Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Sunday, 27 January 2013

Family Event !!!

Assalamualaikum...
Hari ni ialah hari Ahad iaitu, 27/1/2013. Pada hari semalam iaitu hari Sabtu, 26/1/2013 my family telah mengadakan event untuk meraikan hari jadi 4 orang iaitu aku (7/1), Sarah (14/1), Kak Aya(15/1) dan Hanis (24/1). Ianya merupakan event yg sangat best, tapi ada satu perkara yg membuatkan tak berapa happy. Kami ada 10 orang adik beradik, tapi 2 orang saja yg tak dapat nak hadiri event ni iaitu Hanis dan Amir. Azim pula tak dapat join juga tapi waktu petang saja, malam tidak. Anyway, layanlah gambar-gambar. Click untuk gambar yg lebih besar.

Di sinilah tempatnya kami melakukan aktiviti family.
 My sister iaitu Nurul Aainaa Nadirah sedang menyuapkan 2 orang anak beliau dan anak saudaranya. Dan beliau lah yg merancang dan sponsor untuk untuk event ni.
Inilah dia BBQ.
 Yummy, sedap !
 My dad sedang menggali ubi untuk buat BBQ.
 My brother sedang membakar ayam.
Udang dan sosej.
 4 orang anak dara sedang mandi kolam. Oppsss... Seksinye...
 Para penonton...
 Nur Auni Irdina Binti Zainul Anuar Husni dan Nurul Husna Aliya Binti Zainul Ariff Husaini.
 Ubi kayu !
 Saya bersama Auni. Ibu beliau cakap muka kami hampir sama. Dan my brother iaitu Ariff cakap muka beliau macam my sister iaitu Nurul Ain Sakinah masa kecil.
 Inilah dia orang-orang yg memeriahkan event ni.


 Si Sarah ni tak sabar nak makan kek.
 Kek birthday untuk 4 orang pada bulan Januari.
Akhirnya, impian untuk memiliki kek sendiri tercapai. Aku ingatkan 4 orang gabung satu kek. Rupanya satu seorang. Alhamdulillah.
Perisa pandan (Hanis), red valvet cheese (Sarah), coklat strwaberry (kak Aya) dan indulgen (Nabilah).
Hey, that's me ! Saya sedang makan jagung. Si photographer nak rehat dari mengambil gambar. Anyway that's DSLR belong to my Along, iaitu Zainul Anuar Husni.

Baiklah, sampai di sini sajalah cerita aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca. Jangan cemburu dengan apa yg saya alami pada hari semalam. Relax, suatu hari nanti korang pun buatlah macam ni. Bersama dengan family tersayang lagi best dari bersama dengan kawan atau kekasih, believe me. Sekian...
Assalamualaikum...

Sunday, 20 January 2013

Shin Chan Part 2

Assalamualaikum...
Ada sebab aku kenapa aku buat part 2 ni. Sebabnya ialah aku belum cerita lagi macam mana dia mati. Tapi aku nak ceritakan di akhir nanti, so tengok dulu lah gambar Shin Chan ni. Kalau nak gambar yg besar boleh click pada gambar. Enjoy !!!

 "Cepat ambil gambar aku, aku tengah posing comel ni." wahahaha...
 "Shin Chan posing comel-comel ok?" "Ok!"
 Perasan tak ada warna merah pada badan beliau. Itu ialah marker pen. Ni kerja adik bongsu aku la ni iaitu Zainul Amir Hanif. Adik bongsu aku ni pernah gunting misai Shin Chan. Kesian, sabar sajalah ya Shin Chan.
 "Hey, 3 orang perempuan, berhenti ambil gambar. Make-up aku dulu lepas tu baru ambil gambar." "Baik bos"
 "Amacam ganas tak saya ni ?"
 "Yumm, sedap lauk hari ni."
 Tak ingatlah tangan siapa tu, yg pasti beg biru tu adik bongsu aku punya.
 "Saya comel !"
 Best ye la dia tidurkan.
 Atas badan orang pun jadi la kan. By the way, that;s is my younger brother, adik bongsu.
Tidur dengan adik bongsu lagi.
 Asyik kena buli saja. Kesian, sekarang ni beliau sedang merajuk.
 Aku sedang menganggu Shin Chan makan.
 Asyik tidur saja!
 Masih merajuk ?
 Takut tak ?
 Tengok mata beliau.
 Huhu, kecil sebelah, mungkin semata-mata untuk posing. By the way, that's me.
 Rasanya beliau sedang dihukum ni, tapi masih lagi nak tidur.
Big boss betul lah beliau ni. Tidur atas katil, ada bantal pula tu.

