Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 31 May 2013

Header Blog

Assalamualaikum...
Aku memang suka edit gambar, lagu ke. Salah satu gambar yang aku minat sangat edit ialah header blog. Aku teringin nak install photoshop 5 tapi aku ada photoshop 3 je. So, aku punya bukan latest la. Edit pun macam tak banyak benda boleh edit.

Tadi aku try la survey Mr.Google Images. Aku tengok la contoh-contoh header blog. Memang semuanya smart la. Tapi yg paling aku minat yg letak gambar sendiri atau orang lain. Contohnya yg macam header blog aku tu. Okay lah jom kita tengok antara gambar yg aku ambil dari Mr.Google.

 Yang ni nampak cute, memang sesuai untuk girl.
 Yang ni nampak colourful, memang smart la. Sesuai untuk lelaki, tapi kurang sesuai untuk perempuan.
 Yang ni paling menarik perhatian aku dalam banyak-banyak gambar yg aku tengok. Memang smart lah. Dia duduk dia tengah-tengah macam watak utama dan dia saja yg berwarna.
Yang ni pun smart jugalah.

Aku belajar buat header blog ni pun dari kak Lyssa. Siapakah beliau? Entahlah, aku pun tak kenal. Aku dapat link website dia pun dari blog kak Emy. Kak Lyssa ni banyak buat toturial tentang blog. Salah satunya tentang nak wat header. Dia cakap jangan guna gambar gelap, jangan guna gambar cerah sangat. Bolehlah tengok blog dia.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Agak pendek, ya, saya tahu itu. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...

Monday, 27 May 2013

Perjalanan

Assalamualaikum...
Perjalanan ni bermula pada hari Sabtu 25/5/2013 sehingga hari ini iaitu hari Isnin 27/5/2013. Apa yang berkaitan dengan perjalanan ni ya? Ianya boleh dikatakan bercutilah tapi bercuti di bandar iaitu di Semenyih. Aku akan ceritakan apa yang berlaku selama 3 hari ni.

Pada hari Sabtu, my abang iaitu Hakim ada interview di UPM dan pada hari Ahad ada interview di UiTM Shah Alam. Interview ni untuk sambung belajar tapi bukan lepas SPM, ianya selepas asasi. Rancangan awalnya, my ayah, mak dan Hakim akan tidur di rumah angah di Puchong tapi angah ada di Mentakab. Opps, macam mana tu? Senang saja, bagilah kunci rumah, yg lain tinggal di rumah. Makan minum? Senang saja, kak Teh kan ada, beliau hebat memasak. Lebih kurang 30 minit sebelum mereka bertiga ni bertolak ke UPM (around 10 pagi), my mom cakap, Along ajak tidur di rumahnya di Semenyih. Jadinya, rancangan bertukar, semua pergi rumah Along.

So, my ayah, mak dan Hakim pergi ke UPM dulu, kami yg lain bertolak selepas makan tengahari di kenduri Temerloh. Kalau tak silap aku, tok punya adik punya anak yg kahwin. Masa di kenduri tu jumpalah my tok (nenek), mak-mak saudara, ayah saudara dan sepupu. Tapi lain-lain meja. Lepas tu, ada pula aiskrim, kami pun entah berapa round makan aiskrim. Angah pun pergi juga, lepas tu kami berpecah, Angah balik rumah mertua di Temerloh Jaya, kami pula ke Semenyih. Aik, siapa yg memandu? Mestilah Teh. Kami yg naik Teh itu ialah aku, Hanis, Azim dan Amir. Kami terus ke UPM untuk berjumpa dengan mereka bertiga semula.

Lepas tu kami (dua buah kereta) pergi Semenyih. Masa ada dalam kawasan Semenyih tu, Teh ternampak kereta kancil, ianya ialah my abang iaitu Azman. Tiba-tiba saja ada di depan kita orang. Keadaan masa tu melibatkan 4 buah kereta. Kereta alang di depan, van yg tidak dikenali di belakang seterusnya kereta ayah dan teh. Kita orang yg ada dalam kereta Teh masa tu memang sudah tahu Alang ada di depan van, lepas van tu masuk tempat lain, kita orang nampak kepala Hanis asyik pandang depan, that's mean, mereka baru perasan ada alang di depan. Ianya tidak dijangka pun, secara kebetulan.

