Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Wednesday, 26 June 2013

TLB

Assalamualaikum...
Apakah itu TLB? TLB bermaksud 'Tira Lanun Babi'. Ya Allah, ada perkataan kasar. Ya, ya, kami tahu ada benda tu, itulah benda yg paling unik dan menarik untuk kami gunakan. Ada kisah di sebaliknya yg berkaitan dgn TLB ni. Untuk tahu lebih lanjut, jom ikuti kisahnya.

Pada hari ni iaitu hari Khamis, 26/6/2013. Lepas aku, Meera, Muba dan Elvy siap makan waktu rehat, kita orang lepak kat padang sebab ada sukan. Bella dgn Anati ada terlibat untuk menguruskan sukan ni. So, kami berempat pergi kacau mereka. Kat padang tu ada tangga, di situlah kami lepak. Okaylah, aku akan tunjukkan lebih detail di mana kami lepak.
 Nampak tak anak panah warna oren tu? Kat situlah. Blok E tu pula kelas aku. Bella blok F. Anyway ni time perlawanan freesbie pada hari Sabtu.

Anati selalu panggil Muba sebagai Ba, Elvy sebagai Bi. Jadi bila digabungkan jadi b***. Masa tu si Anati ni panggil mereka berdua, si Nabella yg dengar ni pun tergelak lah. Lepas tu mula mencipta TLB tu. Perkataan Tira tu berasal dari Anati dan Ameera. Lanun pula berasal dari Nabella dan Ainun (aku). Maka, dengan itu, wujudlah TLB iaitu Tira Lanun Babi. So kiranya nama kumpulan kami la. Atau pun 6S iaitu Sahabat Sehati Sejiwa Selamanya Semua Sakai. Kami memang pelik. Masa kami ada di tangga tu, ada Asmaa, Ailin dan Sumitha. Bila kami sebut TLB tu, mereka pelik tapi mereka macam buat tak tahu saja.

Kami pun ada official greeting. Apakah itu? Sila lihat gambar lelaki di bawah ni. Kita selalu perasan yg ayah kita selalu buat macam tu. Kalau tak pernah, buat macam pernah okay. Malas nak cakap banyak.
Kami punya official greeting ialah... Ianya bukannya rock, hanya greeting.

Masa kat tangga tu, banyak kali kami testing sebut TLB dan buat official greeting kami tu. Bella lah yg tukang sebutnya. Bila sebut saja TLB terus keluarkan tangan.

Tiga masa sebelum balik pula kami tanpa Bella telah mencipta sesuatu yg berkaitan dengan kucing. Masa ni waktu moral, jadi aku, Meera, Muba dan Anati tak belajar kecuali Elvy. Macam-macamlah yg kami buat antaranya bermain chi-lam-pau-tambi-raket. Nak terangkan susah tapi cara main dia melibatkan tangan dan kena pukul dan jentik. Lepas tu, entah apa yg berlaku antara aku dengan Muba, kami bermain dengan kasarnya. Seperti biasa aku suka menggeletek orang (aku tak geli). Jadi aku geletek Muba, tak sangka dia balas dengan agak kasar. Jadi apa lagi, aku cakar tangan dia. Padahal kuku aku tak tajam pun tapi Muba cakap dia sakit.

Aku sudah tahu dia sakit, aku buat lagi. Sampai timbul kesan cakar tu. Lepas tu Muba cakap ada kucing liar cakar tangan dia. Aku pula pergi tambah kucing liar taman saga. Muba pula kucing manja taman rimba, Meera kucing gedizz taman mahkota, Elvy kucing blurr bukit bendera, Bella pula kucing hyperactive taman rimba dan Anati kucing gedik pularis.

Adakah kami gila? Entahlah? Mungkin juga.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca entry pada kali ini. Harap korang terhibur. Kalau boleh tolonglah vote untuk entry kali ni, sebelum ni dan entry yg akan datang. Macam mana nak vote? Kat bawah entry ada benda ni. Sekian.
Assalamualaikum...

