Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Saturday, 27 April 2013

Unknown o.O

Assalamualaikum...
Kenapa tajuk kali ni unknown ya? Selalunya aku gunakan unknown ni untuk main game the sims, yang orang bukan bina bandar. Aku selalu buat lelaki bernama Mr. Unknown, nama perempuan pula aku buat yg ada kaitan dgn aku. Abaikan pasal the sims. Bukan itu yg aku nak ceritakan. Actually aku ada 2 cerita ingin dikongsikan, satu ada tajuk, lagi satu aku tak tahu nak buat tajuk apa. Maka, jadilah unknown sebagai tajuknya.

Firstly, ianya berkaitan dengan persahabatan. Soal persahabatan ni berlaku pada hari ini. Hari ini hari Sabtu dan merupakan hari sekolah ganti tahun baru cina. Sekolah Hwa Lian ikut jadual hari Jumaat. Seperti kebiasaan pelajar ramai yg tak datang walaupun telah diberi amaran oleh Belimbing. Belimbing cakap, siapa yg tak datang kena denda bersihkan kelas selama dua bulan. Kalau tak silap aku yg datang tak sampai 20 pun.

Aku teruskan dengan persahabatan. Ianya berlaku selepas nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah Hwa Lian. Lepas habis nyanyi tu, aku, Meera, Muba dan Elvy masuk ke kelas macam biasa. Lepas duduk, aku dan Meera pusing ke belakang sebab Muba dan Elvy duduk di belakang kami. Masa kami tengah borak-borak, terdengar pula ada dua orang marah-marah, maknanya gaduhlah.

Ianya berlaku di antara dua orang budak cina perempuan. Mereka tak bergaduh bertumbuk tapi bergaduh mulut saja macam kucing dengan kucing. Dua orang budak cina tu bernama Low Siew Ying dan Lee Xiao Jing, lagi seorang kawan mereka iaitu Wong Wan Ying hanya terdiam. Aku tak tahu apa yg mereka gaduhkan tapi aku dengar salah seorang dari mereka marah sebab salah seorang dari mereka tinggikan suara. Aku tak pasti siapa yg cakap tu dan of course mereka marah dalam bahasa cina dan of course aku faham sebab aku tahu bahasa cina (bukan nak menunjuk).

Then, aku pesan pada Muba, Meera, Elvy dan Anati supaya jangan kacaulah mereka which is tanya kenapa gaduh. Low Siew Ying macam terpinggir manakala Lee Xiao Jing dan Wong Wan Ying masih lagi bersama. Disebabkan Low Siew Ying kebosanan bersendirian [Forever Alone Kelonelylan (FAK)], dia pun lepaklah dengan geng aku. Macam-macamlah yg kami borakkan dengan LSY, antaranya pasal hantu pocong sebab LSY tak tahu hantu tu. Then cakap dgn dia siapa belimbing which is Lee Bee Leng dan bagi tahu dia siapa pontianak which is Low Siew Wan, cikgu Biology. Nama hampir sama LSY tapi mereka tiada hubungan apa-apa. Kita orang panggil dia pontianak sebab dia tak ikat rambut dan macam pontianak style. Rehat pun dengan kita orang. Alhamdulillah, member aku memahami keadaan LSY dan menerima dia untuk lepak bersama.

After rehat, kejadian aneh berlaku. Nak tahu apa? Mestilah nak kan? Belimbing masuk kelas lewat. Dia tak pernah lewat yg melampau atau tak hadir ke sekolah. Selama aku kenal dia sejak tahun lepas, aku rasa sekali saja dia tak datang tu pun tahun ni. Dia hantar anak dia iaitu Ng Shao Min masuk KDU university. Disebabkan Belimbing lambat, aku, Meera dan LSY lepak belakang kelas. Masa aku tengah borak berdua dengan Meera, tetiba aku terdengar ada orang sebut sorry. Aku pun pusing belakang dan mendapati LXJ ada di depan LSY. Aku pun ajaklah Meera tinggalkan mereka. Biar mereka bersama. Masa on the way lari dari mereka, aku dengar LSY marah, dia cakap minta maaf perlu gelak-gelak ke? Rupanya LXJ lepas dia minta maaf dia pandang WWY then gelak. LSY masih bengang then Belimbing sudah datang, aku pun terus lupa pasal mereka.

