Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, 13 June 2013

Sunway Pyramid !!!

Assalamualaikum...
Hari ni aku kena type dgn pantas jadi aku nak minta maaf seandainya ada salah tulis. Kenapa kena type dgn pantas? Kerja biology tak siap lagi. Baru siap 4 soalan essay dari 12 soalan. Esok mesti mau hantar. Haiyak. Jom layan kisah aku dan member-member di Kuala Lumpur.

Kisahnya bermula pada hari semalam iaitu Rabu 12/6/2013. Kami ke Kuala Lumpur kerana ada lawatan sambil belajar di Taylor Universiti. 5 kelas atas saja yg pergi tapi tak semua. Kami pergi naik 2 bas A dan B. Aku, Elvyianah, Mubshira, Nabella, Ameera dan Anati naik bas A. Nasib baik kami tak terpisah, kalau tidak, memang tak syok lah. Around pukul 8.30 pagi kami gerak dan sampai around 10 pagi.

Masa on the way pergi Taylor tu, ada something telah berlaku. Opps, what's that? Kejadian ni berlaku masa kami sudah keluar dari highway. Aku, Ameera dan Anati perasan ada mamat motor yg handsome. Muka putih dan bersih macam orang korea gitu. Kami pendam je dalam hati yg lelaki handsome. Tiba-tiba Meera cakap 'Laki tu handsome.' Aku pun setuju lah dgn apa yg Meera cakap. Sejak tu, aku sudah mula terpikat dgn lelaki tu. Sampai sekarang tak boleh lupa lagi dia. Pakai topi kelendar putih, baju merah, pakai cermin mata hitam dan motor oren. Aku harap Mr. Google boleh tolong tapi dia tak dapat tolong. Kami terpisah bila laki tu naik flyover. Kita orang beria usha laki tu. Kejap di potong bas kita orang, kejap bas potong dia. So, agak susah nak bertemu dengan dia. Berharap agar keajaiban akan berlaku. Kalau Meera tak cakap mesti aku tak akan fikir dah pasal laki tu. Kami panggil dia JJ yang bermaksud Jejaka Jambu.

Kami pergi ke Taylors Lakeside Campus. Kat mana tu? Sila tanya Mr. Google. Boleh tahanlah besarnya tempat tu. Ada ceramah, bawa kami pergi makmal untuk kelas yg ambil sains tulen. Ada mayat betul tapi kami tak pergilah tengok. Tempat tu memang cantik. Tapi yg peliknya, tak ada seorang pun yang ambil gambar. Aku nampak ramai yg bawa kamera tapi tak ada seorang pun mahu ambil gambar. Sekarang aku rasa menyesal sebab tak ambil gambar. Rugi betul. Tak apalah, benda sudah lepas, tak ada gunanya menyesal. Lunch pula kami di beri voucher RM 5 untuk makan dan RM 2 untuk minum. Kami semua makan jumping spaghetti dan air teh sejuk. Masa on the way nak pergi makan tu, Meera cakap dia nampak ada orang bercium di tepi tandas. Aku pun pandanglah. Masa aku pandang tu dia orang sudah stop cium tapi kedudukan mereka memang rapat. Okay, aku pun percayalah cakap Meera. Tapi aku terfikir juga, kalau ya pun nak cium agak-agaklah, tepi tandas korang nak buat. Eeii, pleaselah, jijik tau.

Lepas tu kami pergi ke Sunway Pyramid around pukul 3 petang. Diberi masa around 2 jam. Sebelum pergi tu kami kena tukar baju. Tak akanlah nak pakai baju sekolah pergi shopping. Jom layan gambar. Gambar agak banyak ya.
Outfit of the day... hehehe
 OLOLOLOLO....
Gambar pertama masa dalam bas. On the way pergi Taylor. Gambar yg lain di Sunway Pyramid. Gambar ke4 aku dan Bella tunjuk gelang.
 Ada ice skating. Baru bulan lepas aku baru tahu ada ice skating di sini tak sangka pula dapat pergi Sunway Pyramid.
 No comment.
 Eeii, ada pula monster tu. Geram betul. Rasa nak peluk je tapi tak boleh.
Kami bersama Monster.
 Bahagian atas tempat monster tu.
Ada mummy.
 Ada pula benda ni. Tapi kami tak naik.
 Air cuppucino panas di starbucks. Mahal tapi tak apalah, sekali sekala. Mulanya aku tak mahu beli tapi last minute sebelum member aku bayar, aku nak pula beli. Member yg lain beli yg sejuk tapi air lain.
 Sudah lama teringin nak beli tapi tak tahu mana nak cari. Bila Nabella pakai ni baru teringat nak cari. Finally, you are mine baby.
 Suka betul tengok benda ni.
 Kami !!! Dari kanan ialah Ameera, Nabella, Anati, Mubshira, Elvyianah dan Nabilah.
 Ni Sunway Lagoon rasanya.
 Ni hotel + tempat kami shopping.
 Kami 6 orang beli gelang merah putih tu. Barulah nampak yg kami ni geng. By the way tu tangan Ameera. Dan idea beli yg sama ni datang dari Ameera.
Ni lah dia Sunway Pyramid tu. Masa ni kami sudah naik bas nak balik. Signboard tu betul-betul menganggu.
Tempat aku dan Ameera duduk dalam bas. Kami asyik bergaduh nak nombor 23. Entahlah kenapa. Aku 23, Ameera 24.
Masa on the way balik. Around pukul 6. Masalah yg dihadapi ialah jem.

Itulah kisahnya seharian di Kuala Lumpur. Kami gerak balik around 6.30 petang dan sampai ke sekolah pukul 9.30 malam. Letih tapi best. Kat sekolah hari ni 1 jam 30 minit aku tidur. Mesti sebab letih sangat. Lagi pun cikgu bukannya ajar pun masa tu. Tak tahu apa nak buat. Tidur sajalah. Nak study pun tak ada mood sebab rasa mengantuk.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...