Sunday, 23 June 2013

Melepas :(

Assalamualaikum...
Apa yg melepas ni? Pakwe ke? Eh, eh, mana ada. Bukan lelaki okay. Setakat ni 2 orang lelaki yg aku suka tak melepas lagi. Siapakah? Cody Simpson dan Fadlan Hazim lah. Okay, back to the story, ianya sesuatu yg aku tunggu-tunggukan tapi aku sudah melepas.

Kisah ni berlaku pada hari ni, around pukul 7 pagi. Fuyoh, awalnya. Entry sebelum ni ada kaitan dengan sukan right? Kali ni pun sama. Kalau sukan di sekolah, aku memang tak mahu terlibat tapi hari ni, kat taman perumahan aku di Taman Saga ada buat sukanika. Ada macam-macam acara antaranya berlari. Berlari ni kira macam merentas desa la, lari satu taman saga. Tapi aku tak tahu dari mana sampai mana dan berapa km.

Kertas ni sudah diedarkan around minggu lepas.

Bila aku baca saja kertas tu, aku memang sudah decide untuk masuk acara Larian Taman Saga kategori remaja. Lepas aku baca tu, aku abaikan kertas tu, entah di mana kertas ni berada, baru hari ni aku jumpa semula. Aku pun sudah lupa bila akan diadakan, pukul berapa and everything about sukanika ni aku lupa.

Aku bangun hari ni around pukul 7.30 pagi. Aku perasan cuma ada ayah, mak dan Hakim. Azim tak ada, tapi aku tak tanya pada 3 orang ahli keluarga aku ke mana dia pergi. Aku pun, ah, lantaklah, dia kan memang suka merayau, sama macam Along dan Alang sewaktu sebaya dengan Azim. Bila time nak breakfast around pukul 8, barulah aku tanya ayah, kemana Azim pergi. Ayah cakap Azim pergi padang. Aku pun terfikirlah, tak pernah-pernah dia pergi main bola awal pagi macam ni kecuali pergi main futsal di Bukit Bendera. Aku pun, ah lantak dia lah.

Then my mom tanya my dad, pukul berapa nak pergi Sentang. My dad jawab tunggu Azim siap berlari lah. Aku pun, what the? Berlari? Oh no!!! Sukanika tu !!! Ayah nak pergi Sentang ada sebab, 3 orang Zainul saja yg pergi. Tapi Azim mula berlari around pukul 9 pagi, jadi Azim tak pergi Sentang. Hanya ayah dan Hakim saja. Bila aku teringat pasal sukanika tu, memang aku bengang, tapi aku tahan. Nak daftar pun tak sempat dah.

Sudah lama aku menunggu sukanika ni, tapi aku hanya menunggu acara berlari saja. Sukanika tanpa berlari, aku tak berminat. Sob sob T-T. Patah Seribu hati ku. Beribu Sesalan bila mengabaikan kertas tu. Kat sekolah aku tak ada semangat untuk berlari, tapi bila sukanika di Taman Saga, aku memang bersemangat. Acara berlari ni aku rasa tak pernah di adakan. Baru kali ada kut. Entahlah, atau mungkin dulu ada, cuma aku yg tak ambil berat.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur dan sudi melawat blog aku lagi. Sekian.
Assalamualaikum...

Thursday, 20 June 2013

Tidak Terlibat

Assalamualaikum...
Pada hari Selasa 18/6/2013 aku kena pergi Bengkel Prinsip Akaun di PPD Temerloh. Masa kat situ, ada pula minah comel tegur. Siapakah? Adik kak Emy la. Pada hari Rabu, 19/6/2013 iaitu hari semalam, ada sukan tara. Apekah? Untuk pilih siapa yg layak untuk mewakili rumah sukan kut.