Then Belimbing suruh buat latihan dalam buku teks. Masa aku tengah berfikir cara untuk buat soalan, aku pandang sekeliling, then terpandang mereka bertiga. LSY tarik meja supaya boleh duduk sebaris dengan LXJ dan WWY. Aku terharu tengok persahabatan yg begini walaupun aku tak tahu punca masalah. Ada lagi satu persahabatan yg patut di contohi terutama untuk pasangan yg pernah bekas kpd seseorg. Biasanya pasangan yg telah putus mereka akan menjadi musuh tapi berkaitan dengan 3 orang sahabat ni memeng terbaik, dua orang lelaki dan seorang perempuan. Yg si akak ni couple dgn abg ni then putus. Sepanjang akak tu single, mereka masih berkawan, then akak ni couple dgn bestfriend abg ni. Alhamdulillah si akak dan abg ni masih berkawan dan abg dgn bestfriend dia tu pun masih berkawan. Kepada akak yg saya maksudkan tu, faham-fahamlah ya, saya yakin yg akak akan baca entry saya ni. Sesungguhnya saya kagum dengan persahabatan korang bertiga.

Lagi satu kisah yg aku tak tahu tajuk, just pengajaran, jangan ambil kesempatan ke atas kelebihan seseorang. Aik, kelebihan, bukan kekurangan ke? Hahaha, itu kisah dia. Aku ada seorang kawan bernama Asmaa, dia dapat kelebihan iaitu makan free di kantin dgn menggunakan kad MyKasih. Kena tunjuk kad baru dapat makanan. Setiap bulan mereka dapat RM50 kut atau lebih, tak pastilah. Tapi bulan ni mereka dapat RM200 lebih dan mesti habis bulan ni juga, kalau tak habis, bulan depan tak dapat gunalah.

Bukannya Asmaa seorang saja yg dapat tapi anak yatim saja yg dapat dan Asmaa adalah seorang anak yatim. Jadi apa lagi, budak-budak mintalah mereka yg ada kelebihan ni untuk belanja makan. Kad tu hanya available di kantin sekolah tapi tak sure lah sekolah lain boleh guna atau tidak. Dalam ramai-ramai manusia yg ambil kesempatan tu, aku yang pelik sebab tak mahu ambil kesempatan (bukan nak bajet). Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak berminat untuk Asmaa belanja aku. Tapi kalai guna duit, aku okay saja, padahal sama saja, belanja makan juga.

Mungkin sebab hati aku fikir kelebihan tu diberi untuk dia dan bukan untuk kawan-kawan. Pihak berkuasa memberi kad tu untuk meringankan beban keluarga dia bukan untuk meringankan beban kawan-kawan. Memang aku sekarang nak kumpul duit yg banyak tapi aku tak akan gunakan taktik kotor untuk kumpul duit. Aku tak kisah kalau aku tak makan semata-mata untuk simpan duit asalkan bukan dgn cara kotor.

Kadang-kadang aku teringin untuk tanya mereka yg dapat kelebihan ni, adakah mereka gembira, adakah mereka bangga sebab dapat kelebihan ni. Seandainya jawapan mereka adalah ya, itu bermakna mereka suka kalau mereka adalah anak yatim, tak ada ayah. Mereka suka tak ada ayah, mereka bangga dapat kelebihan sebab tak ada ayah. Aku benci jawapan macam ni.

Baiklah, panjang sudah ni. Kalau panjang sangat nanti korang bosan pula. Jadi, sampai di sini saja entry aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur dan contohi apa yg ada dlm entry pada kali ini. Sekian.
Assalamualaikum...

Tuesday, 23 April 2013

Mereka part 2

Assalamualaikum...
Kenapa ada part 2 ni ya? Sebabnya hari tu aku cuma cerita tentang characteristics mereka saja, belum cerita tentang peristiwa yg lawak. Lagi satu sebab ialah, kak Emy macam excited je bila aku buat entry pasal mereka. Bila aku cakap ada part 2 lagilah kak Emy suka. Dalam hati kak Emy, 'Saya suka, saya suka'.

