Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Tuesday, 18 September 2012

Mengantuk :(

Assalamualaikum...
Yang sebenarnya aku tak ada topik nak cerita tapi disebabkan aku tak sedap hati sebab jarang berblog beberapa hari ni, aku pun bercadang nak ceritakan apa yg berlaku dengan aku pada hari ini. Mengantuk, well, ada orang suka mengantuk dan ada yg tak. Bagi aku, aku tak berapa minat dengan mengatuk tapi waktu malam memang suka.
Hari semalam aku punyalah seronok main game counter strike sehingga lupa pukul berapa. Aku sedar pun sebab tiba-tiba aku rasa mengantuk. Maklumlah, aku ni pantang sikit bila jumpa game perang, memang favourite aku. Aku ada amalkan satu prinsip bila main game perang ni. Nak tahu apa? Prinsip yg aku gunakan ialah 'REDAH JE, MATI TAK MATI LAIN CERITA'.
Kesimpulannya, aku sedar dari main game counter strike tu pukul 11.30 malam. Nasib baiklah baju sekolah aku sudah gosok around pukul 8 gitu. Sudah baring atas katil pun masih fikir counter strike, dan nasib baik aku sudah mengantuk sangat kalau tak, tak tahulah pukul berapa aku tidur.
Baiklah, di sekolah pula, aku sangatlah mengantuk. Ameera yg duduk di sebelah aku pun, aku tak tegur sehinggalah Anati minta nak buat kertas Biology, itu pun cakap sikit saja. Walaupun aku mengantuk, aku tak dapat nak tidur. Inilah masalah aku sejak dari dulu lagi, kalau bukan waktu malam, memang susah nak tidur, mengantuk pun memang susah. Tapi kalau malam memang tak boleh nak tahan.
Aku ada satu benda pelik yg akan berlaku bila aku mengantuk, I mean sangat-sangat mengatuk, iaitu, suara jadi besar. Suara aku ni sudahlah besar, makin besar jadinya, sampaikan ada yg tak faham apa yg aku cakap.
Kesimpulannya lagi, di sekolah memang aku tak dapat nak tidur walaupun aku mengantuk.
Baiklah, saya berhenti di sini sebab tak sabar nak menonton drama bersiri 'Bukan Bidadari', walaupun ianya lagi 10 minit. Terima kasih kepada yg sudi membaca, harap terhibur.
Assalamualaikum...

Friday, 14 September 2012

Ditipu

Assalamualaikum...
Hari ini aku nak menceritakan kisah yg melucukan tapi bagi aku ianya sangat menyakitkan hati dan lucu jugalah. Hari ini di sekolah ada belajar subjek Pendidikan Islam, Biologi, Bahasa Inggeris dan Prinsip Akaun. Subjek Prinsip Akaun selepas rehat dan guru yg mengajar ialah cikgu Lee Bee Leng, mak Ng Shao Min. Kelas aku dinamakan sebagai kelas 4 Clever, kelas ketiga dari sepuluh kelas dan merupakan kelas sains tulen.
Hehehe, nama kelas Clever, kelas ketiga dan kelas sains tulen, mesti bijak, mungkin ini yg korang akan fikir. Walaupun aku duduk di dalam kelas sains tulen tapi tak semestinya bijak dan yg bodoh tidak semestinya bodoh. Kadang-kadang yg bijak ni boleh jadi bodoh contohnya apa yg cikgu Lee Bee Leng buat pada kelas aku hari ini. Nak tahu apa yg dia buat? Jom baca 20 soalan di bawah ini.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HWA LIAN
28400 MENTAKAB PAHANG

UJIAN KECEKAPAN, KELAJUAN DAN KEPANDAIAN
AMARAN : BACA SEMUA ARAHAN SEBELUM MELAKUKAN ARAHAN YANG DIBERI. TULISKAN JAWAPAN ANDA DI BAWAH SETIAP SOALAN. PERBINCANGAN TIDAK DI BENARKAN.
ARAHAN
1. Selesaikan soalan Matematik ini   3+55X55+3
2. Cari nilai bagi (777+888)2+99 dan tuliskan jawapan anda dalam perkataan
3. Namakan sungai terpendek di Pahang
4. Nyatakan bukit yang tertinggi di Mentakab
5. Namakan ahli parlimen Temerloh
6. Tuliskan tujuh warna pelangi
7. Apakah hasil warna apabila mencampurkan warna biru dan kelabu
8. Lukiskan satu bulatan di sudut kiri kertas ini
9. Namakan guru yang paling anda sayangi di Hwa Lian
10. Berapakah bilangan ahli kumpulan SNSD
11. Betulkan kesalahan ejaan dalam ayat di bawah
      Jangan gangggu saya sermassa sya tegah tidur did lm kellas
12. Nyatakan nama penuh Pengetua SMK Hwa Lian
13. Koyakkan satu lubang di kertas ini
14. Tepuk tangan tiga kali dengan sekuat-kuatnya
15. Tahniah, anda telah berjaya, tuliskan nama anda di papan tulis dengan segera
16. Anda hanya perlu melakukan arahan 17 dan 18 sahaja
17. Tuliskan nama anda di bawah arahan ke 20
18. Tuliskan tarikh lahir anda selepas nama anda
19. Syabas anda telah berjaya
20. Siapakah orang yang paling bodoh di kelas ini