Bila cikgu bagi tahu pasal sukan tara akan diadakan, aku terus cakap dengan diri sendiri bahawa aku tak mahu terlibat. Jadinya, hari semalam aku cuba untuk buat selemah yg aku mampu. Ada 4 acara pada hari tu iaitu lompat jauh, 100m, 400m dan lontar peluru.

Masa lompat jauh tu, aku cuba buat selemah yg mungkin tapi apa boleh buat, dapat 1 markah. Kat pasir tu adalah tentukan pada yg 1 markah dan 2 markah. Bila aku sampai je kat pasir tu, aku nampak aku hampir saja dapat 2 markah. Huh, Alhamdulillah, tak dapat 2 markah. Masa lontar peluru juga aku cuba buat selemah yg aku mampu. Alhamdulillah, aku tak dapat apa-apa markah. Masa lari 100m pula, aku lari perlahan saja tapi aku sedar yg aku adalah orang terakhir, jadi aku pun pecut, aku tempat ke-4. Sebab aku pecut ialah, aku tak mahu jadi yg terakhir. Masa lari 400m pula, aku macam berjogging saja.

Pelikkan? Biasanya orang bersungguh-sungguh untuk dapatkan markah, tapi aku tak. Hari ni, iaitu hari Khamis 20/6/2013, ketua Satria (kuning) datang, dia panggil semua ahli Satria dalam kelas aku. Setiausaha Satria iaitu ketua pengawas iaitu Yap Shi Qian (perempuan) tanya aku, nak masuk apa-apa acara tak? Dengan gembiranya aku jawab, tak mahu. Aku ada sebab kenapa aku berhenti sejak pertengahan tingkatan 1 dulu. Sebabnya aku tak dapat nak bagi tahu kepada sesiapa pun. Hanya aku dan seorang kawan yg aku lupa namanya. Entah macam mana aku boleh lupa nama dia, walhal, aku dengan dia memang rapat. Dialah yg banyak ajar aku bersukan. Sudah lebih dari 5 tahun aku tak jumpa dia.

Tahun lepas aku ada juga mewakili Satria, tapi sama juga, aku buat selemah yg aku mampu. Sebab aku nak mewakili, hanya ada satu sebab. Sebabnya ialah, masa tu aku masih lagi minat pada rambut si Ng Shao Min. Bila aku terlibat dengan sukan ni, aku dapat rapat sikit dengan dia. Dan, masa tu jugalah, aku baru tahu namanya. Sekarang rambut si Ng Shao Min tu sudah panjang, dan dia juga sudah semakin cantik dan comel.

Pada hari sukan nanti, aku hanya mahu jadi photographer. Aku akan cuba untuk pujuk my sister atau Along supaya bagi aku pinjam DSLR mereka. Tapi aku mungkin juga akan terlibat dengan perbarisan Puteri Islam. Al-maklumlah, aku kan pengerusi Puteri Islam. Hari Jualan kat sekolah nanti pula aku kena jaga gerai. Actually aku tak mahu, aku mahu jadi photographer tapi aku nak dapatkan pengalaman perniaga.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...

Friday, 14 June 2013

Hilang o.O

Assalamualaikum...
Semalam baru buat entry hari ni nak buat entry lagi? Well, aku selalunya post 4-5 hari sekali. Tapi disebabkan cerita yg berkaitan dgn hilang ni boleh dikata sudah seminggu jadi aku buatlah entry lagi. Kalau asyik tangguh saja, takut lupa pula. Okay, kali ni ada 2 cerita yg berkaitan dgn hilang yg berlaku selama seminggu dari hari Jumaat 7/6/2013 hingga Khamis 13/6/2013. Tepat seminggu tu.