1) Nur Safiyyah Aqilah Binti Helmi
Lebih kurang dua minggu lepas, aku dan family pergi rumah kakak di Aman Putra, Puchong sebabnya my Abang Long buat kenduri sebab pindah rumah baru. Tapi kami bermalam di rumah Kak Ngah. Keesokkan harinya, kami pergi shooping di Tesco Puchong dan IOI Puchong. Masa di Tesco, si Safiyyah nampak patung Barbie. Dia ambil dua patung dan si Sarah ambil satu saja. Then guess what, Safiyyah sesuka hati saja suruh Sarah ambil dua, padahal mama dia tak nak belikan tapi akhirnya beli juga. Boleh pula budak ni suruh Sarah ambil dua. Masa dia kecil dulu bila dia sebut coklat, dia akan sebut kolok. Aku pun tak tahu macam mana nak eja. Budak kecil kan pelat sikit jadi itu adalah perkara biasa. Rasanya sekarang sudah okay dia sebut coklat. Kita orang pun terikut-ikutlah dia sebut kolok. Korang nak tahu kisah bantal busuk beliau? Jom ikuti kisahnya di sini.
Karya Safiyyah semasa di office mama beliau sebab demam selama dua hari. Nasib baik demam sudah kurang dapatlah beliau pergi ke aquaria (rombongan sekolah beliau).

2) Nur Sarah Atiqah Binti Helmi
Sebelum korang meneruskan membaca, korang baca entry ni dulu, click here. Sudah habis baca? Okay jom. Sebelum adiknya, Amirah lahir, Sarah seorang yg suka simpan senyum dan pendiam. Tapi kalau dia dengan papa dan mama dia bisinglah. Masa dengan kita orang, tanya apa-apa senyap je, muka pula masam. Bila ada adik, tiba-tiba saja dia pergi dekat sesiapa saja. Tiba-tiba nak bermesra dengan kita orang. Sebelum ada adik sombong, bila ada adik, aku tak tahu nak cakap apa.

3) Nurul Husna Aliya Binti Zainul Arif Husaini
Seorang yg banyak cakap. Banyak cakap tentang apa ek? Entahlah aku pun tak tahu. Sifat banyak cakap dia ni sama dengan sepupu aku masa kecil, lebih kurang seusia Husna. Nama sepupu aku tu ialah Husna Humaira Binti Malik. Mama sepupu aku ni cakap masa kecil pun dia banyak cakap. Cakap tentang apa-apa saja. Boleh dikatakan mulut tak boleh diam. Si Husna (bukan sepupu) ni tak sukakan adik bongsu aku iaitu Amir. Aku sendiri pun tak tahu. Amir atau Ayah Su/Ayah Cu, suka kacau dia. Ada satu hari tu, Si Ayah Su ni pandang tangan Husna sebab ada inai. Boleh pula si Husna ni marah, dia cakap 'Eeeiii A.Cu jangan pandang Una'. Macam-macam lagilah dia marah Ayah Su dia ni. Si Husna ni juga suka bomoh. Bomoh apakah? Bukan bomoh ilmu hitamnya, ini ilmu ALLAH.
Tiru walid dia pula. Dia panggil walid beliau Walid Don yg berasal dari Walid + Ustaz Don = Walid Don. Sebab muka mereka lebih kurang dan ayah-ayah saudara yg ajar beliau sebut walid don.

4) Nur Auni Irdina Binti Zainul Anuar Husni
Auni seorang budak yg akan kecilkan mata apabila ada flsh camera. Beliau silau. Beliau juga agak penakut. Bukan hantu tapi bila ada orang dukung then pusing-pusing sehingga pening. Itu yg dia takut. Korang akan dapat rasakan ketakutan beliau bila dia pegang baju korang kuat-kuat. Kita orang sudah tahu dia takut tapi masih lagi mahu buat dia takut.
Mata beliau silau.

5) Nur Amirah Hannani Binti Helmi
Umur sudah setahun tapi masih belum berjalan. Actually dia dah boleh berjalan tapi dia macam tak ada keyakinan. Aku suka pegang kedua-kedua tangan dia then tolong dia jalan. Dia yg jalan, aku follow je. Kalau dia gerak, aku pun gerak. Kalau dia laju, aku pun laju. Lepas tu, aku selalu la nak lepaskan satu tangan aku dari tangan dia. Dia pun apa lagi, nak pegang seluar la untuk bergantung, kalau tak pegang something nanti dia nangis sebab takut. Mama beliau cakap beliau suka makan pavlova yg dibuat oleh mamanya. Apakah itu pavlova?
Inilah dia pavlova. Adakah anda berminat? Jom pergi blog Kak Ngah aku. Click Here. Anyway, aku tak suka pavlova ni sebab semua buah yg digunakan adalah buah yg paling aku benci.
Kek birthday kak Long dan Amirah. Lidah Amirah, geramnya!!!

