Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Sunday, 17 March 2013

Gotong-Royong :D

Assalamualaikum...
Pada hari semalam iaitu hari Sabtu, 16/3/2013 telah berlangsungnya aktiviti gotong-royong kelas. Hari Sabtu tu merupakan sekolah ganti untuk raya cina lepas. Biasanya aktiviti gotong-royong ni akan menjadi satu aktiviti yg membosankan dan pelajar ramai tak datang. Tujuan gotong-royong ni untuk menceriakan kelas. Well, apa yg berlaku semalam memang menyeronokkan. Nak tahu apa yg berlaku? Jom ikuti kisahnya, aku sebagai watak utama (dalam blog je).

Pada hari Jumaat cikgu Lee Bee Leng (Belimbing) awal-awal sudah pesan supaya semua pelajar mesti datang, kalau tak datang kena denda. Dia cakap lagi semua pelajar mesti bawa kain, gunting, surat khabar lama dan warna. Kedatangan kelas kita orang agak memuaskan cuma 4 orang tak datang. 4 orang ni silalah tunggu hari esok, mampuslah korang. Korang tak kenal lagi macam mana perangai Belimbing tu.

Keesokkan harinya tu, iaitu hari Sabtu, cikgu suruh kita orang warnakan butterfly banyak-banyak sebab nak tampal pada dinding. Sebelum rehat, dia masuk tengok keadaan kelas, tak lama lepas tu cat (bukan kucing) pun sampai sebab kita orang kena cat kelas. Warna cat tu setiap tahun mesti sama iaitu hijau, naik menyampah pula aku. Tanpa melengahkan masa lagi jom layan gambar-gambar yg banyak ni. Click pada gambar untuk gambar yg lebih besar.

 Budak-budak 16 tahun sedang mewarna. Yg baju merah tu Nabella, dia bukan budak kelas kita orang. Dia kelas 5 Advance (kelas pertama).
 Ini hasil budak 17 tahun punya (aku la tu).
 Kain jatuh pun beria nak pergi ambil.
 Sesi menampal rama-rama. Tan Tein Ren (baju merah), Hor Thong Qin (baju biru) dan Lee Bee Leng.
 Sesi mengecat. Aku, Nalini (baju pink) dan Grace (baju biru, tak pakai tudung)
 Bahagian belakang kelas.
 Nabella punya hasil tapi dia bukan kelas kita orang. 90% Bella buat dan 10% Anati buat. Yg atas tu warna biru, hijau dan merah milik Mubshira.
 Inilah hasilnya.
 Banyak butterfly, cantik-cantik pula tu. Semua penipu!!! Cakap tak pandai nak buat cantik-cantik tapi hasilnya, cantik juga.
 Yg ni paling menarik perhatian aku dan Ameera. Kita orang dua minat pada dua orang lelaki tu. Aku minat Tan Tein Ren (TTR), Ameera pula minat Hot Thong Qin (Ted Hor, baju biru). Yg perempuan tu, Tan Chii Jiun. Apa yg menariknya, si TTR pegang rama-rama aku, si Ted pegang Ameera punya. Setahu aku dia orang tak tahu bahawa itu adalah kami punya rama-rama. Tapi malangnya si Ted sudah berpunya, nasib baik TTR single (dalam kelas aku duduk sebelah TTR tapi meja jauh).
 Sahabat Lah Sangat (SLS) punya rama-rama, aku dan Ameera, yg dipegang oleh orang yg kami suka. (suka je, bukan cinta)
 Masih mewarna dan mengunting lagi. Bilalah nak stop padahal rama-rama sudah banyak sangat sampai tak tahu mana nak tampal.
 Sahabat Sejati Sejiwa Selamanya (4S) punya rama-rama, Mubshira dan Elvyianah.
 Ni depan kelas.
 Depan kelas juga, berhampiran dengan pintu masuk.
 Keseluruhan bahagian depan.
 2 orang cina iaitu Tan Chii Jiun dan Gan Vi Vian (baju hitam). Seorang india, Nalini (baju pink) dan seorang Sarawak, Grace (baju biru).
 Sesi mengecop tapak tangan dan menulis nama pada batu di kolam ikan.
Tapak tangan dari kiri (yg aku kenal je), Ted, TTR dan Samuel.
 
 Sengaja nak kotorkan tangan. Nasib baik aku tak terlibat kalau tak, tak dapat lah aku ambil gambar.
 Kelas kami dari bahagian bawah.
 V R Cravy bermaksud We are Crazy. Memang kita orang gila.
 We Are 5 Clever, We Are Crazy (Lee Bee Leng buat). Then aku tambah, We like to eat chocolate and candy.
Ni masa balik. Remaja riang dengan muka happy. Dari kiri Grace, Anati, Ameera, Mubshira dan Elvyianah.

Memang sesuai pun dengan slogan "We Are 5 Clever, We Are Crazy, We like to eat chocolate and candy", sebabnya memang kita orang gila dan suka makan, sharing pula tu. Lee Bee Leng pun gila, macam budak-budak. Ada ke patut dia suruh budak-budak yg lewat masuk kelas dia, kena pumping, tapi baru-baru ni kena pumping kat luar kelas atas kerusi. Ramai budak keluar kelas sebab nak tengok. Ada lagi satu yg melucukan, bila budak-budak lelaki cina main game yg macam memanah tu (harap korang faham), siapa yg kalah, kena buat denda. Dendanya macam jadi Harry Potter (terbang dgn penyapu), jadi itik, dukung budak dan act cute. Memang memalukan sebab kena melalui beberapa kelas, bagi orang tongok. 

Yg paling tak boleh blah, time act cute, budak kelas lain yg datang kelas kita orang kena denda pergi satu per satu kelas tingkat dua, then act cute. Tapi kelas seberang dia tak pergi, so, kita orang panggil semua budak kat kelas seberang (cuma ada 1 kelas je, 5 Brilliant, kelas kedua). Cikgu dalam kelas tu pun dipanggil keluar then budak yg kena denda tu pun buat love then cakap "cinta pada mu". Memang tak boleh blah. Ni semua idea dari Belimbing tu la. Memang gila, cikgu gila, pelajar pun gila. Cikgu tu pelik, kadang sporting, kadang garang semacam.

Baiklah, sampai di sini saja cerita aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca, harap terhibur. Sekian...
Assalamualaikum...