Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Wednesday, 27 March 2013

Hasil :D

Assalamualaikum...
Apa yang hasil ni? Wahaha, ianya tak ada kaitan dengan duit. Tak ada kaitan langsung. Ianya berkaitan dengan masa yang aku perlukan untuk membuahkan hasil. Ianya tak adalah hebat sangat dengan hasil aku tu, tapi bagi aku ianya adalah hasil  yang sangat memuaskan hati. Bagi orang lain ianya mungkin entah apa-apa. Nak tahu apa hasil tu? Jom ikuti kisahnya...

Ni ialah header untuk blog. Aku ambil masa 2 hari tapi tak sampai 24 jam untuk buat. Baru saja siap buat. Lepas aku siap edit, aku buat sebagai header then typing untuk share dalam blog. Aku start buat semalam iaitu hari Selasa (26/3/2013) hingga hari Rabu (27/3/2013). Nak tahu dari mana asal nya gambar ni? Jom layan gambar.

 Masa ni kita orang berhenti makan sebentar sebab kita orang nak pergi ke Cameron Hoghlands.
 Ni masa Famliy Event. Makan barbeque bersama keluarga tersayang.
 Ni adalah gambar baru ditangkap semalam sebelum pergi tuisyen Akaun. Disebabkan tengok gambar ni lah mula tercetusnya idea untuk buat header baru.
 Ni masa konvokesyen my Along di Terengganu, berdekatan dengan Masjid Kristal.
 When I was younger I saw my daddy cry. NIi di pantai Kuantan kut.
 Masa ni kita orang berhenti makan sebentar sebab kita orang nak pergi ke Cameron Hoghlands.

Awalnya aku terfikir akan apa agaknya orang akan fikirkan dengan hasilnya nanti. Lawa ke buruk ke? Tapi lepas siap, baru aku sedar bahawa aku tak perlukan pendapat orang. Bagi aku, pendapat sendiri lagi bagus sebab kepada orang yang memberi komen buruk tu, tak alami masalah yang hadapi.

Mungkin nampak simple saja header tu, tapi masalah yang aku hadapi telah menyukarkan aku. Antaranya laptop terpadam dengan sendirinya sebab terlalu panas. I take a long time to edit this photo, you know?, of course you don't know. Bila laptop terpadam, aku tak save. Itu betul-betul buat aku bengang. Terpaksa buat lagi sekali. 

Then tulisan untuk tittle blog aku terpaksa guna Microsoft Word punya sebab Photoshop punya tak berapa cantik. Bila aku buat copy paste tulisan tu, ada pula warna putih di belakangnya. Terpaksalah padam. Tengah syok-syok padam benda putih tu, alamak, laptop pula padam. Bagus sangatlah semua benda nak padam. Dahlah tak save lagi.

Baiklah, terima kasih kerana sudi membaca. Harap terhibur. Sekian...
Assalamualaikum...

Saturday, 23 March 2013

Nama :)

Assalamualaikum...
Aku ada seorang kawan bernama Mubshira (Islam). Ape kaitan dengan dia, mesti nak tahukan terutama tuan punya badan. Jumaat lepas iaitu semalam 22/3/2013, dia nak minum air aku. Seperti kebiasaan, dia akan memuji + mengutuk depan-depan sebab nak minum air. Paling aku tak boleh blah dia selalu sebut 'Ainun yg mulia'. Tapi apa kaitannya dengan air dan nama? Masa dia nak mintak minum air tu, dia cakap aku cerewet. Cerewet tu yg ada kaitan dengan nama.

Aku cerewet? Memang aku cerewet terutama sekali dalam bab-bab nama aku. Nama orang lain, ada aku kisah. Aku memang tak suka tulis nama penuh tanpa nama ayah. Kalau aku just tulis nama Ainun, Nabilah, Nurul Ainun or Ainun Nabilah, aku tak ada masalah sangat kalau tak tulis nama ayah. Tapi kalau aku tulis Nurul Ainun Nabilah mesti kena ada Binti Zainul Fuad. Sebabnya bila aku tulis tiga nama aku tu, kalau aku tak tulis nama ayah, aku rasa macam somthing wrong, aku rasa macam aku ni seorang anak tanpa ayah. Maksud aku bukan ayah sudah meninggal tapi lebih kurang anak haram atau macam Nabi Isa. Even, title untuk blog ni pun aku letak nama my dad.