Cerita pertama ni berlaku selama 3 hari iaitu dari hari Jumaat hingga Ahad. Lepas 5 orang Zainul balik dari masjid, my mom suruh mereka makan di kenduri di Batu Kapur, sebabnya my mom penat, tak larat nak masak. Habis tu, aku dgn my mom? Ada lagi makanan. Tapi my dad cakap biar ayah dgn Hanis saja yg pergi naik motor. Yang lain tak payah ikutlah sebabnya kalau bawa kereta, tak ada tempat nak parking. Jalan Batu Kapur tu dahlah sempit, nak parking lagilah susah. Jadinya, comfirm ayah dan Hanis saja yg pergi. Tapi ada sesuatu yg telah hilang yg menyebabkan mereka tak boleh pergi. Apekah? Kunci motor hilang.

Seluruh rumah sudah cari, kat tempat yg mungkin tak ada pun kami cari. Kita orang pun macam sudah letih nak cari, tak ada energy jadi my dad telah buat sesuatu untuk kami ada energy semula. Apekah? Siapa jumpa dapat RM5. Keesokan harinya my dad pergi pasar naik motor tapi kunci tak jumpa lagi. Ayah cakap kalau tak ada kunci tapi ada minyak, masih boleh bawa. Ayah mesti buat something sehingga motor tu boleh digunakan tanpa kunci. Pada hari Ahad petang, Azim telah jumpa semula kunci motor tu. Bermakna dia lah yg dapat RM5 tu. Nak tahu di mana di jumpa? Dia jumpa dekat motor. Entah terselit kat mana. Melepas peluang aku nak dapatkan RM5.

Baju merah di depan ni ialah Azim dan belakang tu kalau tak silap aku Faisal, budak Saga Utama tapi member-member panggil dia bulat sebab masa dia sekolah rendah dulu badan di besar. Tapi sekarang tak dah. Hari ni aku pakai baju merah juga.

Cerita kedua ni berkaitan dengan Azim. Ianya berlaku pada hari Isnin hingga hari semalam iaitu hari Khamis. Apa yg hilang tu? Gitar kesayangan dia tu lah yg hilang. Gitar tu asalnya milik kakak iaitu Teh, kemudian di jual kepada Alang kemudian Alang bagi Azim. Gitar tu hilang around pukul 4 pagi pada hari Isnin. Siapa yg curi? Nanti aku bagi tahu. Aku memang kenal sangat budak yg curi tu, aku memang sudah lama tak suka budak tu. Azim cakap masa dia mandi nak pergi sekolah, dia rasa tak sedap hati. Then around pukul 6.30 pagi, dia terdengar bunyi gitar dia macam terlanggar something betul ke ayat aku ni? So, dia pun intailah kat sliding door. Dia tengok kat sofa luar rumah tempat dia letak gitar dia. Then dia cakap gitar dia hilang. Bila aku fikir balik, mungkin Allah sengaja bagi Azim rasa resah dan dengar bunyi gitar. Yelah kan, gitar dicuri around pukul 4 pagi tapi Azim dengar bunyi gitar tu around 6.30 pagi. Aku syak, mesti member-member Azim yg curi sebab dia orang saja yg tahu ada gitar di luar rumah tu. Azim pun sudah syak siapa yg curi tapi dia tak pasti lagi.

Akhirnya, Azim minta bantuan kawan baik Alang iaitu Azam untuk pergi rumah budak yg curi gitar tu di Saga 1. Sebelah rumah budak yg curi tu adalah keluarga angkat aku, yg pernah jaga aku masa kecil. Budak nama Shidi yg cakap dia nampak ada gitar warna hitam kat rumah budak tu. So, Azim dan Azam datang ke rumah budak tu. Masa dia orang datang, budak tu tak ada, entah keluar ke mana. Nama budak tu ialah Saiful dan dia ada seorang lagi adik lelaki bernama Akmal. Dua orang beradik ni memang aku tak suka dari dulu lagi sebab aku tahu mereka memang budak yg bermasalah. Kalau tak silap aku, Saiful tu 16 tahun tapi dia tak sekolah pun, adik dia pun sama. Apa pun, nasib baik Azim bagitahu Alang bila sudah jumpa gitar tu. Kalau tak, Alang mesti belasah budak tu. Alang is the Gangster Gile, dia suka gelar diri dia begitu tapi actually dalam hati ada taman. Memanglah Alang nampak gangster tapi bukan pembuli. Jiran aku selalu memfitnah Alang buli dia padahal member-member Alang yg buli dia. Alang tak ada kaitan langsung.

