Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Wednesday, 27 February 2013

Beban :(

Assalamualaikum...
Tengok tajuk kejap, ada muka masam. Beban apa yg aku sedang alami ni yek? Rupanya begini jadi budak tingkatan 5, banyak beban yg dipikul. Kalau masuk university dan kerja nanti lagilah kusut. Haish...tak tahulah. Korang baca saja cerita aku di bawah ni.

Beban yg paling berat ialah aku adalah seorang pengerusi untuk Puteri Islam (badan beruniform). Walaupun ahli PI tak ramai tapi ianya tetap beban yg berat. Aku juga seorang setiausaha untuk olahraga (sukan) dan kelas tingkatan 5 Clever (aliran sains). Aku juga merupakan bendahari untuk kelab fotografi (kelab dan persatuan). Yang terakhir ialah, paling menakutkan, iaitu, aku adalah calon SPM. Amacam, takut tak?

Puteri Islam - Terdiri dari kurang 30 orang, terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu Aishah, Fatimah Az-Zahra, Rabiatul Adawiyah dan Khadijah. Aku termasuk dalam kumpulan Rabiatul Adawiyah.
Olahraga - No comment. Sebab baru mesyuarat agong (pilih AJK).
Fotografi - Saya ialah along, wahahaha. Kutip duitlah, apa lagi. Malasnya nak pergi setiap kelas untuk kutip duit, dan yg paling malas untuk dengar alasan pelajar iaitu, tak bawa duit atau esok, lepas esok, esok lagi. Haishhh...
Kelas 5 Clever - No comment juga. Cuma buat untuk kecerian kelas. Alhamdulillah pada minggu kedua selepas pertandingan kecerian kelas dimulakan, kelas 5 Clever mendapat tempat pertama. Click pada gambar untuk imej yg besar, dan for your information, dalam gambar ni aku hanya main puzzle, maksudnya belum tampal lagi. Hanya untuk tengok sekiranya ada kesilapan. Guru kelas masih lagi Lee Bee Ling. Aku dan kawan-kawan ejek dia belimbing. Nak tahu sebab apa? Sebut nama dia banyak kali + laju-laju.

 Jadual kelas

Jadual tugas

Calon SPM - Lagilah no comment. Cuma sekarang ni aku merajinkan diri untuk buat semua homework yg cikgu bagi. Walaupun perasaan malas melanda, aku kena rajinkan juga. Setakat ni aku baru study sejarah sebab ianya merupakan subjek favourite I walaupun ramai tak suka. Cita-cita aku untuk menjadi cikgu sejarah dan geografi.

Baiklah, sampai di sini sajalah. Nak gosok baju sekolah pula. Haishh...malasnya nak gosok baju. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian...
Assalamualaikum...

Saturday, 23 February 2013

Sad :(

Assalamualaikum...
Malam ni ada 2 cerita yg ingin di kongsikan. Ianya berkaitan dengan sedih. Well, sebenarnya aku tak perasaan tentang itu tapi bila ditanya ianya membuatkan aku sedar dan sedih. Don't worry, maybe it will just make me cry a little bit.

Cerita pertama ialah apabila cikgu tuisyen aku yg mengajar subjek Akaun yg bernama Visva (Lelaki, India) bertanya tentang kawan aku yg lain. Aku tuisyen di tempat beliau sejak form 3 lagi. Masa form 3 ramai kawan sekolah yg tuisyen kat situ, ade Wany, Ameera, Hazirah, Azri, Diana, siapa lagi ek?, lupalah. Masa form 4, ade Ameera (jarang datang), Asmaa, Hazirah dan Sumitha. Dan sekarang ni, form 5 tinggal aku dan Anati. Seriously ianya agak boring sebab daripada ramai-ramai, kita orang riuh tapi sekarang tinggal dua orang saja, jadi aku agak senyap. Aku agak sedih bila cikgu Visva tanya macam tu, aku rasa macam aku baru sedar bahawa tinggal aku saja dari ramai-ramai dulu.

Cerita kedua berlaku pada hari ini iaitu hari Sabtu, 23/2/2013, apabila  my mom bertanya sampai bila aku nak pakai baju gambar kucing. Baju tu di beli di Sarawak masa my parents bercuti disana. Hari ni aku pakai baju gambar kucing warna merah. Aku rasa baju ni sejak aku sekolah rendah lagi. Baju untuk duduk di rumah kebanyakkannya sudah pendek. Yang panjang sikit ada 3 kut, baju gambar kasut converse, baju kelab renang sekolah, baju sukan frisbee sekolah. Yang hal ni pun aku baru perasan bahawa baju aku banyak yg sudah pendek. Kena shopping ni, hehehehe.

