Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Saturday, 5 January 2013

Music

Assalamualaikum...
Ada beberapa kawan aku tanya aku suka penyanyi yg macam mana dan ada juga beberapa kawan aku cakap aku tak ada pendirian yg tetap sebab aku selalu cakap aku tak suka artis korea, tapi dengar lagu korea. Baiklah, mari kita sattlekan segala persoalan di sini. Aku tak mahu buihkan mulut aku dengan bercakap dan menjelaskan satu per satu, jadi lebih aku ceritakan di sini.

Aku memang suka dengan lagu, penyanyi pun aku suka tapi beberapa sajalah. Aku suka artis yg solo dan sebuah kumpulan yg terdiri dari penyanyi, guitar, drumer, bass. Tapi kalau artis yg menari-menari ni tak minat lah. Aku memang suka menari, dan boleh dikatakan menari adalah hobi aku, tapi malangnya aku tak pandai menari, dan aku selalunya menari ikut step sendiri. Walaupun aku suka menari tapi artis atau bukan artis yg menari aku tak suka. Aku tak menafikan yg tarian mereka memang smart, cantik, cool dan seumpamanya, tapi nak buat macam mana, aku tak minat.

Armada terbentuk pada tahun 2007 dengan nama Kertas Band yg dianggotai oleh Rizal (vokalis), Radha & Mai (gitar), Endra (bass), dan Andit (drum). Genre musik mereka adalah pop. Mereka melepaskan album perdana yang berjudul Kekasih yang tak Dianggap. Namun album ini kurang sukses. Ditahun 2008, Kertas pun mengubah nama menjadi Armada dan melepaskan album kedua mereka yang berjudul Balas Dendam dengan Singel lagu Gagal Bercinta dan nama Group ini pun mulai didengar. Ketua kumpulan mereka ialah, Rizal. Aku Minat dia orang 3 atau 4 tahun lalu.


Paramore adalah band rock Amerika dari Franklin, Tennessee, ditubuhkan pada tahun 2004. Band ini kini terdiri dari Hayley Williams (vokalis), Jeremy Davis (bass), dan Taylor York(gitar). Paramore mengeluarkan album pertama 'All We Know Is Falling' pada tahun 2005, dan 'Riot!' album kedua pada tahun 2007, yang telah disahkan Platinum di Amerika Syarikat dan Ireland dan Gold di Australia, Kanada, New Zealand, dan United Kingdom. 'Brand New Eyes', album ketiga Paramore, telah release pada tahun 2009 dan adalah carta album band tertinggi setakat ini. Ketua kumpulan ialah Hayley Williams. Aku minat Paramore nak dekat 3 tahun sejak aku tingkatan 2. Kisahnya, pada suatu hari, ada majlis apa entah di sekolah. Ada banyak persembahan, persembahan dari pelajar-pelajar che-ling lah yg membuatkan aku minat pada Paramore ni. Sebab masa dia orang buat persembahan tu, dia orang gunakan lagu Paramore yg berjudul 'That's What You Get'. Beberapa hari lepas tu, adik lelaki aku yg bernama Azim buka Astro Hits (ch 705), masa tu lagu 'That's What You Get' dimainkan, bila aku dengar tu rasa macam pernah dengar. Nama khas untuk peminat mereka ialah Parawhores.

F.T. Island, nama pendek bagi Five Treasure Island, adalah lima anggota Korea Selatan pop / rock. Ahli adalah Choi Jong-Hoon (gitar dan keyboard), Lee Hong Ki (vokal utama) Lee Jae-Jin (bass dan vokal), Song Seung-Hyun (gitar dan vokal), dan Choi Min-Hwan (drum). Ketua band ialah Choi Jong-Hun. FT.Island ni aku minat sejak tingkatan 3. Masa di tuisyen kawan aku yg bernama Nor Diana pasang lagu FT.Island  yg berjudul Bad Woman. Masa aku dengar tu, tiba-tiba aku rasa lagu ni best, dan sejak itu aku mula meminati FT.Island.


He's Beautiful adalah drama Korea Selatan tentang band A.N.Jell. Jalan cerita ialah ada seorang wanita, menyamar sebagai saudara kembar beliau, menyertai kumpulan. Siri ini disiarkan dari Oktober 7 November, 2009 pada SBS rangkaian Korea. Ia dibintangi Park Shin-hye, Jang Keun-suk, Lee Hong Ki (FT.Island) dan Jung Yong-hwa (CN Blue).
Cerita korea pun aku tak la minat sangat tapi aku tengok cerita ni sebab ada Lee Hong Ki. Walau macam mana pun cerita ni memang kelakar + romantik + sedih = best.