Time kami berada berhampiran dengan Bukit Broga di Semenyih, Teh cakap esok pagi sebelum subuh kita naik bukit Broga ni. Kita orang okay je. Bukit Broga tu apa? Dipersilakan tanya Mr.Google. Tujuan pergi sebelum subuh ialah supaya dapat tengok matahari terbit. Nak naik sampai atas kena jalan kaki dan mungkin mengambil masa 1 jam. Tapi kami tak pergi pun sebab Hakim pun nak naik juga tapi dia pukul 8 pagi ada interview di UiTM, dan kami pun ada benda yg tak sedia lagi. Jawabnya, lain kalilah, bukan ini kalilah.

Pada hari Ahad tu, waktu pagi 4 orang lelaki iaitu Along, Hanis, Azim dan Amir pergi mandi kolam. Petang tu, lepas Asar, kami semua kecuali my mom pergi ke kolam sebab ada yg nak mandi dan ada yg nak pergi gym. Bila sampai saja, kita orang nampak ramai botol kicap kat dalam kolam. Aik, apa tu botol kicap? Faham-faham sendirilah ya. Jadinya cuma Husna dan Auni saja yg mandi kolam dan of course kena bayar. Hanis dan Azim masuk gym. Malam tu lawan tangan dan of course Abang De kalahkan mereka berdua. Sia-sia pergi gym.

 Ayah dan anak, so sweet

 Letih ambil gambar, makan burger pula. Masa tunggu burger siap, tetiba abang baju biru tu tanya, tu kamera betul ke? Aku pun jawablah ya. Abang pakai topi pegang gitar tu pula suruh ambil gambar. Errr, layan je lah.
 Ayah Lang dan Mak Teh melayan si Husna bermain.

 Si Husna sungguh seronok.
 Auni bersama ibunya selepas bermain di taman permainan.
 Lepas mandi dan main di taman, Auni duduk di situ sambil memandang ke arah kolam. Masih tak puas mandi lah tu.
 Smart je, 3 kereta. Kereta merah (proton Saga) milik ayah, kereta coklat (Persona) milik Teh dan kereta putih (Honda Civic) milik abang De.

Pada malam tu pula kami makan sate. Kami keliru sama ada mahu makan di rumah atau di kedai. Kalau nak jimat sikit, makan di rumah tapi kalau nak rasa suasana lain, makan di kedai. Ada yg mahu makan di rumah dan ada yg mahu makan di kedai. Sementara membuat keputusan tu, my mom SMS Angah, tanya beliau sama ada mahu join tak tapi angah jawab tak mahu sebab letih, jam teruk dari Karak ke KL. Akhirnya, makan di rumah. Along, Kak Wany dan Auni pergi beli sate di Kajang, manakala aku, ayah, mak, teh, abang de, Husna dan alang pergi Tesco. Hanis, Hakim, Azim, Amir dan kak Aya tinggal di rumah.

Masa on the way pergi Tesco, aku rasa menyesal sebab tak ikut Along pergi Kajang. Nanti aku bagi tahu kenapa. Masa kat Tesco pula, aku, abang de dan Husna ada satu tempat main game macam lumba kereta, tembak-tembak dan lain-lain. Harap korang faham. Masa di situ, Husna nak main mainan yg biasa budak kecil naik, ada doraemon, ultraman dan banyak lagi yg ada sterang tu. Tetiba aku ternampak ada kereta askar di sebelah, aku pun tanya Husna, nak naik kereta askar walid (ayah) tak? Husna pun pandang, tetiba abang de yg ada di sebelah letak Husna dalam kereta askar tu. Nampak macam dua orang boleh duduk so aku pun pergi jadi budak kecil juga, aku pun masuk dalam kereta askar tu. Abang de pergi tukar token untuk main kereta askar tu, bila dan masuk duit, rupanya kena memandu sebab ada screen. Husna pula takut + tak tahu, so akulah yg main.
 Alolo, makan sate bersama. Rugilah Safiyyah, Sarah dan Amirah tak ada. 
Yummy! Gambar ini diambil oleh Azim.

