Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Sunday, 18 November 2012

Maaf

Assalamualaikum...
Sebelum tu, aku nak mintak maaf sebab tak cerita tentang sambungan cerita 'Kesian Van' iaitu 'Kesian Van part 2'. Lebih kurang seminggu lepas, aku cakap nak ceritakan kisah selanjutnya tapi disebabkan kesibukan yg melanda tak dapatlah aku nak ceritakan. Lagi satu sebab, tak ada apa-apa yg penting pun yg berlaku, cuma lepas patah balik ke rumah kak Ngah, kita orang sambung tidur then pagi tu ayah aku, Hanis, Hakim dan Azim membersihkan van. Lepas tu, minum dan makan sikit then gerak balik. Dekat highway pula ada hujan sikit, masuk hujan dalam van sampai ke belakang, then sampai rumah, dah tamat.Itu sajalah kisahnya, hehehe.
Jadi, sampai di sini sajalah kisahnya. Terima kasih kerana sudi membaca dan memahami.Saya minta maaf sangat-sangat ya.
Assalamualaikum...

Wednesday, 7 November 2012

Kesian Van

Assalamualaikum…
Nak tahu apa yg berlaku kepada van ? Mestilah nak kan ? Tapi sebelum itu, biar aku buat satu pengakuan, sebenarnya cerita kali ni pun aku type di Microsoft Word. Aku type cerita kali ni pada hari yg sama selepas aku type tajuk cerita ‘Pahang → Melaka →Johor →Puchong’.  Sebabnya, aku takut otak aku lupa, jadi sementara aku ingat ni, lebih baik aku type dulu sebelum terlupa.

Sebelum ni aku cakap sesuatu yg buruk berlaku pada keluarga aku. Rumah kakak aku terletak di kawasan perumahan yg diberi nama Aman Putra, bukan Adi Putra. Setahu aku, Aman Putra ada dua tempat nak masuk keluar dan ada gate. Gate depan selalunya ditutup selepas pukul 12 pagi, bukan malam. Gate belakang pula selalunya tak ditutup. Tapi gate ni bukan macam gate kat rumah kita, gate ni ada pemberat dan ada tali, pandai-pandai lah korang bayangkan.

Masa tu ayah aku yg memandu sebabnya, 2 orang abang aku yg sudah ada lesen tak berani nak bawa van. Ayah aku pasang GPS, dan ikut pada GPS tu, dia bagi laluan ke gate depan. Tadi aku cakap pukul 12 pagi ianya ditutup, tapi sekarang ni pukul 4.20 pagi. Kita orang memang tak tahu pasal gate tu dan kakak aku atau abang ipar aku aku lupa nak bagi tahu pasal gate tu ditutup. Ayah aku memandu dengan kelajuan yg tak perlahan dan tak laju, boleh di katakan biasa-biasa saja. Pagi tu gelap, lampu jalan tak terlalu membantu, jadi ayah aku terlanggar gate tu sehingga cermin depan pecah. Warna palang tu pun cuma warna putih saja, mereka patut mewarna gate tu.


Aku rasa yg nampak palang gate tu hanya aku dan adik aku Azim saja.  Aku tak tahu apa yg Azim buat masa tu dan dia yg duduk sebelah ayah aku. Biasanya kalau suami memandu isteri duduk sebelah tapi Azim sibuk nak duduk depan.  Aku pula sedang berborak dengan mak aku. Mak aku cakap dia tertinggal tuala dan kain kotor di rumah Angah, masa tu aku memang dengar apa yg mak aku cakap tapi mata aku pandang GPS yg ayah lekatkan di tengah-tengah cermin depan, tapi kebawah sedikit. Tak lama lepas tu aku pandang depan tapi masa tu sudah tak berapa jauh dari gate tu, tapi memang aku tak nampak apa pun di depan, hanya gelap. Then, aku pandang semula GPS, lebih kurang  10 saat lepas tu, aku pandang ke depan semula. Masa tu aku ternampak benda putih, aku berfikir ‘Apa tu? Hayalan ke?’ (baca dengan laju) kurang dari 5 saat lepas nampak benda putih tu terus langgar.

Yang peliknya, benda putih tu aku hanya nampak sebesar cermin depan van saja, tepi kiri kanan memang aku tak nampak, sebab tu aku fikir hayalan ke. Aku dan family, alhamdulillah selamat begitu juga dengan GPS. Aku cakap atau tak pasal benda putih tu tak ada gunanya sebab memang tak sempat nak berhenti. Ayah aku pun memang tak nampak sebab bila sudah langgar tu van masih bergerak.  Palang gate tu pula menjadi tinggi buktinya, masa ayah aku nak patah balik ke rumah kak Ngah, muat van nak masuk. Masa ayah aku buat U-turn, ayah aku marah Azim sebab sibuk sangat nak balik. Gaya ayah aku marah pun macam nak nangis dan bengang. Mestilah bengang sebab nak baiki perlukan wang, ayah aku pula sudah pencen. Ayah aku cakap nak baiki mungkin lebih dari RM500 tapi duit pencen ayah aku tak sampai RM400.
Baiklah, saya Nurul Ainun Nabilah binti Zainul Fuad ingin mengakhiri cerita pada kali ini terima kasih kerana sudi membaca. Tunggu cerita selanjutnya dalam 'Kesian Van Part 2'!
Assalamualaikum...

