tak tahu. Aku tahu tapi lambat. Kalau aku tukar fikiran last minute nanti ramai orang marah dan banyak lagi lah benda yg akan berubah. Apekah?

Ianya berlaku pada hari Ahad, 7/7/2013. Pada tarikh ni, sekolah aku iaitu SMJK Hwa Lian telah mengadakan Hari Jualan Makanan. For your information, hari jualan makanan ni diadakan 2 tahun sekali. So, this is my last year untuk sambut hari jualan makanan ni. Okay, aku tak mahu cerita panjang pasal hari jualan makanan ni sebab itulah entry aku yg tak jadi tu. Aku cuma nak ceritakan tentang sesuatu pada tarikh tersebut. Memang aku sedih + kecewa lah sebab tak dapat buat benda ni pada tahun ni. Kalau boleh memang aku tak mahu terlepas langsung sejak pertama kali aku buat benda ni.

Ish, dari tadi benda ni benda ni, benda apa? Adakah itu yg bermain di fikiran korang? Okaylah. Korang boleh merujuk entry ini. Aku tahu pasal ayah aku nak pergi kampung Sentang tu masa on the way pergi sekolah pada hari Ahad tu. So, memang terlambatlah nak tukar fikiran. Kalau aku tahu awal-awal, memang aku sanggup tak pergi sekolah semata-mata untuk pergi Sentang bagi duit fidyah. My mom pun ikut my dad juga. Pada mulanya my mom tak nak ikut tapi tiba-tiba masa my mom datang sekolah untuk beli makanan, my mom cakap nak ikut ayah. So, kita orang beli siap-siap makanan untuk lunch.

Berkaitan dgn moyang (lelaki) yg sudah berumur lebih dari 100 tahun, dukacita aku katakan, dia sudah meninggal pada tahun lepas. Aku tak ingat bila tapi selepas raya. Mungkin hujung tahun. Umur moyang tu memang panjang, semoga Allah terima amalan baik dia sepanjang dia hidup. Jujur aku katakan, aku sendiri pun tak tahu kenapa aku suka sangat ikut ayah aku bagi duit fidyah di kampung Sentang. Kadang-kadang, ianya bagi aku pengajaran tentang kehidupan. Antaranya, mak dan anak (perempuan) yg tak tinggal serumah tapi rumah mereka dekat. Mak dgn anak sudah tua, patutnya tinggal lah bersama, tak ada bayar mahal bil air, elektrik dan seumpamanya. Dia orang pun tinggal seorang saja di rumah tu.

Lagi satu, orang tua yg degil untuk pergi klinik. Anak dia sudah baik hati untuk bayar perubatan dan hantar & jemput pergi klinik tapi tulah, orang tua, keras kepala. Orang muda pun apa kurangnya, contohnya, macam aku. Memang kepala batu. Selalu nak ikut kehendak sendiri je. Lagi satu benda yg suka, bila ayah aku kenalkan diri, kebanyakan orang Sentang tak kenal tapi bila ayah aku sebut nama aki iaitu ayah aku punya ayah, mesti orang Sentang kenal. Kenapa? Arwah aki baik orangnya. Selalu tolong orang. Rindu pula pada aki. Dialah aki yg paling aku sayang. Tapi malangnya masa sekolah rendah, waktu di sekolah, tuan pengetua panggil aku, Hakim dan Azim. Aku mulanya ingat kami ada buat salah atau apa, rupanya kami kena balik sebab aki meninggal. Siapa tak cuak bila pengetua panggil. Tapi bila fikir balik, rasa terharulah pula sebab pengetua yg panggil. Dengan baju sekolah kami pergi Temerloh dan selamat dikebumikan di kampung Sentang.

Lagi satu benda yg membuatkan aku rasa menyesal tak pergi tahun ni. For your information, ni semua mak-mak saudara aku belah ayah kecuali yg pakai baju oren tu. Mereka buat apa tu? Kalau nak tahu ini dinamakan mengempeng. Apakah itu? Aku pun tak tahu, yg aku tahu ianya ada kaitan dgn padi. Tanya Mr.Google lah ya. Yg baju biru tu Mak Tam, anak ke-6 kut. Yg baju ungu pula Mak Ngah, anak ke-2. Baju coklat pula CuNa, adik bongsu ayah aku, anak ke-7. Dan yg pakai cermin mata hitam tu ialah Mak Lang. Aku tak pastilah dia anak keberapa. Sebab kalau tak silap aku dia bukan anak ke-5. Tapi tak tahulah kalau aku silap. Mak ayah aku ada time ni tapi hanya melihat saja. Saya teringin.

