Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 17 May 2013

Selamat Hari Guru B)

Assalamualaikum...
Ibu bapa kita adalah guru pertama kita sejak kita dilahirkan. Mereka lebih kenal kita berbanding dengan orang lain. Well, hari semalam iaitu Khamis, 16/5/2013, SMJK Hwa Lian dan sekolah-sekolah lain sambut hari guru di sekolah masing-masing.

Jom layan gambar dan aku akan terangkan apa yg berlaku pada setiap gambar.
Gambar pertama & kedua, para guru masuk ke dewan macam VVVVVIP, wahahaha. Sebelum aku dan Najmi menjalankan tugas, kami agak risau untuk ambil gambar. Then aku pun cakap dgn jom jelah pergi belakang. Gambar ketiga pula menyanyi lagu, 4 buah lagu kalau tak silap termasuk lagu Negaraku. Gambar keempat ialah para pelajar.
Gambar pertama ialah tarian hip hop. Gambar kedua ialah kumpulan pancaragam. Manakala gambar ketiga ialah che-ling iaitu yoyo cina.
Gambar pertama ialah persembahan dari pelajar Melayu dengan tarian apa entah yg pasti mereka guna lagu Asmaradana (lagu yg menakutkan). Gambar kedua ialah tarian india. Gambar ketiga ialah orkestra cina.
Gambar pertama ialah air beracun. Ada tiga orang photographer kalau tak silap aku dalam bulatan tu, termasuk aku. Banyak syiok dapat tengok dekat-dekat. Perangai cikgu pula macam budak-budak. Gambar ketiga, errmm, entahlah, catwalk kut. Gambar ketiga main puzzle, cipta kapal. Dan yg terakhir ialah penyampaian hadiah.
Finally, it's us, me and my friend. Jurugambar kami ada dua orang iaitu Najmi dan Low Siew Ying. Aik, kamera aku? Bukan kamera aku, tapi kamera kakak aku tu pada LSY la. Tengok gambar pertama, sorang pegang microphone tak betul, sorang muka serius, sorang posing, 3 orang gelak. Gambar kedua pula, act cute. Gambar ketiga, yeah kami member, peluk-peluk. Gambar keempat pula macam pengantin dgn muke serius. Gambar kelima, kami buat simbol, ada simbol #Shilalas, 2PM dan Infinite.
Gambar pertama, yeah, #Shilalas. Aku shilalas tegar lagi sorang tu, abaikan, wahahaha (gelak jahat). Gambar kedua, dua orang buat gwiyomi, sorang jelir lidah, 3 orang buat peace. Gambar ketiga, si kecil didukung dan bukan aku yg ambil gambar ni, orang tu ialah LSY. Gambar keempat ialah Sahabat Sejati Sejiwa Selamanya (4S). Cute together, tapi ada orang tu asyik curang.
Gambar pertama, ni curi ambil gambar ke apa? Gambar kedua, tengok mata Mubshira (tudung putih). Gambar ketiga, saya tiada di lokasi ni jadi no comment. Gambar keempat, muka letih.
3 gambar sekali gus okay. Ni budak-budak form 4. Salah seorang dari mereka adalah awek adik aku iaitu Azim. Yang paling cute itulah dia. Cari sendiri ya. Okay, aku bagi klu, yg tengah.
Ketiga-tiga gambar ni pun budak-budak form 4. Salah seorang dira mereka ialah adik aku iaitu Azim. Tempat mereka lepak ni agak teruklah sebab ada tong sampah di situ.
Last photo of us. Simbol apa yg kami buat tu? Ianya ialah 7, maksudnya kedudukan kami bentuk tujuh dan kami ada tujuh orang. Dari kiri ialah Mubshira, Nabella, Nabilah, Ameera, Anati, Elvyianah dan Puteri.
Aku dengan Najmi. Masa ni kita orang baru dapat baju ni, then Najmi cakap nak tengok kat cermin. Cermin tu ada berdekatan dgn bilik kaunseling. Tiba-tiba si Najmi ni cakap, nak snap lah. Aku pun layan jelah. Sebelum kita orang dapat baju ni, cikgu Lee Kong Joo tanya kita orang. Masa tu kita orang duduk tepi dewan. Cikgu tanya, siapa panggil ambil gambar? Aku pula cuak, alamak, tak boleh ambil gambar ke? Aku cakap jelah, sendiri je. Cikgu pun suruh ikut dia ambil baju. Huh, lega sikit. Smart juga baju ni. Wahahaha.

Baiklah, sampai di sini saja entry aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...