Anyway hari ni aku study subjek Sejarah lepas balik dari kelas tambahan Biology di sekolah. Sampai pukul 2.30 petang, aku solat then rasa mengantuk sangat mungkin sebab lama sangat study. Then cadang nak tidur kejap. Bila bangun tu pukul 5 lebih itu pun adik aku yg bernama Azim yg kejutkan sebab my mom panggil ingin bertanya sama ada aku nak pergi bandar atau tak. Aku cakap nak pergi sebab aku nak pergi kedai buku Men Men nak beli beberapa barang.

Mula-mula pergi TF, then Men Men, akhir sekali pergi kedai baju Tai Yaan. Kat dalam kedai baju tu aku nampak baju belang hitam putih tapi aku tak beli sebab baju tu agak jarang then baju tu ada manik-manik. Aku nak baju belang hitam putih yg tanpa ada corak. Ianya sudah sempurna tapi kenapalah ada manik-manik yg diperbuat daripada besi tu. Haiya, melepas sudah.

Baiklah, sampai di sini sajalah cerita aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca post aku yg tidak seberapa menarik ini dan aku tak menangis pun hanya rasa sedih sedikit. Sekian..
Assalamualaikum...

Wednesday, 20 February 2013

Style

Assalamualaikum...
Ni bukannya Oppa Gangnam Style yek. Kepada peminat PSY atau Oppa Gangnam Style maaflah yek, aku tak minat. Cerita aku ni ada kaitan fesyen. Ianya berkaitan dengan satu fesyen yg boleh dikatakan bosan untuk mendengar atau membaca terutama untuk mereka yg selalu membaca blog saya.

Al-kisahnya, hari semalam iaitu hari Selasa 19/2/2013. Selepas aku balik sekolah around pukul 4 petang (lambat balik sebab tak ada kereta sapu), aku lunch dengan my mom (my mom tunggu aku balik sekolah, terharunya) then around pukul 5 petang aku tidur sampailah pukul 6 petang. Actually my mom yg kejut sebab my tok (nenek), mak suadara iaitu Mak Ngah dan Cuna, dan ayah saudara iaitu Cudin datang rumah. Aku sudah tahu bahawa mereka akan datang sejak my mom bagi tahu aku semasa aku lunch.

Lepas aku bangun, aku cuci muka then tolong my mom sediakan air dan makanan untuk tetamu. Bila sudah siap tu, hantar ke ruang tamu. Then kita orang borak-borak. Tiba-tiba, Cuna cakap nak ambil gambar aku sebab nak tunjuk pada anak perempuan beliau yg merupakan cousin aku yg bernama Izzana, sebaya dengan aku (saingan SPM). Tujuannya sebab kita orang sudah lama tak jumpa dan masa kali terakhir aku pergi rumah dia, dia tiada sebab dia ada tuisyen. Tujuan lainnya sebab Cuna nak tahu sama ada Izzana tahu tak siapa dalam gambar tu sama ada lelaki atau perempuan sebab rambut aku pendek. Cuna cakap style rambut aku ala-ala Korea sikit.

Aku tak pernah pun terfikir bahawa rambut aku ala-ala Korea. Memang cita-cita aku untuk buat style rambut artis lelaki Korea tapi aku bukanlah pandai sangat berfesyen rambut style lelaki, kalau perempuan lagilah aku tak pandai. Aku tak tahulah macam mana keadaan rambut aku tu. Yang pastinya tak lah smart sangat sebab aku kan baru bangun tidur so, tak sempat nak berfesyen. Aku tak mintaklah pula untuk tengok gambar aku tu.

Selalunya aku ada seseorang untuk usha rambut tapi kali ni tak ada. Ada sebenarnya tapi ianya tak terlalu menarik perhatian aku. Aku rasa kurang bersemangat untuk buat style rambut sejak tak ada pengganti. Aku perlukan seseorang untuk di usha rambut sebab ia bagaikan memberi aku semangat untuk berfesyen. Walau pun aku mungkin tak dapat nak buat style sama dengan orang yg aku usha tu tapi aku tak peduli, aku perlukan seorang perempuan yg berambut pendek untuk di usha.