Tahun 2014, aku harap aku tak terlepas lagi untuk ikut ayah aku bagi duit fidyah. Tapi entahlah kalau aku tersangkut dgn sambung belajar atau PLKN atau whatever lah. Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...

Saturday, 13 July 2013

Aneh Tapi Best part 3

Assalamualaikum...
Setelah lebih dari seminggu aku mendiamkan diri, tak buat entry. Kenapa? Sebabnya tak ada cerita yg nak diceritakan. Ada satu tapi aku tunggu member aku bagi gambar dulu. Sebelum ni, berkaitan dengan Aneh Tapi Best ialah mimpi, dan kali ini juga berkaitan dengan mimpi. Mimpi ni memang pelik, melibat banyak tempat asing dan orang yg aku tak kenal tapi mereka penting dalam hidup aku. Faham ke apa yg aku cakap ni? Kalau tak faham jom layan kisah mimpi aku ni. Ianya berlaku pada hari ini iaitu Sabtu 13/7/2013. Aku tidur waktu tengahari di hari puasa.

Masa tu nak balik kampung di Kuantan, kami prepare macam biasa. Sampai kat kampung, huh, rumah nek macam rumah orang kaya. Dalam mimpi tu, aku tak hairan pun dgn rumah nek, sebab dah selalu datang. Masa di kampung tu, Azim menghilangkan diri entah ke mana, bukannya sekejap dia hilang tapi lama. Jadi aku dgn sukarelanya mencari dia. Keadaan kampung pun lain, tak gaya kampung. Cari punya cari, rupanya Azim pergi main bola dgn kawan-kawan baru dia tu. Kebetulan Azim sudah nak habis main bola, jadi aku pun baliklah, tetibe ada pula seorang mamat ni temankan aku balik. Ceh, konon nak pikat aku lah tu. Ayat berbunga-bunga. Baru kenal 5 minit sudah cakap 'saya rasa, saya sukakan awak'. Dia baru cakap saya rasa, terus aku potong, sorry to saylah, aku tak minat okay. Tapi dgn suara yg lemah lembut aku tolak 'cinta monyet' dia tu. Bila kat depan rumah nek, ramai orang salah faham tapi nasib baik laki tu ajak lagi seorang pengikut masa kat padang. 5 orang abang aku pun berialah soal siasat aku berkaitan dgn hubungan aku dgn laki yg aku tidak ketahui namanya. Tapikan 5 orang abang aku ni, bukan wajah dia orang tapi wajah orang lain.

Lepas tu, entah macam mana, aku boleh sampai ke tempat lain tapi masih sambungan kpd mimpi tadi. Aku berada di rumah igloo yg besar. Igloo tu apa? Kpd yg tak tahu, sila bertanya kepada Mr. Google. Dalam dunia sebenar (bukan mimpi), aku hari-hari main game Red Alert. Dalam mimpi tu, aku macam sedang main, kiranya aku yg berperang. Dalam igloo besar tu dapat memuatkan 4 pasukan. Pasukan aku geng dengan orang kampung gitulah. Then ada 2 lagi pasukan yg bukan 1 team tapi tujuan mereka untuk menghancurkan geng aku. Tempat aku sudah dijajah oleh pasukan musuh, geng punya pula bangunan semua hancur. Satu family aku berperang okay, tapi aku adalah leadernya. Maklumlah, inikan mimpi aku. So, kiranya, aku sudah hampir kalah tapi aku tetap tak berputus asa. Aku ada snowmon yg dalam cerita digimon (tanya Mr.Google), aku arahkan snowmon untuk serang 3 sprinkler kat atas siling igloo di tempat musuh dan tempat aku yg dijajah. Air pun masuk dalam igloo dengan lajunya tapi tak terus penuh satu igloo.

