Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 17 August 2012

Busy....

Assalamualaikum....
Hari ini saya agak sibuk, well macam-macamlah persiapan raya. Buat kuih dan entahlah. Agak letih tapi yang pastinya antara aku dan kakak aku sepastinya kakak yang paling penat. Hahaha, aku ni kalau di dapur tak terlalu berfungsi.
Mula-mula pagi lebih kurang pukul 7 lebih hampir pukul 8, aku bangun dan merayau sana sini di dalam rumah sebab tak tahu nak buat apa. Tak ada sesiapa pun yang kejut, aku sendiri yang bangun. Then aku masuk dalam bilik mak aku, my mom tanya, awak tak ada apa-apa kerja kan? Well, aku jawablah tak ada. My mom suruh aku masukkan duit dalam sampul duit raya.
Sudah habis tu, aku tak ada apa-apa nak buat. Aku pun buatlah kerja biology, nak kena hantar lepas buka sekolah. Aku buat sampai pukul 10.30 pagi then aku keluar bilik untuk cari kerja kosong. Aku nak cari kerja yg best tapi my mom suruh basuh pinggan. Tak best, tapi nasib baik sikit saja.  Lepas tu aku kena basuh ayam. Sudah habis tu, aku cari lagi tapi macam tak sesuai saja dengan aku. Kakak aku buat kek, tapi itu bukan kemahiran aku. Aku hanya mampu menonton saja. Jadi aku ke ruang tamu, aku online, menonton TV.
Around pukul 12, aku masukkan tapai yg di buat oleh my mom ke dalam bekas kecil. Sebelum ni pun aku sudah pernah buat. Rasanya lebih dari 60 yg dapat diperolehi. Then, around pukul 2 lebih, kita orang buat cornflake pula. Masa aku dengan adik lelaki aku buat cornflake tu, my mom tengah sibuk di dapur buat bubur lambuk, my sister and my sister-in-law siang ikan rebus untuk dimasukkan ke dalam bubur. Hahaha, memang sedap.
Walaupun sibuk, jawatan aku sebagai babysitter tak pernah gugur semenjak ada anak saudara. Macam-macam perangai anak suadara aku ni. Tapi nasib baik lah yg pandai membuli ni baru 2 orang kalau 5 orang, matilah aku. Yang lagi 2 orang tu, tak pandai lagi, pandai buat sepah, ganggu. Yg lagi seorang tu pandai nangis saja.
Tentang konvoi nak raya pun aku yg handel. Naik pening kepala aku. Transport tak cukuplah, orang ni ada masalah ni, masalah tu. Tapi aku suka handle Nabella. Tak tahu kenapa. Dia cakap, dia pun nak join konvoi raya ni. Hahahah !!!
Baiklah, sampai di sini saja cerita aku kali ini. Ada 2 budak kecil yg perlu aku handle.
Assalamualaikum...