Baiklah, mari kita teruskan dengan cerita tentang bagaimana beliau meninggal. It was a sad story, of course. Ianya berlaku sewaktu aku masih lagi budak sekolah rendah, mungkin darjah tiga ke bawah. Sebelum beliau mati, beliau sakit, sakit perut, muntah-muntah, keadaan beliau sangat teruk. My dad bercadang nak bawa ke klinik haiwan pada hari Jumaat lepas solat Jumaat, sebab my dad sibuk dengan kerja. Dalam minggu tu, tak ingat hari apa, tapi minggu yg my dad nak bawa ke klinik tu la, tapi sebelum tiba hari Jumaat beliau telah meninggalkan kami sekeluarga. Aku tak pasti hari apa beliau mati tapi bukan hari Khamis dan bukan hari Jumaat. 
Suatu pagi, sewaktu aku sudah siap pakai kasut sekolah, aku ke luar rumah, tiba-tiba aku ternampak Shin Chan tidur ni rumput rumah sebelah. Aku panggil beliau berkali-kali tapi tiada respon. Aku cakap dengan Hakim. Hakim suruhlah aku dukung Shin Chan, so, aku pun pergilah hampiri Shin Chan. Bila aku sentuh saja badan dia, aku cepat-cepat tarik balik tangan aku. Aku terkejut sebab badan dia keras, aku cuak + risau. Aku pun jeritlah, "Badan Shin Chan keras." Lepas tu aku dengar suara Hakim cakap dengan ayah aku.   My dad pun datang kat Shin Chan, aku pula hanya tercegat di situ. My dad cakap beliau sudah mati. That time, aku rasa nak nangis tapi aku tahan, pura-pura bahawa aku boleh atasi kesedihan ni, tapi dalam hati ni rasa nak meraung sekuat hati.
Aku sebenarnya nak ponteng sekolah sebab nak menyaksikan abang aku iaitu Zainul Azman Hasani kebumikan beliau tapi, life must go on. Nak tak nak, kena sekolah juga. Sepanjang aku berada di sekolah, aku hanya fikirkan Shin Chan, tak sabar nak balik. Bila sampai rumah kami hanya dapat tengok kubur beliau. Shin Chan kucing yg baik, tak pernah berak atau kencing dalam rumah. Kalau korang nak tahu sekarang ni aku type sambil air mata keluar. Beberapa minggu lepas tu my brother iaitu Azman, saja nak gali kubur Shin Chan, gali sikit sajalah. Aku yg berada di situ ternampak telinga beliau. Kita orang tak nak gali lebih dalam atas sebab-sebab tertentu. Bagi aku pula, aku tak sanggup nak melihat keadaan Shin Chan yg mungkin separuh dari badannya hanya tinggal tulang.
Baiklah, itu sajalah cerita pada hari ni. Terima kasih kepada yg sudi membaca. Dan kepada yg menangis terima kasih, saya sangat hargainya. Oh ya, lagu It's Hurts dari 2ne1 dalam blog aku ni sangat sedih dan ianya membuatkan aku bertambah sedih. Kalau nak tahu sedih macam mana lagu tu silalah tengok kat youtube tapi jangan lupa cari yg ada lirik dalam bahasa Inggeris.
Assalamualaikum...

