Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 10 May 2013

Oh tidak !!!

Assalamualaikum...
Hari tu bukan main happy sangat, sekarang apa pasal? Tak happy dah? Eh, eh, bukan begitu. Actually saya nak share something yang agak menakutkan bagi aku. Aku mungkin akan alami benda ni pada 5 tahun dan ke atas yg akan datang, opps, PRU14 ke? Eh, tak lah, tak ada kaitan dengan tu pun.

Sebelum ni aku pernah cakap yg my dad selalu cakap aku ni banyak benda tak suka yg berkaitan dgn makanan dan minuman. Baru-baru ni, my mom sokong akan kata-kata my dad. Lepas tu mulalah si ibu berleter. Nak tahu apa my mom cakap? Jom layan...

Banyak benda tak suka, nanti sudah kahwin susah. Sebabnya suami banyak benda suka (ye ke), aku pula banyak benda tak suka = tak masaklah aku. Bermasalah betul, aku ni bukannya pandai masak sangat. Cuma tahu masak air + buat air, goreng ayam + ikan dan masak nasi. Tu je kut, hurm, masak telur pun aku tak tahu. Benda yg senang tulah yg susah bagi aku. Kadang-kadang aku jealous juga dgn adik lelaki aku, Azim, sebabnya, dia pandai buat nasi goreng. Agak memalukanlah sebab aku tak pandai buat nasi goreng. Dia belajar buat nasi goreng ni pun dari kawan lelaki dia, setahun lebih tua dari aku. Memalukan, memalukan. Buat nasi goreng pandai tapi nak masak nasi tak pandai, aku jugalah kena masak nasi. Tak guna punya budak. Azim ni pun pandai masak telur. OH TIDAK !!! Sekali lagi aku cemburu, bencinya.

Kesudahannya, aku kenalah belajar makan atau minum benda-benda yg aku tak suka tu. TAPI, ada tapinya. Aku tetap tak akan makan buah yg ada perkataan berry di belakang + kiwi + ketam, kerana bagi aku makanan ni adalah teruk. ALHAMDULILLAH, hari ni aku berjaya makan terung. Well, not bad, boleh tahanlah, sebab rasanya lembut dan of course masakan mak, mestilah sedap. Aku kena belajar menyukai makanan atau minuman tu semua kalau tidak, suami dan anak-anak asyik makan di luar atau balik rumah mak. OH TIDAK !!! Aku tak nak. Tak apa, tak apa. InsyaALLAH masih ada 5 tahun dan ke atas lagi untuk aku menyukai M + M tu dan belajar memasak. Aku agak terharu when my angah macam membela aku. Well, ada satu hari tu my mom berleterlah cakap aku tak pandai masak and else. Tiba-tiba my angah cakap, mana tahu suatu hari nanti dia lebih hebat memasak dari kita. Terharunya, aku akan berusaha untuk memasak. ~ Lalala ~

Uikss, siapakah lelaki di atas? Beliau ni penyanyi dari Australia, namanya Cody Simpson. Mereka berdua adalah orang yg sama. Yg di atas mungkin dalam 5 tahun lepas, gambar yg kedua ialah gambar tahun lepas atau tahun ni. Well, dia lahir pada 11 January 1997, oh what? Lebih muda dari aku? Whatever lah, aku tetap suka dia dan berharap agar dia adalah suami aku. Wahahaha, perasan betul. Tapi tak salahkan berharap. Aku cinta Cody Simpson, wahahaha. Sedang orang ramai minat artis korea + Justin Bieber, aku pilih untuk minat Cody. Try lah dengar lagu dia, contohnya On My Mind. Aku suka vidoe dia sebab cara dia nak pikat perempuan tu memang terbaiklah.

Masa dia muda dulu aku tak berapa minat sebab mulut dia nampak lebar je dan satu lagi muka tak adalah comel sangat. Tapi bila dia sudah besar, cair pula aku. Tampannya beliau dan mulut dia okay je, tak macam dulu. Try la tengok video lagu dia masa kecil. Kalau korang tengok, korang akan tahu apa maksud aku. Suara dia pun aku lebih suka masa besar, masa dia kecil, ermm, kurang minat lah.

Baiklah, sampai di sini saja entry aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur dgn entry kali ni. Sekian.
Assalamualaikum...