Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Saturday, 23 February 2013

Sad :(

Assalamualaikum...
Malam ni ada 2 cerita yg ingin di kongsikan. Ianya berkaitan dengan sedih. Well, sebenarnya aku tak perasaan tentang itu tapi bila ditanya ianya membuatkan aku sedar dan sedih. Don't worry, maybe it will just make me cry a little bit.

Cerita pertama ialah apabila cikgu tuisyen aku yg mengajar subjek Akaun yg bernama Visva (Lelaki, India) bertanya tentang kawan aku yg lain. Aku tuisyen di tempat beliau sejak form 3 lagi. Masa form 3 ramai kawan sekolah yg tuisyen kat situ, ade Wany, Ameera, Hazirah, Azri, Diana, siapa lagi ek?, lupalah. Masa form 4, ade Ameera (jarang datang), Asmaa, Hazirah dan Sumitha. Dan sekarang ni, form 5 tinggal aku dan Anati. Seriously ianya agak boring sebab daripada ramai-ramai, kita orang riuh tapi sekarang tinggal dua orang saja, jadi aku agak senyap. Aku agak sedih bila cikgu Visva tanya macam tu, aku rasa macam aku baru sedar bahawa tinggal aku saja dari ramai-ramai dulu.

Cerita kedua berlaku pada hari ini iaitu hari Sabtu, 23/2/2013, apabila  my mom bertanya sampai bila aku nak pakai baju gambar kucing. Baju tu di beli di Sarawak masa my parents bercuti disana. Hari ni aku pakai baju gambar kucing warna merah. Aku rasa baju ni sejak aku sekolah rendah lagi. Baju untuk duduk di rumah kebanyakkannya sudah pendek. Yang panjang sikit ada 3 kut, baju gambar kasut converse, baju kelab renang sekolah, baju sukan frisbee sekolah. Yang hal ni pun aku baru perasan bahawa baju aku banyak yg sudah pendek. Kena shopping ni, hehehehe.

Anyway hari ni aku study subjek Sejarah lepas balik dari kelas tambahan Biology di sekolah. Sampai pukul 2.30 petang, aku solat then rasa mengantuk sangat mungkin sebab lama sangat study. Then cadang nak tidur kejap. Bila bangun tu pukul 5 lebih itu pun adik aku yg bernama Azim yg kejutkan sebab my mom panggil ingin bertanya sama ada aku nak pergi bandar atau tak. Aku cakap nak pergi sebab aku nak pergi kedai buku Men Men nak beli beberapa barang.

Mula-mula pergi TF, then Men Men, akhir sekali pergi kedai baju Tai Yaan. Kat dalam kedai baju tu aku nampak baju belang hitam putih tapi aku tak beli sebab baju tu agak jarang then baju tu ada manik-manik. Aku nak baju belang hitam putih yg tanpa ada corak. Ianya sudah sempurna tapi kenapalah ada manik-manik yg diperbuat daripada besi tu. Haiya, melepas sudah.

Baiklah, sampai di sini sajalah cerita aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca post aku yg tidak seberapa menarik ini dan aku tak menangis pun hanya rasa sedih sedikit. Sekian..
Assalamualaikum...