Semasa cikgu Lee Bee Leng nak edarkan kertas ini, dia cakap ianya ujian dari badan kaunseling. Kami satu kelas pun percaya bulat-bulat. Dapat kertas tu terus riuh. Ramai yg baca perkataan AMARAN tu sebagai ARAHAN. Dalam amaran tu kata jangan berbincang tapi kami berbincang juga. Kita orang pun berialah mencari jawapan, memang kecohlah satu kelas tu. Soalan yg ke 15 tu cikgu tulis nombor 1 hingga 10 di papan tulis. Hanya 8 orang sahaja yg menulis nama mereka. Nama yg paling atas sekali ialah orang yg paling bodoh, kononya paling bodohlah.
Lepas tu ada seorang budak lelaki yg bernama Samuel Yong, dia cakap kuat-kuat "cikgu yg buat soalan". Cikgu pun mengaku sajalah. Masa tu kita orang rasa macam nak bunuh saja cikgu Lee Bee Leng ni. Masa kita orang menjawab soalan tu, dia senyum dan gelak macam orang gila pun ada. Seorang lagi budak lelaki yg bernama Tan Tein Ren, dia cakap dengan cikgu bagi kelas 4 Advance pula, iatu kelas pertama. Aku adalah juga terfikir, kalau ianya dari badan kaunseling mesti ada pengumuman atau kawan-kawan akan bagi tahu.
Tapi walaupun cikgu Lee Bee Leng kenakan kita orang, ada sebabnya kenapa dia berbuat begitu. Tujuannya ialah, semasa peperiksaan, kita hendaklah membaca arahan dulu, jangan terus nak jawab soalan. Kalau terus jawab soalan, inilah padahnya. Nampak tak, walaupun bijak, kadang-kadang kita boleh jadi bodoh dan yg bodoh, kadang-kadang boleh jadi bijak.
Baiklah, sampai di sini saja cerita aku kali ini, terima kasih kerana sudi membaca dan yg ketawa.
Assalamualaikum...

Saturday, 8 September 2012

RIMUP Hari Raya & Merdeka 2012...

Assalamualaikum...
Sudah lama tak update blog ni. Tak update sebab tak ada idea padahal busy. Korang nampak tak tajuk post aku ni, RIMUP Hari Raya & Merdeka 2012, apa ni? Hehe. Sebenarnya aku tak tahu apa maksud RIMUP tapi yg aku tahu ianya lebih kurang macam 1 Malaysia lah.
Hari ini iaitu hari Sabtu ada sekolah ganti hari raya. Malam Sabtu tu, I mean Jumaat malam, sebelum tidur tu aku berdoa, aku minta 2 benda dari Allah. Pertama, aku harap aku dapat bawa camera kakak aku. Camera tu besar dan sangat bahaya sebab mesti ramai yg menginiginkannya. Kedua, aku harap Ng Shao Min (nama dia lagi) datang pada hari Sabtu tu dan dia lepas rambut dia. Alhamdulillah, kedua-dua doa aku dimakbulkan.
Pagi tu, macam biasalah guru kelas nak ambil kedatangan. Lepas tu aku, Muba dan Meera keluar dari kelas, kita orang pergi ke taman, macam biasa lepak. Ada lah beberapa gambar yg kita orang ambil bukan beberapa tapi 253 gambar. Nak tengok ke gambar tu, jom.