Baiklah, sampai di sini sajalah cerita aku pada kali ini. Terima kasih kepada yg sudi membaca post aku yg tak seberapa ini. Sekian...
Assalamualaikum...

Sunday, 17 February 2013

Saya Nak Awak ^.^

Assalamualaikum...
Cerita saya bukan tentang lelaki okay, saya saja buat tajuk gedik-gedik sikit, hehehe. Cerita saya kali ni mengenai barang saya inginkan. Barang-barang tu agak keperempuanan, well, aku pun pelik juga sebab sejak bilalah aku suka dengan apa yg perempuan gila-gilakan. Aku tahu bahawa aku ni perempuan tapi kalau soal perempuan yg berkaitan tentang make-up, subang dan beberapa lagi aksesori perempuan, biasanya aku tak minat tapi kali ni aku rasa macam aku sudah tertarik kepada benda-benda tu. Tapi aku kan perempuan jadi wajarlah kalau aku ada perasaan tu.

Satu beg sekolah, satu lagi beg galas. Sekarang ni suka benda yg berbelang-belang, tak kisahlah warna apa asalkan belang-belang. Masa aku Form 3 dulu aku pernah guna beg belang-belang, warna apa ek?, hurm lupa sudah. Tapi tak sampai akhir tahun pun sebab koyak sikit di bahagian bawah, so, agak berisiko. Then, beg galas, hurm... Minggu lepas, selepas baiki jam BUM, aku dan my mom pergi The Store, masa on the way tu, terjumpa member iaitu Nabella. Okay, masa kat The Store tu, aku jumpa 2 beg galas jenama Polo yg berwarna hitam dan putih, bukan belang. Bila tengok harga, YA ALLAH, RM 200 keatas, rasa nak pengsan, tiba-tiba ternampak perkataan 70% diskaun, huh, lega. so, harga dia mungkin around RM 70 lebih. Teringin nak beli tapi my mom macam nak tak nak je belikan. So sad.

Dari dulu lagi aku teringin nak benda yg diperbuat daripada benang contohnya macam ni. Ni aku rasa dompet. Cari kat google tadi ada banyak nama tapi jumpa nama anak saudara saja, so, aku ambil lah gambar ni. Tapi kat mana ada jual benda macam ni ek? Atau pun ada ke orang yg aku kenal yg boleh buat macam ni? Kalau ada aku nak tempah. Aku nak letak nama NABILAH. Aku tak nak letak NANZF sebab Angah aku yg mula-mula guna tu, so, aku tak mahulah curi.

Sejak bilalah aku suka subang ni, pada hal dulu-dulu aku sangat bencikan subang. Aku rasa sejak tahun lepas kut aku mula minat pada subang. Terima kasihlah kepada seorang kakak yg bernama Emy Aisha sebab bagi tahu aku di mana kedai emas melayu di Mentakab atau Temerloh. Alhamdulillah, ianya di Temerloh, area maybank. Korang boleh click nama akak tu untuk masuk blog beliau. Kalau boleh aku teringin nak subang macam dalam gambar tapi huruf N.

Siapa pula awek ni? Kepada yg tak kenal, mesti akan tertanya-tanya. Well, dia ni penyanyi US, iaitu Hayley Williams dari Paramore. Apa kaitan dengan dia? Cuba tengok sweater dia tu, polkadot hitam putih. Gambar ni MV untuk lagu The Only Exception. Kepada yg kenal aku tu, dari lagu ni yg aku selalu sebut 'my daddy cry'. Aku suka sangat sebut ayat tu, tak tahulah kenapa. Sejak first time aku tengok MV ni lagi aku teringin untuk memiliknya. Baju belang hitam putih ni lagilah aku nak. Aku nak yg jenis lengan pendek tapi tak sependek macam dalam gambar, and lagi aku tak mahu kat leher tu macam tu, aku nak yg round neck contohnya, macam t-shirt Hayley tu. Belang tu kalau boleh, hitam dan putih saja, dan aku tak mahu yg senget dan tak mahu berbeza saiz. Cerewet betul lah aku ni, hehehe...

Baiklah, sampai di sini sajalah cerita aku kali ini, terima kasih kerana sudi membaca post aku pada kali ini. Semoga hari anda bahagia dan anda suka dengan apa yg saya post. Sekian...
Assalamualaikum...