Sebelum igloo dipenuhi air, kami kena lari melalui satu terowong gelongsor, ala, macam dekat taman. Tapi ada satu masalah. Macam 5 orang anak saudara aku ni? Sesiapa yg baik hati, tolong bawak 5 orang budak kecil keluar dari igloo sekali. Aku dapat Auni. Aku suruh Auni duduk kat belakang aku, kiranya aku dukung dia di badan belakang aku. Time mengelongsor tu, entah macam mana Auni hilang then tetibe ada Amirah kat tangan aku. Mimpi memang pelik. Bila sudah selamat tu, Amirah masih lagi dengan aku, tapi Auni entah lah. Dalam mimpi tu, aku ada juga terfikir, mungkin Auni terlepas dari aku sebab dia duduk belakang aku, dia patut duduk depan. Salah aku tapi aku tak tahu apa yg berlaku pada dia sebenarnya.

Lepas tu, sekali lagi aku berada di tempat lain iaitu di KL. Kak Emy ajak aku pergi shopping di Pagma kut. Aku tahu ianya tak wujud di KL tapi ini kan mimpi. Buat-buat macam ada sajalah okay. Then, tudung hitam aku, entah macam mana boleh terkoyak. Aku ajak kak Emy pergi kedai tudung, tapi kak Emy tengah syok melayan baju-baju perempuan. Aku pula tak berminat, tapi aku tunggu je lah. Tetibe ternampak ada kedai tudung Zahra, aku pun cakap kat kak Emy, then kak Emy bagi lampu hijau. Aku pun pergi seorang. Nama kedai tudung Zahra, tapi nak beli tudung satu warna pun kena tempah. Dah lah bukan jual tudung, jual pakaian. Tempat baju Islam (telekong dan lain-lain) kecil je. Nasib baik ada jual satu tudung hitam. Kata pekerja kedai tu, ada orang tempah tapi sudah lama tak datang ambil. Jadi dia juallah kat aku. Aku juga beli seluar jean, sebab masa tu, aku pakai kain tuala. Aku sendiri pun tak tahu kenapa.

Sudah siap bayar, tetiba ada pula si Nabella. Si Bella ajak round-round satu Pagma tu. Then kita orang terjumpa satu pintu aneh, kita orang pun masuk lah. Tetiba ada pula ulat-ulat yg menjijikkan di sekeliling, ada siling, lantai dan dinding. Kita orang pun gelilah. Cepat-cepat kita orang lari. Pastu kita orang turun tangga,entah macam mana aku terjatuh. Ni mesti sebab Bella lari sambil tarik tangan aku, dah lah laju dia lari mungkin sebab geli sangat dgn ulat-ulat tu. Aku masih lagi terduduk selepas terjatuh, Bella pula nak cepat je lari dari situ. Depan kita orang ada lagi satu pintu, Bella buka, tetiba muncul seorang gadis comel iaitu si Ng Shao Min. Ah, abaikan dia dan terus berlari untuk menyelamatkan diri daripada ulat-ulat yg menjijikkan. Sepanjang kita orang berlari, mesti ada ulat-ulat tu. Akhirnya, kami jumpa satu lagi pintu, huh, lega bilik sudah keluar dari bilik yg dipenuhi ulat-ulat. Kita orang nampak ada lagi beberapa orang yg berbau busuk dan kotor. Mereka juga baru keluar dari bilik tu. Tak lama lepas tu, ada lagi beberapa orang perempuan yg baru keluar dari bilik tu. Dia orang bau busuk dan kotor. Nampaknya aku dan Bella saja yg bersih. Actually ada juga sikit kotor tapi dia orang tu kotor teruk sangat. Macam masuk dalam lumpur.

Baiklah, baiklah. Aku akan mengakhirinya entry pada kali ini. Panjang lebar ke? Intersting ke? Suka hati korang lah nak cakap apa. Yg pasti bagi aku mimpi ni best dan aku tak mahu lupakannya sebab tu aku buat entry. Terima kasih kerana sudi membaca entry pada kali ini. Harap korang terhibur.
Sekian.
Assalamualaikum...

Monday, 1 July 2013

Perjalanan part 2

Assalamualaikum...
Cakap pasal perjalanan ni teringat pada lagu Shila Amzah yg bertajuk Perjalanan tapi dulu Terima Kasih (unofficial tittle). Dulu cerita yg berkaitan dgn perjalanan ialah kami sekeluarga pergi rumah Along di Semenyih. Kali ni entry part 2 ni berkaitan dgn kami sekeluarga pergi ke Cameron Highlands. Bulan 11 atau bulan 12 tahun 2012 kami sekeluarga pergi Cameron Highlands juga tapi kalau tak silap aku, aku tak buat entry pun pasal tu.