Hari Isnin, masa untuk balik. Kami keluar awal sebab Along dan Kak Wany nak pergi kerja. Sebelum balik, kami singgah jumpa moyang di Kajang. Masa on the way tu, aku asyik perhatikan signboard Taman Setapak Indah. Kenapa, ada apa? Haha, siapa lagi kalau bukan idola aku iaitu Shila Amzah. Beliau tinggal di situ tapi aku tak pastilah sama ada di Kajang atau bukan. Dengarnya di Kajang tapi entahlah. Tanya abang, tanya kakak semua tak tahu.

Bila sudah jumpa moyong kami pergi makan murtabak di Bangi then pergi PKNS, then pergi Warta di Bangi juga. After that singgah di Petronas Gombak sebab nak solat dan makan sikit. Sampai di Karak kami singgah jumpa tok. Tok ni ada kaitannya dengan kisah tajuk Memory part 2 yg berkaitan dengan ketinggalan zaman. Then singgah satu rumah lagi di Karak lepas tu balik.

Itu sajalah kisah pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca entry yg tidak seberapa ini. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...

Wednesday, 22 May 2013

Saya !

Assalamualaikum...
Uikss... Kenapa dengan aku? Hehehe, kak Emy nak tiru entry. Actually lama dah teringin nak buat biodata, tapi tak tahu bentuk nak buat, bila tengok kak Emy punya, hah, macam nilah yg aku nak. Sama juga macam kak Emy punya, biodata untuk tahun ni.

Nama : Nurul Ainun Nabilah Bt. Zainul Fuad
Nama panggilan : Nabilah/Nabil
Umur : 17 tahun (7 Januari 1996)
Zodiak : Capricon
Tempat tinggal : Mentakab, Pahang
Hobi : Makan, tidur, cari makanan, menguap, gigit bibir

Tak suka :
 menunggu
liar !
when I was eating you say something disgusting..eeuuwwww !!!
unfinished , gantung stories
uncommanded promises
laugh with his\her own jokes , but no response from the other (silly huh ?)
annoyer
gedik
show-off
who easily gives his\her phone number without any particular reasons
tripper (trip kaya , trip samseng , trip bullshit !)
suckers
munafik (lebih kurang pura² alim)
helping people with HIDDEN CHARGES (get it ?)
those who hates 

Aktiviti harian : Tidur awal (malam), setiap satu jam mesti cari makanan atau minumam, peluk teddy bear + berangan
Perkataan yg suka disebut : Apekah, palipapa, biittt, my daddy cry, orang (diri sendiri)
Makanan kegemaran : Ayam bantai (ciptaan mak), nasi goreng planta, nasik pataya, kek batik
Minuman kegemaran : Susu dutch lady full cream, teh O panas, laici
Muzik : Tidak diketahui
Artis Kegemaran : Shila Amzah, Cody Simpson
Movie : Twilight, Full House, Patah Seribu, Dragon Ball
Fesyen : Style tomboy sikitlah
Who I loves? : Family of course and those who love me

Baiklah, tamat sudah entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...

Friday, 17 May 2013

Selamat Hari Guru B)

Assalamualaikum...
Ibu bapa kita adalah guru pertama kita sejak kita dilahirkan. Mereka lebih kenal kita berbanding dengan orang lain. Well, hari semalam iaitu Khamis, 16/5/2013, SMJK Hwa Lian dan sekolah-sekolah lain sambut hari guru di sekolah masing-masing.