Ini sajalah cerita tentang mereka berlima. Kejap-kejap, perasan tak aku tulis A.Cu masa dekat Husna tadi. Ada cerita di sebaliknya. Ianya berlaku semasa aku cuma ada seorang saja anak saudara iaitu Safiyyah. Dia tak panggil ayah saudara dengan perkataan ayah tapi dia sebut A. Contohnya, A.Long, A.De, A.Lang, A.ndak, A.Tam, A.Cik dan A.Su. Pandai juga budak ni singkatkan ayah kepada A sahaja. Anak saudara yg lain pun sebut A juga. Mak saudara dan ayah saudara pun sebut A juga. Atuk dan nenek pun sebut A juga. Mama dan papa pun sebut A juga.

Eh eh, apa A-A ni? maksudnya macam ni. Katakanlah aku sedang bercakap dengan Safiyyah. 'Kak Long nak kolok kiss A.Tam dulu'. Faham? Kalau tak faham, buat-buat faham sajalah. Tapi kalau mak saudara tak ada pula dia nak singkatkan, contohnya M.Nik. Nanti dulu, macam mana nak baca tu? Abaikanlah.

Baiklah, sampai di sini sajalah entry aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap terhibur terutama kepada kak Emy. Sekian...
Assalamualaikum...

Saturday, 20 April 2013

Hasil Part 3

Assalamualaikum...
Ini kali pertama aku buat part 3. Entry kali berkaitan dengan hasil yg membuatkan aku betul-betul penat hari ni. Sebelum aku cerita tentang hasil tu, biar aku cerita sikit tentang apa yg berlaku pada aku hari ini. Entry pada kali ni mungkin agak panjang.

Hari ni aku bangun pada 6.20 pagi. Buat apalah aku bangun awal pagi pada hari cuti ni? Kalau ada sesiapa yg masih memikirkan kenapa aku bangun pagi, wajarlah diberikan penampar, untuk orang Islam. Tujan aku bangun awal pagi sebab nak solat Subuh lah. Sebelum solat kenalah mandi dulu, tak akanlah nak jumpa ALLAH dengan air liur basi dan bau mulut yg busuk. Euuww... itu sangat menjijikan.

Lepas solat aku bersiap-siap untuk ke sekolah sebab ada olahraga. It just kokurikulum activities. Ianya bermula pada pukul 8.00 hingga 9.00 pagi. Nasib baiklah tak ada kelas Biology, kalau tak, hal aku yg berkaitan dengan hasil tu akan terganggu sikit. Lepas balik rumah tu, aku rehat around 20 minit then buat 'hasil' tu. Aku yg berpeluh sebab bersukan tak mandi pun. Aku tak mandi ada sebab.

Baju ni lah yg menemani aku buat hasil tu. Oppss... seksi, saya tahu itu. Nak risau apa, pakai dalam rumah je kut. Jangan fikir bukan-bukan ya. Aku buat sesuatu yang sangat menggembirakan aku.

Sebelum

Hasil aku tu berkaitan dengan bilik tidur. Bilik tidur aku ni sudah hampir 4 tahun, sejak aku form 2 (2010). Hari ini, aku telah membuat 1 keputusan yang bijak iaitu mencuci seluruh bilik aku ni. Dari atas syiling sehinggalah ke bawah katil. Banyak betul habuk. Gambar pertama & kedua ialah barang-barang aku yang aku letakkan di bilik kakak aku iaitu Nurul Ain Sakinah Binti Zainul Fuad. Kesian bilik kakak aku jadi mangsa. Nasib baik bilik beliau sebelah saja. Apa boleh buat, aku terpaksa. Gambar ke-3 dan ke-4 pula keadaan bilik setelah dikosongkan. Masa ni teringat pula masa bilik ni baru dibentuk, bukan dibuat. Buat sudah lama cuma sebelum ni bukan bilik tidur. Kerja-kerja alih barang tu aku buat selepas solat subuh. Aku alih sikit saja masa tu. Around pukul 9.30 pagi, aku alihkan semua barang then cuci dengan vaccum dan kain lap yg basah dan kering.

Selepas

Tengoklah keempat-empat gambar ni, semuanya sudah dicuci. Tengok gambar ketiga, itu adalah bawah katil. Aku patutnya ambil gambar sebelum cuci tapi terlupa. Kalau tak bolehlah korang nampak perbezaannya. Jaring-jaring tu pun aku cuci. Aku tak lap guna mop tapi aku lap guna kain basah. Gambar ke-4 pula cermin setelah dicuci. Sangat bersih, tiba-tiba jatuh cinta pada cermin kejap.

