Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Tuesday, 23 April 2013

Mereka part 2

Assalamualaikum...
Kenapa ada part 2 ni ya? Sebabnya hari tu aku cuma cerita tentang characteristics mereka saja, belum cerita tentang peristiwa yg lawak. Lagi satu sebab ialah, kak Emy macam excited je bila aku buat entry pasal mereka. Bila aku cakap ada part 2 lagilah kak Emy suka. Dalam hati kak Emy, 'Saya suka, saya suka'.

1) Nur Safiyyah Aqilah Binti Helmi
Lebih kurang dua minggu lepas, aku dan family pergi rumah kakak di Aman Putra, Puchong sebabnya my Abang Long buat kenduri sebab pindah rumah baru. Tapi kami bermalam di rumah Kak Ngah. Keesokkan harinya, kami pergi shooping di Tesco Puchong dan IOI Puchong. Masa di Tesco, si Safiyyah nampak patung Barbie. Dia ambil dua patung dan si Sarah ambil satu saja. Then guess what, Safiyyah sesuka hati saja suruh Sarah ambil dua, padahal mama dia tak nak belikan tapi akhirnya beli juga. Boleh pula budak ni suruh Sarah ambil dua. Masa dia kecil dulu bila dia sebut coklat, dia akan sebut kolok. Aku pun tak tahu macam mana nak eja. Budak kecil kan pelat sikit jadi itu adalah perkara biasa. Rasanya sekarang sudah okay dia sebut coklat. Kita orang pun terikut-ikutlah dia sebut kolok. Korang nak tahu kisah bantal busuk beliau? Jom ikuti kisahnya di sini.
Karya Safiyyah semasa di office mama beliau sebab demam selama dua hari. Nasib baik demam sudah kurang dapatlah beliau pergi ke aquaria (rombongan sekolah beliau).

2) Nur Sarah Atiqah Binti Helmi
Sebelum korang meneruskan membaca, korang baca entry ni dulu, click here. Sudah habis baca? Okay jom. Sebelum adiknya, Amirah lahir, Sarah seorang yg suka simpan senyum dan pendiam. Tapi kalau dia dengan papa dan mama dia bisinglah. Masa dengan kita orang, tanya apa-apa senyap je, muka pula masam. Bila ada adik, tiba-tiba saja dia pergi dekat sesiapa saja. Tiba-tiba nak bermesra dengan kita orang. Sebelum ada adik sombong, bila ada adik, aku tak tahu nak cakap apa.

3) Nurul Husna Aliya Binti Zainul Arif Husaini
Seorang yg banyak cakap. Banyak cakap tentang apa ek? Entahlah aku pun tak tahu. Sifat banyak cakap dia ni sama dengan sepupu aku masa kecil, lebih kurang seusia Husna. Nama sepupu aku tu ialah Husna Humaira Binti Malik. Mama sepupu aku ni cakap masa kecil pun dia banyak cakap. Cakap tentang apa-apa saja. Boleh dikatakan mulut tak boleh diam. Si Husna (bukan sepupu) ni tak sukakan adik bongsu aku iaitu Amir. Aku sendiri pun tak tahu. Amir atau Ayah Su/Ayah Cu, suka kacau dia. Ada satu hari tu, Si Ayah Su ni pandang tangan Husna sebab ada inai. Boleh pula si Husna ni marah, dia cakap 'Eeeiii A.Cu jangan pandang Una'. Macam-macam lagilah dia marah Ayah Su dia ni. Si Husna ni juga suka bomoh. Bomoh apakah? Bukan bomoh ilmu hitamnya, ini ilmu ALLAH.
Tiru walid dia pula. Dia panggil walid beliau Walid Don yg berasal dari Walid + Ustaz Don = Walid Don. Sebab muka mereka lebih kurang dan ayah-ayah saudara yg ajar beliau sebut walid don.

4) Nur Auni Irdina Binti Zainul Anuar Husni
Auni seorang budak yg akan kecilkan mata apabila ada flsh camera. Beliau silau. Beliau juga agak penakut. Bukan hantu tapi bila ada orang dukung then pusing-pusing sehingga pening. Itu yg dia takut. Korang akan dapat rasakan ketakutan beliau bila dia pegang baju korang kuat-kuat. Kita orang sudah tahu dia takut tapi masih lagi mahu buat dia takut.
Mata beliau silau.

5) Nur Amirah Hannani Binti Helmi
Umur sudah setahun tapi masih belum berjalan. Actually dia dah boleh berjalan tapi dia macam tak ada keyakinan. Aku suka pegang kedua-kedua tangan dia then tolong dia jalan. Dia yg jalan, aku follow je. Kalau dia gerak, aku pun gerak. Kalau dia laju, aku pun laju. Lepas tu, aku selalu la nak lepaskan satu tangan aku dari tangan dia. Dia pun apa lagi, nak pegang seluar la untuk bergantung, kalau tak pegang something nanti dia nangis sebab takut. Mama beliau cakap beliau suka makan pavlova yg dibuat oleh mamanya. Apakah itu pavlova?
Inilah dia pavlova. Adakah anda berminat? Jom pergi blog Kak Ngah aku. Click Here. Anyway, aku tak suka pavlova ni sebab semua buah yg digunakan adalah buah yg paling aku benci.
Kek birthday kak Long dan Amirah. Lidah Amirah, geramnya!!!

Ini sajalah cerita tentang mereka berlima. Kejap-kejap, perasan tak aku tulis A.Cu masa dekat Husna tadi. Ada cerita di sebaliknya. Ianya berlaku semasa aku cuma ada seorang saja anak saudara iaitu Safiyyah. Dia tak panggil ayah saudara dengan perkataan ayah tapi dia sebut A. Contohnya, A.Long, A.De, A.Lang, A.ndak, A.Tam, A.Cik dan A.Su. Pandai juga budak ni singkatkan ayah kepada A sahaja. Anak saudara yg lain pun sebut A juga. Mak saudara dan ayah saudara pun sebut A juga. Atuk dan nenek pun sebut A juga. Mama dan papa pun sebut A juga.

Eh eh, apa A-A ni? maksudnya macam ni. Katakanlah aku sedang bercakap dengan Safiyyah. 'Kak Long nak kolok kiss A.Tam dulu'. Faham? Kalau tak faham, buat-buat faham sajalah. Tapi kalau mak saudara tak ada pula dia nak singkatkan, contohnya M.Nik. Nanti dulu, macam mana nak baca tu? Abaikanlah.

Baiklah, sampai di sini sajalah entry aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap terhibur terutama kepada kak Emy. Sekian...
Assalamualaikum...