Jom layan gambar dan aku akan terangkan apa yg berlaku pada setiap gambar.
Gambar pertama & kedua, para guru masuk ke dewan macam VVVVVIP, wahahaha. Sebelum aku dan Najmi menjalankan tugas, kami agak risau untuk ambil gambar. Then aku pun cakap dgn jom jelah pergi belakang. Gambar ketiga pula menyanyi lagu, 4 buah lagu kalau tak silap termasuk lagu Negaraku. Gambar keempat ialah para pelajar.
Gambar pertama ialah tarian hip hop. Gambar kedua ialah kumpulan pancaragam. Manakala gambar ketiga ialah che-ling iaitu yoyo cina.
Gambar pertama ialah persembahan dari pelajar Melayu dengan tarian apa entah yg pasti mereka guna lagu Asmaradana (lagu yg menakutkan). Gambar kedua ialah tarian india. Gambar ketiga ialah orkestra cina.
Gambar pertama ialah air beracun. Ada tiga orang photographer kalau tak silap aku dalam bulatan tu, termasuk aku. Banyak syiok dapat tengok dekat-dekat. Perangai cikgu pula macam budak-budak. Gambar ketiga, errmm, entahlah, catwalk kut. Gambar ketiga main puzzle, cipta kapal. Dan yg terakhir ialah penyampaian hadiah.
Finally, it's us, me and my friend. Jurugambar kami ada dua orang iaitu Najmi dan Low Siew Ying. Aik, kamera aku? Bukan kamera aku, tapi kamera kakak aku tu pada LSY la. Tengok gambar pertama, sorang pegang microphone tak betul, sorang muka serius, sorang posing, 3 orang gelak. Gambar kedua pula, act cute. Gambar ketiga, yeah kami member, peluk-peluk. Gambar keempat pula macam pengantin dgn muke serius. Gambar kelima, kami buat simbol, ada simbol #Shilalas, 2PM dan Infinite.
Gambar pertama, yeah, #Shilalas. Aku shilalas tegar lagi sorang tu, abaikan, wahahaha (gelak jahat). Gambar kedua, dua orang buat gwiyomi, sorang jelir lidah, 3 orang buat peace. Gambar ketiga, si kecil didukung dan bukan aku yg ambil gambar ni, orang tu ialah LSY. Gambar keempat ialah Sahabat Sejati Sejiwa Selamanya (4S). Cute together, tapi ada orang tu asyik curang.
Gambar pertama, ni curi ambil gambar ke apa? Gambar kedua, tengok mata Mubshira (tudung putih). Gambar ketiga, saya tiada di lokasi ni jadi no comment. Gambar keempat, muka letih.
3 gambar sekali gus okay. Ni budak-budak form 4. Salah seorang dari mereka adalah awek adik aku iaitu Azim. Yang paling cute itulah dia. Cari sendiri ya. Okay, aku bagi klu, yg tengah.
Ketiga-tiga gambar ni pun budak-budak form 4. Salah seorang dira mereka ialah adik aku iaitu Azim. Tempat mereka lepak ni agak teruklah sebab ada tong sampah di situ.
Last photo of us. Simbol apa yg kami buat tu? Ianya ialah 7, maksudnya kedudukan kami bentuk tujuh dan kami ada tujuh orang. Dari kiri ialah Mubshira, Nabella, Nabilah, Ameera, Anati, Elvyianah dan Puteri.
Aku dengan Najmi. Masa ni kita orang baru dapat baju ni, then Najmi cakap nak tengok kat cermin. Cermin tu ada berdekatan dgn bilik kaunseling. Tiba-tiba si Najmi ni cakap, nak snap lah. Aku pun layan jelah. Sebelum kita orang dapat baju ni, cikgu Lee Kong Joo tanya kita orang. Masa tu kita orang duduk tepi dewan. Cikgu tanya, siapa panggil ambil gambar? Aku pula cuak, alamak, tak boleh ambil gambar ke? Aku cakap jelah, sendiri je. Cikgu pun suruh ikut dia ambil baju. Huh, lega sikit. Smart juga baju ni. Wahahaha.

Baiklah, sampai di sini saja entry aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...

Tuesday, 14 May 2013

Kreatif

Assalamualaikum...
Aku nak buat entry 1 jam 15 minit sebelum pergi tuisyen P.Akaun sebelum 8 malam ni. Cuaca yg panas betul-betul buat aku tak selesa. Bukan di sekolah saja aku berpeluh, di rumah juga berpeluh, sudah pasang air-cond pun, aisshhh, no comment. Tapi apa kaitannya dgn kreatif? Relaks, relaks, aku cuma nak buat pendahuluan je, wahahhaha.

Ni hasil aku pada bulan April 2013. Kalau tak silap aku tarikhnya berhampiran dgn time aku cuci satu bilik aku tu sampai ke bawah katil aku cuci.

 Aku tampal pada almari pakaian yang berada di depan pintu masuk bilik aku.