Barang-barang sudah di masukkan semula. Tapi sebelum di masukkan, kena lap dulu. Oppss... kantoi sudah aku guna febreze dalam gambar pertama. Tengok gambar ke-3, ada poster FT.Island. Wuu, leng zai. Tapi kalau Shila Amzah lagi bagus. Tambah perabot baru dalam gambar ke-4 iaitu bakul untuk isi kain kotor. Nampaknya mulai sekarang aku kena berdikari dengan basuh baju sendiri. Tak boleh nak harapkan mak dan ayah lagi.

Ini adalah susunan baru untuk almari buku aku. Gambar pertama ialah buku teks sekolah dan buku nota yg masih belum digunakan. Gambar ke-2 ialah buku rujukan dan buku latihan untuk tingkatan 4 & 5. Gambar Ke-3 pula buku tingkatan 3 & 4 dan barang-barang lama yg aku sayang. Gambar ke-4 ada buku novel (tingkat atas), buku latihan sekolah masa form 4 (tingkat tengah) dan fail, puzzle & kertas warna (tingkat bawah).

Gambar pertama adalah keadaan bawah katil setelah dicuci. Gambar ke-2 ialah susunan baru untuk meja study. Gambar ke-3 ialah susunan apa entah yg terletak di atas rak buku teks. Dan gambar ke-4 ialah keadaan bilik kakak aku setelah semua barang aku telah di masukkan semula ke bilik aku. Disebabkan nak membalas budi baik bilik kakak aku ni, so aku vaccuum lantai dan cuci kipas.

Sebelum aku masukkan barang-barang ke dalam bilik, aku terjumpa satu buku masa aku darjah 4. Aku pun bukalah buku tu sebab nak tahu apa yg ada dalam buku tu. Ada beberapa helai sungguh melucukan. Nak tahu apa? Jom layan, click gambar untuk gambar yg lebih besar.

 'Hakim gila di dunia dan dia juga bodoh. Saya benci dia di dunia.'
 'Saya benci Hakim kerana dia gila di dunia.'
 'Orang yg paling saya benci di dunia ini ialah Hakim si gila tu bagi saya dia bukan abang kandung saya.'
 Lukis gambar Hakim then pangkah banyak-banyak.
Lukisan aku.

Mesti korang nak tahu apa yg berlakukan. Aku sebenarnya tak berapa nak ingat tentang kejadian aku tulis benda-benda ni. Tapi aku rasa ni mesti sebab aku pernah bergaduh dengan dia. Memang hebatlah pergaduhan kami tu, sampai bertubuk, sepak. Pergaduhan adik-beradik, perkara biasalah tu. Lagi pun masa tu masih kecil lagi, fikiran pun tak matang. Pergaduh sebab apa, aku pun tak pasti. Aku pun tak pastilah sama ada lukisan dan ayat-ayat jahat aku tu ada kaitan dengan pergaduhan tu atau tidak.

Ianya memang hari yg meletihkan bagi aku. Walaupun penat, aku gembira dengan apa yg aku lakukan. Aku siap kemas bilik around pukul 4.30 petang. Lama juga, around 6 jam. Peluh memang banyak yang keluar tapi tak sebanyak atlet sukan berpeluh. Aku harap peluh aku keluar dengan banyak, tapi agak menghampakan.

Masa tengah mencuci tu ada pula masalah yg timbul. Iaitu air dalam baldi kecil yg aku letak di atas meja telah tumpah semasa aku letak vaccuum di tepi pintu masuk bilik. Entah macam mana aku boleh terlangar. Mula-mula aku nampak lantai basah, aku pun peliklah, then aku mencari baldi tu tapi tak jumpa. Rupanya ada terkepit di meja study yg boleh buka dan tutup. Nasib baik aku baru tukar air dalam baldi tu. Kalau air kotor yg tumpah, tak tahulah.

Nampak tak anak panah warna merah tu. Meja tu boleh buka dan tutup. Baldi kecil tu terkepit di bawahnya.

Kipas setelah dicuci oleh my dad. Aku juga telah meletakkan ribbon yg baru. Aku suka sangat letak ribbon kat kipas. Try this at home.

