Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Wednesday, 27 February 2013

Beban :(

Assalamualaikum...
Tengok tajuk kejap, ada muka masam. Beban apa yg aku sedang alami ni yek? Rupanya begini jadi budak tingkatan 5, banyak beban yg dipikul. Kalau masuk university dan kerja nanti lagilah kusut. Haish...tak tahulah. Korang baca saja cerita aku di bawah ni.

Beban yg paling berat ialah aku adalah seorang pengerusi untuk Puteri Islam (badan beruniform). Walaupun ahli PI tak ramai tapi ianya tetap beban yg berat. Aku juga seorang setiausaha untuk olahraga (sukan) dan kelas tingkatan 5 Clever (aliran sains). Aku juga merupakan bendahari untuk kelab fotografi (kelab dan persatuan). Yang terakhir ialah, paling menakutkan, iaitu, aku adalah calon SPM. Amacam, takut tak?

Puteri Islam - Terdiri dari kurang 30 orang, terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu Aishah, Fatimah Az-Zahra, Rabiatul Adawiyah dan Khadijah. Aku termasuk dalam kumpulan Rabiatul Adawiyah.
Olahraga - No comment. Sebab baru mesyuarat agong (pilih AJK).
Fotografi - Saya ialah along, wahahaha. Kutip duitlah, apa lagi. Malasnya nak pergi setiap kelas untuk kutip duit, dan yg paling malas untuk dengar alasan pelajar iaitu, tak bawa duit atau esok, lepas esok, esok lagi. Haishhh...
Kelas 5 Clever - No comment juga. Cuma buat untuk kecerian kelas. Alhamdulillah pada minggu kedua selepas pertandingan kecerian kelas dimulakan, kelas 5 Clever mendapat tempat pertama. Click pada gambar untuk imej yg besar, dan for your information, dalam gambar ni aku hanya main puzzle, maksudnya belum tampal lagi. Hanya untuk tengok sekiranya ada kesilapan. Guru kelas masih lagi Lee Bee Ling. Aku dan kawan-kawan ejek dia belimbing. Nak tahu sebab apa? Sebut nama dia banyak kali + laju-laju.

 Jadual kelas

Jadual tugas

Calon SPM - Lagilah no comment. Cuma sekarang ni aku merajinkan diri untuk buat semua homework yg cikgu bagi. Walaupun perasaan malas melanda, aku kena rajinkan juga. Setakat ni aku baru study sejarah sebab ianya merupakan subjek favourite I walaupun ramai tak suka. Cita-cita aku untuk menjadi cikgu sejarah dan geografi.

Baiklah, sampai di sini sajalah. Nak gosok baju sekolah pula. Haishh...malasnya nak gosok baju. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian...
Assalamualaikum...