Aku sebenarnya nak share tentang nama kami sekeluarga yg agak unik. Nama kita orang tak unik tapi ada persamaan dan perbezaan. Maksud aku ialah nama panggilan. Nama my dad ialah Zainul Fuad Bin Ghazali dan my mom ialah Nor Aini Binti Yaacob. Kedua-dua my parents memiliki dua perkataan, berbeza dengan kami 10 orang, memiliki 3 perkataan. Aku akan typekan nama adik-beradik start dari along hingga bongsu tapi tanpa nama ayah (patah seribu hatiku), sebab nanti panjang sangat.

Zainul Anuar Husni (Along), Nurul Aainaa Nadirah (Angah), Zainul Ariff Husaini (Abg De), Nurul Ain Sakinah (Teh), Zainul Azman Hasani (Alang), Zainul Muhammad Hanis (Abang), Zainul Hakim Shazni (Hakim), Nurul Ainun Nabilah, Zainul Azim Hazwani (Azim) dan Zainul Amir Hanif (Amir). Persamaan adik-beradik lelaki dan perepuan ialah, lelaki mula dengan nama Zainul termasuk nama ayah, perempuan pula mula dengan nama Nurul kecuali my mom. Perbezaan pula, lelaki kecuali my dad lebih suka dipanggil Zainul atau Zayn. Perempuan pula tak suka dipanggil Nurul.

Dulu memang aku benci nak jawab panggilan telefon rumah sebab orang yg selalu call tu nak cakap dengan adik-beradik lelaki. Nak tahu sebab apa aku menyampah. Meh sini aku buat dialog sikit. Setiap kali jawab je mesti benda yg sama akan ditanya.
"Assalamualaikum/Hello, nak cakap dgn Zainul." ,ni orang yg call.
"Zainul ada 8 orang (termasuk my dad), nak cakap dengan Zainul mana?", aku bertanya, dalam hati rasa nak maki hamun.
"Err...Zainul ...". jawab orang yg call tu.
Bila aku tanya je nak cakap dengan Zainul mana mesti orang tu fikir dulu. Pengajaran, ingatlah nama penuh member, jangan hanya hafal nama panggilan saja. Tapi sekarang ni jarang dapat call dari orang yg nak bercakap dengan Zainul semenjak kami semua mula menggunakan handphone. Kalau tak silap aku cuma 3 orang saja yg sering gunakan nama Zainul ni, yg lain kurang sikit. Kalau tak silap aku 3 orang tu ialah Abg De, Abang dan Azim.

 My parents.
 Yang serba hijau tu, keluarga my Along. Isterinya bernama Hazwani Binti Nornid (Wany) dan anaknya Nur Auni Irdina (Auni). Yang serba merah tu pula keluarga my Angah. Suaminya bernama Helmi Bin Ismail. 3 orang anak bernama Nur Safiyyah Aqilah, Nur Sarah Atiqah dan Nur Amirah Hannani.
 Yang serba hijau tu keluarga my Abg De, isterinya bernama Rohaya Binti Mat Nawang, dan anaknya Nurul Husna Aliya. Yang tudung merah tu, my sister, Teh. Beliau sudah berkerja tapi single. Available ke tak, tak tahulah.
Dari kiri, Alang, Abang, Hakim, Sarah, Nabilah, Azim dan Amir. Si Sarah tu anak Angah tadi. Kami semua masih single tapi tak tahulah available ke tak.

Almari kami. I-na (Angah), Ain (Teh) dan E-la (Nabilah). Apa? Nak panggil aku dengan nama E-la? Boleh saja. Dipersilakan memanggil saya dengan nama tu tapi berhenti panggil saya Ainun. Masa ni aku kecil lagi, kalau tak silap, aku tadika lagi.

Cuba perhatikan nama abang dan kakak-kakak ipar aku. Cuma ada satu perkataan saja. Lagi satu benda yg unik. Kalau nak tahu dulu my dad pernah belajar di Kuantan dan my dad kahwin dengan my mom yg berasal dari Kuantan. My Along pun pernah belajar di Melaka dan beliau kahwin dengan orang Melaka. My Angah?, oppsss, aku no comment. Suami beliau dari Temerloh Jaya. My Abg De pernah belajar pondok di Kelantan dan beliau berkahwin dengan orang Kelantan. Mereka tidak berjumpa di negeri tersebut tapi mereka bertemu di tempat lain. Macam my parents di Mentakab kut. My Along di tempat kerja kut. My Angah?, sekali lagi no comment. My Abg De sama University dgn isterinya.