Baiklah, saya Nurul Ainun Nabilah Binti Zainul Fuad ingin mengakhiri entry pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang terhibur dan dapat mencontohi apa yg aku buat pada kali ini. Bukan pujian yg ku minta, bukan cacian ku harapkan, cuma mahu berkongsi tentang pengalaman aku. Sekian...
Assalamualaikum...

Wednesday, 17 April 2013

Mereka :D

Assalamualaikum...
Sudah seminggu blog ini sepi tanpa cerita. Baiklah, hari ini aku cerita tentang sesuatu yg menceriakan. Bagi aku, ianya sangat menceriakan tapi tak tahulah bagi korang macam mana. Maksud aku dengan tajuk 'Mereka' kali ini berkaitan dengan 5 orang perempuan. Siapakah? Bukan kawan.

Ni anak saudara aku yg pertama, bernama Nur Safiyyah Aqilah Binti Helmi. Beliau adalah anak kepada kak Ngah aku yg bernama Nurul Aainaa Nadirah Binti Zainul Fuad dan abang ipar yg bernama Helmi Bin Ismail. Lahir pada 20/4/2008. Hari Sabtu ni ialah hari jadinya yg ke-5. Sekolah tadika dan pandai bahasa English. Tapi tahu yang basic sajalah. Nakal + comel + degil + manja + ganas + banyak cakap + bising dan ntahlah. Kami panggil beliau kak Long.
Ni pula anak saudara yg kedua, bernama Nur Sarah Atiqah Binti Helmi. Beliau adalah anak kepada kak Ngah aku yg bernama Nurul Aainaa Nadirah Binti Zainul Fuad dan abang ipar yg bernama Helmi Bin Ismail. Lahir pada 14/1/2010 (3 tahun). Hari jadi beliau seminggu selepas hari jadi aku. Juga pandai bahasa English. Comel + nakal + manja + pendiam + pemalu + suka simpan senyum + lambat tidur (gmbr pertama) dan ntah juga. Kami panggil beliau kak Ngah. Tapi aku suka panggil beliau saranghae atau saranghaeyo sebab nama beliau Sarah.
Yang ni pula anak saudara yg ketiga, bernama Nurul Husna Aliyya Binti Zainul Ariff Husaini. Beliau adalah anak kepada Abang De aku yg bernama Zainul Ariff Husaini Bin Zainul Fuad dan kakak ipar yg bernama Rohaya Binti Mat Nawang. Lahir pada 4/5/2011. Comel + banyak cakap + suka reject + tak suka adik bongsu aku + pipi pau + tahu nama orang (bukan nama panggilan, ex. Mak Nik) + suka membomohkan orang sakit. Kami panggil beliau Husna atau Yunalia.
Anak saudara ke-4, Nur Auni Irdina Binti Zainul Anwar Husni Bin Zainul Fuad. Beliau adalah anak kepada Abang Long aku yg bernama Zainul Anuar Husni Bin Zainul Fuad dan kakak ipar yg bernama Shazwani Binti Nornid. Lahir pada 14/9/2011. Sebaya dengan Husna. Comel + kurang pandai bercakap + takut cicak + suka sebut aiyok. Kami panggil beliau, Auni. Beliau adalah satu-satunya anak saudara yg memiliki rambut lurus setakat ni.
Nur Amira Hannani Binti Helmi, anak saudara yg ke-5. Beliau adalah anak kepada kak Ngah aku yg bernama Nurul Aainaa Nadirah Binti Zainul Fuad dan abang ipar yg bernama Helmi Bin Ismail. Lahir pada 18/4/2012. Hari esok iaitu hari Khamis adalah hari jadi beliau, 2 hari kemudian hari jadi kak Long. Comel + muka tak bersalah + suka buat mulut comel + pantang nampak mama/papa beliau. Kami panggil beliau Amirah. Aku suka panggil beliau Amianani.

Sampai ke hari ini, detik ini, keinginan aku untuk memiliki adik perempuan masih ada lagi, walaupun aku tahu bahawa aku memang tak mungkin akan dapat adik perempuan. Tapi tak salahkan untuk aku mempunyai perasaan begitu. Aku cemburu tengok kak Emy, Puteri Nordiana dan Elvyianah yg ada adik perempuan. Mereka nampak mesra saja dengan adik perempuan mereka.

