Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, 2 August 2012

Koi si budak suka meng-edit...

Assalamualaikum...
Aku memang suka meng-edit tapi apa yg aku mampu lakukan hanya satu, iaitu buat diri aku ada kembar. Tapikan itu gambar, lagu pun aku pandai juga contohnya nak pendekkan lagu, maksud aku ambil yg chorus atau mana-mana bahagian yg kita suka, dan aku boleh buat di hujung lagu tu menjadi semakin perlahan bunyinya. Aku akan tunjukkan gambar kembar aku.
Ni gambar favourite aku. Dalam banyak-banyak gambar yg aku edit, ni lah yg paling aku suka. Diri aku yg betul pakai baju hitam ni. Sebab cermin mata yg aku pakai sekarang, belakang tu cermin mata aku yg lama.
Kebanyakkan gambar yg aku edit ialah gambar aku tak tutup aurat. Opps!! Sorry to say lah, jangan harap aku nak masukkan gambar yg tak tutup aurat dalam blog, facebook atau mana-mana saja. Dulu yelah aku pernah letak dalam facebook gambar tak tutup aurat tapi ada satu cerita benar yg membuatkan aku sedar.
Gambar ni ada beberapa orang kawan aku tanya mcm mana aku edit gambar ni sebab mcm impossible. Dia orang ckp mcm tu sebab tangga aku yg berada di bahu kembar aku, nampak mcm real. Diri aku yg betul ialah yg berada di belakang sekali.
Aku sendiri yg ambil gambar tanpa bantuan sesiapa pun. Semuanya jadi mudah bila ada dua camera si handphone, depan dan belakang. Nama pun sebenarnya boleh tahanlah juga. Nak tengok ke? Ni dia...
 Sama dengan gambar di atas kan. Aku baru saja buat pada hari ni.
Selain tu, aku juga boleh melukis, bolehlah juga. Aku dikelilingi oleh orang yg pandai melukis, contohnya abang, kakak, adik dan beberapa kawan. Aku cuma pandai lukis lelaki saja, perempuan paling susah bagi aku. Tapikan disebabkan oleh seorang makluk Allah ni aku jadi teringin sangat nak melukis perempuan dgn bersungguh-sungguh. Mesti korang nak tengok gambar perempuan tu.

Korang kenal tak siapa ni? Perhatikan rambut dia. Tahu atau tidak tahu aku akan tetap bagi tahu nama dia. Baiklah, nama dia ialah Ng Shao Min. Muka perempuan ni korang tak payah tengok sebab tak sama langsung dgn Shao Min, tengok rambut sudah. Beberapa kawan aku cakap memang ada gaya. Nak lukis ni memerlukan masa setengah jam tahu tak. Kalau aku lukis lelaki, tak sampai lima minit saja sudah siap.
Lukis guna paint pun aku pandailah juga tapi aku kurang berminat. Lagi pun aku cuma mencuba sekali saja. Banyak kali sebenarnya tapi aku tak save pun dan tak bersungguh-sungguh untuk lukis. Ni dia lukisannya.
Baiklah, sampai di sini sajalah cerita aku kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca dan aku rasa mesti korang perasan akan tajuk post dan kandungan cerita hari ni. Ada satu yg tak ada kaitan dgn edit. Gambar Ng Shao Min tu bukannya di edit tapi di lukis.
Assalamualaikum...