Baiklah, sampai di sini saja cerita aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca entry pada kali ini. Harap korang terhibur. Sekian...
Assalamualaikum...

Wednesday, 20 March 2013

Badminton...

Assalamualaikum...
Entry kali ini tiada kaitannya dengan sekolah. Saja je terangkan sedikit tentang entry kali ni sebab manalah tahu korang akan terfikir tentang kokurikulum di sekolah. Kisah ni sebenarnya sudah lama berlaku, kalau tak silap, masa aku darjah 6 dan form 1 dulu. Dan bukan atau, okay.  Waktu ni boleh dikatakan demam dengan badminton. Nak tahu apa yg berlaku? Jom ikuti kisahnya dalam rancangan bertajuk NuRuL AiNuN NaBiLaH Binti ZaINuL FuAD hanya di Blog.

Ianya berlaku sekitar tahun 2008 (darjah 6) hingga 2009 (form 1). Masa tu boleh dikatakan seluruh penduduk saga 6, selalu main badminton pada waktu petang. Yang aku tahu saga 6 saja, saga lain mungkin ada juga tapi aku tak tahu. Dari atas saga 6 sampai bawah saga 6 mesti ada yg main, jumlahnya bukan hanya 4-6 orang malah 10-14 orang. Kawasan atas saga 6 dipenuhi dengan orang india, manakalah, bawah saga 6 dipenuhi dengan orang melayu. Orang cina? Oppss...orang cina tak ada yg sebaya dengan kita orang yg main badminton, lagi pun orang cina tak ramai, kalau tak silap aku cuma ada 3-5 buah rumah saja.

Masa aku darjah 6 dulu, aku selalu main badminton dengan cucu jiran dan adik beradik aku yg lain. Budak tu budak perempuan dan kalau tak silap aku dia lebih muda dari aku. Apa nama dia dan umur berapa aku sudah lupa. Dia datang masa cuti saja, tapi lepas cuti sekolah habis, sehingga hari ini dia tak pernah kembali ke sini lagi. Rindu juga dengan dia. Muka dia hampir sama dengan Mila AF5.

Masa aku form 1 pula, sebuah keluarga datang berpindah ke saga 6, dia tinggal di rumah sebelah aku. Terdiri dari 6 orang adik beradik, anak ke 3 tu, umur dia sebaya dengan aku, namanya Nurul Azwin. Masa dia tinggal di saga 6 ni, kami masih lagi demam badminton. Adik-beradik aku selalu main badminton dengan adik-beradik Azwin. Tapi sejak kami bermusuhan, demam badminton tu bagaikan hilang secara tiba-tiba. Masa form 3 kami baik semula tapi dia bukan jiran aku, dan saga 6 sudah kurang main badminton.

Waktu malam pun kita orang main badminton juga tapi tak selalu. Yg main waktu malam adik-beradik aku saja. Abang-abang aku lah yg main, aku?, menonton sajalah. Bukannya tak ada peluang nak main, cuma malas, bagi aku lagi seronok melihat abang-abang aku bermain macam kanak-kanak riang. Rindu pula nak bermain badminton dengan dua orang sahabat aku ni. Setiap kali melihat jiran depan rumah iaitu anak dan mertua cikgu Noor Wati iaitu Izzati dan Mama (ramai orang panggil beliau Mama), aku selalu teringat masa darjah 6 dan form 1 dulu.

Baiklah, sampai di sini saja entry aku pada kali ini. Di sini jua memori tercipta, walau seketika terjalin kasih kita, mungkin disini kita kan terpisah, kenangan bersama tiada kulupa. Nyanyi lagu Memori Tercipta by Shila Amzah lah pula. Hehehe, maaf... Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian...
Assalamualaikum...