Wednesday, 13 February 2013

Tercapai

Assalamualaikum...
Hari ni hari Rabu, 13/2/2013, pukul 7.59 pagi. Aku tahu bahawa ianya awal, well, semestinya aku ada tujuan kenapa aku type awal-awal pagi ni. Aku kena type dengan cepat sebab tak lama lagi nak breakfast dan lepas tu aku nak sambung tengok cerita Dragon Ball Z yang aku pinjam dari abang aku yg bernama Zainul Arif Husaini (anak ke-3). Kita 10 adik-beradik memang minat, tapi sekarang ni mungkin mereka masih minat tapi tak minat sangat-sangat macam dulu-dulu.

Baiklah, kembali kepada cerita asal. Tercapai, hurmm... Cerita aku kali ni berkaitan dengan impian tercapai. Al-kisahnya, pada hari semalam iaitu lepas aku habis tuisyen Akaun di Bukit Bendera around 10.30 malam. Masa on the way nak balik rumah. Well, masa tu traffic light di Taman Rimba warna merah, so my dad berhenti. Aku memerhatikan kereta Merchedes yg berada di hadapan kereta proton saga my dad. Mula-mula aku tahu ianya jenis yg boleh buka atap tapi aku fikir orang yg memandu tu tutup atap kereta. Bila aku tengok betul-betul. Guess what? Dia  buka atap lah!

Kereta merchedes yg aku nampak tu lebih kurang macam ni la, warna putih. Memang impian aku untuk memiliki kereta yg buka atap dan berwarna putih. Aku memang yakin bahawa di Mentakab di memang ada kereta yg boleh buka atap. Apa jenama kereta aku tak pasti tapi aku yakin ada. Aku selalu memasang harapan yg tinggi untuk tengok kereta ni di highway atau di bandar-bandar besar seperti, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu dan lain-lain. Tapi malangnya nasib tak menyebelahi aku.

Semalam, masa on the way tu (sebelum jumpa kereta merchedes) aku berfikir kenapa aku suka sangat marah-marah, adakah aku ikut perangai Vegeta dalam cerita Dragon Ball. Well, aku lebih suka Vegeta dari watak-watak yg lain. Walaupun aku suka dia tapi aku tak suka perangai dia yg angkuh, sombong dan bajet hebat tu. Aku suka dia sebab bagi aku dia kacak, dan walaupun perangai dia menjengkelkan tapi dia sebenarnya baik. Contohnya dia memang benggang bila Android belasah anak dia, Trunks yg datang dari masa depan.

Ehemmm... Cerita lain lah pulak ni. Baiklah sampai di sini sajalah. Sebelum tu ada sedikit pembetulan pada cerita sebelum ni iaitu 'Angkat'. Actually aku cuma ada 1 saja keluarga angkat iaitu di Saga 1. Maaf atas kesilapan yg berlaku. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian...
Assalamualaikum...

Saturday, 9 February 2013

Angkat

Assalamualaikum...
Hari ni hari Sabtu, 9/2/2013. Tak ada apa-apa pun yg special hari ni, tapi malam ni mungkin special sikit la. Well, kami sekeluarga tapi bukan 20 orang, cuma 11 orang, insyaAllah kami akan makan steamboat. Back to the main tittle, angkat. Apa yg angkat ni? Macam-macam benda yg berkaitan dengan angkat. Tapi kisah aku kali ni berkaitan dengan ibu bapa angkat, adik-beradik angkat atau keluarga angkat.

Masa aku belum lagi budak sekolah rendah, aku ada keluarga angkat. Kalau tak silap aku, aku ada dua keluarga angkat. Maksudnya ialah, dulu my parents, dua-dua masih kerja, adik beradik sekolah, ada yg asrama. So tak dapatlah nak jaga kami yg masih kecil ni. Aku sebenarnya tak berapa pasti aku ada berapa banyak keluarga angkat tapi yg aku ingat cuma dua, dan aku rasa memang aku hanya ada dua keluarga angkat.

Keluarga angkat yg pertama ialah di Saga 2 (tempat aku tinggal). Aku tak ingat saya apa yg berlaku semasa aku di situ. Aku juga tak berapa pasti sama ada aku pernah dijaga oleh mereka atau tidak. Tapi bila aku pergi rumah keluarga angkat aku tu, aku rasa macam pernah pergi. My parents cakap aku dijaga oleh mereka tidak lama, mungkin tidak sampai setahun.