Cody Robert Simpson (lahir 11 Januari 1997) adalah penyanyi pop dari Gold Coast, Queensland, Australia yang kini ditandatangani untuk label rekod AS Atlantic Records. Cody adalah anak kepada Brad Simpson dan Angie Simpson. Beliau mempunyai 2 adik-beradik, Tom dan Alli. Beliau juga seorang perenang berbakat, memenangi dua pingat emas di di Queensland Renang Kejohanan. Cody dilatih di di Kelab Renang Miami di bawah jurulatih Ken Nixon. Cody mula merakam lagu-lagu di dalam bilik tidur pada musim panas tahun 2009 di YouTube, antaranya "I'm Yours" oleh Jason Mraz, "Cry Me A River" dan "SeƱorita"  oleh Justin Timberlake, "I Want You Back" oleh Jackson 5, dan lagu-lagu sendiri, "One" dan "Perfect". Cody ni aku minat sejak aku buka Astro Hits, kebetulan masa aku buka tu lagu dia yg berjudul 'Iyiyi' dimainkan.

Nur Shahila Amir Hamzah, atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengangkat namanya sebagai naib juara musim kedua pertandingan nyanyian realiti One in a Million. Shila merupakan anak kepada penyanyi terkenal iaitu Amir Amzah yg lebih dikenali sebagai ND Lala. Shila sudah lama menceburi bidang nyanyian sebelum menyertai OIAMShila Amzah mencipta kejayaan dalam karier seninya apabila telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Asian Wave yg berlangsung di Shanghai, China. Shila Amzah pulang sebagai Juara di Asian Wave Competition 2012 di Shanghai, China yang berlangsung pada 20 September 2012 lalu.
Aku minat dia sejak tengok cerita Patah Seribu di Astro Ria. Sebelum aku kenal dia, nama dan lagu Patah Seribu memang aku pernah dengar tapi aku tak kenal. Aku malas nak google dan malas nak ambil tahu. Masa aku tengah syok layan cerita Patah Seribu ni tiba-tiba my mom cakap "Berlakon pula Shila ni?" Aku pun apa lagi, pandang my mom then tanya siapa nama dia?. Aku tak tengok dari awal cerita tu, itu pasal la aku tak tahu nama dia. Habis saja cerita tu, aku pun buka google dan mulalah aktiviti penyiasatan ni. Aku teringin nak tahu dia lebih mendalam sebab masa aku tengok cerita tu, bagi aku dia sangat comel, cantik dan something special. Peminat dia ada nama gelaran iaitu #Shilalas. Saya ialah #Shilalas tegar.

3 Suara ialah album kolaborasi oleh tiga orang penyanyi Malaysia, iaitu Jaclyn VictorNing Baizura dan Shila Amzah. Album ini dikeluarkan oleh Sony Music pada 6 Januari 2011. Sebelum aku kenal Shila Amzah, aku pernah dengar nama kumpulan 3 Suara ni. Ahlinya aku cuma kenal Ning Baizura dan Jaclyn Victor saja, lagi seorang aku ingatkan Adira, Alyah dan sesiapa saja. Aku tak pernah tahu siapa lagi seorang. Sejak cerita Patah Seribu lah aku tahu. Tahu segalanya.

2NE1 merupakan sebuah kumpulan muzik pop dan hip-hop yang berasal dari negara Korea Selatan. Kumpulan ini dibentuk oleh label rakaman YG Entertainment pada tahun 2009. 2NE1 terdiri daripada empat orang ahli iaitu CLDaraBom dan Minzi. 2NE1 adalah singkatan bagi "21st century" dan ia disebut sebagai "new evolution".

Aku minat dia orang lebih kurang seminggu yg lepas. Ni semua gara-gara game yg bernama Super Dancer Online (SDO/XDO). Antara lagu dia orang yg aku sudah ada ialah Be Mine, Hate You, It Hurts, Let's Go Party, Pretty Boy, Ugly dan Lonely. Aku rasa dalam 4 orang ni, aku minat Minzi, sebab apa aku pun tak tahulah.

Aku harap artis korea aku hanya minat FT.Island, AN Jell dan 2NE1 sajalah. Aku tak nak. Sebab aku sebenarnya kurang suka pada artis yg nyanyi lagu bahasa yg aku tak faham.

Baiklah, aku stop sampai di sini sajalah. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca post aku yg panjang lebar ni.
Assalamualaikum...