Tengoklah gambar-gambar ni, tak ada pun gambar aku. Nak tahu sebab apa. Sebab, camera kakak aku tu mahal dan bahaya, jadi lebih baiklah aku tak ada dalam gambar daripada camera tu rosak. Kalau rosak, aku yg bertanggungjawab, bukan kawan-kawan aku. Dalam hati aku, tak pedulilah sama ada kawan aku tu pernah guna atau memiliki camera yg lebih kurang dengan kakak aku, aku tetap tak akan bagi dia orang guna. Sebenarnya gambar aku ada dalam camera Meera, tapi itu pun tak banyak macamlah aku kisah banyak ke sikit.
Lepas tu kita orang masuklah dewan ada persembahan. Jom layan gambar lagi.
 Persembahan dari pancaragam
 Tarian tradisional melayu. Nur Anati Zafirah juga turut terlibat dalam tarian ni.
 Persembahan che ling lebih kurang macam yoyo lah...
 Tarian india..
 Drama dari badan pengawas.
 Badan pengawas sedang menyanyikan lagu selamat hari raya.
 Tarian Sumazau dari Sabah. One of my friend terlibat, namanya Elvyianah Victoria Ajos, yg pakai baju warna putih di belakang sekali.
 Tarian cina. Kawan aku yg bernama Yow Kar Yee dan Alyssa Auh terlibat dalam tarian cina ini.
 Fashion show
 Gendang 24 Musim...
 Tarian singa...
Ni tarian oppa gangnam style...

Alamak panjang sudah post aku ni. Tanpa melengahkan masa, aku nak tunjuk pada korang gambar yg paling aku suka. Layanlah...
 Tengoklah wajah ceria aku. Tak sangka dapat bergambar dgn dia.


 Dia peluk aku, aku peluk dia, tapi tangan aku tak nampak sebab tangan aku pendek dan aku sengan nak letak tangan aku di bahu dia.
Aku tak tahulah apa yg Nur Anati Zafirah ni cakap dgn Shao Min ni. Aku baru saja cakap yg aku nampak Shao Min, terus dia pergi kat Shao Min. By the way, thanks...

Baiklah, sampai di sini sahaja cerita aku kali ini. Terima kasih kepada yg sudi membaca dan aku nak korang tahu yg aku happy sangat hari ini. Tak ada pun yg membuat aku sedih or bengang.
Assalamualaikum...

Monday, 3 September 2012

Geram...

Assalamualaikum...
Setahu aku geram ada dua maksud iaitu, geram apabila melihat sesuatu yg kita suka dan geram apabila melihat sesuatu yg kita tak suka. Aku nak cerita tentang kedua-dua maksud geram ni. Nak tahu apa yg aku ingin kongsikan? Jom layan cerita aku di bawah ini.
Aku geram tengok baju belang ni. Aku teringin sangat untuk memiliki baju belang. Tapi belang tu mesti hitam putih, warna lain aku tak suka, dan corak dia mesti dalam gambar di atas ni. Ada baju belang coraknya macam ni(gambar di bawah), tapi aku tak suka. Korang bandingkanlah mana lagi cantik. Kemudian, aku nak belangnya tu besar-besar macam kedua-dua gambar ni. Kecil-kecil tak cantik dan aku tak suka.
Aku sendiri pun tak tahulah kenapa aku suka sangat dengan baju ni. Kalau tak silap aku since aku sekolah rendah lagi aku sudah mula suka baju ni. Tapikan, walaupun aku suka baju belang hitam putih ni, aku tak pernah memiliki baju belang hitam putih. Teringin nak beli tapi...rahsialah...
Masa kecil dulu aku ingatkan orang yg pakai baju belang hitam putih ni orang yg masuk penjara. Tapi bila sudah besar baru aku tahu bukan semua penjara pakai baju yg sama, lain-lain rupanya.

Baiklah, lagi satu cerita geram aku ialah, habuk. Setiap hari Isnin aku kena make sure yg tisu berada di dalam poket atau beg untuk di bawa ke sekolah. Sebab negara kita sekarang ni sudah banyak kilang yg dibina, jadi habuk pun semakin banyak. Meja aku di sekolah pula, dua hari cuti sudah banyak habuk. Dah la aku ni elergic dengan habuk. 
Cuti raya seminggu, so, seminggu lepas raya tu, maksud aku Isnin, aku perlu berfikir panjang sama ada nak bawa tisu yg kecil atau besar. Aku fikir punya fikir, last-last aku ambil yg besar untuk di bawa ke sekolah. Nasib baik aku bawa yg besar, berguna juga. Bukan setakat meja saja yg berhabuk, malah kerusi juga. Lima hingga enam helai tisu jugalah yg aku gunakan untuk lap meja dan kerusi aku. Itu baru aku punya, belum lagi kira orang lain punya.
Baiklah, sampai di sini sahaja cerita aku kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca cerita aku kali ini.
Assalamualaikum...