Pada hari Sabtu 29/7/2013 hingga Ahad 30/7/2013, kami 12 orang iaitu, ayah, mak, Nek, Abg De, kak Aya, Husna, kak Teh, Alang, Hakim, aku dan Azim pergi ke Cameron kerana ada kenduri. Aku tak pasti apa hubungan antara keluarga aku dengan keluarga pengantin lelaki tu, yg pasti ada hubungan keluarga. Dulu aku pernah buat entry Memory part 2 di bawah tajuk 'Ketinggalan Zaman'. Seorang nenek yg kami panggil tok punya cucu yg kahwin. Faham ke? Tak faham sila buat-buat faham sajalah. Anak tok ni tinggal di Cameron Highlands, tahun lepas kami pergi Cameron, kami penginap di rumah mereka. Tapi kali ni kami penginap di chelet di Berinchang, berdekatan dgn rumah anak tok.

Malas aku nak terangkan panjang lebar. Jom kita layan gambar.
 Sebelum gerak, sempat snap. Oh yeah, semangat TLB. Gambar yg tunjuk gelang tu di kenduri di Cameron.
 Yg kahwin ni polis.
 Ni masa kami di rumah anak tok tu. Kami tunggu seseorang datang untuk bawa kami chalet tu. By the Way, kami di Berinchang, tempat paling tinggi. Nampaknya, aku masih lagi dengan semangat TLB tu.
 Ni masa di chalet. Mama Mountain Homestay namanya. Gambar terakhir bukan chalet kami okay. Bayaran aku tak pasti berapa tapi RM200 lebih. Ada 3 bilik, boleh lah dikatakan selesa. Setiap bilik ada katil double then ada extra 2 katil single.
  Hari Sabtu kami shopping di taman pasar malam Berinchang. Kenapa beria ambil gambar lobak? Sebabnya jarang nampak orang jual lobak dengan pokoknya sekali.
 Gambar kedua ialah patung, ianya akan bercahaya dalam gelap. Selamba aku ambil then masukkan dalam sweater. Opps, bukan curi tapi aku nak tengok dia bercahaya. Gambar ketiga ialah sedang ukir nama.
 Dua orang lelaki yg letih menemankan para perempuan bershopping. Strawberry, tidak, aku benci!!! Aku pernah makan masa kecil dan tahun lepas tapi ada satu rasa yg sukar untuk aku jelaskan, rasa tulah yg membuatkan aku tak suka strawberry. Husna bermain dgn belon buih.
 Kami di Big Red Strawberry Farm pada hari Ahad pagi. Sepatutnya kami ke sini pada hari Sabtu tapi pukul 6 petang sudah tutup.
 Gambar pertama ada incident yg berlaku, sebab tu susunan kami tak seberapa nak betul. Apakah incident nya? Ada seorang budak perempuan kecil terlanggar Husna, lepas langgar budak tu pergi tolak Husna. Budak perempuan tu tak sengaja, sebab masa tu dia ingat mak dia nak tinggalkan dia so, dia pun berlari kejar mak dia.. Budak tu mungkin 5 tahun kebawah. Husna pun menangis lah. Mak budak tu tak kisah sangat dgn anaknya sedang menangis, kalau nak tahu dia ada dekat kami masa ni sebab nak mintak maaf sebab anak dia langgar. Tapi tak dilayan sebab kami sibuk dengan kamera yg kami set masa. My dad terima bunga dari Abg De? Itu hanyalah lakonan. Masa ni kami di Ringlet, on the way balik. Tengok gambar terakhir. Kami nampak banyak kereta pasang bendera Negeri Kelantan, ni mesti sebab Kelantan menang piala FA. Agaknya mereka on the way balik ke Kelantan melalui Gua Musang.