ALLAH maha adil. Dia tak bagi aku adik perempuan kerana mungkin aku akan menyakitinya nanti. ALHAMDULILLAH, ALLAH bagi aku 5 orang anak saudara perempuan. Aku suka bermain dengan mereka, kehadiran mereka membuatkan aku ada persediaan yg awal untuk menjadi seorang ibu kelak. Walaupun mereka degil tapi aku seronok bersama mereka. Bermain dengan mereka, kadang-kadang membuatkan aku rasa macam kanak-kanak. Teringat pula dengan kata-kata kak Long pada atuknya iaitu ayah aku, "Atok ni macam budak kecik la."

Baiklah, sampai di sini saja entry Mak Nik pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap terhibur dengan entry kali ni. Sekian...
Assalamualaikum...

Sunday, 7 April 2013

Sweetheart & Bengang

Assalamualaikum...
Malam ni aku ingin kongsikan dua buah cerita tentang sweetheart dan bengang. About sweetheart its almost one week, and there is nothing about guy, its about thing. Pasal bengang, hari ini aku bengang sikit. Sikit sajalah, tak banyak, tu masa lunch tadi.

Seperti yang aku katakan sebelum ni, aku single dan tidak available. Aku nak bersama dengan seorang lelaki yang bergelar suami. Tapi sebelum tu, aku nak ada pengalaman bekerja selama 3 tahun. Untuk sekarang dan  masa aku kerja 3 tahun tu, aku harap aku tak bersama dengan mana-mana lelaki lagi. Tapi tak tahulah, aku hanya merancang tapi ALLAH yang menentukan.

Baiklah, abaikan tentang lelaki dan cinta or whatever. Sekarang mari kembali kepada tajuk asal, sweetheart dulu. Sweetheart ni tiada kaitannya dengan lelaki, ianya berkaitan dengan sesuatu barang. Apakah itu? Jom ikuti kisahnya.

Inilah maksud aku dengan sweetheart. Botol air sebelum ni 900ml, warna hitam aku panggil boyfriend. Tapi untuk dua ni, lebih special, sweetheart. Dua-dua 500ml. Satu untuk isi air sejuk atau air masak. Satu lagi untuk air panas. Oppss... Hanya air teh O panas saja dibenarkan. (Sendiri buat syarat). Aku panggil sweetheart kerana aku bersungguh-sungguh untuk dapatkannya. Yang warna oren tu aku beli dari my mom. Yang lagi satu tu, aku suruh my mom beli. Beria minta nasihat dari kakak ipar (Kak Wany) untuk beli flask yang elok. Nasib baik ni elok.

 My favourite, teh O panas. Made by myself. Sekarang aku sedang berblog sambil minum air dalam ni. Tujuan aku beria nak beli ni sebab aku nak enjoy masa belajar. Aku selalu cakap masa belajar aku suka makan, tapi masa cikgu mengajar di sekolah, macam mana nak makan. Minum air favourite pun jadilahkan.

Bercerita pasal bengang pula. Sebelum my sister (Angah) dia balik ke Mentakab dan Temerloh Jaya, dia dan suami telah membeli udang + ketam = lobster. Apa benda tu? Nanti korang tahulah. Pada hari Jumaat malam beliau telah bermalam di Temerloh Jaya dulu, pada hari Sabtu dia ke Mentakab pula. Angah telah memasak lobster tersebut di kedua-dua rumah. 

Malangnya, masa beliau sedang memasak di Temerloh Jaya beliau telah terpotong jari beliau (tak putus, hampir). Menakutkan!!! Betapa excitednya beliau masa my mom memberikan plaster yang kecil dan comel (beliau tak tahan tengok benda comel). Nak tahu apa itu loobster? Aku comfirm bahawa korang mesti kenal watak kartun ni.

Inilah dia Larry dalam cerita Spongebob Squarepants. Beliau ialah udang + ketam = lobster. Itulah jadinya kalau 'buat' lain species. Kan dah jadi lain species. Kalau manusia dengan monyet macam manalah agaknya. Haiz, malas nak fikir.


Baiklah, apa yang bengang ni? My dad selalu cakap yang aku ni 'banyak benda tak suka'. Memang betul pun. Banyak benda aku tak makan contohnya buah yang ada perkataan berry, kiwi, telur masin, ikan masin, ikan bilis, bawang, kambing dan banyak lagi. Udang aku makan tapi ketam aku tak makan. Jadi macam mana nak makan lobster.

