Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Saturday, 9 February 2013

Angkat

Assalamualaikum...
Hari ni hari Sabtu, 9/2/2013. Tak ada apa-apa pun yg special hari ni, tapi malam ni mungkin special sikit la. Well, kami sekeluarga tapi bukan 20 orang, cuma 11 orang, insyaAllah kami akan makan steamboat. Back to the main tittle, angkat. Apa yg angkat ni? Macam-macam benda yg berkaitan dengan angkat. Tapi kisah aku kali ni berkaitan dengan ibu bapa angkat, adik-beradik angkat atau keluarga angkat.

Masa aku belum lagi budak sekolah rendah, aku ada keluarga angkat. Kalau tak silap aku, aku ada dua keluarga angkat. Maksudnya ialah, dulu my parents, dua-dua masih kerja, adik beradik sekolah, ada yg asrama. So tak dapatlah nak jaga kami yg masih kecil ni. Aku sebenarnya tak berapa pasti aku ada berapa banyak keluarga angkat tapi yg aku ingat cuma dua, dan aku rasa memang aku hanya ada dua keluarga angkat.

Keluarga angkat yg pertama ialah di Saga 2 (tempat aku tinggal). Aku tak ingat saya apa yg berlaku semasa aku di situ. Aku juga tak berapa pasti sama ada aku pernah dijaga oleh mereka atau tidak. Tapi bila aku pergi rumah keluarga angkat aku tu, aku rasa macam pernah pergi. My parents cakap aku dijaga oleh mereka tidak lama, mungkin tidak sampai setahun.

Keluarga angkat yg kedua yg merupakan yg terakhir ialah di Saga 1. Kalau tak silap aku pernah dijaga oleh mereka semasa aku 5 tahun dan 6 tahun. Lepas aku masuk sekolah rendah, aku tinggal di rumah dengan Hakim. Mak angkat aku pernah cakap yg aku ni agak rapat dengan suami beliau. Aku pun tak berapa pasti serapat mana aku dan ayah angkat aku tu. Tapi aku sedih bila ayah angkat aku tu meninggal dunia, kalau tak silap aku semasa umur aku 6 tahun. Pada tahun lepas, anak lelaki beliau pula yg meninggal. Malam esok ada tahlil untuk mereka berdua. Keluarga mereka memang rapat. Aku masih ingat lagi, aktiviti harian mereka ialah main daun terup. Oppss... Bukan judi, just for fun. Aku hanya menonton sebab aku tak pandai main. Bukan aku saja yg dijaga oleh mereka, Azim dan Amir juga. Yg lain aku tak berapa pasti.

Baiklah, sampai di sini sajalah cerita aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. aku gembira sebab aku ada keluarga angkat. Sekian...
Assalamualaikum...