Keluarga angkat yg kedua yg merupakan yg terakhir ialah di Saga 1. Kalau tak silap aku pernah dijaga oleh mereka semasa aku 5 tahun dan 6 tahun. Lepas aku masuk sekolah rendah, aku tinggal di rumah dengan Hakim. Mak angkat aku pernah cakap yg aku ni agak rapat dengan suami beliau. Aku pun tak berapa pasti serapat mana aku dan ayah angkat aku tu. Tapi aku sedih bila ayah angkat aku tu meninggal dunia, kalau tak silap aku semasa umur aku 6 tahun. Pada tahun lepas, anak lelaki beliau pula yg meninggal. Malam esok ada tahlil untuk mereka berdua. Keluarga mereka memang rapat. Aku masih ingat lagi, aktiviti harian mereka ialah main daun terup. Oppss... Bukan judi, just for fun. Aku hanya menonton sebab aku tak pandai main. Bukan aku saja yg dijaga oleh mereka, Azim dan Amir juga. Yg lain aku tak berapa pasti.

Baiklah, sampai di sini sajalah cerita aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. aku gembira sebab aku ada keluarga angkat. Sekian...
Assalamualaikum...

Wednesday, 6 February 2013

Boyfriend Ke ?

Assalamualaikum...
Adalah beberapa kawan aku selalu bercerita tentang boyfriend dia orang pada aku, kadang-kadang mereka bertanya pada aku. Jawapan aku selalunya sama iaitu tiada boyfriend. Soal sama ada, ada orang minat atau tak pada aku bukan masalahnya, tapi aku yang tak berminat untuk bercinta. Sejujurnya memang aku ada suka pada seseorang, tapi aku rasa bercinta itu bukanlah sesuatu yg penting bagi diri aku sekarang. Perjalanan aku masih jauh, dan untuk fikirkan tentang cinta, bila aku rasa sudah tiba masanya, aku akan cari cinta itu.

Abaikan tentang itu, bukan itu yg aku ingin kongsikan. Tajuk kali ni ada tanda soal, maksudnya ada orang yg bertanya atau aku yg bertanya. Situasi sekarang ialah orang yg bertanya. Lelaki yg orang sangka boyfriend aku tu ialah adik lelaki akulah!!! Opppss, termarahlah pula, maafnya, hehe. Tahun lepas ada seorang yg bertanya, dan untuk tahun ni, setakat ni baru 2 orang yg bertanya.

Pada tahun lepas iaitu tahun 2012, pada hari untuk pulangkan buku teks, aku minta bantuan adik lelaki aku iaitu Zainul Azim Hazwani, yg aku gelar Iron Man (sebab dia suka Iron Man & badan dia tegap). Aku minta Azim tolong angkatkan buku teks sebab berat + banyak. Masa tu nak dekat-dekat dengan SPM, so, pelajar tingkatan 4 dipindahkan ke kelas lain, kelas aku di makmal sains. Selepas Azim letakkan buku di atas meja, dia keluar dari makmal sains. Lepas tu, ada seorang lelaki cina yg bernama Hor Thong Qin bertanya, sama ada itu boyfriend aku ke. Aku pun jawablah dengan reaksi terkejut, sebab dia tanya soalan macam tu.

Pada hari Rabu minggu lepas iaitu 30/1/2013 ada seorang lelaki cina yg bernama Tan Tein Ren yg salah faham. Dia tak bertanya tapi terus cakap itu boyfriend aku. Kisahnya, setiap hari Rabu, aku dan Azim ada subjek Prinsip Akaun. So, aku pun cakap dengan Azim, hari Rabu boleh kurangkan beban dengan cara salah seorang dari kami berdua yg bawa buku teks Prinsip Akaun. Azim lah orang yg bawa tu sebab dia kelas Akaun pada 2 waktu pertama, manakala aku pula 2 waktu terakhir. Baiklah, pada hari itu, 1 waktu sebelum kelas aku mula kelas Akaun, Azim telah menghantar buku teks, tapi aku tak perasan akan kehadirannya, so, dia pass kepada Tan Tein Ren, dia pass kepada aku. Masa Tan Tein Ren (TTR) bagi aku, dia cakao "Nah, ni boyfriend awak kasi.". Aku pun dengan reaksi terkejut cakap bahawa itu adalah adik aku.