Yang ni aku tampal di depan meja study.

 Kain ni namanya kain felt. Aktiviti badan beruniform Puteri Islam. Aku sengaja buat huruf L warna putih. Sebab aku nak bagi nampak berkataan Nabil dan Nabilah. Sepupu aku suka panggil aku Nabil.

Yang jahit cuma 3 benda di atas tu saja iaitu, tali, butang dan ribbon. Yang lain tampal guna gam uhu. My mom lah yg mengajar aku menjahit. For the first time ever in my life, aku menjahit. Kesan daripada tu, pada malam hari Ahad, masa aku nak gosok baju, kain sekolah aku punya penyakut, bermasalah (B. Melayu rosak) jadi aku pun menjahitlah macam yg my mom ajar. Kukuh atau tak layan je lah, yg penting boleh bertahan untuk sehari (kain lain tak basuh lagi). Actually my mom tak ada sebab pergi Kuantan, jadi nak tak nak terpaksalah aku menjahit sendiri.

Baiklah, sampai di sini saja entry aku pada kali ini. Entry kali ni pendek dan saya tahu itu. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian.
Assalamualaikum...

Friday, 10 May 2013

Oh tidak !!!

Assalamualaikum...
Hari tu bukan main happy sangat, sekarang apa pasal? Tak happy dah? Eh, eh, bukan begitu. Actually saya nak share something yang agak menakutkan bagi aku. Aku mungkin akan alami benda ni pada 5 tahun dan ke atas yg akan datang, opps, PRU14 ke? Eh, tak lah, tak ada kaitan dengan tu pun.

Sebelum ni aku pernah cakap yg my dad selalu cakap aku ni banyak benda tak suka yg berkaitan dgn makanan dan minuman. Baru-baru ni, my mom sokong akan kata-kata my dad. Lepas tu mulalah si ibu berleter. Nak tahu apa my mom cakap? Jom layan...

Banyak benda tak suka, nanti sudah kahwin susah. Sebabnya suami banyak benda suka (ye ke), aku pula banyak benda tak suka = tak masaklah aku. Bermasalah betul, aku ni bukannya pandai masak sangat. Cuma tahu masak air + buat air, goreng ayam + ikan dan masak nasi. Tu je kut, hurm, masak telur pun aku tak tahu. Benda yg senang tulah yg susah bagi aku. Kadang-kadang aku jealous juga dgn adik lelaki aku, Azim, sebabnya, dia pandai buat nasi goreng. Agak memalukanlah sebab aku tak pandai buat nasi goreng. Dia belajar buat nasi goreng ni pun dari kawan lelaki dia, setahun lebih tua dari aku. Memalukan, memalukan. Buat nasi goreng pandai tapi nak masak nasi tak pandai, aku jugalah kena masak nasi. Tak guna punya budak. Azim ni pun pandai masak telur. OH TIDAK !!! Sekali lagi aku cemburu, bencinya.

Kesudahannya, aku kenalah belajar makan atau minum benda-benda yg aku tak suka tu. TAPI, ada tapinya. Aku tetap tak akan makan buah yg ada perkataan berry di belakang + kiwi + ketam, kerana bagi aku makanan ni adalah teruk. ALHAMDULILLAH, hari ni aku berjaya makan terung. Well, not bad, boleh tahanlah, sebab rasanya lembut dan of course masakan mak, mestilah sedap. Aku kena belajar menyukai makanan atau minuman tu semua kalau tidak, suami dan anak-anak asyik makan di luar atau balik rumah mak. OH TIDAK !!! Aku tak nak. Tak apa, tak apa. InsyaALLAH masih ada 5 tahun dan ke atas lagi untuk aku menyukai M + M tu dan belajar memasak. Aku agak terharu when my angah macam membela aku. Well, ada satu hari tu my mom berleterlah cakap aku tak pandai masak and else. Tiba-tiba my angah cakap, mana tahu suatu hari nanti dia lebih hebat memasak dari kita. Terharunya, aku akan berusaha untuk memasak. ~ Lalala ~