Sekarang tiba masa untuk suka suki kami bergambar.
 Gambar pertama, Alang bermain dgn rabbit sebelum gerak. Photographer ialah Azim bersama DSLR Teh. Gambar kelima, aku cuba untuk menceriakan mood Husna sebab dia baru bangun tidur. Aku cakap dengan Husna, tangan mak nik sejuk, muka mak nik pun sejuk. Gambar terakhir, keluarga Abg De.
 Gambar pertama, lawan tangan. Event ni mesti akan ada setiap kali ada Abg De, dan semestinya tak ada orang boleh lawan dia. Lepas lawan dgn Azim, Abg De lawan dgn Teh, well, Teh menang sebab Abg De bagi peluang.
Lollipop untuk kawan sekelas dan beberapa kawan yg tak sama kelas. Magnet untuk 3 orang cikgu dan seorang kakak (sila click). Yg warna perak tu ialah nama ahli kumpulan TLB. Patung lanun sempena dgn nama Tira Lanun Babi. Aku beli khas untuk ahli TLB.
Lepas siap aku punya terus snap.

Ni semua cerita gembira yg kongsikan. Cerita sedih belum lagi. Okay, sekarang aku mahu cerita. Sebelum pergi Cameron, aku ada lawat blog kakak aku iaitu Angah. Entrynya berkaitan dengan Cameron juga. Dia pergi bulan 2 kut tapi dia buat entry bulan 6. Dalam blog tu adalah cerita pasal dia pergi taman Lavender, aku pun memang excited la sebab sejak darjah 6 memang aku suka lavender dan aku pun sudah pasang impian nak keluar negera yg ada bunga lavender. Aku tak sangka pula ada taman lavender di Cameron, kalau ada memang aku nak pergi. Anak tok tu cakap, taman lavender tu baru saja di buka tak sampai setahun lagi kut. Angah cakap kena bayar kalau nak masuk.

Sebelum pergi Cameron lagi aku sudah beria-ia cakap dgn parents supaya pergi taman lavender, tapi bila mereka tahu kena bayar, mereka pun macam nak tak nak je bawa aku ke sana. Kesudahannya aku tak pergi ke taman lavender. Memang rasa sakit hatilah sebab tak dapat pergi. Kalau tak ada di Malaysia, aku boleh faham lagi tapi ni sudah ada di Cameron, di Pahang dan kebetulan kami memang pergi Cameron, jadi bagi aku mesti kena pergi sebab sejak darjah 6 lagi aku memang teringin sangat nak tengok bunga lavender. Aku pun sedih, tak cakap banyak, aku senyap je sebagai tanda protes. Aku pun adalah juga nangis tapi aku nangis bila orang tak ada dan aku nangis sekejap je. Masa on the way nak balik tu, ada singgah di Ladang Teh di Bharat Tea. Masa di situ, family aku semua pergi tengok ladang teh kecuali aku. Aku duduk sorang diri dalam van, tak mahu keluar, sengaja aku buat alasan mengantuk. Lepas tu masa di Ringlet nak beli bunga, ada family aku yg keluar shopping dan ada yg pergi tengok tasik. Aku pula duduk dalam van lagi. Tapi aku rasa family aku tak tahu kut yg aku protes sebab tak dapat pergi taman lavender.

Malam tu, time aku nak gosok baju, tudung sekolah tak basuh lagi, then air pun tak seberapa nak ada. Kalau basuh guna mesin, berisiko tak sempat siap, jadi aku kena basuh guna tangan. Dahlah masa tu sudah pukul 11 malam. Biasanya pukul 10.30 malam aku jadi bad mood tapi biasanya berlaku pada hari sekolah, kalau hari cuti, tak kisah sangat. Aku pun basuh tudung dengan bengang, mengeluh sampai mak ayah aku macam nak belasah aku. Dalam hati aku, memang bengang sangat + mengantuk.

Untuk pengetahuan korang lagi, aku tak mandi. Maksud aku, Hari Sabtu nak pergi Cameron, aku mandi tapi hari Ahad aku tak mandi. Pergi jalan sana sini dengan badan yg tak mandi. Tapi tak kisah sangat, sebab bukannya berpeluh pun. Bukan aku seorang saja tak mandi, ayah pun tak mandi dan mungkin orang lain yg berada di Cameron pun tak mandi. Bukannya apa, ianya sejuk tahu. Memanglah ada air panas, tapi rasanya lebih baik kalau tak mandi. Cuma basuh muka dan gosok gigi. Lepas tu pakai minyak wangi. Grrrr... sejuk weyh. Basuh pinggan pun aku rasa macam nak beku tangan. Lepas sampai rumah taman saga, barulah aku mandi.

Baiklah, sampai di sini sajalah entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entry yg panjang lebar ni. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...