Tuesday, 6 November 2012

Pahang → Melaka →Johor →Puchong


Assalamualaikum…
Aku nak kongsikan cerita ni pada hari semalam iaitu Isnin setelah pulang dari Puchong tapi disebabkan modem WiFi rosak jadi terpaksalah tunggu 24 jam, baru dapat tukar modem yg baru. Semasa aku sedang type ni pun belum tukar lagi. Habis tu macam mana aku type ? Senang saja, type di Microsoft Word, hahaha.  Tajuk ni adalah urutan tempat yg aku pergi pada hari Jumaat (2/11/2012) hingga Isnin (5/11/2012). Sebenarnya banyak urutan tempat tapi aku singkatkan, sebab tak akan lah tajuk aku nak buat panjang-panjang. Ini urutan yg sebenarnya, Mentakab → Masjid Tanah (Melaka) → Merlimau (Melaka) → Kluang (Johor) → Merlimau → Puchong → Mentakab.

4 hari 3 malam, walao weh, di tambah pula dengan keadaan aku yg kurang sihat. Haiz! Tujuan pergi ke Melaka sebab abang aku (Zainul Azman Hasani) ada konvokesyen di Politeknik Merlimau. Pada hari Jumaat malam tu, kami gerak. Sebenarnya kami tak mahu gerak malam tapi apa boleh buat, pagi aku dan Azim sekolah dan ayah aku ada majlis persaraan di Jengka. Petang pula mak aku ikut ayah aku pergi ke Temerloh sebab ada majlis persaraan juga. Sekarang ni aku dan family kena berjimat cermat sebab kedua-dua parents sudah bersara. Lebih kurang pukul 1.30 pagi kita orang sampai di Masjid Tanah di Melaka. Di sini ada rumah kakak ipar aku (yg berkahwin dengan along aku) punya ibu bapa. Kita orang tidur satu malam di situ. Perjalanan dari Masjid Tanah ke Merlimau lebih kurang 1 jam.

Hari Sabtu petang  lepas abang aku habis konvokesyen, aku dan family iaitu ayah, mak, 3 orang abang, seorang adik lelaki dan aku pergi ke rumah Abang De di Kluang, Johor. Inilah pertama kali kita orang pergi ke rumah dia. Kalau tak silap aku dalam 12 orang family aku, hanya 2 orang saja yg pernah pergi. Rumah abang aku ni asrama sekolah sebab dia dan isteri merupakan guru agama di sekolah SBP tapi sekolah lain. Abang aku ni Kluang tapi isterinya di Rawang tapi rumah di Sekolah Kluang. Di sini pun kami menginap satu malam. Hari Ahad tu kami shopping di Kluang Mall, macam Star Mall jugalah dan ada Pacific juga. Habis shopping kita orang pergi makan nasi beryani di restoran.


Lepas solat Asar, kami pergi Merlimau untuk mengambil kereta kancil yg ditinggalkan sebelum ke Kluang. Kami tinggalkan di rumah atok kakak ipar aku yg kahwin dgn along. Dari Kluang ke Merlimau lebih kurang sejam setengah. After that, kami ke Puchong, semasa on the way ke Puchong tu my parents berfikir sama ada nak balik hari ini iaitu hari Ahad atau hari Isnin. Setelah lama berfikir, akhirnya dapat keputusan iaitu, pukul 4 pagi balik semula ke Mentakab. Perlu berfikir panjang sebabnya adik aku Azim beria nak pergi sekolah, aku no problem, boleh saja ponteng. Sampai di Puchong around pukul 10 lebih, di sini merupakan rumah kak Ngah. Sebab nak balik pukul 4 pagi ialah ayah aku sudah tak larat untuk memandu. Takut jadi semasa on the way ke Melaka pada hari Jumaat tu. Mak aku cakap ayah tidur atas stereng sambil memandu, di tambah pula dengan mengigau. Bahayakan ?

Masa nak keluar dari rumah kakak aku tu, aku tengok jam, pukul 4.19 pagi. Masa nak keluar dari kawasan perumahan tu, ada sesuatu buruk yg menimpa kami sekeluarga. Van yg kami naiki di timpa kemalangan. Nak tahu apa yg berlaku ? Tunggu hari lain. Tapi jangan risau, aku dan family 100% selamat.
Baiklah, saya Nurul Ainun Nabilah Binti Zainul Fuad ingin mengakhiri cerita pada kali ini. Terima kasih kepada yg sudi membaca.
Assalamualaikum...