Sunday, 17 March 2013

Gotong-Royong :D

Assalamualaikum...
Pada hari semalam iaitu hari Sabtu, 16/3/2013 telah berlangsungnya aktiviti gotong-royong kelas. Hari Sabtu tu merupakan sekolah ganti untuk raya cina lepas. Biasanya aktiviti gotong-royong ni akan menjadi satu aktiviti yg membosankan dan pelajar ramai tak datang. Tujuan gotong-royong ni untuk menceriakan kelas. Well, apa yg berlaku semalam memang menyeronokkan. Nak tahu apa yg berlaku? Jom ikuti kisahnya, aku sebagai watak utama (dalam blog je).

Pada hari Jumaat cikgu Lee Bee Leng (Belimbing) awal-awal sudah pesan supaya semua pelajar mesti datang, kalau tak datang kena denda. Dia cakap lagi semua pelajar mesti bawa kain, gunting, surat khabar lama dan warna. Kedatangan kelas kita orang agak memuaskan cuma 4 orang tak datang. 4 orang ni silalah tunggu hari esok, mampuslah korang. Korang tak kenal lagi macam mana perangai Belimbing tu.

Keesokkan harinya tu, iaitu hari Sabtu, cikgu suruh kita orang warnakan butterfly banyak-banyak sebab nak tampal pada dinding. Sebelum rehat, dia masuk tengok keadaan kelas, tak lama lepas tu cat (bukan kucing) pun sampai sebab kita orang kena cat kelas. Warna cat tu setiap tahun mesti sama iaitu hijau, naik menyampah pula aku. Tanpa melengahkan masa lagi jom layan gambar-gambar yg banyak ni. Click pada gambar untuk gambar yg lebih besar.

 Budak-budak 16 tahun sedang mewarna. Yg baju merah tu Nabella, dia bukan budak kelas kita orang. Dia kelas 5 Advance (kelas pertama).
 Ini hasil budak 17 tahun punya (aku la tu).
 Kain jatuh pun beria nak pergi ambil.
 Sesi menampal rama-rama. Tan Tein Ren (baju merah), Hor Thong Qin (baju biru) dan Lee Bee Leng.
 Sesi mengecat. Aku, Nalini (baju pink) dan Grace (baju biru, tak pakai tudung)
 Bahagian belakang kelas.
 Nabella punya hasil tapi dia bukan kelas kita orang. 90% Bella buat dan 10% Anati buat. Yg atas tu warna biru, hijau dan merah milik Mubshira.
 Inilah hasilnya.
 Banyak butterfly, cantik-cantik pula tu. Semua penipu!!! Cakap tak pandai nak buat cantik-cantik tapi hasilnya, cantik juga.
 Yg ni paling menarik perhatian aku dan Ameera. Kita orang dua minat pada dua orang lelaki tu. Aku minat Tan Tein Ren (TTR), Ameera pula minat Hot Thong Qin (Ted Hor, baju biru). Yg perempuan tu, Tan Chii Jiun. Apa yg menariknya, si TTR pegang rama-rama aku, si Ted pegang Ameera punya. Setahu aku dia orang tak tahu bahawa itu adalah kami punya rama-rama. Tapi malangnya si Ted sudah berpunya, nasib baik TTR single (dalam kelas aku duduk sebelah TTR tapi meja jauh).
 Sahabat Lah Sangat (SLS) punya rama-rama, aku dan Ameera, yg dipegang oleh orang yg kami suka. (suka je, bukan cinta)
 Masih mewarna dan mengunting lagi. Bilalah nak stop padahal rama-rama sudah banyak sangat sampai tak tahu mana nak tampal.
 Sahabat Sejati Sejiwa Selamanya (4S) punya rama-rama, Mubshira dan Elvyianah.
 Ni depan kelas.
 Depan kelas juga, berhampiran dengan pintu masuk.
 Keseluruhan bahagian depan.
 2 orang cina iaitu Tan Chii Jiun dan Gan Vi Vian (baju hitam). Seorang india, Nalini (baju pink) dan seorang Sarawak, Grace (baju biru).
 Sesi mengecop tapak tangan dan menulis nama pada batu di kolam ikan.
Tapak tangan dari kiri (yg aku kenal je), Ted, TTR dan Samuel.
 
 Sengaja nak kotorkan tangan. Nasib baik aku tak terlibat kalau tak, tak dapat lah aku ambil gambar.
 Kelas kami dari bahagian bawah.
 V R Cravy bermaksud We are Crazy. Memang kita orang gila.
 We Are 5 Clever, We Are Crazy (Lee Bee Leng buat). Then aku tambah, We like to eat chocolate and candy.
Ni masa balik. Remaja riang dengan muka happy. Dari kiri Grace, Anati, Ameera, Mubshira dan Elvyianah.