Sebelum aku buat entry semalam baru Azim jumpa semula. Betapa gembiranya dia bila jumpa gitar tu. Anyway, selama 4 hari Azim tanpa gitar, aku nampak dia macam kurang sesuatu. Ada benda yg hilang dari dia. Bukan dia saja, aku juga rasa macam lain. Sebab, setiap hari aku dengar bunyi gitar yg dipetik oleh Azim, jadi aku rasa, bunyi gitar tu adalah sebahagian dari hidup aku. Aku rasa macam lain bila tak dengar bunyi gitar tu. Tapi aku rasa lega juga bila gitar tu tak ada sebab bunyi gitar tu bising dan aku rasa sunyi juga tanpa bunyi gitar. Kesian Azim, selama seminggu lebih dia tak jumpa awek dia sebab awek dia pergi Penang ada pertandingan KPA kut, lepas tu hilang gitar pula. Tak apa, tak apa. Gitar sudah jumpa, awek dia pun akan kembali ke sekolah pada Isnin depan.

Baiklah, sampai di sini saja entry aku pada kali ni. Terima kasih kepada yg membaca. Pengajaran untuk semua, Allah nampak apa yg kita buat, jadi tolong jaga buat perkara jahat. Baiklah. harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...

Thursday, 13 June 2013

Sunway Pyramid !!!

Assalamualaikum...
Hari ni aku kena type dgn pantas jadi aku nak minta maaf seandainya ada salah tulis. Kenapa kena type dgn pantas? Kerja biology tak siap lagi. Baru siap 4 soalan essay dari 12 soalan. Esok mesti mau hantar. Haiyak. Jom layan kisah aku dan member-member di Kuala Lumpur.

Kisahnya bermula pada hari semalam iaitu Rabu 12/6/2013. Kami ke Kuala Lumpur kerana ada lawatan sambil belajar di Taylor Universiti. 5 kelas atas saja yg pergi tapi tak semua. Kami pergi naik 2 bas A dan B. Aku, Elvyianah, Mubshira, Nabella, Ameera dan Anati naik bas A. Nasib baik kami tak terpisah, kalau tidak, memang tak syok lah. Around pukul 8.30 pagi kami gerak dan sampai around 10 pagi.

Masa on the way pergi Taylor tu, ada something telah berlaku. Opps, what's that? Kejadian ni berlaku masa kami sudah keluar dari highway. Aku, Ameera dan Anati perasan ada mamat motor yg handsome. Muka putih dan bersih macam orang korea gitu. Kami pendam je dalam hati yg lelaki handsome. Tiba-tiba Meera cakap 'Laki tu handsome.' Aku pun setuju lah dgn apa yg Meera cakap. Sejak tu, aku sudah mula terpikat dgn lelaki tu. Sampai sekarang tak boleh lupa lagi dia. Pakai topi kelendar putih, baju merah, pakai cermin mata hitam dan motor oren. Aku harap Mr. Google boleh tolong tapi dia tak dapat tolong. Kami terpisah bila laki tu naik flyover. Kita orang beria usha laki tu. Kejap di potong bas kita orang, kejap bas potong dia. So, agak susah nak bertemu dengan dia. Berharap agar keajaiban akan berlaku. Kalau Meera tak cakap mesti aku tak akan fikir dah pasal laki tu. Kami panggil dia JJ yang bermaksud Jejaka Jambu.