Saturday, 19 January 2013

Shin Chan

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak bercerita tentang Shin Chan. Mesti ramai orang menyangka bahawa Shin Chan ni ialah kartun. Salah tu, Shin Chan ni ialah kucing. Kucing kesayangan kami sekeluarga. Shin Chan comel, handsome dan macam-macam lagi. Dalam banyak-banyak kucing yg pernah kami bela, Shin Chan lah yg paling lama sekali, tak ingat lah berapa tahun.
Macam mana kami boleh dapat Shin Chan ni ya. Mesti ramai yg nak tahu. Baiklah, my brother iaitu Zainul Ariff Husaini (anak ke3), semasa dia masih lagi seorang pelajar sekolah menengah di SMKA TAHAP di Jerantut (sekolah agama). Aku tak ingat masa tu umur abang aku ni berapa. Well, suatu hari my brother pulang ke rumah dengan seekor kucing. Actually my brother nak bagi nama lain tapi disebabkan my sister iaitu Nurul Aainaa Nadirah (anak ke2) nak sangat dengan nama Shin Chan, maka nama kucing tu ialah Shin Chan. Mungkin my sister suka sangat tengok cerita kartun Shin Chan, that's why nak nama Shin Chan.
Layanlah gambar-gambar Shin Chan ni ya. Enjoy !

 Shin Chan di bilik 3 orang perempuan.
 Hey Shin Chan! Awak jantan tapi tidur kat bilik perempuan.
 Ni di bilik belakang kut. Comelnya dia tidur.
 Terserlah lah bahawa beliau sangat mengantuk.
 Dengan BFF beliau iaitu Cak Oren a.k.a Counter Strike.
 Tak sangka SMK Seri Semantan terima kucing sebagai pelajar. Hahaha. Sebenarnya ni tali leher abang aku yg bernama Zainul Azman Hasani (anak ke5)
 Beliau masih mengantuk, kuat tidur betul lah.
 Beliau sangat takut bila mandi, nampak kurus saja.
 Sayalah samseng kat Taman Saga ni, hehehe. Ni kerja abang aku la ni iaitu Azman.
 Terjumpa 3 ekor kucing kecil kat mana tak ingatlah. Shin Chan tak sukakan mereka. Shin Chan nak pukul mereka tapi dihalang oleh kami. Terpaksa lah posing bersama.
 Bersama dengan gaun princess yg dilukis oleh my brother iaitu Zainul Hakim Shazni (anak ke7). Asyik tidur saja.
 Tak ingatlah siapa yang buat ni tapi dapat idea ni sebab ada orang datang sembur nyamuk, so, kononnya perlindungan untuk beliau.
 Posing yg smart. Macam di menara jam.
 Haiya... siapa punya kerja ni ? Bila masa kejadian ni berlaku ?
 Kucing yang bagus, pandai naik, pandai turun.
 Salah satu sifat comel beliau.
 Inilah akibatnya kalau buat nakal lagi. Berdiri !!! By the way, orang yg tengah terbaring tu ialah aku yg sedang nenonton TV.
 Beliau sedang tidur tapi macam kena tembak kat kepala.
 Saya tahu awak ialah big boss tapi kenapa mesti kerusi aku jadi kerusi bos kau.
 Anak patung siapalah tu. Kesian.
Kucing yg bagus sebab tak makan ikan dalam aquarium tu.

Masa ni rumah belum renovate (ubah suai) lagi dan adik-beradik semua belum kahwin, ceh, macamlah kami 10 orang sudah berkahwin. Sudah hampir 10 tahun beliau meninggalkan kami sekeluarga tapi kami masih lagi sayangkan beliau. Selepas Shin Chan mati, ada lebih kurang 3 ekor kucing yg kami bela tapi semuanya macam hampeh. Shin Chan, tiada siapa boleh gantikan kau. Aku tak nak teman pengganti kau, aku nak kau.
Baiklah, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca post yg tak seberapa ni. Sekian...
Assalamualaikum...