Kali ini aku cuba aku untuk rasa (selalu tak bagi peluang pada diri sendiri untuk merasa sesuatu yang baru). Sakit hatinya sebab isi sikit saja. Malas aku nak pergi korek untuk carik isi. Aku dapat rasa sikit saja, itu pun Azim yang bagi. Bila aku makan tu rasa macam pelik. Jadi jawapan aku ialah, aku tak suka.

Mungkin orang akan cakap sebab rugi tak suka. Kat Malaysia mana ada benda ni. Kalau nak kat luar negara. Ni pun entah macam mana my Angah beli. Nak tahu berapa harga? 100 gram untuk RM12. Tengoklah gambar tu, berapa saiz dia. My Angah cakap nak dekat RM100.

Baiklah, sampai di sini saja entry aku pada kali ini. Sebelum tu, aku nak tolong promotekan bisnes Angah. Click here. Terima kasih kerana sudi membaca, harap terhibur. Sekian...
Assalamualaikum....

Thursday, 4 April 2013

Hasil part 2

Assalamualaikum...
Sudah lebih dari seminggu aku tak post apa-apa. Kenapa? Oppss, busy sikit dan tak ada kesempatan masa yang banyak untuk bercerita. Untuk buka facebook adalah, tapi tak sampai 10 minit. Sarang labah-labah pun sudah ada sikit ni. Kena cuci ni.

Minggu lepas hasil berkaitan dengan header blog, which is, aku edit gambar untuk jadikan header blog. Hasil kali ini berkaitan dengan duit dan markah periksa. Tentang periksa, sorry to say, aku tak akan sebut markah, just bagi tahu result.

Berkaitan dengan duit, hari ini, my dad telah menyerahkan wang sejumlah RM68 ringgit kepada aku. Untuk apa? Itu bukan duit my dad, tapi duit aku. Al-kisahnya, sejak form 1 aku kumpul duit syiling sampai awal tahun 2013. Aku gunakan bekas bula tangkis badminton untuk simpan semua duit syiling tu. Aku cadang untuk simpan sampai habis form 5 tapi disebabkan aku perlukan wang untuk sesuatu yang perlu aku rahsiakan jadi aku suruh my dad tolong tukarkan duit syiling kepada duit kertas.

Selain tu, ingat ni karangan bahasa Melayu ke?, aku juga ada simpan duit kertas sejak form 1 sehingga ke hari ini. Tujuan aku simpan duit ni untuk future dan macam-macam lagi. Hasil dari duit yang aku simpan tu banyak, dan InsyaAllah selamat di bank. Duit di bank aku tak pasti ade berapa banyak tapi yang aku pasti RM3000 ke atas. Semua tu hasil dari duit belanja, duit raya, saudara-mara/abang/kakak yang bagi.

Gambar tersebut 100% hak milik Nurul Ainun Nabilah Bt Zainul Fuad. Tiada unsur penipuan.

Baiklah, tamat sudah cerita berkaitan dengan duit. Sekarang berkaitan dengan markah peperiksaan. Berkat doa dan usaha aku selama sebulan sebelum peperiksaan UP1 telah membuahkan hasil yang agak bagus bagi aku. My parents not really happy about it. Well, tiada A tapi ada 2G. Sebelum ni ada 5G tapi Alhamdulillah, aku sudah berjaya menyingkirkan 3G untuk UP1 ni.

Sebelum ni aku pernah cakap bahawa kalau ada subjek yang fail, aku harap subjek tersebut ialah Biology dan Physics. Itulah subjek yang aku fail. Actually aku ada 1A, 1A-. Tapi itu subjek tak penting, tak masuk SPM pun. Nak tahu apa? Ianya ialah P.Jasmani & Kesihatan dan P.Sivik. Yang paling aku tak sangka, P.Akaun aku dapat C. 

Sebelum dapat kertas jawapan, aku sudah tahu markah P.Akaun. Bila aku tahu bahawa akaun aku dapat C, aku ingat cikgu tanda ikut format. Sebab masa peperiksaan tahun lepas, aku tak ingat periksa yang mana, tapi ada satu yang cikgu tanda memang ikut format. Bila dapat kertas jawapan tu, rupa-rupanya cikgu tak tanda ikut format. Terima kasih ya cikgu Lee Bee Leng (Belimbing) sebab awak baik tahun ni. tak macam tahun lepas.

Baiklah, sampai di sini saja entry aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap terhibur. Sekian...
Assalamualaikum...