Kami pergi ke Taylors Lakeside Campus. Kat mana tu? Sila tanya Mr. Google. Boleh tahanlah besarnya tempat tu. Ada ceramah, bawa kami pergi makmal untuk kelas yg ambil sains tulen. Ada mayat betul tapi kami tak pergilah tengok. Tempat tu memang cantik. Tapi yg peliknya, tak ada seorang pun yang ambil gambar. Aku nampak ramai yg bawa kamera tapi tak ada seorang pun mahu ambil gambar. Sekarang aku rasa menyesal sebab tak ambil gambar. Rugi betul. Tak apalah, benda sudah lepas, tak ada gunanya menyesal. Lunch pula kami di beri voucher RM 5 untuk makan dan RM 2 untuk minum. Kami semua makan jumping spaghetti dan air teh sejuk. Masa on the way nak pergi makan tu, Meera cakap dia nampak ada orang bercium di tepi tandas. Aku pun pandanglah. Masa aku pandang tu dia orang sudah stop cium tapi kedudukan mereka memang rapat. Okay, aku pun percayalah cakap Meera. Tapi aku terfikir juga, kalau ya pun nak cium agak-agaklah, tepi tandas korang nak buat. Eeii, pleaselah, jijik tau.

Lepas tu kami pergi ke Sunway Pyramid around pukul 3 petang. Diberi masa around 2 jam. Sebelum pergi tu kami kena tukar baju. Tak akanlah nak pakai baju sekolah pergi shopping. Jom layan gambar. Gambar agak banyak ya.
Outfit of the day... hehehe
 OLOLOLOLO....
Gambar pertama masa dalam bas. On the way pergi Taylor. Gambar yg lain di Sunway Pyramid. Gambar ke4 aku dan Bella tunjuk gelang.
 Ada ice skating. Baru bulan lepas aku baru tahu ada ice skating di sini tak sangka pula dapat pergi Sunway Pyramid.
 No comment.
 Eeii, ada pula monster tu. Geram betul. Rasa nak peluk je tapi tak boleh.
Kami bersama Monster.
 Bahagian atas tempat monster tu.
Ada mummy.
 Ada pula benda ni. Tapi kami tak naik.
 Air cuppucino panas di starbucks. Mahal tapi tak apalah, sekali sekala. Mulanya aku tak mahu beli tapi last minute sebelum member aku bayar, aku nak pula beli. Member yg lain beli yg sejuk tapi air lain.
 Sudah lama teringin nak beli tapi tak tahu mana nak cari. Bila Nabella pakai ni baru teringat nak cari. Finally, you are mine baby.
 Suka betul tengok benda ni.
 Kami !!! Dari kanan ialah Ameera, Nabella, Anati, Mubshira, Elvyianah dan Nabilah.
 Ni Sunway Lagoon rasanya.
 Ni hotel + tempat kami shopping.
 Kami 6 orang beli gelang merah putih tu. Barulah nampak yg kami ni geng. By the way tu tangan Ameera. Dan idea beli yg sama ni datang dari Ameera.
Ni lah dia Sunway Pyramid tu. Masa ni kami sudah naik bas nak balik. Signboard tu betul-betul menganggu.
Tempat aku dan Ameera duduk dalam bas. Kami asyik bergaduh nak nombor 23. Entahlah kenapa. Aku 23, Ameera 24.
Masa on the way balik. Around pukul 6. Masalah yg dihadapi ialah jem.

Itulah kisahnya seharian di Kuala Lumpur. Kami gerak balik around 6.30 petang dan sampai ke sekolah pukul 9.30 malam. Letih tapi best. Kat sekolah hari ni 1 jam 30 minit aku tidur. Mesti sebab letih sangat. Lagi pun cikgu bukannya ajar pun masa tu. Tak tahu apa nak buat. Tidur sajalah. Nak study pun tak ada mood sebab rasa mengantuk.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...

Wednesday, 5 June 2013

Saya Berubah ?