Memang sesuai pun dengan slogan "We Are 5 Clever, We Are Crazy, We like to eat chocolate and candy", sebabnya memang kita orang gila dan suka makan, sharing pula tu. Lee Bee Leng pun gila, macam budak-budak. Ada ke patut dia suruh budak-budak yg lewat masuk kelas dia, kena pumping, tapi baru-baru ni kena pumping kat luar kelas atas kerusi. Ramai budak keluar kelas sebab nak tengok. Ada lagi satu yg melucukan, bila budak-budak lelaki cina main game yg macam memanah tu (harap korang faham), siapa yg kalah, kena buat denda. Dendanya macam jadi Harry Potter (terbang dgn penyapu), jadi itik, dukung budak dan act cute. Memang memalukan sebab kena melalui beberapa kelas, bagi orang tongok. 

Yg paling tak boleh blah, time act cute, budak kelas lain yg datang kelas kita orang kena denda pergi satu per satu kelas tingkat dua, then act cute. Tapi kelas seberang dia tak pergi, so, kita orang panggil semua budak kat kelas seberang (cuma ada 1 kelas je, 5 Brilliant, kelas kedua). Cikgu dalam kelas tu pun dipanggil keluar then budak yg kena denda tu pun buat love then cakap "cinta pada mu". Memang tak boleh blah. Ni semua idea dari Belimbing tu la. Memang gila, cikgu gila, pelajar pun gila. Cikgu tu pelik, kadang sporting, kadang garang semacam.

Baiklah, sampai di sini saja cerita aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca, harap terhibur. Sekian...
Assalamualaikum...

Friday, 15 March 2013

Perjalanan...

Assalamualaikum...
Hari ini iaitu hari Jumaat, 15/3/2013, tamatlah sudah peperiksaan bulan Mac. Lega rasanya. Dalam 9 subjek yg aku ambil, aku harap 2 subjek aku akan dapat A, sama ada A- atau A+ atau A. Subjek yg aku harapkan tu ialah Sejarah dan Pendidikan Islam. Sebab bagi aku dua subjek ni tak susah,  ianya senang tapi tak la senang sangat. Aku tak nak dapat G tapi kalau dapat juga aku harap dua subjek dari 9 subjek saja yg dapat G, iaitu, Biology dan Physics sebab dua subjek ni memang susah.

Baiklah, mari kita sambung kepada tajuk asal kita. Maksud aku dengan perjalanan ialah, apa yg terjadi semasa aku study untuk peperiksaan kali ini. Aku sudah study lebih kurang sebulan sebelum peperiksaan. Tapi subjek yg aku study cuma 3 iaitu, Sejarah, P.Islam dan P.Akaun. Subjek lain study juga tapi tak sebanyak 3 subjek ni. Tapi aku banyak focus kepada Sejarah, aku tak pasti berapa banyak buku latihan sejarah aku ada, tapi yg pasti banyak.

Aku tak pernah serajin macam ni apabila peperiksaan sudah hampir. Selalunya seminggu sebelum peperiksaan baru nak study itu pun tengok mood, rajin atau malas. Tapi kali ni rajin sikit mungkin sebab sudah bertambah matang sedikit. Apa yg berlaku semasa study ialah.... Layanlah gambar ni. Click gambar untuk gambar yg lebih besar.

 Banyak buku/kertas/rujukan yg perlu aku buka.
 Banyak buku kat tepi, perlukan air kopi tapi kopi 3 in 1 lah sebab aku tak suka kopi hitam.
 Berharap aku ada cermin mata macam ni bila cikgu sedang mengajar.
 Yang ni tak berlaku pun cuma ada perasaan mengantuk saja. Aku akan tidur petang sebelum atau selepas aku solat Asar. Ini tujuannya supaya aku dapat rehatkan otak.
Makan sambil study, ini apa yg aku selalu buat.
Buat banyak keywords, tapi tak berguna sebab apa yg aku buat keyword tu tak ada dalam soalan. Cuma satu saja, iaitu sejarah. Dia tanya siapa tokoh untuk Gerakan Islah.

