Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 14 June 2013

Hilang o.O

Assalamualaikum...
Semalam baru buat entry hari ni nak buat entry lagi? Well, aku selalunya post 4-5 hari sekali. Tapi disebabkan cerita yg berkaitan dgn hilang ni boleh dikata sudah seminggu jadi aku buatlah entry lagi. Kalau asyik tangguh saja, takut lupa pula. Okay, kali ni ada 2 cerita yg berkaitan dgn hilang yg berlaku selama seminggu dari hari Jumaat 7/6/2013 hingga Khamis 13/6/2013. Tepat seminggu tu.

Cerita pertama ni berlaku selama 3 hari iaitu dari hari Jumaat hingga Ahad. Lepas 5 orang Zainul balik dari masjid, my mom suruh mereka makan di kenduri di Batu Kapur, sebabnya my mom penat, tak larat nak masak. Habis tu, aku dgn my mom? Ada lagi makanan. Tapi my dad cakap biar ayah dgn Hanis saja yg pergi naik motor. Yang lain tak payah ikutlah sebabnya kalau bawa kereta, tak ada tempat nak parking. Jalan Batu Kapur tu dahlah sempit, nak parking lagilah susah. Jadinya, comfirm ayah dan Hanis saja yg pergi. Tapi ada sesuatu yg telah hilang yg menyebabkan mereka tak boleh pergi. Apekah? Kunci motor hilang.

Seluruh rumah sudah cari, kat tempat yg mungkin tak ada pun kami cari. Kita orang pun macam sudah letih nak cari, tak ada energy jadi my dad telah buat sesuatu untuk kami ada energy semula. Apekah? Siapa jumpa dapat RM5. Keesokan harinya my dad pergi pasar naik motor tapi kunci tak jumpa lagi. Ayah cakap kalau tak ada kunci tapi ada minyak, masih boleh bawa. Ayah mesti buat something sehingga motor tu boleh digunakan tanpa kunci. Pada hari Ahad petang, Azim telah jumpa semula kunci motor tu. Bermakna dia lah yg dapat RM5 tu. Nak tahu di mana di jumpa? Dia jumpa dekat motor. Entah terselit kat mana. Melepas peluang aku nak dapatkan RM5.

Baju merah di depan ni ialah Azim dan belakang tu kalau tak silap aku Faisal, budak Saga Utama tapi member-member panggil dia bulat sebab masa dia sekolah rendah dulu badan di besar. Tapi sekarang tak dah. Hari ni aku pakai baju merah juga.

Cerita kedua ni berkaitan dengan Azim. Ianya berlaku pada hari Isnin hingga hari semalam iaitu hari Khamis. Apa yg hilang tu? Gitar kesayangan dia tu lah yg hilang. Gitar tu asalnya milik kakak iaitu Teh, kemudian di jual kepada Alang kemudian Alang bagi Azim. Gitar tu hilang around pukul 4 pagi pada hari Isnin. Siapa yg curi? Nanti aku bagi tahu. Aku memang kenal sangat budak yg curi tu, aku memang sudah lama tak suka budak tu. Azim cakap masa dia mandi nak pergi sekolah, dia rasa tak sedap hati. Then around pukul 6.30 pagi, dia terdengar bunyi gitar dia macam terlanggar something betul ke ayat aku ni? So, dia pun intailah kat sliding door. Dia tengok kat sofa luar rumah tempat dia letak gitar dia. Then dia cakap gitar dia hilang. Bila aku fikir balik, mungkin Allah sengaja bagi Azim rasa resah dan dengar bunyi gitar. Yelah kan, gitar dicuri around pukul 4 pagi tapi Azim dengar bunyi gitar tu around 6.30 pagi. Aku syak, mesti member-member Azim yg curi sebab dia orang saja yg tahu ada gitar di luar rumah tu. Azim pun sudah syak siapa yg curi tapi dia tak pasti lagi.

Akhirnya, Azim minta bantuan kawan baik Alang iaitu Azam untuk pergi rumah budak yg curi gitar tu di Saga 1. Sebelah rumah budak yg curi tu adalah keluarga angkat aku, yg pernah jaga aku masa kecil. Budak nama Shidi yg cakap dia nampak ada gitar warna hitam kat rumah budak tu. So, Azim dan Azam datang ke rumah budak tu. Masa dia orang datang, budak tu tak ada, entah keluar ke mana. Nama budak tu ialah Saiful dan dia ada seorang lagi adik lelaki bernama Akmal. Dua orang beradik ni memang aku tak suka dari dulu lagi sebab aku tahu mereka memang budak yg bermasalah. Kalau tak silap aku, Saiful tu 16 tahun tapi dia tak sekolah pun, adik dia pun sama. Apa pun, nasib baik Azim bagitahu Alang bila sudah jumpa gitar tu. Kalau tak, Alang mesti belasah budak tu. Alang is the Gangster Gile, dia suka gelar diri dia begitu tapi actually dalam hati ada taman. Memanglah Alang nampak gangster tapi bukan pembuli. Jiran aku selalu memfitnah Alang buli dia padahal member-member Alang yg buli dia. Alang tak ada kaitan langsung.

Sebelum aku buat entry semalam baru Azim jumpa semula. Betapa gembiranya dia bila jumpa gitar tu. Anyway, selama 4 hari Azim tanpa gitar, aku nampak dia macam kurang sesuatu. Ada benda yg hilang dari dia. Bukan dia saja, aku juga rasa macam lain. Sebab, setiap hari aku dengar bunyi gitar yg dipetik oleh Azim, jadi aku rasa, bunyi gitar tu adalah sebahagian dari hidup aku. Aku rasa macam lain bila tak dengar bunyi gitar tu. Tapi aku rasa lega juga bila gitar tu tak ada sebab bunyi gitar tu bising dan aku rasa sunyi juga tanpa bunyi gitar. Kesian Azim, selama seminggu lebih dia tak jumpa awek dia sebab awek dia pergi Penang ada pertandingan KPA kut, lepas tu hilang gitar pula. Tak apa, tak apa. Gitar sudah jumpa, awek dia pun akan kembali ke sekolah pada Isnin depan.

Baiklah, sampai di sini saja entry aku pada kali ni. Terima kasih kepada yg membaca. Pengajaran untuk semua, Allah nampak apa yg kita buat, jadi tolong jaga buat perkara jahat. Baiklah. harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...