Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Wednesday, 6 February 2013

Boyfriend Ke ?

Assalamualaikum...
Adalah beberapa kawan aku selalu bercerita tentang boyfriend dia orang pada aku, kadang-kadang mereka bertanya pada aku. Jawapan aku selalunya sama iaitu tiada boyfriend. Soal sama ada, ada orang minat atau tak pada aku bukan masalahnya, tapi aku yang tak berminat untuk bercinta. Sejujurnya memang aku ada suka pada seseorang, tapi aku rasa bercinta itu bukanlah sesuatu yg penting bagi diri aku sekarang. Perjalanan aku masih jauh, dan untuk fikirkan tentang cinta, bila aku rasa sudah tiba masanya, aku akan cari cinta itu.

Abaikan tentang itu, bukan itu yg aku ingin kongsikan. Tajuk kali ni ada tanda soal, maksudnya ada orang yg bertanya atau aku yg bertanya. Situasi sekarang ialah orang yg bertanya. Lelaki yg orang sangka boyfriend aku tu ialah adik lelaki akulah!!! Opppss, termarahlah pula, maafnya, hehe. Tahun lepas ada seorang yg bertanya, dan untuk tahun ni, setakat ni baru 2 orang yg bertanya.

Pada tahun lepas iaitu tahun 2012, pada hari untuk pulangkan buku teks, aku minta bantuan adik lelaki aku iaitu Zainul Azim Hazwani, yg aku gelar Iron Man (sebab dia suka Iron Man & badan dia tegap). Aku minta Azim tolong angkatkan buku teks sebab berat + banyak. Masa tu nak dekat-dekat dengan SPM, so, pelajar tingkatan 4 dipindahkan ke kelas lain, kelas aku di makmal sains. Selepas Azim letakkan buku di atas meja, dia keluar dari makmal sains. Lepas tu, ada seorang lelaki cina yg bernama Hor Thong Qin bertanya, sama ada itu boyfriend aku ke. Aku pun jawablah dengan reaksi terkejut, sebab dia tanya soalan macam tu.

Pada hari Rabu minggu lepas iaitu 30/1/2013 ada seorang lelaki cina yg bernama Tan Tein Ren yg salah faham. Dia tak bertanya tapi terus cakap itu boyfriend aku. Kisahnya, setiap hari Rabu, aku dan Azim ada subjek Prinsip Akaun. So, aku pun cakap dengan Azim, hari Rabu boleh kurangkan beban dengan cara salah seorang dari kami berdua yg bawa buku teks Prinsip Akaun. Azim lah orang yg bawa tu sebab dia kelas Akaun pada 2 waktu pertama, manakala aku pula 2 waktu terakhir. Baiklah, pada hari itu, 1 waktu sebelum kelas aku mula kelas Akaun, Azim telah menghantar buku teks, tapi aku tak perasan akan kehadirannya, so, dia pass kepada Tan Tein Ren, dia pass kepada aku. Masa Tan Tein Ren (TTR) bagi aku, dia cakao "Nah, ni boyfriend awak kasi.". Aku pun dengan reaksi terkejut cakap bahawa itu adalah adik aku.

Lagi satu kisahnya pula berlaku pada hari ini iaitu hari Rabu, 6/2/2013. Selepas rehat, Azim datang kelas aku, nasib baik masa tu cikgu tak ada. Aku yg sedang kemas meja aku yg akan berserabut terkejut sebab dengar suara Azim yg besar tu. Azim letak buku teks Akaun yg tebal di atas kertas jadual waktu dan jadual tugas. Aku pun marahlah dia sebab dia letak atas tu, habis kemek. Lepas Azim keluar dari kelas aku, budak perempuan cina yg duduk di sebelah aku iaitu Gan Wi Wien, bertanya, "Itu boyfriend awak ke?" kali ini aku jawab bukan dengan reaksi terkejut lagi. Aku rasa macam soalan tu selalu orang tanya aku, boleh dikatakan aku sudah terbiasa dengan soalan tu.

Kalau dulu Azim yg selalu cakap kat kawan-kawan dia bahawa aku ni adalah girlfriend dia, depan aku pun dia cakap macam tu pada kawan dia. Sudah banyak kali aku marah dia, tapi dia masih lagi cakap aku ni girlfriend dia. Aku tak tahu bila dia berhenti cakap macam tu. Tak kisahlah. Salah satu sebab kenapa orang bertanya sama ada Azim adalah boyfriend aku atau tidak, mungkin disebabkan muka kami yg tak seberapa nak seiras dan dia lebih tinggi dari aku.

Baiklah, sampai di sini sahaja cerita aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian...
Assalamualaikum...