Masa study aku selalu berhadapan dengan 1 masalah ni, iaitu adik lelaki aku iaitu Azim main gitar di luar rumah. Bukan setakat main gitar je, menyanyi lagi. Main gitar bukan sedap pun, bunyi gitar tu sumbang semacam je. Lagi best abang iaitu Azman main. Aku puji dia bukan sebab aku takut dengan dia tapi memang best la dia main. Bunyi gitar tu pun tak la mengganggu (tak sumbang) aku sangat.

Bunyi gitar ni mengganggu aku sebab aku study di ruang tamu. Aku tak study di bilik sebab kebiasaannya bilik atas agak panas. Bilik aku tu kalau masuk waktu tengahari atau petang rasa bahang even sudah pasang kipas nombor 3 pun terasa panas kecuali hari hujan atau cuaca di luar tidak terlalu panas letak air-conditioner? Oh tidak, ianya tak muat. Dan lagi satu aku perlukan ruang yg besar sebab nak buka buku yg banyak.

Aku study hard kali ini, salah satu sebabnya, aku tak mahu tengok my parents macam sudah give up untuk nasihat supaya aku rajin. Sepanjang aku study kat ruang tamu kerja-kerja rumah banyak aku tak buat, my parents tak complain pun. Selalunya kalau aku tak buat, my parents akan complain. Wahaha, mesti mereka bangga sekejap sebab aku rajin.

Baiklah, sampai di sini sajalah, cerita aku pada kali ini. Sebulan sebelum peperiksaan akan datang aku akan study lagi. Terima kasih kerana sudi membaca entry aku pada kali ini. Sekian...
Assalamualaikum...

Sunday, 10 March 2013

Hairan o.O

Assalamualaikum...
Pada hari ini telah berlaku sesuatu perkara yg menghairan kami sekeluarga. Lepas breakfast my dad cuci kandang rabbit. Ayah letak 3 ekor rabbit iaitu Smokey, Vanilla Coklat dan Milky di luar rumah. Sewaktu kakak aku main dengan rabbit tu, aku sedang study, bila kak Teh (anak ke-4) masuk ke bilik, aku pula yg bermain dengan mereka.

Sebenarnya tak ada kaitan pun dengan rabbit tu, cuma nak jadi pendahuluan. Hehehe, jangan marah. Kita sambung dengan kisah yg menghairankan kami sekeluarga. Kisah ni berlaku selepas my dad siap mencuci kandang rabbit. Mari kita lihat gambar. Boleh click pada gambar untuk gambar yg lebih besar.

Rumah sebelah. Rumah aku no.32, rumah ni pula no.34. Perhatikan benda warna hitam besar tu.

Sarang lebah.

Kejadian ni berlaku lebih kurang pukul 10.30 pagi. Baru hari inilah kami perasan akan kewujudan sarang lebah ni, itupun ayah aku yang perasan dulu. Lepas kami tahu bahawa benda ni wujud, my mom terus call bomba (teringat kat kawan, Elvyianah sebab dia kadet bomba). Bomba cakap nak datang pukul 6 petang. Kami ingat sarang lebah ni sudah lama wujud sebab sarangnya sangat besar jadi mungkin memerlukan masa yg agak lama untuk buat sarang ni. Kita orang pun bersyukur juga sebab nasib baik selama ni kami atau jiran-jiran yang lain tidak kena sengat dengan lebah.

Around pukul 11.30 pagi, aku, ayah dan emak keluar ke bandar untuk membeli barang. Bila kami balik around 2 jam kemudian. Ayah tengok lagi sekali sarang lebah tu. Guess what? Sarang lebah tu hilang. Kami ingat bomba sudah datang, tapi hairan juga sebab bomba cakap akan telefon sebelum datang. Lepas tu my mom call bomba lagi. Bomba cakap, mereka belum datang lagi. Bomba tu cakap lagi, kadang-kadang lebah tu dia singgah sekejap dan mereka tak akan datang lagi. Tapi masih ada persoalan yg bermain di fikiran aku. Macam mana sarang tu boleh hilang? Mereka angkat ke, atau banyak-banyak lebah berkumpul tapi bila tengok semula gambar ni ianya macam sarang.