Uikss, siapakah lelaki di atas? Beliau ni penyanyi dari Australia, namanya Cody Simpson. Mereka berdua adalah orang yg sama. Yg di atas mungkin dalam 5 tahun lepas, gambar yg kedua ialah gambar tahun lepas atau tahun ni. Well, dia lahir pada 11 January 1997, oh what? Lebih muda dari aku? Whatever lah, aku tetap suka dia dan berharap agar dia adalah suami aku. Wahahaha, perasan betul. Tapi tak salahkan berharap. Aku cinta Cody Simpson, wahahaha. Sedang orang ramai minat artis korea + Justin Bieber, aku pilih untuk minat Cody. Try lah dengar lagu dia, contohnya On My Mind. Aku suka vidoe dia sebab cara dia nak pikat perempuan tu memang terbaiklah.

Masa dia muda dulu aku tak berapa minat sebab mulut dia nampak lebar je dan satu lagi muka tak adalah comel sangat. Tapi bila dia sudah besar, cair pula aku. Tampannya beliau dan mulut dia okay je, tak macam dulu. Try la tengok video lagu dia masa kecil. Kalau korang tengok, korang akan tahu apa maksud aku. Suara dia pun aku lebih suka masa besar, masa dia kecil, ermm, kurang minat lah.

Baiklah, sampai di sini saja entry aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur dgn entry kali ni. Sekian.
Assalamualaikum...

Sunday, 5 May 2013

Happy Happy Happy :D

Assalamualaikum...
Amboi, tajuk hang bukan main lagi happy ya. Apa yg happy sgt ni Mak Nik oi. Sepatutnya ada tiga benda yg buat aku happy tapi dua saja. Lagi satu benda tu ada sebab kenapa tak happy. Nanti aku cerita ya. Benda ni berlaku pada hari semalam iaitu hari Sabtu, 4/5/2013.

Yang pertama ialah, aku jadi seorang photographer yg tak seberapa nak berbakat. Kalau tak silap aku, pada hari Khamis baru ni, Bella ada tanya dengan aku, nak tak jadi photographer tak hari Sabtu ni sebab ada pertandingan Frisbee di sekolah. Aku pun fikir kejap, hari Ahad orang mengundi, Kak Teh (Ain) mesti balik hari Jumaat. So, aku pun apa lagi cakap je lah nak. Bersemangat aku sebab aku akan menggunakan camera DSLR milik Teh. Kita orang bukan setakat ambil gambar Frisbee, banyak lagi. Jom layan gambar sikit.

 Siap sedia untuk melompat.
 Tengok anak panah warna biru tu. Dia nak baling.
Baju no.8, saya dapat, saya dapat.

Mereka berdua juga photographer yg mewakili kelab photography. Kami 3N iaitu aku (Nabilah), Nabella dan Najmi (Form 4). Gambar ni aku suruh buat apa-apa saja pergerakan sebab aku sudah set camera untuk tangkap gambar setiap saat. Bak kata Nabella, macam machine gun.

 Gambar pertama ialah taekwando GTF, kedua, pancaragam, ketiga teakwando WTF keempat che ling (yoyo Cina) dan kelima Gendang 24 musim. Aku paling tak boleh blah masa pancaragam. Yang pertama, Bella kena marah dengan Belimbing sebab masa tu belimbing tgh buat kelas tambahan utk Form 4. Then aku cakap budak-budak pancaragam tgh baca doa.
Finally, the photo of us. Dari kiri Najmi, Nabilah dan Nabella. Thanks to Ain Wardah (taekwando WTF) sebab tolong ambil gambar. Hari semalam hari jadi Najmi dan anak saudara aku iaitu Husna.

Dari pukul 7 pagi sehinggalah 10.30 pagi, 3 orang photographer ni menjalankan tugas. Sepatutnya ambil gambar untuk Frisbee saja, tapi rasa asyik benda yg sama saja. Jadi kita orang merayau sana sini, ambil gambar itu ini. Balik rumah pun aku masih lagi jadi photographer. Jom layan gambar lagi.

Safiyyah dan Sarah sedang memberi arnab makan. Bila arnab tak nak makan, mereka marah arnab tu.