Lagi satu kisahnya pula berlaku pada hari ini iaitu hari Rabu, 6/2/2013. Selepas rehat, Azim datang kelas aku, nasib baik masa tu cikgu tak ada. Aku yg sedang kemas meja aku yg akan berserabut terkejut sebab dengar suara Azim yg besar tu. Azim letak buku teks Akaun yg tebal di atas kertas jadual waktu dan jadual tugas. Aku pun marahlah dia sebab dia letak atas tu, habis kemek. Lepas Azim keluar dari kelas aku, budak perempuan cina yg duduk di sebelah aku iaitu Gan Wi Wien, bertanya, "Itu boyfriend awak ke?" kali ini aku jawab bukan dengan reaksi terkejut lagi. Aku rasa macam soalan tu selalu orang tanya aku, boleh dikatakan aku sudah terbiasa dengan soalan tu.

Kalau dulu Azim yg selalu cakap kat kawan-kawan dia bahawa aku ni adalah girlfriend dia, depan aku pun dia cakap macam tu pada kawan dia. Sudah banyak kali aku marah dia, tapi dia masih lagi cakap aku ni girlfriend dia. Aku tak tahu bila dia berhenti cakap macam tu. Tak kisahlah. Salah satu sebab kenapa orang bertanya sama ada Azim adalah boyfriend aku atau tidak, mungkin disebabkan muka kami yg tak seberapa nak seiras dan dia lebih tinggi dari aku.

Baiklah, sampai di sini sahaja cerita aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian...
Assalamualaikum...

Saturday, 2 February 2013

Lepas SPM

Assalamualaikum...
SPM pun belum lagi sudah berangan nak buat list lepas SPM, siapalah tu? Akulah tu, ngehehehe... Okay, aku nak kongsikan sifat tamak aku, wakakaka.

Sifat tamak, hurm... Aku suka duit, oppss, maksud aku duit dari hasil titik peluh, contohnya, simpan duit belanja sekolah dengan membawa bekal, menahan lapar, atau makan banyak-banyak sebelum ke sekolah. Gila kan? Another things is, bila sudah habis SPM nanti aku nak cari kerja itu pun kalau aku tak terpilih untuk PLKN la kan. Aku haraplah aku tak terpilih, kalau tidak, kulit putih yang aku simpan selama bertahun lamanya akan jadi hangus macam biskut terlebih masak. Selain itu, aku pun akan buat lesen kereta dan motor. Aku bercadang nak buat lesen motor dulu then baru kereta, InsyaAllah.

Bila berfikir tentang kerja ni membuatkan aku takut untuk melangkah ke dunia luar. Mana tidaknya, sudah 17 tahun aku tinggal di rumah, maksud aku, aku bukannya pelajar sekolah asrama. Aku teringin sangat nak jadi macam budak-budak yg tinggal di asrama. Dia orang pandai berdikari, tak macam aku, hari-hari, mak dan ayah yg tolong, aku?

Anyway, aku sudah tanya seorang kawan aku yg sudah ambil SPM pada tahun lepas iaitu 2012. Nama kawan aku ialah Adam, kawan lelaki, opppss... There is nothing between us. Well, aku tanya dia tentang kerja, maklum sekarang ni bekerja di KFC di Starmall, Mentakab, Pahang. Dia cakap agak stress sebab aktiviti melukis beliau terganggu lah. Dia cakap lagi kerja di situ 6 hari satu minggu, walaoweh, itu pun cuti belum tentu. Then, basic RM500, kalau jadi pekerja yg rajin, dapatlah gaji RM900 dan ke atas.

Tujuan aku nak kerja ni sebab my parents sekarang sudah bersara, so, pendapatan kurang. So, untuk meringankan beban my parents bila aku sambung belajar nanti, duit hasil aku simpan dan kerja boleh digunakan. Lagi satu sebab ialah, aku nak beli camera DSLR sendiri. Kalau aku mampu, aku nak beli guna duit sendiri. Kalau ada orang nak tolong sumbangkan duit, aku harap 3/4 dari harga camera tu aku yg bayar. Tapi aku selalu perasan, ramai orang akan tukar handphone bila mereka sudah dapat result SPM, tak kiralah sama ada pada hari mereka dapat result atau keesokan hari atau seterusnya, tapi selalunya tidak lebih dari sebulan selepas mereka dapat result SPM. Bagi aku, handphone biar dululah. Keutamaan aku sekarang ni ialah camera DSLR.

Baiklah, sampai di sini sahaja cerita aku pada kali ini, terima kasih kerana sudi membaca post aku yg tak seberapa ini. Sekian....
Assalamualaikum....