Alhamdulillah, segalanya selamat. Teringat pula masa kecil-kecil dulu, dua orang adik lelaki iaitu Azim dan Amir gunakan raket badminton untuk bunuh lebah atau tebuan sebab mereka datang nak makan buah jambu. Aku pula kalau balik sekolah seorang saja, aku takut nak masuk rumah sebab luar ada lebah atau tebuan. Kalau seekor boleh tahan lagi tapi ni lebih dari dua.

Baiklah, sampai di sini saja cerita saya pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca kisah hairan ini. Sekian...
Assalamualaikum...

Saturday, 9 March 2013

Teman Study Saya ^.^

Assalamualaikum...
Hachuuuww... (bersin). Sejak dari pukul 5.20 pagi (aku tengok jam okay) hidung aku ni bermasalah. Tak tahulah kenapa sempai sekarang ni pun masih gatal nak bersin. Nak makan mi Singapore pun susah. Anyway, aku sekarang ni sedang type sambil makan dan untuk pengetahuan aku baru balik (around 30 minit lalu) dari sekolah sebab ada kelas Biology.
Ni la mi Singapore yg dimasak oleh my mom untuk breakfast. Kat dapur masih ada lagi, jadi aku makan lah. Mi ni adalah antara mi favourite aku.

Baiklah, mari kita teruskan dengan tajuk "Teman Study Saya ^.^". Teman belajar aku bukanlah manusia, opps... hantu ke? Bukanlah, aku dahlah takut tengok cerita hantu (ada sejarah pahit) tak akanlah aku nak jadikan hantu sebagai teman belajar. Ianya sesuatu yg boleh buat aku enjoy ketika belajar or buat homework. Post kali ini mungkin akan ada banyak gambar. Boleh klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar. Dan untuk pengetahuan semua gambar kecuali mi Singapore dan penyepit rambut, aku ambil dari internet.

 Ini ialah lobak/carrot. Kalau lobak tu panjang, aku akan potong kepada 2 kemudian potong macam dalam gambar ni. Then makan, seronoknya belajar !
 Hari semalam iaitu Jumaat, 8/3/2013, aku beli 3 cocopie yg betujuan untuk makan semasa belajar. Tapi satu sudah di ambil oleh adik Ameera. Tak apa, tak kisah pun.
 Ini keropok ikan. My mom selalu goreng then masukkan dalam balang besar. Bila-bila saja boleh makan. Tapi style aku, hancurkan kecil-kecil (jangan kecil sangat) then letak sos cili, gaulkan. Lepas tu masukkan dalam mulut.
 Beberapa adik-beradik aku memang gemar makan skittles masam. Tapi kalau aku, bila makan ni mesti sakit lelangit, tapi aku tunggu sampai sakit dulu, then berhenti makan. wahahaha....
 Ayah aku selalu beli mentos. Selalunya beli 3, untuk ayah, aku dan Azim. Kita orang 3 memang suka makan, tapi perisa yg berbeza. Ayah, perisa masam. Azim, perisa mint (sejuk). Aku pula perisa anggur.
Yang ini aku selalu beli di sekolah. Kadang-kadang cikgu kita orang baik hati, dia bagi kita makan chocolate or gula-gula dalam kelas. Aku selalu beli then bawa balik rumah supaya boleh makan masa study or buat homework.
Ni letak dalam keropok best jugak ni. Tapi tak pernah try lagi. Tak apa, nanti aku try. Aku mula minat sejak my brother iaitu, Azman (anak ke-5) beli. Then, aku mintak satu kat dia.

Itu lah maksud aku dengan tajuk "Teman Study Saya ^.^". Aku dapat idea nak makan sambil study ni pun dari diri sendiri (bangga kejap). Aku memang jenis orang yg suka makan. Setiap masa rasa nak kunyah makanan. Selalulah aku tanya my mom, ada buah, coklat atau biskut tak? Kalau my mom cakap tak ada, patah seribu hatiku. Dalam hati pula, macam mana nak teruskan kehidupan (slogan kak angah).

Baiklah, sampai di sini saja cerita aku pada kali ini. Aku nak sambung study. Anyway, rambut depan aku ni sudah mula nak ganggu mata aku. Sibuk je nak masuk dalam mata. Tapi tak apa, sudah  dikepit dengan menyepit mulut buaya yg aku beli di Cameron Highland (benci ada strawberry). Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian...
Assalamualaikum...