Membantu my sister iaitu Angah membuat cake. Kek apa ya namanya? Tak ingat padahal Angah dah banyak kali sebut nama kek ni. Actually my sister malas nak buat tapi disebab jiran depan rumah iaitu cikgu sekolah aku, Nor Wati, beliau punya mertua yang kami panggil Mama nak makan cake. Angah buat dua kek yg sama, satu utk kami sekeluarga, satu lagi utk Mama.

Ramai yg memberi komen yg positif tentang rasa cake ni terutama Saffiyah sampai kiss mama dia lagi sebab sedap punya pasal, padahal aku yg suruh. Tapi walau sedap macam mana pun tetap tak dapat nak tandingi cake favourite aku iaitu kek batik/biskut marie.

Kakak aku banyak kali pot pet pot pet sebab penimbang digital tak ada battery. So, sukatan bahan-bahan guna penimbang jarum punya, itu pun tak seberapa nak tepat. Bak kata Angah, tak tahulah jadi/sedap ke tak kek kita ni. Sangatlah aku suka bila Angah cakap kek kita. Aku banyak tolong time nak buat benda ni.
By the way, itu tangan Angah. Tak lama lepas tu, aku pula yg buat tu sebab my sister nak masukkan telor, tepung dan susu.
Tak ingatlah masa bila ni sama ada selepas makan kek yg panas (tak sabar nak makan) atau sebelum. Lawan tangan di antara Abang De dengan Alang (Azman). Tangan yg paling depan ni ialah Abang De dan yg belakang tu Alang. Pemenangnya ialah Abang De. Adik-beradik lelaki aku selalu main bertumbuk la, lawan tangan. Ni semua terpengarug dengan cerita Dragon Ball. Actually gambar ni aku potong orangnya sebab seksi. Sorang pakai seluar, sorang lagi pakai tuala (sebab nak mandi). Baju tak pakai, bagus sangatlah. Sekarang ni 4 orang lelaki nak bina badan iaitu Abang De, Alang, Hanis dan Azim. Badan yg paling nampak otot ialah Abang De then Azim then no comment.

Benda yg ketiga yg tak jadi tu ialah makan steamboat. Sebabnya, my Angah sudah balik rumah mak mertua di Temerloh Jaya dan my parents pergi rumah adik ayah aku sebab apa entah di Temerloh. Aku ingatkan jadi, berialah aku menahan mata lebih dari pukul 10 malam tapi tak sampai pukul 11, aku sudah selamat masuk ke alam mimpi. Pukul 12 lebih, my dad kejut sebab suruh aku tidur dalam bilik. Tapi tak apalah, sudah banyak kali kami buat steamboat.

Baiklah, sampai di sini saja entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap terhibur dan selamat mengundi. Kalau rasa ini kalilah, ini kalilah tapi kalau rasa lain kalilah, lain kalilah. Aku tak layak lagi mengundi. Kepada kak Emy yg kena chicken pox, semoga cepat sembuh. Sekian.
Assalamualaikum...

Thursday, 2 May 2013

Memory Part 3

Assalamualaikum...
Kenapa ada part 3 ni ya? Kalau nak cerita tentang memori, ianya banyak. Tapi ada beberapa memori aku tak mahu lupakan. Well, aku dapat idea untuk buat part 3 ni sebab masa di sekolah hari ini, kami berlima iaitu aku, Meera, Muba, Elvy dan Anati bercerita tentang masa kecil kena pukul dgn parents, jatuh + luka then sorokkan dari parents. Jom layan 3 kisah memori yang pernah berlaku pada aku.

Accident - Aku tak ingat umur aku berapa masa tu yg pasti aku sekolah tadika atau darjah 3 dan ke bawah. Hari aku accident tu merupakan hari Jumaat. Aku sangat pasti sebab kejadian ni berlaku selepas solat Jumaat di masjid. Al-kisahnya, masa tu aku dengan jiran lelaki yg lebih tua dari aku lepak di bawah Saga 6 iaitu lorong tempat aku tinggal. Lama juga aku lepak dgn dia, sebelum solat Jumaat sehinggalah habis solat Jumaat. Bila semua lelaki dalam perjalanan untuk pulang ke rumah masing-masing, aku nampak my dad, then aku pun berlari menuju ke ayah aku yg berada di seberang jalan tempat aku lepak. Masa aku tengah berlari tu, ada pula kereta langgar. Lepas tu aku macam separuh sedar. Aku pasti bahawa aku di langgar di bahagian kaki dan ALHAMDULILLAH, aku tak cedera parah dan yang pasti kaki aku macam kebal sebab tak ada luka dan aku tak darah pun. Aku pun pelik juga kenapa aku tak keluar darah.