Assalamualaikum...
Aku berubah? Berubah apa ni? Nak ubah fesyen la. Dulu fesyen aku macam tomboy sikit, sikit je. Sekarang nak uprade sikit jadi perempuan. Tapi style tomboy tetap ada. Maklumlah, aku dibesarkan dikelilingi lelaki sejak kecil lagi. Maksudnya? 3 orang abang iaitu Azman, Hanis dan Hakim, lepas tu aku, lepas tu 2 orang adik lelaki iaitu Azim dan Amir. Dia orang ni lah yg selalu ada di rumah dulu. Yang lain asrama, atau University. So, nampak kan? Aku di tengah-tengah. So, perangai aku pun agak lelaki sikit.

Jom tengok antara barang-barang perempuan yg aku nak.

Ni lah akibatnya minat Shila Amzah dengan melampau. Safi Balqis Perfect 10 !!! Aku tahu ianya banyak tapi tak akanlah aku nak beli semua tu. Aku cuma nak beli satu saja, ada kat dalam gambar tu. Yang mana satu aku nak beli? Opps, biarlah rahsia. Tapi belum tentu lagi aku akan beli. Nanti aku nak pergi survey harga dia. Kalau mahal, sabar ya, nanti aku beli. Nak beli satu set ni? Oh tidak, tidak. Kalau wajah aku akan bertukar jadi sebijik macam Shila, aku sanggup beli satu set ni walaupun harganya RM500, sebab berbaloi. Wahahaha. Semalam aku Shila. Dalam ramai-ramai peminat nak minta tandantangan Shila, dia layan aku seorang saja. Dia bagi aku tandatangan. Macam real je mimpi tu. Indahnya...
Kasut tinggi pun aku nak? Yup, tapi gambar ni melampau sangat tingginya. Kasut Shila lagi tinggi dari ni. Kasut tinggi yg aku nak tu tak lah tinggi sangat. Mungkin separuh dari gambar ni. Tapi tu pun macam tinggi juga. Erm, entahlah.

Lagi satu, maaf, picture is not available. Sekarang aku sedang belajar untuk simpan rambut panjang. Jujurnya aku benci, tapi aku harus bersabar. Kita tunggu lagi 3 bulan. Apa akan jadi. Kalau aku memang sudah tak tahan, aku akan potong. Sebab kenapa aku tak suka rambut panjang ialah, kita kan Islam, kena pakai tudung. Kalau rambut basah, macam mana nak pakai tudung. Hair dryer? Please lah, aku benci benda tu. Rambut panjang lambat kering, tak suka. Rambut pendek cepat kering, saya suka, saya suka. Dan rambut panjang panas dan rimas. Ikat rambut? Malas!

Baju ketat? Opps, please lah. Aku akan anti pakaian tu untuk seumur hidup aku. Eh tak lah. Aku ada sebenarnya pakaian ketat. Tapi tu aku pakai kat rumah saja. Kat luar tak pakai. Lagi pun, baju/seluar ketat aku tu bukanlah ketat sangat. Baju/seluar ketat ni panas tahu. Tak ada ruang udara nak masuk. Kenapalah ramai sangat yang minat baju/seluar ketat.

Make-up? 2 words only. Not now.

Rantai? Aku suka, memang suka. Tapi disebabkan aku masih lagi budak sekolah dan sekolah melarang pakai jadi aku malaslah untuk pakai, cabut, pakai, cabut. I'm lazy you know. Yes, I know that you don't know or you know

Minuman kecantikan/kesihatan. Angah dan kak Wany gunakan Sheklee, kalau berminat pm mereka. Kak Emy pula guna AuraWhite. Aku? Aku minum susu dutch lady full cream. Beli susu dan bancuh sendiri. Susu dutch lady, I love you. Eh, eh, jiwang pula.

Apa lagi ya? Rasanya sudah tak ada kut. Okay, sampai di sini sajalah entry aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...