Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, 20 June 2013

Tidak Terlibat

Assalamualaikum...
Pada hari Selasa 18/6/2013 aku kena pergi Bengkel Prinsip Akaun di PPD Temerloh. Masa kat situ, ada pula minah comel tegur. Siapakah? Adik kak Emy la. Pada hari Rabu, 19/6/2013 iaitu hari semalam, ada sukan tara. Apekah? Untuk pilih siapa yg layak untuk mewakili rumah sukan kut.

Bila cikgu bagi tahu pasal sukan tara akan diadakan, aku terus cakap dengan diri sendiri bahawa aku tak mahu terlibat. Jadinya, hari semalam aku cuba untuk buat selemah yg aku mampu. Ada 4 acara pada hari tu iaitu lompat jauh, 100m, 400m dan lontar peluru.

Masa lompat jauh tu, aku cuba buat selemah yg mungkin tapi apa boleh buat, dapat 1 markah. Kat pasir tu adalah tentukan pada yg 1 markah dan 2 markah. Bila aku sampai je kat pasir tu, aku nampak aku hampir saja dapat 2 markah. Huh, Alhamdulillah, tak dapat 2 markah. Masa lontar peluru juga aku cuba buat selemah yg aku mampu. Alhamdulillah, aku tak dapat apa-apa markah. Masa lari 100m pula, aku lari perlahan saja tapi aku sedar yg aku adalah orang terakhir, jadi aku pun pecut, aku tempat ke-4. Sebab aku pecut ialah, aku tak mahu jadi yg terakhir. Masa lari 400m pula, aku macam berjogging saja.

Pelikkan? Biasanya orang bersungguh-sungguh untuk dapatkan markah, tapi aku tak. Hari ni, iaitu hari Khamis 20/6/2013, ketua Satria (kuning) datang, dia panggil semua ahli Satria dalam kelas aku. Setiausaha Satria iaitu ketua pengawas iaitu Yap Shi Qian (perempuan) tanya aku, nak masuk apa-apa acara tak? Dengan gembiranya aku jawab, tak mahu. Aku ada sebab kenapa aku berhenti sejak pertengahan tingkatan 1 dulu. Sebabnya aku tak dapat nak bagi tahu kepada sesiapa pun. Hanya aku dan seorang kawan yg aku lupa namanya. Entah macam mana aku boleh lupa nama dia, walhal, aku dengan dia memang rapat. Dialah yg banyak ajar aku bersukan. Sudah lebih dari 5 tahun aku tak jumpa dia.

Tahun lepas aku ada juga mewakili Satria, tapi sama juga, aku buat selemah yg aku mampu. Sebab aku nak mewakili, hanya ada satu sebab. Sebabnya ialah, masa tu aku masih lagi minat pada rambut si Ng Shao Min. Bila aku terlibat dengan sukan ni, aku dapat rapat sikit dengan dia. Dan, masa tu jugalah, aku baru tahu namanya. Sekarang rambut si Ng Shao Min tu sudah panjang, dan dia juga sudah semakin cantik dan comel.

Pada hari sukan nanti, aku hanya mahu jadi photographer. Aku akan cuba untuk pujuk my sister atau Along supaya bagi aku pinjam DSLR mereka. Tapi aku mungkin juga akan terlibat dengan perbarisan Puteri Islam. Al-maklumlah, aku kan pengerusi Puteri Islam. Hari Jualan kat sekolah nanti pula aku kena jaga gerai. Actually aku tak mahu, aku mahu jadi photographer tapi aku nak dapatkan pengalaman perniaga.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...