Lelaki - Kejadian ni berlaku semasa aku sekolah rendah tapi tak ingat bila yang pasti masa aku darjah 4 atau 5 atau 6. Al-kisahnya, suatu hari my adik iaitu Azim, dia cakap ada orang lelaki kirim salam. Okay, that time aku layan jelah. Then, bukan sekali dua dia kirim salam tapi banyak kali. Aku pun macam sudah malas nak layan, aku pun soal selidik tentang lelaki tu melalui Azim. Azim cakap lelaki tu selalu tolong ayah dia berniaga di pasar malam taman saga pada setiap hari Isnin dan Azim cakap lagi, lelaki tu minat aku. Aku pun, what the?, minat aku?, sorry to say lah, aku tak minat nak couple, lagi pun masa tu umur aku muda lagi. Beberapa hari lepas tu (bukan hari Isnin), aku cari Azim di taman sebab my mom suruh dia balik. Masa tu Azim cakap tulah lelaki yg minat aku, aku pun, ahh lantaklah, macamlah aku kisah. Bila hari Isnin tiba, aku merayau sorang-sorang kat pasar malam, then lalu depan gerai lelaki tu, aku tak tahu nama dia okay. Bila aku lalu tu, aku pandanglah dia, dia senyum kat aku, aku pula jual mahal, buat muka masam, malas layan dia. Minggu depan tu, aku merayau sorang-sorang lagi kat pasar malam, aku lalu gerai dia, tapi dia tak ada. Sejak tu hingga kali terakhir aku pergi pasar malam (tahun lepas), dia tak muncul-muncul. Agaknya dia kecewa kut.

Marah - Kejadian ni berlaku antara aku dan anak saudara aku yg keempat iaitu Husna. Aku bukannya marah Husna pun, cuma marah manja gitulah. Kisahnya begini, pada tahun lepas, ibu Husna iaitu my sister-in-law, panggil aku dgn nama Nabilah. Si Husna yg ada disebelah ibunya pada masa tu, dengarlah nama Nabilah tu, so dia pun cakap 'Nabilah oh Nabilah' sebab ibu Husna panggil aku begitu. Aku yg dengar tu apa lagi, angkat dia ke atas (gambar di bawah), then aku buat muka marah. Dia pun takut, dalam takut tu, dia betulkan semula dengan menyebut 'Mak Nik' dgn nada suara comel + takut. Lepas tu aku letak dia ke bawah sebab aku nak tergelak. My mom dan ibu Husna yg ada berdekatan pula tergelak. Kalau tak silap aku pada tahun ni atau hujung tahun lepas, my mom, sister-in-law dan Husna duduk di kerusi kayu di ruang tamu rumah. My mom dan ibu Husna tanya Husna nama orang contohnya apa nama atok, nenek dan seterusnya mengikut urutan. Sampai nama aku, my mom dan ibu Husna berkali-kali tanya siapa nama Mak Nik. Husna takut nak jawab sebab masa tu, aku yg sedang berada di hadapan laptop memandang Husna dgn muka serius, Husna pula pandang aku dgn muka takut. Walapun dia takut, dia tetap jawab bahawa nama aku ialah Nabilah. Tapi aku tak marah dia lepas tu, aku gelak. Ibu dia ada cerita pada aku, bila sister-in-law tanya Husna tentang aku iaitu 'Mak Nik ke Nabilah?', Husna pun jawab, bukan Nabilah, Mak Nik. Takut dgn aku punya pasal, jadi begitulah beliau, sedikit takut untuk sebut nama aku.


Baiklah, sampai di sini saja entry aku pada hari ini. Kalau aku rasa nak buat part 4, InsyaALLAH aku akan buat. Terima kasih kerana sudi membaca entry pada kali ini. Harap korang terhibur. Sekian.
Assalamualaikum...